Melaka Week @ EXPO 2025 Osaka Ketengah Potensi Pelaburan Negeri Di Peringkat Dunia

Melaka Week @ EXPO 2025 Osaka Ketengah Potensi Pelaburan Negeri Di Peringkat Dunia

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Melaka mencatat sejarah baharu apabila menjadi negeri ketujuh diberi kepercayaan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) untuk mengetengahkan potensi pelaburan serta produk unik negeri itu di pentas dunia melalui penganjuran Melaka Week @ EXPO 2025 Osaka. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, bertemakan “Designing Future Society for Our Lives”, Melaka membawa [...]

Kapasiti MyKasih dipertingkat, elak transaksi tergendala

Kapasiti MyKasih dipertingkat, elak transaksi tergendala

PUTRAJAYA – Kapasiti pelayan (server) sistem MyKasih yang mengendalikan transaksi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dipertingkatkan bagi memastikan kelancaran urusan rakyat untuk berbelanja sempena cuti hujung minggu panjang yang akan tiba.Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia (MoF), Datuk Johan Mahmood Merican berkata, persediaan itu dibuat selepas sistem berdepan lonjakan luar jangkaan pada 31 Ogos lalu iaitu pada hari pertama pelaksanaan SARA untuk semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas."Untuk persediaan jangka panjang, kapasiti pelayan telah ditingkatkan empat kali ganda iaitu daripada 5,000 kepada 15,000 transaksi seminit."Langkah ini diambil khusus bagi menghadapi cuti panjang, termasuk sambutan Hari Malaysia yang dijangka turut menyaksikan lonjakan pengguna," katanya dalam sidang media di sini pada Selasa.Menurut beliau, permintaan pengguna meningkat secara mendadak melebihi 5,000 transaksi seminit, sedangkan kapasiti pelayan sedia ada sebelum ini hanya mampu menampung sekitar 2,200 transaksi."Masalah utama bukan pada terminal atau pasar raya, sebaliknya pada pelayan yang tidak dapat menampung jumlah pengguna serentak."Walaupun begitu, sistem masih berfungsi dan berjaya memproses hampir 900,000 transaksi bernilai RM52 juta pada hari pertama," katanya.Johan menjelaskan bahawa kesesakan tersebut berlaku kerana pelaksanaan SARA bertembung dengan cuti umum Hari Kebangsaan dan hujung minggu panjang.Pada masa sama, kemasukan kredit bulanan untuk golongan B40 pada 1 September turut menambah jumlah penerima yang berbelanja secara serentak.Beliau berkata, selepas sesi pembaikan segera dijalankan pada malam 31 Ogos, kapasiti pelayan berjaya ditingkatkan sekitar 20 peratus keesokan harinya dan seramai 950,000 penerima membelanjakan RM66 juta pada 1 September."Ini membuktikan bahawa walaupun sistem menerima tekanan permintaan yang sangat tinggi, ia tetap berfungsi. Isu yang timbul hanyalah kelembapan ketika waktu puncak," jelas beliau.Menurut Johan, pasukan teknikal terus melaksanakan penambahbaikan harian, termasuk pemasangan ‘patch’ baharu serta ujian tekanan (stress test) bagi memastikan sistem mampu beroperasi dengan stabil semasa jumlah pengguna yang tinggi.Beliau menegaskan bahawa sistem MyKasih tidak pernah ‘crash’ atau terhenti sepenuhnya, sebaliknya hanya mengalami kelembapan semasa trafik puncak.Johan turut mengingatkan penerima bahawa kredit RM100 tersebut boleh digunakan sehingga 31 Disember ini."Tidak perlu tergesa-gesa kerana tempoh penebusan masih panjang. Dengan penambahbaikan ini, rakyat boleh menikmati pengalaman berbelanja yang lebih lancar tanpa perlu bimbang tentang gangguan sistem," ujarnya.Dalam masa yang sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada rangkaian pasar raya dan kedai yang bekerjasama dalam memastikan bantuan ini dapat disalurkan dengan baik kepada rakyat."Kami akan terus memantau keadaan, mengambil langkah pembetulan jika perlu dan memastikan sistem benar-benar bersedia menghadapi cuti panjang yang bakal tiba," katanya.

