Malaysia tegas pertahan beberapa dasar negara dalam rundingan tarif dengan AS - PM

Malaysia tegas pertahan beberapa dasar negara dalam rundingan tarif dengan AS - PM

KUALA LUMPUR - Malaysia merupakan antara negara yang tegas mempertahankan beberapa peruntukan yang bertepatan dengan dasar negara dalam rundingan tarif perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, Malaysia tidak mengalah dalam beberapa tuntutan AS semasa rundingan, termasuk dasar bumiputera, di samping beberapa tuntutan lain yang dipersetujui oleh negara-negara lain selain Malaysia."Tetapi kita masih dapat 19 peratus (kadar tarif timbal balas). Paling penting (adalah) dasar bumiputera yang dianggap diskriminatori (oleh AS), dan mereka tidak boleh terima (kerana) itu bertentangan dengan semangat perdagangan antarabangsa"(Bagaimanapun) kita tak boleh, Malaysia mesti pertahankan (dasar bumiputera), dan akhirnya, ia diterima," kata Anwar pada sesi pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.Pada masa sama, kata beliau, kerajaan juga perlu menilai risiko sekiranya dikenakan kadar tarif lebih tinggi kerana Malaysia adalah negara perdagangan dan nilai perdagangan dengan AS adalah tinggi."Kita boleh menang sorak, tetapi negara rugi dan ratusan ribu rakyat terkesan. Saya bertanggungjawab pertahankan kepentingan rakyat," kata beliau.Beliau berkata, bagi tuntutan yang boleh dipenuhi seperti dasar import-eksport, kerajaan telah bertolak ansur, bukan sahaja kepada AS, malah kepada negara-negara lain termasuk China.Berkenaan pembelian pesawat Boeing oleh Malaysia Aviation Group (MAG), Perdana Menteri berkata ia adalah keputusan MAG, namun Boeing bukan satu-satunya model pesawat yang dibeli oleh syarikat penerbangan itu.Anwar berkata, semasa lawatan rasmi ke Perancis baru-baru ini beliau turut merundingkan pembelian pesawat Airbus dengan Presiden Emmanuel Macron malah Malaysia juga berunding dengan Brazil dan China (untuk pembelian pesawat) namun China memaklumkan pesawat mereka hanya untuk keperluan domestik sahaja setakat ini.Menurut beliau, pada 2024 MAG mencatatkan keuntungan setelah beberapa tahun mengalami kerugian, didorong oleh pengurusan yang telus dan cekap, justeru, syarikat itu membuat pesanan (pembelian pesawat) sejak tahun lalu."Kedua-duanya, (pesawat) Boeing dan Airbus, sebahagian besar daripada kilang pembuatan bahagiannya (terletak) di sini. Kalau tengok sayap Airbus, itu (kilang pembuatan) banyak di Negeri Sembilan, Kulim dan juga di Selangor. Begitu juga komponen Boeing. Syarat kita dengan Boeing adalah mengenai pengeluaran sebahagiannya di sini."Kita kena beli (pesawat) dan kita kena beli banyak sebab laluan yang kita batalkan itu terlalu banyak. Ia berkenaan supply (tawaran) dan demand (permintaan)," kata beliau. - Bernama

Anwar: Fiscal deficit cut gradually to ease debt burden

Anwar: Fiscal deficit cut gradually to ease debt burden

KUALA LUMPUR : The MADANI government is gradually reducing the fiscal deficit in phases to lessen the national debt burden, said Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim. He said that if the deficit were to be reduced suddenly, there is a risk that it would hinder additional allocations for educational activities, the Sumbangan Tunai Rahmah (STR) assistance and health. Anwar said the fiscal deficit was recorded at 5.5 per cent of gross domestic product (GDP) in 2022. This was gradually reduced to five per cent in 2023 and further reduced to 4.1 per cent in 2024. “Our target is to reduce the deficit gradually in phases. As long as the deficit is not reduced, the debt amount will increase. “That is why, from the debt perspective, I said in 2021 that the new debt amounted to RM100 billion; in 2022, RM99 billion and in 2023, the new debt amount fell to RM92.6 billion. In 2024, it will further be decreased to RM76.8 billion,” he said during the ministerial question time in the Dewan Rakyat today. Anwar said last year, STR and SARA rose to RM15 billion, and the Education Ministry received the highest increase of up to RM64 billion, while the Health Ministry received a RM45 billion rise. He said the policy implemented has been viewed positively following a rise in foreign and domestic investor confidence. - Bernama

