Suspek tikam pelajar direman tujuh hari

Suspek tikam pelajar direman tujuh hari

PETALING JAYA: Pelajar lelaki berusia 14 yang menikam pelajar perempuan hingga maut di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama ditahan reman tujuh hari. Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapha mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan pihak polis. Suspek yang juga pelajar tingkatan satu direman sehingga Selasa ini dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Dalam prosiding ... Read more The post Suspek tikam pelajar direman tujuh hari appeared first on Utusan Malaysia .

Borneo Fashion Week 2025 Angkat Warisan dan Kelestarian Fesyen Borneo

Borneo Fashion Week 2025 Angkat Warisan dan Kelestarian Fesyen Borneo

Kuala Lumpur: Borneo Fashion Week (BFW) 2025 melabuhkan tirainya dengan penuh gaya dan kemeriahan selepas dua hari berlangsung pada 10 dan 11 Oktober lalu di Pavilion Damansara Heights. Dengan tema “Fashion With Purpose”, edisi kali ini menyerlahkan keindahan fesyen berteraskan warisan, kelestarian dan komuniti kreatif yang menjadi nadi kepada identiti Borneo. Diasaskan oleh Stephanie Alcantara, ... Read more The post Borneo Fashion Week 2025 Angkat Warisan dan Kelestarian Fesyen Borneo appeared first on Utusan Malaysia .

Nubhan sudah fail cerai, tidak sebumbung sejak Ogos

Nubhan sudah fail cerai, tidak sebumbung sejak Ogos

PETALING JAYA: Penyanyi dan usahawan, Nubhan, didakwa telah memfailkan cerai terhadap isterinya, Afifah Hidayah Ahmad Tawfek di Mahkamah Rendah Syariah Sepang sejak awal bulan lalu. Susulan itu, Nubhan atau Ahmad Nubhan Ahamad, 39, dikatakan bakal hadir ke mahkamah bagi prosiding pengesahan lafaz cerai yang dijadualkan besok dengan peguam masing-masing. Malah menurut sumber Kosmo! Online, penyanyi ... Read more The post Nubhan sudah fail cerai, tidak sebumbung sejak Ogos appeared first on Utusan Malaysia .

62 PATI dicekup kerja secara haram di restoran

62 PATI dicekup kerja secara haram di restoran

JOHOR BAHRU – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor menahan 62 warga asing dalam Operasi Ops Selera yang dijalankan di dua lokasi berbeza sekitar daerah ini, Sabtu lalu. Pengarahnya, Datuk Mohd. Rusdi Mohd. Darus berkata, bertindak atas maklumat awam dan risikan, operasi dijalankan di dua buah restoran yang dipercayai melindungi serta menggajikan pekerja warga asing ... Read more The post 62 PATI dicekup kerja secara haram di restoran appeared first on Kosmo Digital .

Keluarga akui kepungan Israel di Gaza kurangkan bekalan makanan untuk tebusan

Keluarga akui kepungan Israel di Gaza kurangkan bekalan makanan untuk tebusan

TEL AVIV: Bapa kepada seorang tebusan yang dibebaskan berkata, bekalan makanan untuk warga Israel yang ditahan di Gaza berkurangan apabila pentadbiran Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu menyekat bantuan kemanusiaan ke wilayah itu, lapor akhbar Haaretz. Yehuda Cohen membuat kenyataan itu sehari selepas pembebasan anaknya, Nimrod Cohen. Katanya, selepas kembali, gaya percakapan dan keadaan emosi Nimrod masih ... Read more The post Keluarga akui kepungan Israel di Gaza kurangkan bekalan makanan untuk tebusan appeared first on Utusan Malaysia .

Bedah siasat pelajar perempuan selesai, mayat dituntut keluarga

Bedah siasat pelajar perempuan selesai, mayat dituntut keluarga

PETALING JAYA: Bedah siasat  pelajar perempuan berusia 16 tahun yang maut akibat ditikam dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama di sini, semalam telah selesai dijalankan. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, mayat telah dituntut keluarga mangsa pada pukul 7.30 pagi tadi di Unit Patologi Forensik, Pusat Perubatan Universiti ... Read more The post Bedah siasat pelajar perempuan selesai, mayat dituntut keluarga appeared first on Utusan Malaysia .

