Peluru Korea Utara ditemukan dalam serangan dron di Ukraine

Peluru Korea Utara ditemukan dalam serangan dron di Ukraine

KYIV: Sebutir peluru Korea Utara ditemukan dalam dron yang digunakan untuk menyerang Ukraine bulan lalu, sekali gus memperkukuhkan bukti penglibatan Pyongyang dalam membantu peperangan Russia. Menurut laporan badan penyiasatan yang berpangkalan di Britain, Conflict Armament Research (CAR), peluru diubah suai itu ditemukan oleh pihak berkuasa Ukraine selepas serangan ke atas bandar pelabuhan Kherson pada September ... Read more The post Peluru Korea Utara ditemukan dalam serangan dron di Ukraine appeared first on Utusan Malaysia .

Pas Johor atur langkah awal perkukuh penyatuan ummah hadapi PRU16

Pas Johor atur langkah awal perkukuh penyatuan ummah hadapi PRU16

JOHOR BAHRU – Pas Johor mula mengatur langkah awal ke arah memperkukuh penyatuan ummah dan memastikan kesiapsiagaan jentera parti menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, langkah itu sekali gus memberi isyarat bahawa tumpuan kini bukan sekadar politik dalaman, tetapi juga pembinaan kekuatan peringkat akar umbi."Penyatuan ummah yang melibatkan perpaduan Islam dan Melayu akan terus menjadi nadi kekuatan negara dan negeri."Penyatuan ummah bukan slogan sementara, tetapi asas kepada kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat," katanya selepas Mesyuarat Penuh Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan Pas Johor bagi sesi 2025–2027 di Bandar Baru Uda di sini pada Sabtu.Dalam pada itu, Dr Mahfodz berkata, Pas Johor turut menegaskan pendirian untuk kekal bersama Perikatan Nasional (PN) sambil membuka ruang kerjasama rentas parti, termasuk yang pernah berlaku dalam Muafakat Nasional.Di samping itu katanya, Pas juga menyeru pembentukan konsensus nasional yang lebih luas, merentasi kaum dan parti bagi menjamin kestabilan politik serta kemakmuran negara."Selain memberi sokongan penuh kepada calon PN dalam PRN Sabah akan datang, Pas Johor kini menumpukan sepenuhnya kepada gerak kerja PRU16 dengan penekanan terhadap aspek disiplin, strategi dan penyelarasan jentera di semua peringkat."Pendekatan itu dilihat sebagai strategi awal PAS Johor untuk memastikan kemenangan Islam dapat direalisasikan "dengan penuh hikmah dan kebersamaan"," ujarnya.Dalam masa sama, ujarnya Pas Johor menyokong penuh pendirian Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menentang kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ke Malaysia selain terus komited terhadap perjuangan membela Palestin sebagai isu aqidah dan maruah umat Islam.

Agih 40 Peratus Pendapatan Kepada Sabah: Abdul Rahman Harap Kerajaan Pusat Guna Keputusan Mahkamah

Agih 40 Peratus Pendapatan Kepada Sabah: Abdul Rahman Harap Kerajaan Pusat Guna Keputusan Mahkamah

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan berharap agar Kerajaan Persekutuan menggunakan keputusan mahkamah dalam isu pengagihan 40 peratus pendapatan kepada Sabah. Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) berkata, keputusan mahkamah tersebut bakal menjadi enjin baharu kepada ekonomi negara. “Alhamdullilah. Saya mengalu-alukan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengenai isu [...]

Can Netanyahu survive peace?

Can Netanyahu survive peace?

Now that a ceasefire has come into effect in Gaza, Israel’s long-serving prime minister, Benjamin Netanyahu, faces the dilemma of how to campaign ahead of the next national elections. These elections must be held, at the latest, in one year’s time. In a meeting at the Knesset in Jerusalem on October 13, both Netanyahu and […] The post Can Netanyahu survive peace? appeared first on Asia Times .

Antara kejayaan Sumud Flotilla apabila Gen Z paling nak tahu

Antara kejayaan Sumud Flotilla apabila Gen Z paling nak tahu

KUALA KANGSAR – Kesedaran dan mengambil tahu kesengsaraan penduduk Gaza oleh kalangan generasi Z (Gen Z) negara ini merupakan satu daripada impak hasil penyertaan wakil Malaysia dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) di Palestin. Seorang daripada rakyat Malaysia yang menyertai misi itu, Norazman Ishak berkata, beliau gembira dengan pencapaian tersebut meskipun menyedari tentang wujudnya ... Read more The post Antara kejayaan Sumud Flotilla apabila Gen Z paling nak tahu appeared first on Kosmo Digital .