Pengurusan TikTok dipanggil ke Bukit Aman esok berikutan isu berita palsu

Pengurusan TikTok dipanggil ke Bukit Aman esok berikutan isu berita palsu

KUALA LUMPUR : Pengurusan tertinggi platform media sosial TikTok dipanggil ke Bukit Aman esok berikutan kelewatan syarikat itu memberikan kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia dalam menangani isu penyabaran berita palsu di platform terbabit. Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata isu berkenaan termasuk yang tular baru-baru ini melibatkan hantaran individu yang mendakwa dirinya sebagai pakar bedah dalam kes Zara Qairina Mahathir. “Pihak TikTok sangat lambat memberikan maklumat kepada PDRM sehingga saya terpaksa menelefon CEO TikTok sendiri Shou Zi Chew untuk maklumkan, perkara ini adalah jenayah yang telah dilakukan dan organisasi anda sangat lambat.” “Sikap itu tidak boleh kami biarkan dan insya-Allah esok akan ada satu mesyuarat di Bukit Aman disertai Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dan Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki.” Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas persidangan AI Grand Prix 2025 di Institut Penerangan dan Penyiaran Tun Abdul Razak di sini hari ini. Selain TikTok, Fahmi berkata syarikat induk Facebook iaitu Meta Platforms Inc juga akan dipanggil bagi memberikan penjelasan mengenai penyebaran kandungan tidak bermoral di platform mereka. Katanya, antara isu dikenal pasti termasuklah penyebaran kandungan berkaitan pedofilia yang dikesan dalam Op Pedo melibatkan kumpulan dalam talian “Geng Budak Sekolah” sebagaimana tular menerusi WhatsApp dan Facebook. “Kita lihat pihak platform-platform ini mereka tidak mengambil sikap yang serius, jadi proses dialog itu akan diteruskan dan kita akan beri penegasan undang-undang Malaysia yang terpakai kepada mereka dan mereka wajib akur, kami akan panggil setiap platform.” Ketika menjadi panel sesi dialog khas “Let’s Talk AI Revolution” dalam persidangan AI Grand Prix 2025 berkenaan, Fahmi berkata kerajaan sedang meneliti keperluan mewajibkan pengesahan identiti bagi sebarang transaksi jualan melalui platform media sosial. Beliau berkata langkah itu bertujuan membendung penyalahgunaan akaun palsu yang sering dikaitkan dengan jenayah penipuan, iklan judi dalam talian dan kandungan “deepfake”. “Banyak jenayah yang berlaku dalam media sosial, dilakukan oleh pelaku-pelaku yang berselindung di sebalik akaun palsu.” “Banyak daripada akaun ‘deepfake’, iklan judi, scam dan pedofilia, semuanya ialah akaun palsu.” “Saya nampak mungkin ada keperluan untuk kerajaan mengambil satu sikap, iaitu kalau hendak jual barang dalam talian, dalam platform-platform mesti ada verifikasi identiti, kalau hendak buat iklan dalam Facebook, mesti ada butiran sebenar, ini yang Facebook enggan lakukan.” Beliau menambah langkah itu juga telah dilaksanakan Singapura. Dalam pada itu, Fahmi berkata Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Penggunaan Platform Media Sosial yang Selamat dan Bertanggungjawab untuk ASEAN akan diterima pakai secara rasmi semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada Oktober ini. Persidangan AI Grand Prix 2025 anjuran IPPTAR berlangsung selama dua hari bermula hari ini menghimpunkan tokoh akademik, pakar industri, penggiat kreatif dan penggubal dasar bagi membincangkan secara mendalam peranan Kecerdasan Buatan dalam membentuk landskap komunikasi, media dan kepimpinan digital negara. – Bernama

Jangan bersedih, masih banyak lagi cuti bulan ini

Jangan bersedih, masih banyak lagi cuti bulan ini

PETALING JAYA — Bagi pekerja yang baru sahaja kembali ke pejabat selepas berehat panjang bermula hari Sabtu sehingga semalam susulan cuti hujung minggu dan Hari Kebangsaan, usah bersedih kerana masih banyak lagi cuti umum menanti sepanjang bulan ini. Menurut kalendar cuti persekutuan, rakyat Malaysia bakal menikmati beberapa hari kelepasan rasmi, termasuk cuti Hari Malaysia pada ... Read more The post Jangan bersedih, masih banyak lagi cuti bulan ini appeared first on Kosmo Digital .

