Tang Jie–Ee Wei kandas di separuh akhir Terbuka Denmark

Tang Jie–Ee Wei kandas di separuh akhir Terbuka Denmark

CHEN Tang Jie–Toh Ee Wei terpaksa akur di pentas separuh akhir Terbuka Denmark Open 2025 selepas tunduk kepada pasangan beregu campuran nombor satu dunia dari China, Jiang Zhen Bang–Wei Ya Xin dalam aksi sengit tiga set di Arena Fyn, Odense pada Sabtu.Pasangan negara yang kini berada di ranking keempat dunia itu berjuang habis-habisan sebelum tewas 17-21, 21-18, 19-21 dalam pertarungan selama 64 minit.Kekalahan itu juga menyaksikan rekod pertemuan antara kedua-dua pasangan kini memihak kepada gandingan China yang sudah meraih empat kemenangan daripada enam pertemuan setakat ini.Meskipun gagal ke final, Tang Jie–Ee Wei tetap membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$13,300 (kira-kira RM56,200) hasil kejayaan mara ke separuh akhir.Menariknya, biarpun sudah bergelar juara dunia, Tang Jie-Ee Wei masih menanti gelaran pertama Jelajah Dunia BWF musim ini selepas turut tewas di pentas akhir Masters China bulan lalu.

Sidang Kemuncak ASEAN: PDRM perkukuh kawalan keselamatan delegasi berisiko tinggi

Sidang Kemuncak ASEAN: PDRM perkukuh kawalan keselamatan delegasi berisiko tinggi

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melakukan kawalan keselamatan terhadap delegasi berisiko tinggi pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 berlangsung 26 hingga 28 Oktober ini. Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan/Operasi), Datuk Fisol Salleh berkata, tugasan pengawasan itu dilaksanakan oleh pasukan khas termasuk Unit Tindakan Khas (UTK), Cawangan Khas serta beberapa ... Read more The post Sidang Kemuncak ASEAN: PDRM perkukuh kawalan keselamatan delegasi berisiko tinggi appeared first on Kosmo Digital .

Young Tigers tamat saingan tempat kelima

Young Tigers tamat saingan tempat kelima

JOHOR BAHRU – Skuad hoki remaja negara menamatkan saingan Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Piala Sultan Johor (SOJC) di tempat kelima selepas menewaskan New Zealand 5-3 di Stadium Hoki Johor, Taman Daya, petang tadi Pada perlawanan itu, anak buah Nor Saiful Zaini Nasiruddin bermula garang apabila membuka jaringan seawal minit kedua hasil jaringan Harris Iskandar ... Read more The post Young Tigers tamat saingan tempat kelima appeared first on Utusan Malaysia .

Tiada kedai jual rokok  dekat masjid, sekolah

Tiada kedai jual rokok dekat masjid, sekolah

RIYADH – Arab Saudi mengenakan larangan terhadap pembukaan kedai menjual rokok dalam jarak 500 meter dari masjid dan sekolah, lapor portal berita Gulf News. Larangan itu dilaksanakan selepas diluluskan Kementerian Perbandaran dan Perumahan Arab Saudi. Peraturan baharu itu bertujuan untuk memupuk kesihatan awam, memastikan pematuhan pada  undang-undang dan mewujudkan persekitaran komersial yang selamat serta teratur ... Read more The post Tiada kedai jual rokok dekat masjid, sekolah appeared first on Kosmo Digital .