UMNO Perkukuh Jentera Akar Umbi, Terus Perjelas Agenda BN – Salleh Said Keruak

UMNO Perkukuh Jentera Akar Umbi, Terus Perjelas Agenda BN – Salleh Said Keruak

TAWAU, 4 Ogos – UMNO digesa menggandakan usaha memperkukuh jentera di peringkat akar umbi dan kembali mendekati rakyat sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang. Gesaan itu disuarakan Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, ketika berucap dalam program Radu Tatap Radu (RTR) yang diadakan di Pasar Putih, di sini. Menurut Salleh yang [...]

Pelabur asing teruskan jualan bersih RM378.1j

Pelabur asing teruskan jualan bersih RM378.1j

PETALING JAYA: Pelabur asing meneruskan aliran jualan bersih mereka untuk minggu keempat berturut-turut, mencatat aliran keluar bersih sebanyak RM378.1 juta minggu lalu, 4.2 kali ganda lebih tinggi berbanding aliran keluar minggu sebelumnya, menurut MBSB Research.  Firma penyelidikan berkata, mereka merupakan penjual bersih pada setiap hari dagangan, dengan aliran keluar harian antara RM13.2 juta hingga RM142.2 ... Read more The post Pelabur asing teruskan jualan bersih RM378.1j appeared first on Utusan Malaysia .

[VIDEO] Dikecam beri tulang ayam kepada gelandangan

[VIDEO] Dikecam beri tulang ayam kepada gelandangan

PETALING JAYA – Tiga pemuda dikecam orang ramai apabila memberikan makanan sisa tulang ayam berserta nasi kepada seorang gelandangan. Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan tiga pemuda tersebut berkunjung ke restoran makanan segera dan mereka membeli ayam serta makan di situ. Kemudian, mereka menyatakan mahu membuat kerja kebajikan dan seorang daripada pemuda itu ... Read more The post [VIDEO] Dikecam beri tulang ayam kepada gelandangan appeared first on Kosmo Digital .

Two killed in lorry collision on PLUS Expressway near Slim River

Two killed in lorry collision on PLUS Expressway near Slim River

IPOH: Two individuals died, and two others sustained injuries in a collision involving two lorries at KM 372.1 of the North-South Expressway (PLUS) southbound near Slim River earlier today. The Perak Fire and Rescue Department (JBPM) received an emergency call at noon, prompting an immediate dispatch from the Slim River Fire and Rescue Station. Assistant Director (Operations) Sabarodzi Nor Ahmad confirmed the location was roughly 10 kilometres from the station. “The accident involved a 10-tonne lorry transporting eggs, carrying four individuals—a driver and three assistants—which collided with the rear of a parked trailer lorry loaded with cement,” Sabarodzi stated. Two victims, both in their 20s, were ejected from the egg-laden lorry and pronounced dead at the scene by medical personnel. The other two, aged 40 and 30, suffered minor injuries and were transported to a nearby hospital. The deceased were handed over to police for further procedures. The operation concluded after approximately two hours. - Bernama

JPJ issued RM446k in fines to Singaporean motorists for entering Malaysia without VEP since July 1

JPJ issued RM446k in fines to Singaporean motorists for entering Malaysia without VEP since July 1

The road transport department (JPJ) has issued RM445,800 in compound fines to Singaporean motorists who have entered Malaysia without the required Vehicle Entry Permit (VEP) between July 1 and August 2 this year, The Star […] The post JPJ issued RM446k in fines to Singaporean motorists for entering Malaysia without VEP since July 1 appeared first on Paul Tan's Automotive News .

