
KESUMA pacu reformasi tenaga kerja negara
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) memikul amanah besar dalam merangka dan melaksanakan dasar yang memberi kesan langsung kepada jutaan rakyat negara ini.Tugas itu menuntut pembangunan dan hala tuju dasar yang inklusif, berasaskan data dan berteraskan kesejahteraan rakyat bagi memperkukuh struktur tadbir urus, selain menyelaraskan penyampaian dasar secara berkesan.Ia bukan sahaja melalui perancangan strategik, tetapi melalui pelaksanaan yang memberi impak sebenar kepada pekerja, majikan dan seluruh ekosistem pekerjaan negara.Ketua Setiausaha KESUMA, Datuk Azman Mohd Yusof menegaskan, tenaga kerja yang sejahtera dan berdaya saing bukan sekadar aset ekonomi, tetapi pemangkin utama kepada kemajuan negara yang inklusif serta mampan."Aspirasi KESUMA adalah untuk melahirkan tenaga kerja yang cekap, berkemahiran tinggi dan berdaya saing di peringkat global. Namun dalam mengejar kecemerlangan ini, kita tidak boleh sesekali melupakan hakikat bahawa di sebalik setiap pekerjaan, terdapat seorang insan."Maka, setiap pekerja wajar dihargai, dilindungi, diberi ruang dan peluang yang adil untuk berkembang serta maju bersama arus kemajuan negara," katanya.Tenaga kerja merupakan tunjang utama dalam pembangunan sesebuah negara. Di Malaysia, landskap pasaran buruh sedang melalui fasa transformasi yang signifikan, dipacu oleh kemajuan teknologi, perubahan demografi dan tuntutan ekonomi global semakin mencabar.Prinsip 3K jadi terasSebagai kementerian yang bertanggungjawab dalam hal ehwal buruh dan sumber manusia, KESUMA komited untuk memastikan dasar dan inisiatif yang dilaksanakan mampu memperkukuh daya saing tenaga kerja tempatan serta menjamin kesejahteraan pekerja di semua peringkat.Kementerian itu didorong oleh prinsip 3K iaitu kebajikan, kemahiran dan keberhasilan yang menjadi teras kepada setiap dasar dan inisiatif di bawah kepimpinan menterinya, Steven Sim Chee Keong.KESUMA terus bergerak selari dengan aspirasi Malaysia Madani yang menekankan kemakmuran bersama dan pembangunan inklusif, salah satu aspek paling kritikal dalam agenda berkenaan ialah pembangunan kemahiran rakyat.Justeru, melalui pendekatan menyeluruh terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), KESUMA sentiasa memastikan kurikulum sejajar dengan keperluan industri dan teknologi semasa.Langkah tersebut disokong dengan peningkatan peruntukan TVET kepada RM7.5 bilion pada tahun 2025 menerusi inisiatif seperti Akademi Berasaskan Industri (ADi), Program Intensif Perantisan dan ILHAM KESUMA sebagai antara pendekatan yang diambil untuk memperkukuh kebolehpasaran bakat tempatan.Kerjasama erat antara Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan pihak industri merupakan antara tonggak utama dalam memperkukuh ekosistem TVET negara.Pendekatan itu bukan sahaja memastikan latihan yang diberikan relevan dan berpandukan kehendak semasa industri, malah turut meningkatkan kebolehpasaran graduan serta mempercepatkan penyesuaian tenaga kerja kepada keperluan sektor strategik.KESUMA melalui Jabatan Tenaga Manusia (JTM) telah memeterai kerjasama dengan Proton dan Huawei bagi memperkukuh TVET negara dan melibatkan latihan, perantisan dan penempatan kerja menerusi 33 ILP serta ADTEC.Sementara itu, kerjasama dengan Huawei memfokuskan pembangunan TVET berteknologi tinggi seperti kecerdasan buatan (AI), 5G dan data raya.Inisiatif berkenaan sejajar dengan Dasar TVET Negara 2030 dalam melahirkan tenaga kerja mahir dan bersedia untuk era digital.Fokus perlindungan sosialKESUMA juga memainkan peranan signifikan dalam memperkukuh sistem perlindungan pekerjaan negara dan memartabatkan keadilan sosial menerusi dasar dan inisiatif yang bersifat inklusif, progresif serta berteraskan kesejahteraan rakyat.Antara tonggak utama ialah pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2024 yang menyaksikan peningkatan gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan mulai 1 Februari 2025 dan dikuatkuasakan sepenuhnya pada 1 Ogos 2025.Penetapan itu dibuat secara sistematik dan inklusif, melibatkan sesi libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan seperti agensi kerajaan, wakil pekerja serta majikan.Seiring pertumbuhan ekonomi negara, peningkatan kadar gaji minimum mencerminkan komitmen berterusan kerajaan yang mengutamakan prinsip keadilan upah, sekali gus memperkukuh usaha meningkatkan taraf hidup golongan pekerja secara menyeluruh.KESUMA turut melangkah ke hadapan melalui pelaksanaan Dasar Gaji Progresif yang dirangka bersama Kementerian Ekonomi sebagai pendekatan strategik untuk mengiktiraf prestasi dan produktiviti pekerja secara adil.Inisiatif itu dirumus dengan penuh pertimbangan agar tidak membebankan majikan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang merupakan tulang belakang ekonomi negara.Pembangunan tenaga kerja tidak boleh terhenti di institusi formal semata-mata. Penekanan perlu turut diberikan kepada pembelajaran sepanjang hayat, termasuk dalam bidang baharu seperti kecerdasan buatan, tenaga boleh diperbaharui serta pendigitalan.Melalui kerjasama strategik dengan agensi seperti Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan HRD Corp, KESUMA menyediakan laluan latihan dan penempatan kerja yang lebih menyeluruh antaranya MYFutureJobs telah menempatkan lebih 700,000 pencari kerja sejak tahun 2020.HRD Corp pula menjadi pemacu utama pembangunan latihan terutamanya bagi sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan sektor-sektor baharu yang sedang muncul, melalui pelbagai program pembiayaan latihan yang berstruktur dan bersasar bagi memastikan modal insan negara kekal relevan serta berdaya saing.Pada masa yang sama, perhatian khusus turut diberikan kepada golongan rentan, terutamanya pekerja sektor informal dan gig.KESUMA kini giat memperkukuh jaringan perlindungan sosial bagi kelompok berkenaan melalui pewartaan Rang Undang-Undang Pekerja Gig, pelaksanaan caruman PERKESO secara berfasa serta insentif padanan caruman.Prinsip KESUMA jelas iaitu tiada pekerja harus tercicir daripada perlindungan, tanpa mengira bentuk dan status pekerjaan mereka.Hasil usaha kolektif berkenaan, kadar pengangguran negara berjaya diturunkan kepada 3.2 peratus pada suku pertama 2025 iaitu kadar terendah sejak pandemik melanda.Sejak tahun 2023, lebih 1.5 juta pekerja telah mendapat manfaat daripada pelbagai program latihan di bawah KESUMA.Kemajuan ekonomi serta kestabilan sosial negara akan terus digerakkan melalui dasar-dasar buruh yang progresif, adaptif dan berdaya tahan dalam mendepani cabaran semasa dan akan datang.KESUMA akan terus menjadi peneraju dalam membentuk ekosistem pekerjaan yang mampan, saksama dan progresif demi Malaysia yang lebih sejahtera.