Mustaqqeem meninggal dunia akibat hipotermia - Polis

TANJUNG MALIM - Punca kematian pendaki, Allahyarham Mustaqqeem Mansor, 34, yang ditemukan meninggal dunia di Gunung Liang di sini pada Khamis disahkan akibat hipotermia atau kesejukan melampau.Timbalan Ketua Polis Daerah Muallim, Deputi Superintenden Suhaimi Muhamad berkata, keputusan itu diperolehi hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Slim River pada Jumaat."Proses pengecaman telah dilakukan oleh isteri dan adik mangsa pada jam 5.35 petang."Hasil bedah siasat dijalankan oleh Pakar Patologi Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh mendapati punca kematian adalah disebabkan oleh hipotermia  (kesejukan melampau)," katanya dalam kenyataan di sini.Beliau berkata, pasukan penyelamat berjaya membawa turun jenazah Allahyarham menggunakan helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) semasa cuaca dalam keadaan baik pada jam 3 petang."Jenazah Allahyarham telah dituntut ahli keluarga dan dibawa ke kampung halaman untuk dikebumikan," katanya.Sementara itu, beliau mengesahkan menerima laporan kehilangan mangsa ketika mengikuti ekspedisi Trans Slim dari Bukit Fraser ke Gunung Liang.Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) kemudiannya dijalankan pada Khamis dengan kerjasama pelbagai agensi melibatkan 43 anggota."Mangsa ditemui pada hari sama operasi digerakkan di Puncak Gunung Liang Barat dalam keadaan tidak bernyawa," katanya.

China kekal rakan dagang terbesar sejak 16 tahun

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan China kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia selama 16 tahun berturut-turut. Timbalan Perdana Menteri itu berkata, hubungan itu telah memperolehi jumlah perdagangan dua hala mencecah RM484.12 bilion pada 2024, merangkumi 16.8 peratus daripada keseluruhan perdagangan negara. Ahmad Zahid menambah, di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri ... Read more The post China kekal rakan dagang terbesar sejak 16 tahun appeared first on Kosmo Digital .

220 veteran ATM sertai AKPS, kukuhkan kawalan sempadan negara

PUTRAJAYA – Seramai 220 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang akan diserapkan ke dalam Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dapat mempertingkatkan lagi keupayaan agensi berkenaan mengawasi pintu masuk sempadan negara.Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, langkah itu bukan sahaja akan menambah kekuatan tenaga kerja agensi, tetapi juga membawa masuk pengalaman serta disiplin tinggi dalam kalangan bekas anggota tentera.Beliau berkata, pengambilan veteran itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2026 sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan memperkukuh keselamatan di pintu masuk negara."Selepas pengumuman itu dibuat, saya sendiri menerima banyak pertanyaan daripada bekas anggota tentera. Ada yang datang terus ke pejabat hantar 'resume'."Mereka ini bukan calang-calang orang, ada yang berpangkat kolonel, leftenan kolonel dan mejar," katanya.Mohd Shuhaily berkata demikian dalam sidang media pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Pertama AKPS di ibu pejabat agensi itu di sini pada Jumaat.Menurut beliau, penyertaan veteran ATM dilihat sebagai langkah strategik kerana mereka mempunyai pengalaman luas dalam aspek disiplin, pertahanan dan keselamatan negara."Apabila kita bawa masuk veteran, kita bukan saja tambah tenaga kerja, tapi kita bawa budaya kerja berdisiplin dan tegas. Ini membantu kami meningkatkan kecekapan serta mengurangkan kos operasi," katanya.Beliau menjelaskan, pengambilan tersebut akan dibuat berdasarkan model Perhilitan, di mana ia berbentuk kontrak perkhidmatan, bukannya lantikan tetap sebagai penjawat awam."Sambutan yang diterima menunjukkan minat tinggi dalam kalangan veteran untuk terus menyumbang kepada keselamatan negara walaupun selepas bersara daripada perkhidmatan tentera."Saya anggap ini satu peluang dua hala, veteran masih dapat berbakti, dan negara mendapat tenaga berpengalaman untuk menjaga sempadan," katanya.Mohd Shuhaily berkata, inisiatif itu turut membuktikan komitmen kerajaan dan AKPS dalam memperkukuh barisan hadapan negara melalui gabungan kepakaran antara agensi."Kami percaya kehadiran mereka akan memberi nilai tambah kepada kekuatan AKPS.'Ini bukan sekadar soal jumlah anggota, tetapi soal semangat serta disiplin dalam menjaga sempadan negara," katanya.