Eksport semikonduktor Malaysia ke AS masih bebas tarif - Tengku Zafrul

Eksport semikonduktor Malaysia ke AS masih bebas tarif - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengulangi bahawa eksport semikonduktor Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) setakat ini masih dikecualikan daripada tarif timbal balas AS. Beliau berkata bagaimanapun status pengecualian tersebut tertakluk kepada semakan dasar semasa dan boleh berubah pada bila-bila masa. AS kini sedang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 232 Akta Perluasan Perdagangan 1962 bagi menentukan sama ada import semikonduktor, peralatan pembuatan semikonduktor dan produk terbitan berkaitan boleh menjejaskan keselamatan negaranya, katanya. “Sepatutnya siasatan itu diselesaikan pada akhir Disember, tetapi (telah) dipercepatkan dan keputusan daripada siasatan ini akan digunakan untuk tindakan selanjutnya termasuk kemungkinan pendekatan pengenaan tarif yang tinggi seperti yang diumumkan oleh Presiden AS Donald Trump pagi ini,” katanya ketika Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini. Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Lim Guan Eng (Bagan-PH) mengenai impak daripada perkembangan terbaharu berhubung laporan bahawa AS akan mengenakan tarif sekitar 100 peratus ke atas cip semikonduktor yang diimport dari negara yang tidak menghasilkannya di AS atau tidak merancang untuk berbuat sedemikian. Tengku Zafrul berkata Malaysia sedang mengambil beberapa langkah mitigasi termasuk berhubung secara langsung dengan Wakil Perdagangan AS dan Jabatan Perdagangan negara itu bagi mendapatkan penjelasan rasmi, di samping memperjuangkan kepentingan pengeksport Malaysia. Beliau berkata sekiranya tarif dikenakan ke atas produk semikonduktor Malaysia, negara berisiko kehilangan pasaran utama di AS menyebabkan produk keluaran tempatan mungkin menjadi kurang kompetitif. Bagaimanapun, sehingga kini kerajaan AS belum memuktamadkan secara terperinci mekanisme pelaksanaan tarif tersebut, katanya. “Berdasarkan maklumat semasa, pengecualian bukanlah berdasarkan negara tetapi mungkin diberikan kepada syarikat yang melabur secara langsung di AS tanpa mengambil kira lokasi syarikat itu di negara lain. “Oleh itu, impaknya adalah sangat bergantung kepada pelaburan dan operasi syarikat antarabangsa yang berada di Malaysia,” katanya. Beliau berkata 65 peratus eksport semikonduktor Malaysia ke AS adalah daripada kalangan syarikat AS yang beroperasi di Malaysia - BERNAMA

Suri rumah didakwa miliki 205 pasport, MyKad palsu

Suri rumah didakwa miliki 205 pasport, MyKad palsu

SHAH ALAM – Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas tiga pertuduhan termasuk memiliki 205 pasport antarabangsa, bulan lalu. Tertuduh, N. Paarvathy, 41, membuat pengakuan tersebut selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman. Paarvathy didakwa memiliki 205 pasport antarabangsa Malaysia tanpa kuasa yang sah dan dituduh di ... Read more The post Suri rumah didakwa miliki 205 pasport, MyKad palsu appeared first on Kosmo Digital .

Tesla issues recall for brake line corrosion on Model 3 Highland, pre-facelift Model Y in Europe

Tesla issues recall for brake line corrosion on Model 3 Highland, pre-facelift Model Y in Europe

Tesla is issuing recall for selected vehicles in Europe for a potential issue with brake line corrosion, reported Not A Tesla App, and the carmaker is contacting vehicle owners ahead of an expected notice from […] The post Tesla issues recall for brake line corrosion on Model 3 Highland, pre-facelift Model Y in Europe appeared first on Paul Tan's Automotive News .

Bas Mekar JPN mudahkan urusan rakyat di PMR 2025 Kelantan

Bas Mekar JPN mudahkan urusan rakyat di PMR 2025 Kelantan

KOTA BHARU: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyediakan perkhidmatan melalui Bas Mekar bagi memudahkan urusan pengunjung Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Kelantan. Perkhidmatan ini beroperasi di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV. Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah permohonan kad pengenalan 12 tahun, gantian kad pengenalan rosak atau hilang, serta pertukaran alamat. Pengunjung juga boleh melakukan urusan pendaftaran dan cabutan daftar kelahiran serta kematian. Jurucakap JPN Kelantan berkata perkhidmatan bas bergerak ini beroperasi dari 9 pagi hingga 6 petang. Setiap permohonan mengambil masa sekitar 30 minit untuk disiapkan. “Permohonan kad pengenalan terbuka kepada mana-mana warganegara Malaysia, khususnya kanak-kanak berumur 12 tahun,” jelas jurucakap tersebut. Pengunjung Mohd Shahir Khassin, 38, memuji kemudahan ini kerana menjimatkan masa berbanding berurusan di pejabat JPN. “Dengan Bas Mekar, urusan lebih mudah dan selesai dalam 30 minit,” katanya. Noraini Mat Isa, 35, pula berpeluang mendaftarkan kelahiran anak bongsunya yang berusia tiga minggu. “Saya bersyukur tidak perlu ke pejabat JPN yang jauh,” ujarnya. PMR 2025 Kelantan menawarkan lebih 100 perkhidmatan terus kepada rakyat. Program ini diterajui oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan - BERNAMA