Penjaga stor didakwa amang seksual anak tiri

Penjaga stor didakwa amang seksual anak tiri

KOTA BHARU - Seorang bapa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan tirinya pada hujung tahun lepas dan tahun ini.Tertuduh juga seorang penjaga stor berusia 49 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Zulkifli Abllah.Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa melakukan amang seksual ke atas mangsa yang berusia 16 tahun tujuh bulan dengan maksud seksual di sebuah rumah di Badang di sini pada jam 3.30 petang, Disember tahun lepas.Bagi pertuduhan ketiga dan keempat, tertuduh didakwa kesalahan itu di lokasi sama pada Februari lalu, manakala bagi pertuduhan kelima didakwa berlaku di lokasi serupa pada Mac lalu.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a), 14(d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum mengikut seksyen 14 serta Seksyen 377B Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 16 akta yang sama (hubungan amanah).Sabit kesalahan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak dan Seksyen 377B Kanun Keseksaan, pesalah hendaklah dihukum penjara maksimum 20 tahun serta boleh juga disebat.Bagi Seksyen 16 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak, tambahan hukuman penjara maksimum lima tahun, sebat minimun dua memandangkan wujud hubungan amanah antara tertuduh dan mangsa.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad, manakala tertuduh diwakili Wan Amani Wan 'Azimin.Pada prosiding itu, Ahmad Faiz tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan tuduhan serius membabitkan hubungan amanah sebagai bapa dan anak tiri.Wan Amani bagaimanapun memohon jaminan dengan alasan anak guamnya tinggal berasingan dengan mangsa."Mangsa kini tinggal di rumah ibu bapa saudara dan dijaga rapi."Anak guam saya pula mempunyai penyakit saraf selain pernah mengalami anxiety dan masih perlu menyara lima anak serta isteri melalui pendapatan RM70 sehari," katanya.Zulkifli kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan dua penjamin bersyarat tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi serta perlu melaporkan diri ke balai polis berdekatan setiap dua bulan.Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 8 September ini.Tertuduh membayar jaminan itu.

Guru dakwa tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap murid lelaki

Guru dakwa tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap murid lelaki

KOTA BHARU: Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas empat pertuduhan melakukan amang seksual terhadap murid lelaki berusia 11 tahun pada Mac dan Mei tahun lepas. Syahril Faiza Zakaria, 51, didakwa melakukan dua perbuatan itu ketika berada di dalam sebuah kereta pada 2 petang Mac 2024, manakala dua lagi perlakuan dilakukan di sebuah tandas di sebuah resort Pantai Cahaya Bulan, di sini, Mei tahun sama. Keempat-empat pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah seksyen 14 akta yang sama, dibaca bersama seksyen 16 Akta yang sama. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan untuk setiap pertuduhan. Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Fitri Mohamad tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap Syahril Faiza memandangkan kes itu melibatkan kepentingan awam, kebajikan mangsa dan mempunyai hubungan amanah dengan tertuduh. Peguam Mohd Saifullah Che Mat merayu agar jaminan sesuai dikenakan atas alasan anak guamnya tidak berisiko melarikan diri, mempunyai masalah jantung sejak Mei lepas, menghidap kemurungan tahap serius dan tidak berkahwin. Anak guamnya yang sebelum ini berkhidmat di sebuah sekolah rendah di Tumpat juga, katanya telah dipindahkan ke Pejabat Pendidikan di daerah berkenaan. Hakim Zulkifli Abllah membenarkan Syahril Faiza diikat jamin RM30,000 bagi kesemua pertuduhan dengan syarat tambahan tidak mengganggu mangsa secara langsung atau tidak langsung serta melapor diri ke balai polis setiap dua bulan sekali. Mahkamah kemudian menetapkan 10 Sept ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen. - Bernama

Undang-undang baharu teliti penjualan dadah di media sosial

Undang-undang baharu teliti penjualan dadah di media sosial

KAJANG – Kerajaan sedang meneliti keperluan menambah baik atau menggubal undang-undang baharu bagi membanteras penjualan dadah melalui platform media sosial dan e-dagang yang semakin berleluasa. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, fenomena itu kini menjadi antara fokus utama Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Menangani Gejala Dadah yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. ... Read more The post Undang-undang baharu teliti penjualan dadah di media sosial appeared first on Kosmo Digital .

