MITRA berjaya direformasi di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim - Ramanan

MITRA berjaya direformasi di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim - Ramanan

KUALA LUMPUR : Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) telah berjaya direformasikan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan hala tuju yang lebih jelas, telus dan berkesan untuk pembangunan masyarakat India, khususnya golongan B40. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R. Ramanan berkata di bawah kepimpinan Anwar, Pasukan Petugas Khas MITRA telah ditubuhkan bagi mengawal selia dan memantau setiap program yang dilaksanakan di bawah agensi terbabit. “MITRA kini nampak lebih bebas dan telus jika dibandingkan dahulu. Inilah reformasi sebenar yang dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI terhadap MITRA.” “Jika dahulu, jarang sekali kita mendengar apa-apa penjelasan kerajaan mengenai MITRA ataupun SEDIC (nama lama MITRA).” “Kerajaan MADANI sekarang tidak melindungi sebarang perkara berkaitan MITRA. Setiap program dan penerima manfaat juga akan disenaraikan menerusi laman web MITRA, tidak seperti sebelum ini,“ katanya ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) MITRA di Dewan Negara. Mengenai isu ketiadaan wakil kaum India untuk menyuarakan isu komuniti terbabit, Ramanan berkata Perdana Menteri telah memberi jaminan bahawa suara dan aspirasi masyarakat India tidak pernah diketepikan. Suara masyarakat India disalurkan melalui MITRA, wakil Rakyat, Senator dan pelbagai mekanisme konsultasi yang ada. Malah, katanya Anwar adalah satu-satunya Perdana Menteri Malaysia yang memberikan ruang cukup bebas dan terbuka untuk bersuara dan memberikan pandangan termasuk isu berkaitan komuniti India. Isu komuniti India akan diberi perhatian sewajarnya dalam proses merangka dasar dan pelaksanaan inisiatif kerajaan. Sementara itu, beliau berkata jumlah kelulusan peruntukan MITRA telah mencecah RM62.28 juta atau 62.3% setakat 15 Ogos lepas daripada RM100 juta yang disediakan untuk tahun ini. Ramanan berkata Perdana Menteri telah memberi kelulusan untuk melaksanakan 23 program di bawah inisiatif Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI). Program ini memberi tumpuan kepada tiga bidang utama pembangunan masyarakat India iaitu pendidikan dan latihan, kerohanian dan kebudayaan serta kesejahteraan sosial. “Peruntukan pembangunan untuk masyarakat India di negara ini bukanlah terhad kepada RM100 juta semata-mata, tetapi turut merangkumi pelbagai peruntukan lain yang disalurkan melalui pelbagai kementerian dan agensi yang meliputi semua kaum.” “Kerajaan MADANI juga sentiasa terbuka untuk menilai semula struktur pentadbiran MITRA, termasuk cadangan untuk menaikkannya menjadi sebuah agensi dengan kuasa yang lebih besar.” Setiap cadangan penambahbaikan akan memberikan kesan yang efektif terhadap sistem penyampaian MITRA. – Bernama

High Court sets aside order for minors’ counsels at Zara Qairina inquest

High Court sets aside order for minors’ counsels at Zara Qairina inquest

KOTA KINABALU : The High Court has overturned a coroner’s decision permitting legal representatives for minors charged in the bullying case of Form One student Zara Qairina Mahathir to attend her inquest proceedings. Judge Datuk Duncan Sikodol delivered the ruling after considering a revision application submitted by the Sabah Law Society and Zara Qairina’s family legal team. The court directed that all previous applications and directions in the inquest be set aside while allowing lawyers to renew their applications before the new coroner. The Sabah Law Society sought judicial review after Coroner Azreena Aziz initially admitted the child offenders’ counsels as interested parties but later recused herself from the case. Judge Sikodol determined that it was improper for Azreena to decide substantive matters that should have been left to the new coroner after she concluded she could not proceed with the case. State Prosecution director Nahra Dollah appeared alongside deputy public prosecutors Mohd Fairuz Johari and Dacia Jane Romanus during the proceedings. The inquest has been scheduled for multiple dates throughout September including September 3 to 4, September 8 to 12, September 17 to 19, and September 22 to 30. Azreena recused herself on August 28 citing her residence in Papar where Zara Qairina’s religious school is located while clarifying she was unfamiliar with the individuals allegedly involved. Thirteen year old Zara Qairina was pronounced dead at Queen Elizabeth Hospital on July 17 after being found unconscious in a drain near her school dormitory in Papar on July 16. The Attorney General’s Chambers announced an inquest into her death on August 13 following review of police investigation reports. The Chambers had previously ordered the exhumation of Zara Qairina’s remains for a post-mortem examination on August 8. – Bernama

