Mahkamah Israel lanjut tahanan Dr Hussam Abu Safiya enam bulan lagi

Mahkamah Israel lanjut tahanan Dr Hussam Abu Safiya enam bulan lagi

TEL AVIV: Mahkamah Israel melanjutkan tempoh tahanan pengarah Hospital Kamal Adwan di Gaza, Hussam Abu Safiya, 52 tahun, selama enam bulan lagi. Keputusan ini diumumkan oleh Pusat Hak Asasi Manusia Palestin, Al Mezan, pada hari Khamis. Abu Safiya ditangkap secara mengejut oleh tentera Israel dari dalam hospital pada Disember 2024. Beliau kemudian tampil di hadapan ... Read more The post Mahkamah Israel lanjut tahanan Dr Hussam Abu Safiya enam bulan lagi appeared first on Utusan Malaysia .

Digitalisasi mampu kurangkan risiko fraud dalam sistem perakaunan

Digitalisasi mampu kurangkan risiko fraud dalam sistem perakaunan

PUTRAJAYA – Pendigitalan sistem perakaunan dan pengauditan dilihat sebagai pemangkin utama dalam memperkukuh akauntabiliti serta integriti sektor awam.Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Azwan Mohd Ramli berkata, digitalisasi mampu mengurangkan risiko fraud dalam sistem perakaunan.Bagaimanapun katanya, aspek integriti manusia tetap menjadi faktor penentu kepada keberkesanannya."Walaupun teknologi memainkan peranan penting dalam memperkukuh ketelusan, nilai kejujuran dan tanggungjawab individu dalam melaksanakan tugas perlu sentiasa diutamakan," katanya di Simposium Transformasi Digital Perakaunan dan Pengauditan anjuran bersama Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dan Institut Penyelidikan Perakaunan (ARI), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan kerjasama SPRM di sini pada Khamis.Beliau menjadi panelis Forum 1 bersama Timbalan Akauntan Negara (Operasi) JANM, Noorlida Mohd Khalid dan Akauntan Bahagian Pengurusan Audit Dalam JANM, Hifzul Hafiz Amran bertemakan 'Perakaunan Masa Hadapan: Membina Sektor Awam Berteraskan Digitalisasi dan Akauntabiliti'.Program berimpak tinggi itu berfungsi sebagai platform strategik memperkukuh budaya akauntabiliti dalam sektor awam melalui penggunaan teknologi digital dalam proses perakaunan dan pengauditan.Program ini juga antara inisiatif di bawah Kumpulan Kerja Fraud Perakaunan (KKFP) yang dilancarkan pada tahun ini oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki; Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi; Ketua Akauntan Negara, Nor Yati Ahmad serta beberapa ketua agensi lain.Majlis itu turut menyaksikan peluncuran Manual Pengauditan Digital (Digital Audit Manual) oleh Bahagian Audit Dalam JANM, hasil kolaborasi strategik bersama ARI UiTM.Penganjuran simposium itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh tadbir urus serta integriti sektor awam melalui pendekatan digital yang lebih telus dan berakauntabiliti.Kolaborasi antara agensi penguatkuasaan, institusi penyelidikan dan jabatan kerajaan ini diharap dapat mempercepatkan usaha membentuk ekosistem perakaunan dan pengauditan awam yang berintegriti, efisien dan berdaya saing di era digital.

8.8 juta penerima dapat bayaran Fasa 4 STR esok

8.8 juta penerima dapat bayaran Fasa 4 STR esok

PUTRAJAYA: Seramai 8.8 juta penerima akan menerima bayaran Fasa 4 Sumbangan Tunai Rahmah (STR)2025 bermula esok lebih awal daripada jadual asal iaitu pada pertengahan bulan depan sebelum perayaan Deepavali. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi fasa ini, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM2 bilion, dengan kadar bayaran sehingga RM700 yang ditetapkan mengikut kategori. Katanya, ... Read more The post 8.8 juta penerima dapat bayaran Fasa 4 STR esok appeared first on Utusan Malaysia .