Kes tikam pelajar: PN kemuka empat langkah tingkat keselamatan sekolah

Kes tikam pelajar: PN kemuka empat langkah tingkat keselamatan sekolah

SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) mengemukakan empat cadangan segera bagi memastikan keselamatan pelajar di sekolah berada pada tahap tertinggi susulan insiden tragis yang meragut nyawa seorang pelajar di Selangor pada Selasa.Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah konkrit perlu dilaksanakan termasuklah menubuhkan satu jawatankuasa siasatan bebas bagi menyiasat punca sebenar serta meneliti kelemahan dasar keselamatan sekolah yang wujud selama ini.Menurutnya, Kementerian Kewangan (MoF) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut diminta memperuntukkan perbelanjaan memperketat sistem pemantauan keselamatan sekolah, termasuk pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kritikal dan rondaan keselamatan berkala."Tindakan lain termasuklah melaksanakan saringan psikososial dan program intervensi awal bagi pelajar yang menunjukkan tanda-tanda tekanan, agresif atau berisiko melakukan keganasan."Selain itu, mewajibkan latihan keselamatan dan pengurusan krisis untuk semua guru serta warga sekolah supaya mereka mampu bertindak segera apabila berlaku ancaman," katanya dalam satu hantaran Facebook pada Rabu.Beliau menyifatkan, kehilangan seorang anak di tempat sepatutnya menjadi ruang paling selamat dan mendidik bukan sekadar satu tragedi, tetapi tamparan besar terhadap sistem pendidikan negara yang sepatutnya melindungi masa depan generasi muda.Muhyiddin berkata, anak terbabit pergi terlalu awal di tempat yang sepatutnya menjadi simbol harapan."Kami di PN menyampaikan rasa dukacita dan simpati tidak terhingga kepada keluarga mangsa. Tiada kata mampu menghapuskan kesedihan ini, namun kami berdoa semoga mereka diberikan kekuatan menghadapi ujian berat ini."Seluruh rakyat Malaysia turut berkongsi rasa pilu, marah, dan kecewa atas kegagalan sistem yang sepatutnya menjamin keselamatan anak-anak kita," ujarnya lagi.Tegasnya, kes berlaku itu bukan terpencil sebaliknya tanda jelas bahawa sistem pendidikan dan tadbir urus kerajaan telah gagal berfungsi.Justeru, Muhyiddin berpandangan, Menteri Pendidikan mesti mengambil tanggungjawab penuh dan bukan sekadar menzahirkan rasa simpati memandangkan terlalu banyak kejadian keganasan, buli dan kecederaan berlaku di sekolah tanpa tindakan tegas dan sistematik."Kegagalan demi kegagalan itu juga mencerminkan kegagalan Kerajaan Madani secara keseluruhannya, sebuah kerajaan yang sering melaungkan nilai kasih, hormat dan ihsan, tetapi gagal memastikan keselamatan paling asas untuk kanak-kanak di sekolah," katanya.Muhyiddin turut mengingatkan supaya Menteri Pendidikan dan kepimpinan tertinggi kerajaan mesti turun padang sendiri, bukan sekadar menghantar pegawai, bagi menunjukkan kesungguhan dan keikhlasan dalam menangani isu berkenaan."Sebetulnya, ia memerlukan "whole of government approach" rentas kementerian dan agensi kerajaan untuk memastikan keselamatan anak-anak ini terjamin," jelasnya.Menurutnya, tragedi seperti itu tidak boleh dinormalisasikan seolah-olah ia satu perkara biasa kerana tiada apa yang biasa tentang apa yang sedang berlaku."Setiap kehilangan nyawa di sekolah adalah bukti nyata kegagalan dasar, kelemahan kepimpinan, dan kecuaian institusi. Kegagalan melindungi anak-anak ini bukan hanya kegagalan kementerian ia kegagalan moral dan tanggungjawab seluruh kerajaan," ujarnya.Dalam pada itu, beliau menasihatkan kerajaan supaya berhenti beretorik dan mula bertindak kerana jika setiap hari gagal bertindak, maka ia membawa risiko keselamatan buat anak-anak di sekolah.

Balasan seludup PATI, lelaki masuk jel 18 bulan

Balasan seludup PATI, lelaki masuk jel 18 bulan

PETALING JAYA – Seorang lelaki berusia 41 tahun dijatuhi hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, 9 Oktober lalu selepas disabitkan kesalahan menyeludup dua migran warga Indonesia, dua bulan lepas. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 26J, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Akta 670). Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, ... Read more The post Balasan seludup PATI, lelaki masuk jel 18 bulan appeared first on Kosmo Digital .