Lebih 139,000 pelajar antarabangsa dari 160 negara pilih IPT Malaysia

Lebih 139,000 pelajar antarabangsa dari 160 negara pilih IPT Malaysia

KUALA LUMPUR : Seramai 139,341 pelajar antarabangsa dari lebih 160 negara memilih untuk melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi Malaysia setakat 31 Mac lepas. Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menyatakan kejayaan ini dipacu oleh ekosistem pendidikan berkualiti tinggi dan kos sara hidup yang berpatutan. Beliau menekankan bahawa peningkatan ini memperkaya suasana pembelajaran dengan pelbagai elemen budaya dan pertukaran idea. Pertumbuhan tersebut turut disokong oleh hubungan diplomatik yang kukuh dan pengiktirafan bersama kelayakan akademik. Malaysia terus memperkukuh statusnya sebagai hab pendidikan tinggi antarabangsa dengan peningkatan ranking universiti tempatan. Universiti Malaya meningkat ke kedudukan ke-58 dalam QS World University Rankings 2026 berbanding tangga ke-60 sebelumnya. Universiti Kebangsaan Malaysia naik ke kedudukan 126 manakala Universiti Putra Malaysia dan Universiti Sains Malaysia berkongsi kedudukan ke-134. Universiti Teknologi Malaysia melonjak ke kedudukan 153 berbanding 181 dalam ranking sebelumnya. Bagi sektor swasta, Universiti Teknologi PETRONAS kini berada di kedudukan 251 dengan Taylor’s University di tangga 253. UCSI University menduduki ranking 269 manakala Sunway University berjaya menembusi kelompok 500 terbaik dunia di tangga ke-410. Peningkatan konsisten dapat dilihat dalam reputasi akademik, kualiti penyelidikan dan kebolehpasaran graduan. Beberapa universiti awam negara turut disenaraikan dalam Times Higher Education Asia University Rankings 2024 dalam kelompok 100 terbaik Asia. Sinergi antara tenaga akademik tempatan dan rakan antarabangsa terus diperkukuh melalui pelbagai platform kerjasama. Program mobiliti akademik untuk pertukaran pensyarah dan penyelidik telah dilaksanakan dengan jayanya. Lebih 1,200 projek penyelidikan bersama universiti ternama di United Kingdom, Australia, Jepun, Timur Tengah dan ASEAN telah dijalankan. Penerbitan artikel berindeks tinggi mencatat lebih 35% daripada keseluruhan artikel Scopus Malaysia hasil kolaborasi antarabangsa. – Bernama

Bung Moktar tidak tahu RM2.8 juta masuk akaun Zizie Izette

Bung Moktar tidak tahu RM2.8 juta masuk akaun Zizie Izette

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan di Mahkamah Sesyen pada Selasa bahawa beliau tidak pernah menerima rasuah daripada dua ejen pelaburan Public Mutual Berhad berkaitan pelaburan Felcra Berhad bernilai RM150 juta, kira-kira 10 tahun lalu.Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu berkata demikian ketika prosiding bela diri hari pertama atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta di hadapan Hakim Rosli Ahmad.Ketika disoal peguamnya, Ridha Abdah Subri, Bung Moktar menyatakan bahawa tiada rakaman video, gambar atau perbualan direkodkan berhubung dakwaan penerimaan wang daripada dua saksi pendakwaan.Ahli politik yang akan menyambut hari kelahiran pada 15 September ini turut menegaskan bahawa tiada bukti menunjukkan pembayaran dibuat kepadanya oleh dua ejen pelaburan, iaitu saksi pendakwaan ke-24 (SP24), Madhi Abdul Hamid dan SP25, Norhaili Ahmad Mokhtar."Saya tidak menerima wang itu secara langsung atau tidak langsung, malah tiada bukti menunjukkan aliran wang kepada saya."Tidak ada bukti," katanya ketika menjawab soalan sama ada pendakwaan telah mengemukakan sebarang dokumen, e-mel atau mesej yang membuktikan beliau bersetuju untuk menerima suapan.Peguam: Adakah Datuk Seri mengetahui secara pasti bahawa Datin Seri Zizie Izette A Samad telah menerima wang sebanyak RM2.8 juta daripada Norhaili dan Madhi pada Jun 2015?Bung Moktar: Saya tidak tahu.Peguam: Adakah Datuk Seri telah mengarahkan atau meminta Zizie Izette menerima wang tersebut bagi pihak Datuk Seri?Bung Moktar: Tidak pernah, kerana saya langsung tidak tahu mengenai perkara itu.Mengulas lanjut, Pengerusi BN Sabah itu berkata, tiada mana-mana pihak memaklumkan kepadanya mengenai isu tersebut sehinggalah beliau dipanggil untuk membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekitar tahun 2016 atau 2017.Peguam: Adakah Datuk Seri mengetahui mengenai status wang simpanan dan pelaburan Zizie Izette sebelum dilantik menjadi Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra Berhad?Bung Moktar: Saya tidak tahu. Memang menjadi persefahaman antara saya dan isteri-isteri, sejak berkahwin sehingga kini, bahawa duit mereka adalah duit mereka dan saya tidak masuk campur.Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar yang ketika itu memegang jawatan sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra telah didakwa atas dua pertuduhan secara rasuah memperoleh untuk dirinya suapan wang tunai berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan untuk mendapatkan kelulusan Felcra bagi melabur RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.Beliau didakwa menerima suapan daripada ejen pelaburan Public Mutual, Madhi Abdul Hamid, melalui isterinya, Zizie Izette dan akaun Public Islamic Treasures Growth Fund atas nama isterinya.Dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Public Bank, Cawangan Taman Melawati, antara jam 12.30 tengah hari hingga 5 petang pada 12 Jun 2015 dan pada jam 12.16 tengah hari, 19 Jun tahun sama.Bagi pertuduhan ketiga, Bung Moktar didakwa menerima wang tunai RM337,500 daripada perunding unit amanah, Norhaili Ahmad Mokhtar atas nama Zizie Izette, pada tarikh dan lokasi sama, kira-kira jam 12.28 tengah hari pada 19 Jun 2015.Pertuduhan dibuat mengikut Subseksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Sementara itu, Zizie Izette turut berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara sama, di lokasi, tarikh dan masa yang serupa.Prosiding bersambung Rabu.