SP Setia lancar Elysian, Koleksi terhad Rumah Banglo, Berkembar Mewah di Kajang

SP Setia lancar Elysian, Koleksi terhad Rumah Banglo, Berkembar Mewah di Kajang

SELANGOR: SP Setia sekali lagi menjadi tumpuan dengan pelancaran Elysian, projek kediaman mewah pegangan bebas yang terhad kepada hanya 40 unit sahaja, terletak di perbandaran Setia Alamsari, Kajang. Kediaman eksklusif ini kini dibuka untuk jualan dengan harga bermula daripada RM1.63 juta. Terletak di kawasan perbandaran bersepadu seluas 775 ekar yang meraih pelbagai anugerah dan dibangunkan ... Read more The post SP Setia lancar Elysian, Koleksi terhad Rumah Banglo, Berkembar Mewah di Kajang appeared first on Utusan Malaysia .

TH ingatkan bakal jemaah haji tahun depan buat persiapan awal

TH ingatkan bakal jemaah haji tahun depan buat persiapan awal

SHAH ALAM – Lembaga Tabung Haji (TH) mengingatkan bakal jemaah haji dalam giliran bagi musim 1447H/2026M supaya mengemas kini rekod maklumat peribadi, kesihatan, kewangan, pengurusan diri serta menambah ilmu berkaitan fardu ain dan ibadat haji.Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad, berkata giliran menunaikan haji boleh disemak melalui aplikasi dalam talian THiJARI atau di pejabat cawangan TH di seluruh negara."Langkah proaktif ini selari dengan usaha berterusan TH dalam mempertingkatkan perkhidmatan demi manfaat jemaah haji Malaysia."Makluman peringatan awal ini dikeluarkan bagi membantu bakal jemaah membuat persediaan lebih awal. Berdasarkan pengalaman, ramai yang tidak berjaya melayakkan diri menerima tawaran haji disebabkan faktor kesihatan dan kewangan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Dalam pada itu, Mustakim turut menyarankan bakal jemaah untuk terus meningkatkan simpanan di TH bagi mencukupkan wang belanja haji yang dijangka meningkat dari tahun ke tahun.Justeru, beliau menyeru bakal jemaah agar menyimpan secara berkala dan merangka perancangan kewangan sebaik mungkin menjelang tiba tahun giliran mereka."Ibadat haji adalah ibadat yang memerlukan persediaan amat rapi, khususnya bagi memenuhi syarat istito’ah (kemampuan)."Peringatan mesra ini diharap dapat membantu bakal jemaah meningkatkan tahap ketersediaan mereka agar layak menerima tawaran dan kemudiannya dapat menunaikan ibadat haji dengan lancar serta memperoleh haji mabrur," jelas beliau.TH juga menyediakan kemudahan menyimpan secara berkala melalui potongan gaji atau akaun bank menerusi platform THiJARI.Bakal jemaah disarankan untuk mencukupkan simpanan sekurang-kurangnya RM15,000, iaitu jumlah bayaran ditetapkan bagi golongan B40 untuk layak menerima tawaran haji bagi tahun giliran.

