Penunggang basikal maut dirempuh MPV ketika melintas di hadapan hospital

Penunggang basikal maut dirempuh MPV ketika melintas di hadapan hospital

KUANTAN - Seorang penunggang basikal maut selepas dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) ketika cuba melintas jalan di Jalan Besar, berhampiran Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini pada Selasa.Dalam kemalangan kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa, Mohd Nazrul Shairil Husin, 44, mengalami kecederaan parah dan dihantar ke HTAA untuk mendapatkan rawatan.Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintenden Mohd Adli Mat Daud berkata, selepas hampir lima jam bertarung nyawa, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 5.50 petang ketika menerima rawatan.Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika MPV jenis Perodua Alza yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun sedang dalam perjalanan dari arah bandar Kuantan menghala ke Tanah Putih."Semasa tiba di lokasi kejadian, mangsa yang sedang menunggang basikal dipercayai melintas secara tiba-tiba dari kanan ke kiri, menyebabkan pemandu MPV gagal mengelak lalu berlaku perlanggaran."Akibat kejadian, mangsa yang bekerja sendiri dan beralamat di Tanjung Api di sini mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke HTAA Kuantan untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian," katanya.Mohd Adli berkata, dalam kemalangan itu, pemandu MPV tidak mengalami sebarang kecederaan.Menurutnya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Pihak polis telah melawat tempat kejadian serta mengarahkan pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan terlibat di Puspakom."Usaha mengesan saksi kejadian sedang giat dijalankan. Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat melalui talian rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di 09-5652222," katanya.

Woman dies after being hit by car in Kota Tinggi

Woman dies after being hit by car in Kota Tinggi

KOTA TINGGI : A pedestrian was killed after being hit by a car while crossing the road shortly after getting off a bus at Kilometre 42, Jalan Sungai Rengit here early this morning. Kota Tinggi police chief Supt Yusof Othman said the 55-year-old woman sustained severe bodily injuries and died at the scene. “The crash is believed to have occurred when a Perodua Myvi travelling from Sungai Rengit to Kota Tinggi was unable to avoid the victim, who was running across the road after alighting from a bus,” he said in a statement today. He said the driver of the car, a 51-year-old man, was uninjured, adding that the case is being investigated under Section 41(1) of the Road Transport Act 1987. - Bernama

Honda Malaysia anjur promosi Ogos 2025 – diskaun CR-V RM15k, HR-V RM6k, City RM8k, Civic RM7k

Honda Malaysia anjur promosi Ogos 2025 – diskaun CR-V RM15k, HR-V RM6k, City RM8k, Civic RM7k

Sempena dengan bulan Kemerdekaan, Honda Malaysia menganjurkan promosi jualan ‘Proud. United. Rewarded’ sepanjang Ogos 2025. Pastinya penawaran ini berbaloi untuk anda yang ingin memiliki mana-mana model Honda. Ia ditawarkan untuk semua model Honda buatan tahun 2025 yang merupakan pemasangan tempatan (CKD) di Malaysia, bermula dengan CR-V yang menerima diskaun hingga […] The post Honda Malaysia anjur promosi Ogos 2025 – diskaun CR-V RM15k, HR-V RM6k, City RM8k, Civic RM7k appeared first on Paul Tan's Automotive News .

Babak berpelukan dalam filem Indera, itu yang terakhir kali – Shaheizy Sam

Babak berpelukan dalam filem Indera, itu yang terakhir kali – Shaheizy Sam

KUALA LUMPUR : Pelakon, Shaheizy Sam, 43, menegaskan, adegan berpelukan dengan aktres, Azira Syafinazdi dalam filem terbaharu berjudul Indera merupakan yang terakhir kali dilakukannya. Menurut Sam, dia nekad membuat keputusan tersebut berikutan menyedari dirinya tidak lagi selesa melakonkan adegan seperti itu sama ada untuk naskhah filem atau drama. “Terus terang, saya sebenarnya tak okey melakonkan ... Read more The post Babak berpelukan dalam filem Indera, itu yang terakhir kali – Shaheizy Sam appeared first on Utusan Malaysia .

Mohd Zaidy Tegas Perjuang Isu Rakyat Jeram Padang, Terus Bawa Pembangunan

Mohd Zaidy Tegas Perjuang Isu Rakyat Jeram Padang, Terus Bawa Pembangunan

JEMPOL, 6 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir menegaskan komitmennya untuk terus menjadi suara rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, memastikan setiap isu yang membabitkan kepentingan penduduk di kawasannya diangkat dan diperjuangkan secara berkesan. “Saya akan terus memainkan peranan sebagai wakil rakyat kawasan DUN Jeram Padang untuk bersuara dalam sidang [...]

Perak FA yakin kemampuan pemain muda

Perak FA yakin kemampuan pemain muda

IPOH: Perak FA yakin terhadap kemampuan pemain muda pasukan itu dalam mengharungi kempen Liga A1 Semi-Pro 2025/2026. Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Azhar Jamaluddin berkata, berdasarkan persembahan ketika bertemu UM-Damansara United di Stadium Majlis Perbandaran Manjung kelmarin, ada sinar buat pasukan bimbingan Syamsul Saad itu. “Pemain Perak kurang pengalaman tetapi semangat dan keinginan ... Read more The post Perak FA yakin kemampuan pemain muda appeared first on Utusan Malaysia .

Kanak-kanak jatuh dalam lubang pembetung, polis buka dua kertas siasatan

Kanak-kanak jatuh dalam lubang pembetung, polis buka dua kertas siasatan

SIBU - Polis telah membuka dua kertas siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang terjatuh ke dalam sistem pembetungan berhampiran Jalan Wong Soon Kai di sini, pada petang Isnin lepas.Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 3(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mengabaikan atau mendedahkan kanak-kanak dalam keadaan yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi."Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan."Kertas siasatan juga dibuka dengan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya dalam kenyataan.Beliau berkata, polis menerima laporan kejadian pada 11.09 malam, Isnin daripada seorang pegawai perubatan Hospital Sibu yang memaklumkan mengenai kematian seorang kanak-kanak tempatan."Mangsa ditemukan pasukan bomba di dalam sistem pembetungan berhampiran lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Sibu untuk tindakan lanjut."Ketika tiba di hospital, mangsa berada dalam keadaan basah, pucat dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda hayat, sebelum disahkan meninggal dunia di Unit Kecemasan hospital itu," katanya.Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 6.29 petang, dan sebaik tiba di lokasi, pasukan penyelamat dimaklumkan oleh bapa mangsa anaknya telah hilang dan dipercayai terjatuh ke dalam lubang pembetung.Mangsa dikatakan sering menemani bapanya mengutip kotak terpakai di kawasan komersial itu.Semasa kejadian, mangsa dipercayai keluar dari kereta untuk mencari bapanya sebelum terjatuh ke dalam lubang pembetung yang tidak bertutup.Zulkipli meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintenden Mohd Adzmei Ahmad melalui talian 019-7192 529 atau mana-mana balai polis berhampiran. - Bernama

Gergasi Merah sedia cabar JDT

Gergasi Merah sedia cabar JDT

PETALING JAYA: Skuad Selangor FC sedia beri tentangan sengit kepada kepada juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Jumaat ini. Pengurus Pasukan Selangor FC, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid berkata, meskipun mengakui skuad Harimau Selatan itu kekal sebagai pilihan utama, beliau menegaskan Gergasi Merah tidak akan datang ... Read more The post Gergasi Merah sedia cabar JDT appeared first on Utusan Malaysia .