Wajah tak iras anak, lelaki mengaku beri JPN maklumat palsu

Wajah tak iras anak, lelaki mengaku beri JPN maklumat palsu

SEBERANG PERAI – Seorang buruh binaan didenda RM4,000 di Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah memberikan maklumat palsu semasa membuat permohonan MyKad untuk seorang kanak-kanak, Februari tahun lalu. Choo Kean Chee, 53, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Hokkien di hadapan Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal. Mahkamah turut memerintahkan ... Read more The post Wajah tak iras anak, lelaki mengaku beri JPN maklumat palsu appeared first on Kosmo Digital .

Israel didesak bebaskan segera Dr Hussam Abu Safia

Israel didesak bebaskan segera Dr Hussam Abu Safia

GAZA: Semasa tawanan Israel dan Palestin mula kembali kepada keluarga mereka sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas, namun nasib beberapa tahanan Palestin masih terus menjadi teka-teki dengan antaranya ialah Dr Hussam Abu Safia. Hussam, seorang doktor dan pengarah hospital di Gaza, diculik oleh pasukan Israel pada Disember 2024 dan masih ditahan. Peguam ... Read more The post Israel didesak bebaskan segera Dr Hussam Abu Safia appeared first on Utusan Malaysia .

Salangai cerminan semangat Deepavali, perpaduan dalam Malaysia Madani

Salangai cerminan semangat Deepavali, perpaduan dalam Malaysia Madani

SHAH ALAM - Dalam menyemarakkan sambutan Deepavali tahun ini, Kementerian Perpaduan Negara (KPN) mempersembahkan sebuah filem pendek bertajuk Salangai, karya yang sarat dengan makna, budaya dan semangat perpaduan sejati rakyat Malaysia.Ditayangkan secara rasmi di platform media sosial Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, Salangai bukan sekadar sebuah filem pendek, ia adalah simbol kepada getaran budaya yang hidup, perasaan kasihyang mendalam dan kekuatan nilai harmoni dalam masyarakat majmuk Malaysia.Beliau menegaskan usaha memperkukuh perpaduan nasional bukanlah tanggungjawab satu pihak sahaja, tetapi perlu dipikul bersama sebagai satu keluarga besar Malaysia."Semoga cahaya Deepavali terus menyinari setiap rumah dan hati rakyat Malaysia dengan harapan baharu, kasih sayang dan semangat untuk terus bersatu sebagai satu keluarga besar Malaysia Madani," katanya.Selain itu, di atas persetujuan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, Salangai juga turut disiarkan melalui TV 1, TV 2 Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan mendapat liputan daripada Pertubuhan Berita Nasional (BERNAMA) untuk memberi liputan yang baik demi kesedaran awam untuk terus mengekalkan keharmonian dalam kepelbagaia ndi Malaysia.Makna dalam Setiap Langkah Tarian Mengangkat tarian klasik India, Bharatanatyam sebagai nadi penceritaan,Salangai menyoroti keindahan budaya Tamil yang berakar umbi dalam sejarah dan spiritualiti.Bharatanatyam, berasal dari negeri Tamil Nadu di India, bukan sekadar bentuk tarian tetapi suatu bentuk penyembahan, penyampaian emosi dan penceritaan melalui gerak tubuh, ekspresi wajah dan irama kaki—termasuk bunyi salangai atau loceng kaki yang dikenakan oleh penari.Dalam konteks Salangai, setiap getaran loceng bukan hanya bunyi semata-mata tetapi gema nilai kasih sayang, semangat kekeluargaan dan penghormatan antara kaum dalam sebuah negara berbilang bangsa seperti Malaysia.Deepavali dalam semangat MadaniDeepavali atau Pesta Cahaya, disambut masyarakat India beragama Hindu sebagai simbol kemenangan cahaya ke atas kegelapan, kebaikan menewaskan kejahatan.Namun lebih dari itu, sambutan ini kini menjadi ruang untuk seluruh rakyat Malaysia menyemai nilai-nilai murni seperti kemaafan, kasih sayang dan perpaduan.Selari dengan gagasan Malaysia Madani yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, filem ini membawa mesej jelas tentang pentingnya penerapan nilai-nilai Madani merentas bangsa, agama dan latar belakang.Filem Salangai mengajak rakyat untuk melihat Deepavali sebagai sebuah perayaan yang menyatukan, bukan memisahkan—menyalakan harapan baru dalam hati setiap rakyat Malaysia.Gabungan seni, bakat dan jiwaFilem pendek ini turut menyerlahkan kekuatan sinematik dan emosi dengan barisan pelakon yang berbakat besar. Dibintangi oleh Dhakshayni Jegatheeswaran sebagai teraju utama bersama Menaka Sinnaia dan Muthukaruppan A/L V Mariappan, dan barisan pelakon lain seperti Nicole Wong Jing Wen, Ahmad Izzulfaiq, Danial Dashuki, Aiman Rahman, Tiara Suraya dan pelakon iklan terkenal Izhar Hussin, Salangai berjaya menyentuh hati penonton dari pelbagai latar belakang.Keunikan filem ini turut terserlah dengan penampilan istimewa pelakon cilik Aryan Rizqullah yang membawa watak anak kepada pasangan yang dilakonkan oleh Danial dan Tiara.Turut mencuri tumpuan ialah Syaafiq atau lebih dikenali sebagai Syafiq Leggo, pempengaruh media sosial yang membawa peranan penting dalam menyampaikan mesej perpaduan dan semangat Deepavali.Deepavali milik semuaSambutan Deepavali bukan hanya milik satu kaum, tetapi milik semua rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian dan hormat-menghormati.Filem Salangai adalah bukti bahawa seni mampu menjadi jambatan antara budaya, memperlihatkan bahawa perbezaan bukan halangan, tetapi kekuatan untuk kita terus bersatu.Sementara itu, KPN mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada seluruh rakyat Malaysia.Semoga sinar Deepavali menerangi jalan kita ke arah negara yang lebih bersatu, harmoni dan penuh kasih sayang.Filem pendek ini boleh diikuti di sosial media Menteri Perpaduan.