Three men jailed and fined for Parit Raja worship ritual involvement

Three men jailed and fined for Parit Raja worship ritual involvement

BATU PAHAT : Three men received one month jail sentences and RM2,000 fines from the Syariah Court today for their involvement in a worship ceremony linked to a viral video. Syariah Judge Syazwan Mohd Yusof imposed the sentence after Muhammad Suhail Suttrysono, 35, Azman Mohamed Seh, 45, and Anuar Bandi, 40, pleaded guilty to the charges. The court ordered an additional 14 days imprisonment if they fail to pay the fine and mandated six months of monitoring by the Johor State Islamic Religious Department after their jail terms. Muhammad Suhail, a security guard, faced charges under Section 3 of the Johor State Syariah Criminal Offences Enactment 1997 for performing the worship ceremony. Azman and Anuar, both mechanics, were charged with abetting the ceremony by playing traditional drums under Section 43(b) of the same enactment. All three committed the offence between 10 pm and 1 am on August 10 in an open area at a house on Jalan Pasar, Parit Raja. Johor chief syariah prosecutor Ahmad Wafi Abdullah represented the prosecution while the accused were unrepresented in court. A one-minute viral video on social media showed a Kuda Kepang performance associated with the worship ritual in Batu Pahat that caused public outrage. – Bernama

Ibu bapa bangga kejayaan Tang Jie-Ee Wei juara dunia badminton

Ibu bapa bangga kejayaan Tang Jie-Ee Wei juara dunia badminton

SEPANG : Perasaan bangga jelas terpancar daripada wajah ibu bapa kepada jaguh badminton negara Toh Ee Wei iaitu Toh Kok Leong dan Jane Yeoh ketika menyambut kepulangan anak mereka dari Paris, Perancis selepas bergelar juara dunia bersama pasangannya Chen Tang Jie baru-baru ini. Kok Leong berkata detik itu cukup bermakna terutama kejayaan besar yang dilakar anaknya itu hadir pada Hari Kemerdekaan ke-68, sekali gus memberikan hadiah bermakna buat seluruh rakyat Malaysia. “Memang emosional. Kali pertama dapat gelaran besar pada Hari Merdeka, seluruh rakyat Malaysia berasa bangga. “Kami di rumah pun menangis sama, lebih bangga bila dia balik dalam keadaan sihat tanpa cedera,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini. Terdahulu, Tang Jie-Ee Wei dinobatkan sebagai juara dunia dalam acara beregu campuran selepas menumpaskan wakil China Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin 21-15, 21-14 pada final Kejohanan Dunia pada Ahad lepas. Sementara itu, ibu Tang Jie, Chen Keat Siew turut melahirkan rasa bangga dengan kejayaan anak lelakinya itu. Beliau berkata kejayaan itu lebih manis berbanding ketika mereka memenangi Terbuka Korea tahun lepas, yang turut jatuh pada Bulan Kemerdekaan. “Memang gembira, memang teruja. Ini istimewa sebab jatuh pula pada Hari Merdeka. Kalau dulu Terbuka Korea, sekarang dia sudah juara dunia. “Itu bukan penghujung, lepas ini dia kena kerja lebih keras,” katanya. Beliau turut berharap agar kejayaan itu tidak terhenti di situ, sebaliknya melakar lebih banyak kemenangan pada masa hadapan. – Bernama