Ribut di Sijangkang berpunca daripada pergerakan garis badai - Pakar

Ribut di Sijangkang berpunca daripada pergerakan garis badai - Pakar

KUALA LUMPUR - Ribut kuat yang melanda Sijangkang, Selangor Rabu lepas berpunca daripada pergerakan garis badai yang membawa ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh singkat.Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia, Dr Zulfa Hanan Ash’aari berkata, kawasan di pantai barat Semenanjung seperti Selangor lebih terdedah kepada kesan garis badai yang terbentuk di Selat Melaka, menjadikan tempat seperti Sijangkang berpotensi mengalami ribut kuat dari semasa ke semasa."Fenomena ribut kuat ini tidak berlaku setiap hari tetapi ia bukanlah asing di Malaysia khususnya pada musim peralihan monsun."Beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat laporan ribut kuat atau puting beliung berskala kecil di Kedah, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan," katanya kepada Bernama.Insiden pada petang Rabu itu menyaksikan seorang wanita berusia 51 tahun cedera selepas terperangkap di bawah runtuhan bumbung Dewan Wawasan Kampung Medan, yang turut menempatkan Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri Sijangkang.Selain itu, lima sekolah, sebuah dewan dan kira-kira 40 rumah dilaporkan mengalami kerosakan manakala sekurang-kurangnya tujuh murid cedera ringan.Zulfa Hanan berkata, ribut biasanya berlaku apabila udara panas dan lembap naik dengan pantas, membentuk awan kumulonimbus yang lazimnya menghasilkan kilat, guruh, hujan lebat serta angin kencang yang boleh mengganggu aktiviti harian dan keselamatan awam.Beliau berkata, dalam keadaan tertentu, wujud fenomena ricihan angin iaitu angin bertiup dengan arah dan kelajuan berbeza pada lapisan atmosfera berlainan yang bukan sahaja menguatkan ribut petir malah berupaya membentuk pusaran udara."Keadaan ini boleh mengakibatkan puting beliung atau belalai darat jika ia cukup kuat dan memanjang dari awan ke permukaan bumi," katanya.Pakar Hidrologi dan Permodelan Banjir Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Mohd Ekhwan Toriman pula berkata, kejadian ribut kuat disertai puting beliung secara amnya jarang berlaku di Malaysia kerana pembentukannya yang bersifat lokal dan sukar dikesan oleh satelit cuaca."Namun begitu, ada beberapa kejadian puting beliung yang direkodkan di Malaysia... misalnya pada 30 Jan 2022 jam 6.40 petang, ia dilaporkan berlaku di Taman Tasek Damai dan Kampung Tawas di Ipoh, Perak," katanya.Beliau berkata, perubahan iklim global akan mengubah corak cuaca dan iklim di Malaysia, menyebabkan berlakunya peningkatan suhu, fenomena cuaca ekstrem serta kenaikan aras air laut yang berpotensi mengakibatkan bencana.Sementara itu, pensyarah kanan di Jabatan Geografi Universiti Malaya, Dr Sheeba Chenoli berkata, walaupun sistem amaran awal telah banyak ditambah baik melalui amaran masa nyata MetMalaysia, aplikasi mudah alih dan pemantauan berasaskan radar, cabaran yang signifikan masih wujud."Bukan mudah untuk meramalkan kejadian yang berlaku dalam tempoh singkat dan bersifat tempatan seperti awan corong serta mikroletusan, yang sering terbentuk dengan begitu pantas sehingga amaran konvensional sukar diberikan," katanya. - Bernama

Lelaki dipenjara tujuh tahun, bersalah rompak warga emas

Lelaki dipenjara tujuh tahun, bersalah rompak warga emas

KUALA PILAH: Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun serta satu sebatan di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas kesalahan merompak menggunakan pisau pemotong daging di sebuah rumah didiami seorang warga emas di Jempol, Isnin lalu. Tertuduh, Mohamad Izwan Zulkafli, 30, membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Hazeelia Muhammad. Hazeelia dalam ... Read more The post Lelaki dipenjara tujuh tahun, bersalah rompak warga emas appeared first on Utusan Malaysia .