Kerajaan kaji pinda undang-undang dakwa pengirim, penerima barangan lori lebih muatan

Kerajaan kaji pinda undang-undang dakwa pengirim, penerima barangan lori lebih muatan

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang merangka pindaan undang-undang bagi membolehkan tindakan diambil bukan sahaja terhadap pemandu dan syarikat pengangkutan tetapi juga pengirim serta penerima barangan yang terlibat dalam aktiviti lori membawa muatan berlebihan.Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, langkah itu penting bagi memastikan keseluruhan ekosistem industri logistik bertanggungjawab dan mematuhi had muatan yang ditetapkan."Kita akan mengambil tindakan yang lebih tegas selepas ini, dan saya juga nak ingatkan kepada pengirim serta penerima barangan, sekarang ini apabila kesalahan seperti melebihi had muatan, tindakan hanya dikenakan kepada pemandu dan juga syarikat pemilik kenderaan tersebut," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen pada Rabu.Beliau berkata, isu muatan berlebihan bukan sahaja menyumbang kepada kemalangan malah memberi impak besar kepada kerajaan dan rakyat kerana ia mempercepat kerosakan jalan raya serta meningkatkan kos penyelenggaraan."Orang ramai selalu mengadu kenapa jalan di Malaysia berlubang-lubang... antara punca besar ialah masalah lori lebih muatan... apabila jalan rosak teruk, bukan sahaja kos penyelenggaraan meningkat malah risiko kepada pengguna terutama penunggang motosikal juga tinggi," katanya.Anthony berkata, pemandu lori dan syarikat pengangkutan sering terpaksa akur dengan tekanan daripada pemilik kuari atau kilang untuk membawa muatan berlebihan bagi mengurangkan kos operasi dan bersaing antara satu sama lain.Justeru, beliau berkata, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengambil tindakan lebih tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar had muatan ditetapkan."Pendekatan kita bukan hanya terhadap syarikat pengangkutan dan pemandu lori tetapi juga punca masalah itu... JPJ akan memanggil industri kuari, industri besi dan beberapa sektor lain yang dikenal pasti banyak terlibat (dalam aktiviti ini) untuk diberi peringatan," katanya.Selain itu, Anthony berkata, kerajaan menggalakkan dasar road to rail iaitu memindahkan pengangkutan kargo berat dan berisiko dari jalan raya ke kereta api bagi mengurangkan risiko kemalangan serta kerosakan infrastruktur."Kita nak menggalakkan kargo berat diangkut melalui kereta api bukan di jalan raya... ini selari dengan dasar road to rail yang kita sedang laksanakan," katanya. - Bernama

Malaysia’s medical device exports surge 31% to RM37 billion in 2024

Malaysia’s medical device exports surge 31% to RM37 billion in 2024

PUTRAJAYA : Malaysia’s medical device industry has demonstrated remarkable growth with exports surging 31% to reach RM37 billion in 2024. Health Minister Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad revealed the sector attracted RM20 billion in domestic and foreign investments between 2021 and 2024. The industry contributes approximately RM1.8 billion annually to the national GDP and has created more than 130,000 high-skilled jobs. “Under the New Industrial Master Plan 2030, the medical device sector is recognised as a strategic growth driver,“ he said at the pre-launch of IMDEC 2026 and MedTechPreneur 1.0 Programme. He added that the Medical Device Authority continues to exemplify progressive regulatory leadership through its Regulatory Reliance Programme with China and Singapore. “This milestone signifies a new era of regional collaboration and mutual recognition, reducing duplication and accelerating market access across borders,“ he said. IMDEC 2026 will be held over three days from August 26, 2026 at Kuala Lumpur Convention Centre. The event will serve as a premier global platform for knowledge exchange, innovation, and collaboration. MedTechPreneur 1.0 is a joint initiative between the Health Ministry and Entrepreneur and Cooperatives Development Ministry. The programme aims to cultivate a new generation of globally competitive MedTech entrepreneurs. “It aligns with the MADANI Economy agenda, empowering start-ups and micro, small and medium enterprises to innovate, scale, and enter global markets,“ Dzulkefly said. The programme provides structured support across product development, certification, regulatory compliance, and commercialisation. Entrepreneur Development and Cooperatives Minister Datuk Ewon Benedick said MedTechPreneur 1.0 would offer entrepreneurs opportunities in the medical gadget industry. “KUSKOP remains committed in helping entrepreneurs and cooperatives in empowering the entrepreneurial ecosystem,“ he added. – Bernama