Malaysia’s semiconductor exports exempt from US tariffs for now

Malaysia’s semiconductor exports exempt from US tariffs for now

KUALA LUMPUR: The Ministry of Investment, Trade and Industry (MITI) has clarified that Malaysia’s semiconductor exports to the United States are still exempt from reciprocal tariffs. The exemption remains in place but could change depending on ongoing US policy reviews. MITI Minister Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz said the US is investigating semiconductor imports under Section 232 of its Trade Expansion Act of 1962. The probe aims to assess whether these imports threaten US national security. Originally set to conclude by December, the investigation has been expedited, with results guiding potential actions like higher tariffs. Tengku Zafrul addressed concerns during the Dewan Rakyat’s Minister’s Question Time session. He responded to queries from Lim Guan Eng (Bagan-PH) about reports of a possible 100 per cent tariff on semiconductors from non-US producers. Malaysia is engaging directly with US trade officials to seek clarity and protect exporter interests. If tariffs are imposed, Malaysian products could lose competitiveness in the US market. The US has yet to finalise the tariff implementation mechanism. Current exemptions apply to companies investing in the US, not specific countries. This means the impact hinges on the operations of foreign firms in Malaysia. Tengku Zafrul noted that 65 per cent of Malaysia’s semiconductor exports to the US come from American companies based locally. - Bernama

Pelantikan Seimbang Cerminan Semangat Kerajaan Perpaduan – Saiful Yazan

Pelantikan Seimbang Cerminan Semangat Kerajaan Perpaduan – Saiful Yazan

SEREMBAN, 7 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johol, Datuk Saiful Yazan Sulaiman menegaskan bahawa pelantikan ke jawatan penting termasuk ke Dewan Negara harus mencerminkan semangat Kerajaan Perpaduan yang inklusif dan seimbang. Menurut beliau, Kerajaan Negeri Sembilan telah menunjukkan contoh terbaik dalam merealisasikan konsep perkongsian kuasa yang adil dalam pentadbiran negeri. “Semangat Kerajaan Perpaduan diterjemahkan dalam bentuk pelantikan yang [...]

Cadangan bayaran pencen KWSP secara bulanan tidak jejas hak pengeluaran ahli sedia ada - MOF

Cadangan bayaran pencen KWSP secara bulanan tidak jejas hak pengeluaran ahli sedia ada - MOF

KUALA LUMPUR - Cadangan pelaksanaan bayaran pencen secara bulanan bagi ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) tidak akan menjejaskan hak pengeluaran ahli sedia ada.Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, ini kerana cadangan tersebut hanya akan terpakai kepada ahli baharu yang mendaftar selepas tarikh pelaksanaan mekanisme baharu itu.Bagaimanapun katanya, ahli sedia ada boleh memilih untuk beralih kepada strukur baharu itu secara sukarela."Cadangan penstrukturan semula akaun KWSP ini akan memperkenalkan satu mekanisme baharu yang membolehkan sebahagian daripada simpanan ahli diperuntukkan khusus untuk menyediakan aliran pendapatan berkala sepanjang tempoh persaraan," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.Beliau menjawab soalan tambahan Mordi Bimol (PH-Mas Gading) mengenai rasional KWSP untuk memperkenalkan bayaran pencen secara bulanan, lanjutan daripada pengumuman dalam RMK-13.Menurut Lim, mekanisme baharu itu bertujuan memastikan simpanan ahli bertahan lebih lama bagi menampung perbelanjaan harian ketika tempoh persaraan yang dijangka semakin meningkat, seiring peningkatan jangka hayat."Struktur baharu ini akan diwujudkan apabila ahli mencapai usia persaraan minimum, yang mana simpanan ahli terbahagi kepada dua komponen utama iaitu simpanan fleksibel, iaitu boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli."Kedua, adalah simpanan pendapatan, yang diagihkan secara berkala atau bulanan sehingga habis. Cadangan ini bertujuan mengukuhkan jaminan pendapatan hari tua dan menyokong pengurusan kewangan yang lebih mampan," katanya. - Bernama

Tidak perlu campur tangan ASEAN secara menyeluruh isu Kemboja, Thailand – Anwar

Tidak perlu campur tangan ASEAN secara menyeluruh isu Kemboja, Thailand – Anwar

PUTRAJAYA – Blok serantau ASEAN tidak perlu campur tangan secara menyeluruh dalam menangani konflik sempadan antara Thailand dan Kemboja berikutan usaha penyelarasan dua hala yang sedang dipacu Malaysia sedang menunjukkan perkembangan positif. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam konteks ini, kedua-dua Menteri Pertahanan negara terlibat telah memberi komitmen untuk mematuhi syarat ketat bagi ... Read more The post Tidak perlu campur tangan ASEAN secara menyeluruh isu Kemboja, Thailand – Anwar appeared first on Kosmo Digital .