Nurin Jazlin anak kecil yang tidak pernah pulang

Nurin Jazlin anak kecil yang tidak pernah pulang

PETALING JAYA – Tragedi kehilangan dan pembunuhan kejam kanak-kanak 8 tahun, Nurin Jazlin Jazimin, pada 2007 terus menghantui ingatan rakyat Malaysia meskipun sudah 17 tahun berlalu. Kes yang sehingga kini masih belum terungkai itu kembali mendapat perhatian selepas Public Health Malaysia (PHM) berkongsi semula kronologi kejadian di Facebook hari ini. “Nurin Jazlin seorang kanak-kanak berusia ... Read more The post Nurin Jazlin anak kecil yang tidak pernah pulang appeared first on Kosmo Digital .

Tiada pelajar Malaysia terlibat demonstrasi di Indonesia, kata menteri

Tiada pelajar Malaysia terlibat demonstrasi di Indonesia, kata menteri

KUALA LUMPUR : Tiada pelajar Malaysia terlibat dalam demonstrasi atau rusuhan di beberapa wilayah di Indonesia setakat ini menurut Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Beliau berkata pihaknya melalui pejabat Education Malaysia (EM) di Indonesia sentiasa menjalankan pemantauan rapi dan berterusan dengan kerjasama erat Wisma Putra bagi memastikan keselamatan pelajar Malaysia. “Kita ada lebih 1,200 pelajar Malaysia melanjutkan pengajian di Indonesia. Alhamdulillah, setakat ini kita tidak menerima sebarang laporan berkaitan pelajar Malaysia terlibat dalam kejadian tersebut. “Namun kita terus memantau perkembangan dari semasa ke semasa kerana kesannya bukan hanya di Jakarta, tetapi turut melibatkan kawasan lain di Indonesia,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata pihak EM juga sentiasa berhubung dengan pelajar untuk memberi maklumat terkini dan menasihatkan mereka agar menjauhi kawasan terlibat dengan rusuhan. Pelajar Malaysia di sana menurut beliau tidak hanya tertumpu di Jakarta tetapi turut berada di kawasan lain seperti Sumatera, Pulau Jawa dan wilayah lain. Dalam pada itu Zambry menyatakan keyakinan pemerintah Indonesia akan mengambil segala langkah perlu untuk mengawal dan mengelak situasi itu daripada terus berpanjangan. “Kita mendoakan agar Indonesia kembali aman dan tenteram kerana kestabilan di sana membawa kebaikan kepada negara jiran termasuk Malaysia,” katanya. Ribuan rakyat Indonesia mengadakan demonstrasi di Jakarta dan beberapa bandar utama sejak minggu lepas bagi menyuarakan tuntutan politik dan ekonomi. – Bernama

Malaysia pelawa JD.com labur dalam gudang pintar di Selangor Aeropark

Malaysia pelawa JD.com labur dalam gudang pintar di Selangor Aeropark

KUALA LUMPUR : Malaysia telah mempelawa platform e-dagang sehenti China, JD.com untuk melabur di Gudang Pintar Selangor Aeropark. Pelaburan ini bertujuan mengukuhkan kedudukan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebagai hab logistik serantau. Menteri Pengangkutan Anthony Loke menyatakan pelaburan sedemikian bakal meningkatkan kecekapan dan sokongan kepada produk Malaysia dan ASEAN. Beliau menekankan hasrat Malaysia untuk membangunkan KLIA sebagai hab kargo udara utama bagi rantau ASEAN. Loke turut menegaskan komitmen Malaysia untuk memperkukuh kerjasama antara KLIA dan Lapangan Terbang Antarabangsa Zhengzhou Xinzheng. Kedua-dua pihak berkongsi matlamat untuk mewujudkan Laluan Sutera Udara yang lancar antara ASEAN dan China. Kerjasama menyeluruh dalam bidang penerbangan awam dan logistik akan menjadi teras utama perkongsian strategik ini. Loke menyertai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatan kerja empat hari ke Beijing. Lawatan ini menyaksikan beberapa perbincangan strategik bersama pemimpin industri utama China. JD.com merupakan syarikat tersenarai dalam NASDAQ 100 dan Fortune Global 500. Syarikat ini merupakan peruncit e-dagang terbesar di China dengan lebih 580 juta pengguna. Infrastruktur berasaskan teknologi JD.com membolehkan 90% pesanan dihantar dalam hari yang sama atau keesokan harinya. – Bernama