Ribut: Persekolahan 4,000 pelajar di Sijangkang terjejas

Ribut: Persekolahan 4,000 pelajar di Sijangkang terjejas

KUALA LANGAT: Sesi persekolahan bagi sekurang-kurangnya 4,000 pelajar di lima buah sekolah rendah dan menengah serta sekolah agama dekat Sijangkang serta Kampung Medan, Telok Panglima Garang di sini terjejas akibat ribut semalam. Sekolah tersebut adalah Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sijangkang Jaya, Sekolah Rendah Agama (SRA) dan SK Kampung Medan serta SK ... Read more The post Ribut: Persekolahan 4,000 pelajar di Sijangkang terjejas appeared first on Utusan Malaysia .

Dua pegawai bank didakwa terima suapan lebih RM107,000

Dua pegawai bank didakwa terima suapan lebih RM107,000

KUALA LUMPUR – Dua pegawai bank didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 23 pertuduhan rasuah berjumlah RM107,000 kerana membantu memproses pinjaman peribadi melebihi had kelayakan. Tertuduh, Syed Mohd. Muhaimin Syed Mohd. Mashrof, 42, dan Zayme Zanee Othman, 43, yang kini digantung tugas mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara ... Read more The post Dua pegawai bank didakwa terima suapan lebih RM107,000 appeared first on Kosmo Digital .

Tiga pelajar terlibat rogol di Baling dibuang sekolah

Tiga pelajar terlibat rogol di Baling dibuang sekolah

ALOR SETAR: Tiga pelajar lelaki sebuah sekolah menengah yang ditahan kerana disyaki merogol seorang pelajar perempuan di Baling sudah dikenakan tindakan buang sekolah, susulan kejadian itu. Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah memaklumkan, proses siasatan dalaman membabitkan kes berkenaan telah dimulakan pihaknya. “Tindakan segera telah diambil untuk memberi bantuan kepada mangsa. Tumpuan utama pada ketika ini ... Read more The post Tiga pelajar terlibat rogol di Baling dibuang sekolah appeared first on Utusan Malaysia .

Gagal ke Piala Dunia, Indonesia ‘buang’ Kluivert

Gagal ke Piala Dunia, Indonesia ‘buang’ Kluivert

PETALING JAYA – Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) membuat keputusan untuk berpisah dengan pengendali Belanda, Patrick Kluivert selepas gagal membantu negara itu mencipta sejarah dengan melayakkan diri ke pentas Piala Dunia 2026. Menerusi kenyataan ringkas, PSSI mengesahkan kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan bersama walaupun Kluivert dilantik menjadi pengendali baharu Indonesia pada Januari lepas. “Selepas ... Read more The post Gagal ke Piala Dunia, Indonesia ‘buang’ Kluivert appeared first on Kosmo Digital .

Sindiket dadah RM14 juta dari Pantai Timur tumpas

Sindiket dadah RM14 juta dari Pantai Timur tumpas

GOMBAK – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah yang aktif membawa masuk bekalan dari pantai timur ke pasaran Lembah Klang dengan rampasan dadah bernilai RM14 juta dalam tiga siri serbuan pada 13 dan 14 Oktober lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, hasil risikan ... Read more The post Sindiket dadah RM14 juta dari Pantai Timur tumpas appeared first on Kosmo Digital .

Tubuh pasukan khas pantau pos, kurier jadi saluran edar dadah

Tubuh pasukan khas pantau pos, kurier jadi saluran edar dadah

GOMBAK: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) menubuhkan satu pasukan khas dalam masa terdekat ini bagi memantau rangkaian pos dan kurier yang disalah guna sindiket bagi mengedar dadah. Pasukan khas ini juga membabitkan kerjasama diantara agensi lain seperti Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi menangani kemasukan dadah melalui ... Read more The post Tubuh pasukan khas pantau pos, kurier jadi saluran edar dadah appeared first on Utusan Malaysia .

Cuti pegawai, anggota polis Selangor dibekukan sempena Deepavali, ASEAN

Cuti pegawai, anggota polis Selangor dibekukan sempena Deepavali, ASEAN

KLANG – Semua cuti pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Selangor dibekukan sempena sambutan perayaan Deepavali bagi memastikan elemen keselamatan berjalan lancar dan terkawal.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pembekuan cuti itu turut mengambil kira pelaksanaan operasi khas sempena perayaan serta persiapan menghadapi Sidang Kemuncak ASEAN yang akan berlangsung selepas Deepavali."Mulai Jumaat ini hingga 31 Oktober, semua cuti pegawai dan anggota PDRM Selangor dibekukan."Kita mahu pastikan kehadiran anggota mencukupi di lapangan untuk operasi Deepavali dan persediaan ASEAN Summit," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Walkabout Bersama Usahawan Little India Sempena Deepavali di Jalan Tengku Kelana, di sini pada Khamis.Menurutnya, hampir keseluruhan kekuatan lebih 15,000 pegawai dan anggota PDRM Selangor akan digerakkan sepanjang tempoh tersebut bagi memastikan keselamatan awam terjamin."Kita tidak mahu berlaku sebarang kekurangan anggota di lapangan."Jadi semua kekuatan akan dikerah sepenuhnya untuk memantau keadaan semasa dan melaksanakan rondaan keselamatan," katanya.Shazeli menegaskan, PDRM komited memastikan kadar jenayah di Selangor kekal terkawal bukan sahaja semasa musim perayaan, tetapi juga sepanjang tahun."Dalam soal melibatkan pencegahan jenayah ini, ia bukan sekadar dalam musim perayaan sahaja tapi sepanjang masa."Selain itu rondaan dan pemantauan tetap dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan semasa," katanya.