Ahli Parlimen DAP gesa Wee Ka Siong sertai Pas

Ahli Parlimen DAP gesa Wee Ka Siong sertai Pas

KUALA LUMPUR - Seorang Ahli Parlimen DAP mencadangkan agar Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menyertai Pas susulan dakwaan bahawa beliau mendapat sokongan daripada blok pembangkang dalam sidang Dewan Rakyat pada Selasa.Chong Zhemin (PH–Kampar) membangkitkan perkara itu sejurus selepas Ka Siong (BN–Ayer Hitam) selesai membahaskan usul Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13)."Ahli Parlimen Ayer Hitam berucap ke arah pembangkang, bolehlah sertai pembangkang. Masuk Pas, Pas alu-alukan MCA," katanya ketika mencelah.Terdahulu, Ka Siong menerima teguran daripada Timbalan Speaker, Alice Lau Kiong Yien yang menegaskan bahawa beliau tidak seharusnya hanya memandang ke arah blok pembangkang semasa berbahas.Menurut Alice, berdasarkan Peraturan Mesyuarat 31(1), mana-mana ahli yang dipanggil oleh Pengerusi Dewan hendaklah berdiri dan mengarahkan ucapannya kepada pengerusi, bukan hanya kepada blok tertentu.Susulan itu, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN–Beluran) bangkit mempertahankan Ka Siong dan menyelar kenyataan Chong Zhemin."Beliau pandang sini sebab dapat sokongan daripada sini. Beliau tak boleh pandang sana sebab DAP serang dia," ujar Ronald.Ketika sesi perbahasan, berlaku pertikaman lidah antara Ka Siong dan Zhemin berhubung dakwaan Ka Siong bahawa kerajaan telah melakukan 'rompakan cukai'.Ka Siong kemudiannya meminta supaya Zhemin dan pihak pembangkang menarik balik kenyataan dan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya."Minta tarik balik. Itu kenyataan retorik. Setiap kali saya berucap, itulah gelagat mereka," tegas Ka Siong.

Ahli Parlimen pembangkang tidak sepakat isu peruntukan

Ahli Parlimen pembangkang tidak sepakat isu peruntukan

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen pembangkang diminta berunding terlebih dahulu antara mereka mengenai isu peruntukan sebelum bertemu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mesti ada kesepakatan di antara ahli Parlimen Pembangkang sebelum perundingan mengenai peruntukan dengan Fadillah. “Kita sudah minta Timbalan Perdana Menteri 2 terbuka untuk mendengar. ... Read more The post Ahli Parlimen pembangkang tidak sepakat isu peruntukan appeared first on Kosmo Digital .

Kerajaan MADANI tingkatkan bantuan untuk sekolah pondok dan agama

Kerajaan MADANI tingkatkan bantuan untuk sekolah pondok dan agama

KUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI komited untuk terus menambah baik keperluan sekolah pondok dan sekolah agama rakyat bagi memastikan institusi pendidikan tersebut tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata jurang kemudahan antara institusi pondok dan sekolah kebangsaan masih terlalu besar, justeru memerlukan perhatian serius daripada kerajaan. Sehubungan itu, katanya, sejak 2022, Kerajaan MADANI telah mengembalikan peruntukan kepada institusi berkenaan yang sebelum ini pernah dibatalkan oleh kerajaan terdahulu ketika pembangkang mentadbir. “Baru-baru ini saya bertemu guru-guru pondok yang mengeluh kerana sebelum ini, pemimpin mereka sekarang, iaitu kumpulan SG4 (State Government 4) telah membatalkan semua peruntukan kepada sekolah agama rakyat. Saya tidak bersetuju dengan tindakan itu. “Sebab itu, pada 2022, kita kembalikan semua peruntukan tersebut kepada sekolah agama rakyat, oleh kerajaan MADANI yang dituduh ‘zalim’ ini... sedangkan mereka yang disanjung dan dipuja itulah yang membatalkan (peruntukan) dahulu,” katanya ketika menjawab soalan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini. Beliau menjawab soalan tambahan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut), mengenai kaedah kerajaan untuk merapatkan jurang pendapatan antara bumiputera dan bukan bumiputera serta jurang peruntukan antara wilayah dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13). Anwar berkata Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, telah diarahkan untuk menjalankan kajian menyeluruh bagi menambah baik kemudahan di institusi pondok yang disifatkan sebagai sangat daif. Ini termasuklah institusi yang terletak di kawasan pembangkang, meskipun terdapat pihak tertentu yang membantah hasrat kerajaan. Anwar menegaskan bahawa usaha menaik taraf sekolah pondok adalah antara langkah utama kerajaan dalam merapatkan jurang sosial menerusi RMK13. “Sebahagian pihak kata biarlah (sekolah pondok), sebab ia berada di kawasan pembangkang. Tapi saya tak peduli kerana yang belajar di sana adalah anak-anak kita juga. Dulu sekolah pondok menjadi benteng pertahanan akidah, ilmu dan kekuatan Islam. “Sekarang, kita mahu terus pertahankan kekuatan itu, kekalkan pengajian tradisional seperti huffaz dan sebagainya, tetapi ia juga mesti ditambah dengan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), pengajian digital serta kecerdasan buatan (AI),” katanya. Anwar turut memberi jaminan akan turun padang dan mencari jalan terbaik bagi memperbaiki serta menambah baik sekolah pondok, sebagai usaha menjawab soalan Hamzah tentang langkah mengurangkan jurang pendidikan. “Jurang antara sekolah pondok, sekolah agama dan sekolah menengah masih besar... jadi kita mesti tangani,” katanya. Dalam usaha merapatkan jurang antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak, Perdana Menteri berkata kerajaan menyokong sepenuhnya usaha menjadikan Sarawak sebagai hab tenaga serta menyokong pembangunan ekonomi biru di Sabah untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi kedua-dua negeri tersebut. Mengenai agihan peruntukan kepada negeri-negeri yang ditadbir pembangkang, beliau menegaskan bahawa peruntukan kepada Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah telah bertambah berbanding semasa pentadbiran pembangkang di peringkat Persekutuan sebelum ini. “Sebagai contoh, kita luluskan RM1 bilion untuk MADA (Lembaga Kemajuan Pertanian Muda) di Kedah, sedangkan ramai pesawah di sana merupakan penyokong pembangkang. Namun, saya tidak persoalkan perkara itu, malah kita percepatkan proses peruntukan tersebut,” katanya. - Bernama