Polis hubungi Meta kesan pemilik Threads didakwa fitnah artis lelaki terkenal

Polis hubungi Meta kesan pemilik Threads didakwa fitnah artis lelaki terkenal

KUALA LUMPUR - Polis akan meminta bantuan Meta Platforms Inc. (Meta) di Singapura untuk mengesan pemilik akaun media sosial Threads yang didakwa membuat hantaran berunsur fitnah dan provokatif terhadap seorang pelakon dan penyanyi lelaki terkenal.Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, beliau telah mengarahkan pegawai penyiasat untuk berhubung dengan Meta bagi mengesan pemilik akaun media sosial itu."Kita juga akan meminta bantuan Bahagian Siber Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) untuk mengesan alamat protokol internet (IP) pemilik laman sosial itu."Siasatan kes ini masih dijalankan dan keterangan empat saksi telah kita ambil," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini pada Isnin.Sebelum ini, media melaporkan siasatan polis berkaitan kes itu sedang dilengkapkan sebelum dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya.Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman dilaporkan berkata, pihaknya sudah meminta bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi mengenal pasti pemilik akaun media sosial 'Threads' yang terlibat.Pada 18 Julai lalu, pelakon dan penyanyi terkenal itu membuat laporan polis berhubung satu hantaran berunsur fitnah dan provokasi yang didakwa dimuat naik di platform media sosial Threads.Polis menerima laporan dibuat oleh artis lelaki terbabit pada jam 4.12 petang.Laporan polis itu dibuat susulan rasa tidak puas hati beliau terhadap hantaran pemilik akaun Threads yang didakwa mengandungi unsur fitnah, provokasi dan hasutan serta disebarkan secara umum.Kes dibuka mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Industri gesa kerajaan tumpu isu vape haram

Industri gesa kerajaan tumpu isu vape haram

KUALA LUMPUR – Pemain industri peranti rokok elektronik atau vape menggesa kerajaan memberi tumpuan serius terhadap lambakan produk vape haram dan tiruan di pasaran.Pengarah Nanostix Innovations Sdn Bhd, Shahabudeen Jalil berkata, masalah utama yang wajar diberi keutamaan ketika ini ialah lambakan produk vape haram dan tiruan yang berleluasa di pasaran."Produk ini tidak mematuhi piawaian keselamatan, tidak dikenakan cukai serta membawa risiko kesihatan yang lebih tinggi kepada pengguna, selain menyebabkan kehilangan hasil negara."Nanostix menyeru kerajaan agar mempertingkatkan penguatkuasaan terhadap produk haram dan tiruan, selain mempercepatkan penubuhan sebuah badan pengawal selia khusus bagi industri vape di Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Dalam pada itu, katanya, pendekatan kawalan melalui pelaksanaan cukai dan penguatkuasaan adalah lebih wajar berbanding larangan menyeluruh yang hanya merugikan banyak pihak."Kami menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang menyatakan hasrat kerajaan untuk memperluaskan pelaksanaan Cukai Pro-Kesihatan ke atas produk vape."Walaupun ia dijangka memberi kesan terhadap harga dan operasi pengeluar, kami percaya ia merupakan satu langkah kawalan yang lebih progresif dan inklusif berbanding larangan menyeluruh," ujarnya.Menurutnya, kekeliruan dasar turut timbul apabila terdapat perbezaan pendekatan antara kerajaan Persekutuan dan beberapa kerajaan negeri yang telah mengambil langkah untuk mengharamkan penjualan vape."Dasar yang tidak sepadan ini bukan sahaja mengelirukan pengguna, malah menyulitkan pengusaha industri serta menyukarkan pelaburan dan perancangan jangka panjang."Isu berkaitan rokok elektronik perlu ditangani menerusi pendekatan menyeluruh, diplomatik dan berasaskan data saintifik," katanya.Shahabudeen berkata, larangan menyeluruh bukan sahaja mengancam ribuan usahawan serta syarikat tempatan yang beroperasi secara sah dan bertanggungjawab, malah hanya akan membuka ruang lebih luas kepada pasaran gelap."Sebagai pengeluar yang komited terhadap amalan beretika dan pematuhan piawaian, pihak kami bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan serta kualiti produk terpelihara."Kami menyokong penuh sebarang inisiatif kawalan yang bukan sahaja melindungi kesihatan awam tetapi juga memelihara kelangsungan industri tempatan yang sah dan bertanggungjawab," katanya.Pada 28 Julai lalu, Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad memaklumkan pihaknya mempertimbangkan larangan penuh penjualan dan penggunaan vape serta rokok elektronik, namun memerlukan beberapa pertimbangan seperti implikasi undang-undang, penguatkuasaan dan kesihatan awam.Beberapa kerajaan negeri telah mengambil langkah pengharaman penuh penjualan vape, antaranya Perlis, Terengganu, Kedah dan Pahang. Johor dan Kelantan pula menguatkuasakan larangan tersebut masing-masing sejak 2016 dan 2015.Sementara itu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika membentangkan RMK13 pada Jumaat lalu berkata, kerajaan akan memperluaskan cukai prokesihatan kepada produk seperti tembakau, vape dan alkohol bagi membendung penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes.Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, langkah itu menunjukkan ketegasan kerajaan dalam menangani risiko kesihatan.

