AEON, FRIM pulih habitat kelip-kelip di Kuala Selangor

AEON, FRIM pulih habitat kelip-kelip di Kuala Selangor

Inisiatif “Terang di Hujung Dahan” KUALA SELANGOR:  AEON Co. (M) Bhd (atau “AEON”) meneruskan komitmennya terhadap pemuliharaan alam sekitar melalui inisiatif penanaman pokok bersama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).  Program bertemakan “Terang di Hujung Dahan” ini memberi tumpuan kepada usaha pemulihan jangka panjang habitat kelip-kelip di Kuala Selangor, yang menjadi salah satu tarikan alam semula ... Read more The post AEON, FRIM pulih habitat kelip-kelip di Kuala Selangor appeared first on Utusan Malaysia .

Terbuka Denmark: Aaron-Wooi Yik dikejutkan penyingkiran awal

Terbuka Denmark: Aaron-Wooi Yik dikejutkan penyingkiran awal

KUALA LUMPUR – Kejutan berlaku pada Kejohanan Badminton Terbuka Denmark di Odense selepas beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tersingkir seawal pusingan pertama. Pada perlawanan yang berlangsung di Jyske Bank Arena sebentar tadi, bekas juara dunia itu tewas straight set 17-21, 13-21 kepada Muhammad Rian Ardianto-Rahmat Hidayat dari Indonesia. Keputusan itu pastinya sesuatu ... Read more The post Terbuka Denmark: Aaron-Wooi Yik dikejutkan penyingkiran awal appeared first on Kosmo Digital .

Pasukan pengaman Gaza: Malaysia sedia hantar satu batalion tentera

Pasukan pengaman Gaza: Malaysia sedia hantar satu batalion tentera

KUALA LUMPUR – Malaysia bersedia menghantar satu batalion tentera ke Gaza bagi menyertai pasukan pengaman sekiranya mendapat mandat daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, persiapan bagi penugasan itu telah pun dibuat dan Malaysia kini menunggu keputusan rasmi daripada Majlis Keselamatan PBB sebelum sebarang tindakan lanjut diambil."Kita memang dah daftar satu batalion dan memang bersedia jika dipilih. Masa saya menyertai mesyuarat bersama menteri-menteri negara lain yang mempunyai pasukan pengaman, Malaysia telah nyatakan kesediaan untuk membantu di Gaza."Kita memang berniat untuk berada dan bantu di sana, tapi kita tunggu keputusan Majlis Keselamatan PBB. Kalau Malaysia dipilih untuk menghantar, kita dah bersedia dengan satu batalion," katanya pada sidang media selepas Majlis Peluncuran Pelan Transformasi Perhebat 2026-2035 di sini, pada Rabu.Beliau berkata, pasukan yang akan digerakkan bukan daripada kontinjen sedia ada di Lubnan, sebaliknya melibatkan batalion baharu yang disediakan khusus bagi misi tersebut."Itu setiap tahun kita panggil balik pasukan di Lubnan, jadi untuk Gaza nanti kita ada batalion lain yang akan bersedia," jelasnya.Ditanya mengenai kos misi itu, beliau menjelaskan ia adalah perkara kedua kerana yang paling penting membantu penduduk di Gaza."Kalau kita nak tolong, tak perlu cerita berkenaan kos dahulu, dan yang kita nak hantar itu yang ada (tentera) di Malaysia, yang di Lubnan itu setiap tahun memang kita panggil balik."Jadi kita ada batalion lain akan dihantar," katanya.Terdahulu, media melaporkan Malaysia bersedia menghantar pasukan pendamai ke Gaza bagi menjamin keamanan susulan perjanjian pelan damai yang ditandatangani di Mesir, semalam.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara berkaitan penghantaran pasukan itu akan dibincangkan oleh Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), seterusnya diputuskan oleh Majlis Keselamatan PBB.

Bakal pesara tentera bakal dilatih terus dalam industri

Bakal pesara tentera bakal dilatih terus dalam industri

PETALING JAYA: Kementerian Pertahanan merancang melaksanakan pendekatan baharu dengan menempatkan latihan peralihan anggota tentera terus di industri melalui Pelan Transformasi Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) 2026-2035. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perancangan transformasi itu menandakan perubahan besar dalam pelaksanaan latihan oleh Perhebat yang selama ini dijalankan di pusat latihan perbadanan ... Read more The post Bakal pesara tentera bakal dilatih terus dalam industri appeared first on Utusan Malaysia .