Anwar: MADANI govt to upgrade pondok, religious schools

Anwar: MADANI govt to upgrade pondok, religious schools

KUALA LUMPUR : Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has reaffirmed the MADANI government’s commitment to enhancing the development of pondok schools and people’s religious schools to ensure they are not left behind in the national education agenda. Anwar, who is also the Minister of Finance, acknowledged the wide disparity in facilities between these institutions and mainstream national schools. He said that since 2022, the MADANI administration has reinstated allocations that were previously cancelled by the opposition when they were in power. “I recently met with the pondok teachers who voiced their concerns after their current state government under SG4 (State Government 4) cancelled all allocations for the people’s religious schools. I strongly disagree with such decisions. “So in 2022, we returned all the allocations to people’s religious schools...yes, by this so-called ‘tyrannical’ MADANI government,” he said during the Minister’s Question Time in the Dewan Rakyat today. He was responding to a supplementary question from Opposition Leader Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN–Larut) regarding efforts to close the income gap between Bumiputeras and non-Bumiputeras, as well as between regions under the 13th Malaysia Plan (13MP). Anwar said the Implementation Coordination Unit (ICU) of the Prime Minister’s Department (JPM) had also been instructed to conduct a study to improve pondok institutions because their facilities were very poor, although some parties opposed his intention to upgrade pondok schools in opposition areas. The Prime Minister said he had instructed the Implementation Coordination Unit (ICU) of the Prime Minister’s Department to conduct a study aimed at improving pondok institutions, many of which continue to operate with inadequate infrastructure, despite objections from certain quarters who oppose funding upgrades in opposition-led states. Anwar emphasised that upgrading and supporting pondok schools is a vital step in narrowing the social gap, in line with the 13MP objectives. “Some say we should ignore these schools because they are in opposition areas. I don’t care about that, because those are our children, and they deserve quality education. Pondok schools were once strongholds of Islamic faith, knowledge, and strength. We must protect and uplift them,“ he said. He added that the government intends to retain traditional Islamic studies such as Quran memorisation (huffaz), while integrating modern elements such as Technical and Vocational Education and Training (TVET), digital skills, and Artificial Intelligence (AI) to future-proof the students. “I will go down to the ground to assess and find ways to upgrade pondok schools. This is part of our efforts to reduce inequality, as there is a significant gap between pondok schools, religious schools, and national secondary schools.” To address the development gap between Peninsular Malaysia and Sabah and Sarawak, Anwar said the government fully supports transforming Sarawak into a regional energy hub and is committed to boosting Sabah’s blue economy to drive both states’ economic growth. Regarding the allocation to opposition states, the Prime Minister pointed out that federal allocations for Kelantan, Terengganu, Perlis, and Kedah have increased compared to the previous federal administration under the opposition. “For example, in Kedah, under the Muda Agricultural Development Authority (MADA), we approved an allocation of RM1 billion. Many padi farmers there support the opposition, but I have never questioned that. On the contrary, we accelerated the process to help them,“ he said. - Bernama