Plastik sampah jadi 'talian hayat' ketika hipotermia

Plastik sampah jadi 'talian hayat' ketika hipotermia

KUALA LUMPUR - Tragedi yang meragut nyawa seorang pendaki, Mustaqqeem Mansoor di Gunung Liang, Perak baru-baru ini menjadi peringatan tentang bahaya kesejukan melampau di kawasan pendakian dan betapa pentingnya ilmu asas bertahan hidup dalam cuaca ekstrem.Tragedi itu membuka mata banyak pihak mengenai bahaya hipotermia, situasi apabila suhu badan turun secara mendadak akibat kesejukan, dan setiap pendaki perlu memahami risiko ketika pendakian dilakukan dalam keadaan cuaca lembap, berangin dan suhu rendah di puncak gunung.Di sebalik tragedi duka itu, Pengerusi Persatuan Malim Gunung Negeri Selangor, Mohamad Azuan Abdullah mengingatkan pendaki supaya tidak memandang ringan keperluan asas bertahan hidup termasuk kepingan ‘plastik hitam’ yang sering dianggap tidak penting.Azuan yang berpengalaman 30 tahun dalam dunia pendakian berkata, plastik sampah bukan sekadar alat mengumpul sisa, sebaliknya dianggap barangan ultra ringan yang wajib dibawa pendaki dan Malim Gunung Perhutanan (MGP) kerana sifatnya yang ringan, mudah disimpan dan sangat berguna ketika suhu badan turun mendadak.Bercakap kepada Bernama, beliau berkata, dalam situasi tanpa peralatan utama seperti baju kalis angin dan selimut, plastik sampah mampu menjadi alat memanaskan badan, malah sangat efektif dalam keadaan kecemasan."Koyakkan pada bahagian bawah dan sarungkan di kepala sebagai pakaian, automatik badan akan panas tidak sampai 5 minit sebab udara di dalam akan terkumpul tetapi ia perlu dipantau sebab bila terlampau lama di dalam plastik sampah, badan terkepung dan akan jadi wap air yang menyumbang pula kepada hipotermia," katanya.Mustaqqeem ditemukan meninggal dunia pada jam 3.30 petang 16 Khamis lepas, di puncak Gunung Liang Barat selepas memulakan pendakian bersama 10 rakan dari Bukit Fraser di Pahang.Jenazah dibawa keluar dari puncak gunung berketinggian 1,933 meter menggunakan helikopter AW189 oleh Pasukan Khas Udara Bomba pada jam 2.45 petang semalam, dan bedah siasat mengesahkan punca kematian disebabkan hipotermia.Mengulas lanjut mengenai hipotermia, Azuan berkata, keadaan itu berlaku apabila tubuh seseorang berada dalam kesejukan terlalu lama termasuk apabila memakai pakaian basah selepas berpeluh.Beliau yang juga MGP bertauliah sejak 2022 berkata, pendaki yang menunjukkan tanda-tanda hipotermia biasanya akan menggeletar, menjadi pasif dan akhirnya tertidur, yang boleh membawa kepada keadaan berbahaya jika tidak dipantau."Biasanya, kalau kami tengok di lapangan, mangsa akan diam, menggigil dan makin lama makin lemah. Kami akan pastikan dia jangan tidur sebab kalau terus tidur, oksigen tak dapat dikawal dan boleh menyebabkan kematian," katanya.Azuan yang telah melengkapkan kursus Wilderness Life Support (WLS) turut menasihatkan pendaki agar membuat persediaan rapi sebelum memulakan pendakian, termasuk memastikan tahap kesihatan diri dalam keadaan baik serta membawa kelengkapan asas seperti lampu kepala, alat komunikasi, bateri tambahan, ubat-ubatan dan jaket kalis angin.Bagi menghadapi cuaca sejuk ekstrem, beliau menyarankan beberapa langkah tambahan seperti menyalakan unggun api, minum air panas dan melakukan ‘pemindahan haba badan’ iaitu teknik menggunakan haba badan ke badan untuk memanaskan mangsa.Azuan pada masa sama menasihatkan pendaki agar sentiasa mematuhi peraturan keselamatan di Hutan Simpan Kekal (HSK) sebelum memulakan sebarang aktiviti.Beliau berkata setiap pendaki wajib memiliki permit HSK yang sah, manakala mereka yang menggunakan khidmat MGP atau penunjuk arah dinasihatkan supaya meminta salinan permit daripada pihak berkenaan sebagai langkah semakan keselamatan."Kalau penunjuk arah atau MGP yang bertugas tak dapat tunjukkan permit, itu dah dikira ‘amaran awal’ Sebaiknya aktiviti jangan diteruskan sebab ia boleh membahayakan keselamatan dan menyalahi peraturan," katanya. - Bernama