Pemandu taman di Sarawak tidak mencukupi

Pemandu taman di Sarawak tidak mencukupi

KUCHING: Bilangan pemandu taman di Sarawak masih belum mencukupi untuk memenuhi permintaan pada pada depan, yang disasar sekurang-kurangnya 300 orang menjelang 2030. Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata pada masa ini, Sarawak Forestry Corporation (SFC) mempunyai kira-kira 400 pemandu taman yang terlatih dan berlesen, tetapi hanya 231 ... Read more The post Pemandu taman di Sarawak tidak mencukupi appeared first on Utusan Malaysia .

smart #2 confirmed – brand’s all-new electric city car to debut in late 2026; designed by Mercedes-Benz

smart #2 confirmed – brand’s all-new electric city car to debut in late 2026; designed by Mercedes-Benz

After introducing a trio of electric cars with ever-increasing sizes, smart Automobile (a joint venture between Geely Auto Group and Mercedes-Benz AG) is going back to the brand’s roots by announcing a new electric city car that will celebrate its premiere in late 2026. Called the #2, the all-new model […] The post smart #2 confirmed – brand’s all-new electric city car to debut in late 2026; designed by Mercedes-Benz appeared first on Paul Tan's Automotive News .

13 projek solar LSS PETRA 5+ diluluskan dengan kapasiti 1,975MWac

13 projek solar LSS PETRA 5+ diluluskan dengan kapasiti 1,975MWac

PUTRAJAYA : Sebanyak 13 projek loji jana kuasa solar berskala besar dengan kapasiti keseluruhan 1,975 megawatt arus ulang alik diluluskan di bawah Program Solar Skala Besar - Peralihan Tenaga SuRiA Pusingan Kelima Tambahan. Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air memaklumkan jumlah kapasiti yang diluluskan itu merupakan yang terbesar sejak program LSS diperkenalkan pada 2016. Kelulusan tersebut menjadikan keseluruhan kapasiti diluluskan setakat ini sebanyak 4,263 megawatt arus ulang alik. Proses bidaan terbuka untuk kuota 2,000 megawatt arus ulang alik yang dibuka Suruhanjaya Tenaga pada 20 Januari lepas menerima 37 permohonan. Kapasiti ditawarkan dalam bidaan tersebut mencecah 4,073 megawatt arus ulang alik, iaitu dua kali ganda lebih tinggi daripada jumlah kuota asal. Daripada jumlah itu, 13 pembida yang mematuhi semua syarat permohonan untuk cadangan telah dipilih bagi melaksanakan projek berkenaan. Pelaksanaan Program LSS secara bidaan terbuka berjaya melahirkan ramai pemaju solar tempatan yang berkeupayaan membangunkan loji jana kuasa solar pada kadar tarif yang kompetitif. Kelulusan kapasiti pembangunan solar di bawah LSS PETRA 5+ dijangka menjana pelaburan sebanyak 6 bilion ringgit. Projek tersebut juga dijangka mewujudkan 12,000 peluang pekerjaan dalam industri tenaga boleh baharu. Projek penjanaan solar berskala besar yang bakal dibangunkan ini akan mula menjana dan membekalkan elektrik mulai 2027 dan 2028. Ini termasuk antara projek solar terapung terbesar di negara ini dengan jumlah kapasiti 200 megawatt arus ulang alik. LSS PETRA 5+ ditawarkan menerusi dua pakej iaitu loji jana kuasa solar di darat berkapasiti 30 hingga 500 megawatt arus ulang alik dengan kuota keseluruhan 1,500 megawatt arus ulang alik. Pakej kedua melibatkan loji jana kuasa solar di badan air berkapasiti 10 hingga 500 megawatt arus ulang alik dengan kuota 500 megawatt arus ulang alik. Pelaksanaan inisiatif itu diyakini akan menyumbang secara signifikan kepada aspirasi peralihan tenaga negara untuk meningkatkan campuran kapasiti tenaga boleh baharu dalam sistem pembekalan elektrik negara kepada 70% menjelang 2050. Ia juga menyokong komitmen kementerian untuk mengurangkan jejak karbon sektor bekalan elektrik negara, selaras dengan prinsip kemampanan Malaysia MADANI. – Bernama

Kapasiti transaksi SARA ditingkat 15,000, sedia hadapi cuti hujung minggu

Kapasiti transaksi SARA ditingkat 15,000, sedia hadapi cuti hujung minggu

PUTRAJAYA: Susulan gangguan sistem sebelum ini, Kementerian Kewangan (MOF) bertindak meningkatkan kapasiti transaksi bagi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada 15,000 transaksi dalam pelayan (server) MyKasih. Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican berkata, ia peningkatan tiga kali ganda berbanding sebelum ini sebagai persediaan menghadapi trafik tinggi pembelian orang ramai khususnya cuti panjang pada akhir minggu ... Read more The post Kapasiti transaksi SARA ditingkat 15,000, sedia hadapi cuti hujung minggu appeared first on Utusan Malaysia .