SC, Teraju perkukuh kerjasama tingkat akses pasaran modal syarikat bumiputera

SC, Teraju perkukuh kerjasama tingkat akses pasaran modal syarikat bumiputera

PETALING JAYA: Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Teraju Bumiputera Corporation (Teraju) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memudah cara akses pembiayaan pasaran modal kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta syarikat pertengahan (MTC) bumiputera.  Pemeteraian MoU selama dua tahun itu sekali gus membuka lebih banyak peluang pertumbuhan dan perluasan pasaran kepada syarikat tempatan. Selain memperluas akses ... Read more The post SC, Teraju perkukuh kerjasama tingkat akses pasaran modal syarikat bumiputera appeared first on Utusan Malaysia .

Bangunan pejabat DUN runtuh

Bangunan pejabat DUN runtuh

KUALA LANGAT - Seorang wanita cedera selepas tertimbus dalam kejadian runtuhan membabitkan bangunan Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang di Dewan Wawasan Kampung Medan, Telok Panglima Garang pada petang Rabu.Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.24 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Andalas bergegas ke lokasi."Setibanya pasukan bomba pada jam 4.43 petang didapati berlaku runtuhan membabitkan bangunan pejabat berkeluasan 20 x 40 kaki persegi yang dikategorikan sebagai bangunan kelas B," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Beliau memberitahu, semasa kejadian, seorang mangsa wanita berusia 51 tahun terperangkap di bawah runtuhan dalam keadaan sedar.Jelas beliau, anggota bomba segera menjalankan kerja-kerja menyelamat dan mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 5.05 petang dengan kecederaan pada bahagian pinggang dan paha.Beliau berkata, mangsa kemudian diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi untuk rawatan lanjut.Tambahnya, runtuhan turut melibatkan sebuah surau Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) berhampiran berkeluasan 50 x 60 kaki persegi yang diklasifikasikan sebagai bangunan kelas A."Terdapat kira-kira tujuh hingga sembilan pelajar KAFA mengalami kecederaan ringan dan kini dirawat oleh pihak KKM di tempat kejadian."Punca sebenar runtuhan masih dalam siasatan," jelas beliau.

Bangunan pejabat DUN runtuh

Bangunan pejabat DUN runtuh

KUALA LANGAT - [DIKEMAS KINI] Seorang wanita cedera selepas tertimbus dalam kejadian runtuhan membabitkan bangunan Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang di Dewan Wawasan Kampung Medan, Telok Panglima Garang ketika kawasan itu dilanda hujan lebat disusuli ribut kencang pada petang Rabu.Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.24 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Andalas bergegas ke lokasi."Setibanya pasukan bomba pada jam 4.43 petang didapati berlaku runtuhan membabitkan bangunan pejabat berkeluasan 20 x 40 kaki persegi yang dikategorikan sebagai bangunan kelas B," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Beliau memberitahu, semasa kejadian, seorang mangsa wanita berusia 51 tahun terperangkap di bawah runtuhan dalam keadaan sedar.Jelas beliau, anggota bomba segera menjalankan kerja-kerja menyelamat dan mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 5.05 petang dengan kecederaan pada bahagian pinggang dan paha.Beliau berkata, mangsa kemudian diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi untuk rawatan lanjut.Tambahnya, runtuhan turut melibatkan sebuah surau Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) berhampiran berkeluasan 50 x 60 kaki persegi yang diklasifikasikan sebagai bangunan kelas A. "Terdapat kira-kira tujuh hingga sembilan pelajar KAFA mengalami kecederaan ringan dan kini dirawat oleh pihak KKM di tempat kejadian."Punca sebenar runtuhan masih dalam siasatan," jelas beliau.

Lelaki terbakar hidup-hidup, pintu kereta elektrik gagal dibuka

Lelaki terbakar hidup-hidup, pintu kereta elektrik gagal dibuka

BEIJING – Seorang lelaki maut selepas terperangkap di dalam kereta elektrik (EV) miliknya yang terbakar akibat berlanggar dengan kenderaan lain di China, lapor akhbar The Sun UK.  Kejadian berlaku di bandar Chengdu, wilayah Sichuan pada awal pagi kelmarin.  Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan orang ramai cuba membuka pintu kereta jenis Xiaomi SU7 ... Read more The post Lelaki terbakar hidup-hidup, pintu kereta elektrik gagal dibuka appeared first on Kosmo Digital .

‘Semasa Pas jadi kerajaan, kenapa tidak tukar sistem USD’

‘Semasa Pas jadi kerajaan, kenapa tidak tukar sistem USD’

PETALING JAYA – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mempersoalkan tindakan Ahli Parlimen Marang yang bersetuju supaya Malaysia tidak menggunakan Dolar Amerika (USD) dalam urusan ekonomi. Malah Rafizi berkata, kenapa. Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak melakukannya sewaktu beliau di dalam pentadbiran kerajaan sebelum ini. “Semasa beliau jadi duta khas berstatus menteri ke Timur ... Read more The post ‘Semasa Pas jadi kerajaan, kenapa tidak tukar sistem USD’ appeared first on Kosmo Digital .