Pemuda bunuh, bakar kekasih hamil ke tali gantung

Pemuda bunuh, bakar kekasih hamil ke tali gantung

KLANG - Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas seorang pemuda yang mengaku bersalah atas pertuduhan membunuh dan membakar kekasihnya yang hamil di Sabak Bernam, dua tahun lepas.Hakim Norazlin Othman membuat keputusan itu selepas Muhammad Fakrul Aiman Sajali, 22, mengekalkan pengakuan bersalahnya.Dia didakwa membunuh Nur Anisah Abdul Wahab, 21, di Jalan Sungai Limau antara 8.30 malam 22 Mei dan 8 pagi 23 Mei 2023 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun serta maksimum 40 tahun, dan jika tidak dihukum mati, hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang 12 sebatan.Dalam penghakimannya, Norazlin berkata, mahkamah berpuas hati dengan pengakuan yang dibuat oleh tertuduh tanpa syarat dan mengakui fakta kes serta eksibit yang dikemukakan pihak pendakwaan kepadanya adalah benar.Beliau berkata, selepas mengambil kira keseriusan perbuatan itu yang disifatkan sebagai 'kejam'" serta hakikat kes itu yang menjurus kepada jenayah yang dirancang, ia memerlukan satu hukuman berat jika dibandingkan dengan jenayah bersifat spontan."Dalam kes ini, bukan sekadar satu nyawa terkorban iaitu si mati tetapi juga anak yang dikandungnya selama 18 minggu... dalam kes ini, hasil bedah siasat oleh Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh mendapati terdapat kesan bakar yang meliputi hampir seluruh tubuh."Lebih sadis lagi, di bahagian perut terdapat usus dan kandungan yang terkeluar… si mati juga mengalami kesan-kesan luka tikam dan hiris di abdomen serta tapak tangan"Tertuduh juga dikatakan telah memukul kepala si mati menggunakan kayu sehingga jatuh serta mengheretnya ke tepi parit dan mengambil pisau di kereta lantas menikam perut dan menghiris leher si mati," katanya.Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Ashiqin Zulkifli mengemukakan 112 eksibit kepada mahkamah antaranya imej ultrabunyi kandungan, pisau, sebatang kayu serta pakaian mangsa.Beliau berkata, kesalahan itu amat serius kerana melibatkan nyawa manusia apatah lagi mangsa yang hamil ketika kejadian."Cara mangsa meninggal dunia terlalu kejam dan tidak sepatutnya diperlakukan sedemikian rupa… tertuduh mempunyai perancangan untuk melakukan jenayah berkenaan dan kesalahan ini melibatkan faktor kepentingan awam dan perlu menjadi pengajaran kepada semua," katanya.‎Peguam Muhammad Nor Tamrin dalam mitigasi pula berkata, anak guamnya telah dijadikan sebagai kambing hitam susulan laporan DNA (Asid Deoksiribonukleik) Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan bahawa janin berusia 18 minggu itu bukan milik Muhammad Fakrul. ‎Beliau berkata, Muhammad Fakrul juga berdepan tekanan daripada seorang lelaki yang mendakwa dirinya suami kepada sepupu mangsa dan telah menggugut tertuduh untuk bertanggungjawab terhadap kandungan tersebut."Tertuduh merupakan seorang penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi dan dia tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan juga disiplin serta menunjukkan pencapaian yang cemerlang dengan gred keputusan peperiksaan terakhirnya ialah 3.80," kata beliau. ‎Justeru, Muhammad Nor memohon agar mahkamah mempertimbangkan hukuman minimum dengan mengambil kira pengakuan bersalah yang dibuat oleh tertuduh sebelum perbicaraan bermula. ‎- Bernama