Dua maut tercampak dalam nahas tiga lori di Slim River

Dua maut tercampak dalam nahas tiga lori di Slim River

TANJUNG MALIM - Dua maut manakala dua lagi cedera selepas lori muatan telur dinaiki terbabit dalam nahas tiga kenderaan di Kilometer 372.1 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Slim River pada Isnin.Dalam kemalangan sekitar jam 12.15 tengah hari itu, S Alexander Silvam, 31, dan N Periasamy, 26, masing-masing penumpang hadapan dan belakang lori meninggal dunia di tempat kejadian selepas tercampak keluar dari kenderaan.Dua lagi rakan mereka, Ariff Aiman Ariffin, 26, dan pemandu, Bastian Abas, 44, mengalami luka di muka dan koyak di bahagian kepala telah dihantar ke Hospital Slim River untuk rawatan lanjut.Timbalan Ketua Polis Daerah Muallim, Deputi Superintenden Suhaimi Mohamad berkata, nahas membabitkan sebuah lori muatan telur ayam, treler muatan simen dan sebuah lagi lori kontena berlaku akibat pelanggaran dari arah belakang."Siasatan awal mendapati lori dinaiki mangsa dari arah Ipoh ke Seremban telah melanggar bahagian kanan belakang treler yang berhenti di lorong susur masuk ke tol Slim River."Pelanggaran turut mengenai bahagian sisi kiri lori kontena yang sedang bergerak di lorong tengah," katanya dalam kenyataan di sini.Beliau berkata, akibat perlanggaran, lori mangsa mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan manakala pagar kargo pecah.Katanya, treler muatan simen pula rosak di bahagian pagar belakang dan lori kontena mengalami calar dan kemek di sisi kiri."Pemandu treler dan pemandu kontena berusia 40 dan 41 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam nahas berkenaan."Semakan mendapati ketika kejadian, keadaan jalan dilaporkan kering dan cuaca cerah. Ketiga-tiga kenderaan yang terlibat juga memiliki lesen kenderaan motor (LKM) dan insurans yang masih sah tempoh," katanya.Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Susulan kejadian itu, dua lorong utama iaitu lorong kiri dan tengah terhalang sepenuhnya menyebabkan aliran trafik sesak sepanjang hampir 7 kilometer.

Cloud seeding success at Bukit Merah Dam brings rain in 45 minutes

Cloud seeding success at Bukit Merah Dam brings rain in 45 minutes

KUALA LUMPUR: Cloud seeding conducted by the National Disaster Management Agency (NADMA) over Bukit Merah Dam in Perak successfully induced rainfall within 45 minutes today, providing relief amid critically low water levels. Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, who joined the aerial operation, highlighted the urgency of the intervention due to severe water shortages affecting local communities and agriculture. The dam’s water level had dropped to just 12.21 per cent (19.8 feet) following prolonged dry weather linked to the Southwest Monsoon. “Reports from padi fields and domestic water users clearly show the need for cloud seeding. MetMalaysia’s data supports this necessity,“ Ahmad Zahid said during a press conference at Subang Air Base. MetMalaysia identified suitable cloud formations from the Straits of Melaka for the operation, which used a Royal Malaysian Air Force C-130 Hercules aircraft to disperse 6,000 litres of seeding chemicals. “This scientific effort, blessed by Allah SWT, aims to restore irrigation for padi fields, fisheries, and tourism,“ he added. The Deputy PM also raised concerns over extreme heat in several regions, including Bandar Baharu, Selama, Temerloh, Limbang, Tenom, and Pitas, where temperatures have soared for three consecutive days. MetMalaysia and the Department of Irrigation and Drainage (JPS) are monitoring high-risk areas and dams that may require similar interventions. “Operations are prioritised for critical zones where water levels fall below 30 per cent, ensuring supply for domestic, agricultural, and industrial needs,“ Ahmad Zahid emphasised. - Bernama

Dua maut dalam nahas lori di Slim River

Dua maut dalam nahas lori di Slim River

SLIM RIVER: Dua orang maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah lori di KM 372.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat Slim River hari ini. Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12 tengah hari sebelum pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River tiba di lokasi. “Berlaku kemalangan melibatkan sebuah lori 10 tan membawa muatan telur ayam yang dinaiki empat orang iaitu seorang pemandu dan tiga kelindan merempuh bahagian belakang sebuah lori treler muatan simen kampit yang diparkir di tepi jalan,“ katanya dalam kenyataan rasmi. Dua mangsa yang menaiki lori muatan telur ayam, dipercayai berusia 20-an, tercampak keluar dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Dua lagi mangsa yang cedera ringan berusia 30 dan 40 tahun dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan. Operasi penyelamatan selesai kira-kira dua jam kemudian, dengan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut - Bernama