Puspakom ketatkan empat prosedur pemeriksaan berkala – arahan dari JPJ, bermula 1 Sept 2025

Puspakom ketatkan empat prosedur pemeriksaan berkala – arahan dari JPJ, bermula 1 Sept 2025

Puspakom telah mengumumkan bahawa atas arahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), prosedur pemeriksaan berkala mandatori yang dijalankan pada kenderaan komersil kini lebih ketat. Prosedur berkenaan akan mula digunakan secara berperingkat bermula hari ini, 1 September 2025, dan membabitkan empat perkara utama. Perkara pertama adalah berkenaan keberkesanan sistem brek. Menurut Puspakom ia […] The post Puspakom ketatkan empat prosedur pemeriksaan berkala – arahan dari JPJ, bermula 1 Sept 2025 appeared first on Paul Tan's Automotive News .

Polis tahan 41 lelaki, rampas senjata api tiruan bernilai RM100,000

Polis tahan 41 lelaki, rampas senjata api tiruan bernilai RM100,000

KUANTAN : Polis menahan 41 lelaki tempatan dan merampas pelbagai jenis senjata api tiruan atau air soft gun dianggarkan bernilai lebih RM100,000 menerusi Op Laras di Padang Hangus, Gebeng pada Ahad lepas. Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Ashari Abu Samah berkata suspek berusia antara 21 hingga 66 tahun terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk pesara tentera, penjawat awam serta golongan profesional seperti jurutera dan doktor fisioterapi. Beliau menyatakan kumpulan itu merancang mengadakan aktiviti permainan perang menggunakan senjata api tiruan berkenaan di kawasan tanah rizab Tentera Laut Diraja Malaysia yang belum dibangunkan. Polis merampas 406 barangan termasuk 65 laras senapang, 32 pistol angin, 130 kelopak peluru, 28 jaket kalis peluru, 40 helmet, gogal dan topeng celoreng. Operasi bersepadu itu dilaksanakan Bahagian D9 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang dengan kerjasama unit khas TLDM Kuantan. Ashari berkata suspek mempunyai kumpulan WhatsApp bagi merancang aktiviti tersebut dengan senjata dipercayai dibeli melalui aplikasi dalam talian pada harga antara RM4,000 hingga RM6,000 seunit. Senjata dirampas dihantar untuk pemeriksaan bagi menentukan sama ada boleh digunakan dan dipasang peluru sebenar. Beliau menegaskan aktiviti seperti itu boleh menimbulkan keresahan awam selain berpotensi disalahgunakan bagi tujuan jenayah. Semua suspek direman hingga Khamis bagi siasatan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata api tiruan tanpa lesen atau permit sah. Kesalahan tersebut memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – Bernama

Masjid bersejarah di Mosul dibuka semula selepas lapan tahun ditutup

Masjid bersejarah di Mosul dibuka semula selepas lapan tahun ditutup

BAGHDAD: Iraq semalam meraikan pembukaan semula Masjid Agung Al-Nuri dan menara condong bersejarahnya di tengah Kota Lama Mosul, lapan tahun selepas mercu tanda berusia lebih 850 tahun itu dimusnahkan oleh militan Daesh. Masjid yang terkenal dengan menara condongnya itu diletupkan kumpulan pengganas berkenaan pada 2017 ketika mereka hampir tewas dalam pertempuran menguasai Mosul menentang tentera ... Read more The post Masjid bersejarah di Mosul dibuka semula selepas lapan tahun ditutup appeared first on Utusan Malaysia .

Mahu jimat air, Prilly Latuconsina mandi dua kali sehari

Mahu jimat air, Prilly Latuconsina mandi dua kali sehari

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi Indonesia, Prilly Latuconsina, mendedahkan tabiat mandinya yang selama ini disangka ramai sangat kerap. Pendedahan itu dibuat ketika tampil bersama kekasihnya, Omara Esteghlal, dalam sebuah program televisyen baru-baru ini. Segalanya bermula apabila hos rancangan bertanyakan kepada Omara tentang fakta menarik yang baru diketahui mengenai Prilly, yang berusia tiga tahun lebih tua ... Read more The post Mahu jimat air, Prilly Latuconsina mandi dua kali sehari appeared first on Utusan Malaysia .