Beri saya tempoh bertenang – Eda Ezrin

Beri saya tempoh bertenang – Eda Ezrin

KOTA BHARU – Penyanyi Bea Soba Bea, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, tidak mahu diganggu selepas dibebaskan atas pertuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda dan penyalahgunaan dadah dari Penjara Wilayah Narathiwat, Thailand. Sumber terdekat wanita itu berkata, Eda Ezrin ketika ini memerlukan tempoh bertenang atau ruang sementara menunggu suaminya, Mohd. Affendi ... Read more The post Beri saya tempoh bertenang – Eda Ezrin appeared first on Kosmo Digital .

Amir Hariri bebas, pendakwa tarik balik pertuduhan

Amir Hariri bebas, pendakwa tarik balik pertuduhan

KUALA LUMPUR:  Pengarah Eksekutif pertububuhan bukan kerajaan (NGO) Mandiri, Amir Hariri Abd Hadi, dibebaskan sepenuhnya daripada dakwaan gagal memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai penganjuran satu perhimpunan pada tahun 2022. Keputusan itu disampaikan oleh Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan pada pagi ini. Amir sebelum ini dituduh di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 berhubung Mahkamah ... Read more The post Amir Hariri bebas, pendakwa tarik balik pertuduhan appeared first on Utusan Malaysia .

14 rumah setinggan, empat kedai di Pantai Dalam musnah terbakar

14 rumah setinggan, empat kedai di Pantai Dalam musnah terbakar

KUALA LUMPUR – Sebanyak 14 buah rumah setinggan serta empat premis kedai musnah terbakar dalam kejadian di Jalan Pantai Dalam di sini, semalam. Menurut Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGO KL), pihaknya panggilan kecemasan berhubung kejadian melalui talian MERS999 kira-kira pukul 11.11 malam. Katanya, seramai 36 anggota serta tiga jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat ... Read more The post 14 rumah setinggan, empat kedai di Pantai Dalam musnah terbakar appeared first on Kosmo Digital .

Pandu Porsche tapi culas perbaharui cukai jalan, insurans

Pandu Porsche tapi culas perbaharui cukai jalan, insurans

SEREMBAN: Seramai 10 pemilik kenderaan mewah hingga bernilai jutaan ringgit di negeri ini dikesan culas memperbaharui cukai jalan dan insurans sehingga dikenakan tindakan sitaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan. Jumlah itu direkodkan sejak Januari hingga awal bulan Ogos tahun ini dengan terbaharu melibatkan kereta mewah jenama Porsche Taycan milik ahli perniagaan wanita berusia ... Read more The post Pandu Porsche tapi culas perbaharui cukai jalan, insurans appeared first on Utusan Malaysia .

Jalur Gemilang Lambang Maruah Dan Kedaulatan Negara

Jalur Gemilang Lambang Maruah Dan Kedaulatan Negara

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera menempelak tindakan dan insiden Jalur Gemilang dipasang terbalik, sambil menyifatkan tindakan undang-undang perlu dikenakan sebagai pengajaran. Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Hulu Terengganu berkata ia penting bagi membentuk warganegara supaya menghormati lambang negara. “Pemuda UMNO Terengganu berpendapat, Jalur Gemilang bukan bahan jenaka politik. “Ia [...]

‘Takkan keluar kenyataan lagi, tempoh sangat sukar bagi dia’

‘Takkan keluar kenyataan lagi, tempoh sangat sukar bagi dia’

PETALING JAYA – Melalui tempoh sukar, penyanyi Shila Amzah tidak akan memberi sebarang kenyataan berhubung kemelut yang berlaku antaranya dengan legenda rock, Datuk Amy Search buat masa ini. Menurut pengurusnya, Aini Shuhaidah, perkara tersebut dilakukan selepas mengambil kira keadaan emosi Shila atau nama penuhnya, Nurshahila Amir Amzah, 35, yang kini tidak stabil. “Saya ingin memaklumkan ... Read more The post ‘Takkan keluar kenyataan lagi, tempoh sangat sukar bagi dia’ appeared first on Kosmo Digital .

Terkena minyak panas, Thalita risau kesan terbakar buat wajah hodoh

Terkena minyak panas, Thalita risau kesan terbakar buat wajah hodoh

PETALING JAYA – Penyanyi cilik yang juga anak kepada pelawak Shuib iaitu Thalita berdepan detik cemas apabila terkena minyak panas ketika membantu ibunya, Watie Hanifiah memasak kelmarin. Menurut Watie, kejadian tersebut berlaku ketika pemilik nama penuh Dzahira Thalita Zahra, 12, itu membantunya menggoreng kentang dan minyak panas di dalam kuali meletup selepas dipercayai terkena air. ... Read more The post Terkena minyak panas, Thalita risau kesan terbakar buat wajah hodoh appeared first on Kosmo Digital .

Cuba seludup bunga ganja guna bungkusan teh, makanan ringan

Cuba seludup bunga ganja guna bungkusan teh, makanan ringan

SEPANG - Taktik sorok bunga ganja dalam bungkusan makanan ringan dan teh dibongkar susulan penahanan sebuah van perdagangan di Zon Perdagangan Bebas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini 18 Julai lalu.Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) KLIA, Zulkifli Muhammad berkata, operasi dijalankan Cawangan Eksport Bahagian Perkastaman JKDM KLIA bersama-sama anggota Operasi Bahagian Penguatkuasaan.Menurutnya, van perdagangan tersebut disahkan membawa dagangan 'consolidate' untuk tujuan ke salah sebuah negara Eropah yang dijadualkan berlepas pada 21 Julai lalu."Hasil pemeriksaan menjumpai sembilan kotak dagangan disyaki mengandungi bunga ganja seberat 21.22 kilogram bernilai lebih RM1.80 juta."Modus operandi digunakan ialah menyembunyikan dadah dalam plastik kedap udara pelbagai bungkusan makanan ringan dan juga bungkusan teh bagi mengelak dikesan oleh pihak berkuasa," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, kes masih dalam siasatan dan disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.Dalam kes berlainan, Bahagian Penguatkuasaan Kastam menyerbu sebuah gudang di Puchong, Selangor pada 10 Julai lalu dan merampas 50,738.40 liter minuman keras yang dianggarkan bernilai melebihi RM2.03 juta termasuk duti dan cukai.Tambah Zulkifli, orang ramai digesa membantu pihak JKDM memerangi jenayah penyeludupan khususnyadadah, rokok, minuman keras, mercun, kenderaan dan lain-lain serta dinasihatkan tidak membabitkan diri dalam aktiviti tersebut."Penyeludupan bukan sahaja merugikan negara dari segi ketirisan hasil, malah ianya turut mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat."Orang ramai diseru untuk memberikan kerjasama kepada JKDM dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dadah dan juga lain- lain barangan seperti rokok, minuman keras dan mercun dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam yang terdekat di semua negeri," ujarnya.

Skuad B-20 harapkan keajaiban

Skuad B-20 harapkan keajaiban

PENGENDALI skuad wanita bawah 20 (B-20) kebangsaan, Cameron Ng percaya bola sepak sentiasa menyajikan sesuatu yang luar jangka dan yakin anak-anak buahnya mampu menghadirkan keputusan membanggakan. Walaupun akur memulakan aksi Kumpulan F kelayakan Piala Asia 2026 dengan kekalahan 0-3 kepada Iran di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, kelmarin, Ng percaya para pemainnya dapat belajar sesuatu. ... Read more The post Skuad B-20 harapkan keajaiban appeared first on Kosmo Digital .