[VIDEO] Ribut macam puting beliung rosakkan sekolah di Kampung Medan

[VIDEO] Ribut macam puting beliung rosakkan sekolah di Kampung Medan

PETALING JAYA – Beberapa rakaman video tular di media sosial memaparkan detik cemas kejadian ribut yang melanda Kampung Sijangkang, Telok Panglima Garang petang tadi. Angin kencang menerbangkan bumbung sebuah sekolah dan menyebabkan kerosakan di beberapa kawasan berhampiran. Kelihatan serpihan bumbung dan objek ringan berterbangan dibawa pusaran angin kuat. Difahamkan, kejadian berlaku sekitar pukul 5 petang dan ... Read more The post [VIDEO] Ribut macam puting beliung rosakkan sekolah di Kampung Medan appeared first on Kosmo Digital .

Kes noda pelajar: Kertas siasatan dirujuk Timbalan Pendakwa Raya

Kes noda pelajar: Kertas siasatan dirujuk Timbalan Pendakwa Raya

JASIN: Kertas siasatan empat pelajar lelaki tingkatan lima yang dipercayai terbabit dalam kejadian merogol seorang pelajar perempuan tingkatan tiga dan merakam kejadian itu di sebuah sekolah di Alor Gajah, telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya, hari ini. Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, pihaknya menjangkakan pendakwaan terhadap keempat-empat suspek dapat dilakukan dalam minggu ini. ... Read more The post Kes noda pelajar: Kertas siasatan dirujuk Timbalan Pendakwa Raya appeared first on Utusan Malaysia .

Terbuka Denmark: Aaron-Wooi Yik kandas di pusingan pertama

Terbuka Denmark: Aaron-Wooi Yik kandas di pusingan pertama

GANDINGAN utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik kandas di pusingan pertama Terbuka Denmark 2025 di Odense pada Rabu.Kali ini, lawan Aaron-Wooi Yik iaitu Muhammad Rian Ardianto-Fajar Alfian tampil lebih bertenaga dengan mencatat kemenangan straight set 21-17 dan 21-13.Aksi di Arena Jyske Bank itu hanya berlangsung dalam tempoh 33 minit.Sebelum ini, Aaron-Wooi Yik pernah menewaskan gandingan dari Indonesia itu sebanyak enam kali dalam 10 pertemuan.Kekalahan itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik gagal mengekalkan momentum yang ditunjukkan minggu lalu ketika mereka muncul naib juara pada kejohanan Terbuka Arctic di Vantaa, Finland.Sementara itu, juara dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bakal berdepan ujian lebih mencabar dalam laluan ke suku akhir apabila menentang pasangan China, Gao Jiaxuan-Wu Mengying di pusingan kedua dalam saingan beregu campuran pada Khamis.Pasangan pilihan keempat itu memulakan kempen dengan kemenangan meyakinkan ke atas gandingan Taiwan, Yang Po-hsuan-Hu Ling-fang, 21-15, 21-9.Perlawanan tersebut turut menjadi penampilan semula Ee Wei selepas pulih daripada kecederaan abdomen yang menyebabkan beliau terlepas beberapa kejohanan utama sebelum ini.

Polis pandang serius kejadian jenayah di sekolah

Polis pandang serius kejadian jenayah di sekolah

TANJUNG MALIM: Polis memandang serius peningkatan kes jenayah di sekolah yang kini menimbulkan kebimbangan masyarakat terhadap tahap keselamatan institusi pendidikan di negara ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata rakyat berhak memberi perhatian terhadap isu tersebut kerana mereka menghantar anak ke sekolah bukan sahaja untuk mendapatkan pendidikan berkualiti, tetapi juga persekitaran yang ... Read more The post Polis pandang serius kejadian jenayah di sekolah appeared first on Utusan Malaysia .

Sukan SEA 2025: Badminton hantar pasukan terkuat

Sukan SEA 2025: Badminton hantar pasukan terkuat

KUALA LUMPUR – Skuad badminton negara dilihat serius untuk memburu kilauan pingat emas pada Sukan SEA Thailand 2025 Disember depan apabila membariskan pasukan terkuat. Senarai pemain itu diumumkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook sebentar tadi. Bagi acara berpasukan lelaki, beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengetuai ... Read more The post Sukan SEA 2025: Badminton hantar pasukan terkuat appeared first on Kosmo Digital .