Ketua Staf Tentera Israel ugut bunuh pemimpin Hamas di luar negara

Ketua Staf Tentera Israel ugut bunuh pemimpin Hamas di luar negara

TEL AVIV: Ketua Staf Tentera Israel, Eyal Zamir pada Ahad mengugut membunuh pemimpin Hamas yang berada di luar negara ketika rejim tersebut terus melancarkan serangan besar-besaran di Semenanjung Gaza, lapor Anadolu. “Tindakan kami masih belum selesai. Kebanyakan pimpinan Hamas kini berada di luar negara, dan kami akan sampai kepada mereka juga,” katanya dalam kenyataan yang ... Read more The post Ketua Staf Tentera Israel ugut bunuh pemimpin Hamas di luar negara appeared first on Utusan Malaysia .

Dasar Wanita Negara 2025-2030 perkenal inisiatif tangani keganasan rumah tangga

Dasar Wanita Negara 2025-2030 perkenal inisiatif tangani keganasan rumah tangga

KUALA LUMPUR : Dasar Wanita Negara (DWN) 2025-2030 melalui Pelan Tindakan Pembangunan Wanita (PTPW) menggariskan beberapa inisiatif untuk memperkukuh usaha menangani isu keganasan rumah tangga terhadap wanita. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata inisiatif itu termasuk memperkenalkan subindeks keselamatan wanita dalam Indeks Keselamatan dan Ketenteraman Awam serta memperluas perlindungan sosial kepada mangsa keganasan rumah tangga. “Selain itu, memperkukuh penyampaian perkhidmatan termasuk pegawai, community of practice dan bantuan sokongan serta meningkatkan bilangan program bagi advokasi penghapusan keganasan terhadap wanita,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini. Beliau menjawab soalan Senator Datuk Rosni Sohar yang ingin tahu pendekatan baharu dibawa DWN 2025-2030 khususnya dalam menangani cabaran semasa seperti keganasan terhadap wanita, diskriminasi jantina di tempat kerja, jurang upah antara jantina dan penglibatan wanita dalam ekonomi digital serta sektor bukan formal. Noraini berkata PTPW turut memberi tumpuan kepada pemerkasaan wanita dalam ekonomi digital dan sektor bukan formal melalui pelaksanaan inisiatif seperti memperkasa wanita dalam ekonomi digital serta sektor bukan formal. “Beberapa inisiatif utama juga telah digariskan iaitu melalui penyediaan jendela khusus bagi peniaga kecil wanita yang ingin mendapatkan peluang perniagaan. “Turut dilaksanakan penyediaan latihan keusahawanan dan akses pembayaran mikro dengan sasaran mendaftarkan serta memperkasakan sejuta usahawan wanita menjelang 2030 serta meningkatkan penyertaan wanita dalam sektor pertanian, perikanan, perladangan dan agromakanan,” katanya. Mengambil kira cabaran semasa, Noraini berkata DWN 2025-2030 melalui PTPW juga telah menggariskan beberapa inisiatif bagi menangani jurang gaji dan beban berganda seperti program pengarusperdanaan perspektif gender dalam perancangan dasar dan bajet. Beliau berkata audit gender bagi program dan projek berimpak tinggi turut diperkenalkan untuk memastikan kesaksamaan akses dan penyertaan aktif wanita, selain pengukuhan penyediaan ekosistem pekerjaan kondusif melalui penyediaan insentif untuk majikan mesra keluarga. “Pemberian kesedaran terhadap kesaksamaan gender dan melaksanakan program advokasi kepekaan gender kepada pelbagai pihak turut dilaksanakan bagi usaha itu,” katanya. – Bernama

Kerja naik taraf infrastruktur SUKMA 2026 lancar, dijangka siap Mac depan

Kerja naik taraf infrastruktur SUKMA 2026 lancar, dijangka siap Mac depan

SHAH ALAM : Kerja menaik taraf beberapa infrastruktur sukan bagi persiapan menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 berjalan lancar dan dijangka siap sepenuhnya Mac tahun depan. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata proses menaik taraf infrastruktur sukan termasuk stadium, dewan pihak berkuasa tempatan serta Pusat Akuatik Darul Ehsan (PADE) itu telah bermula dan dijangka siap mengikut jadual. Beliau berkata walaupun PADE yang menjadi kebanggaan rakyat Selangor kini sedang melalui proses naik taraf menyeluruh, kebajikan penyewa tetap dijaga dengan dikecualikan bayaran selain turut disediakan kemudahan alternatif sepanjang tempoh pembaikan. “Kami percaya temasya dwitahunan ini bukan sekadar medan persaingan, malah pemangkin pembangunan ekonomi negeri melalui sektor pelancongan, perhotelan, logistik dan perkhidmatan. “Ribuan pengunjung yang hadir akan turut menggerakkan ekonomi tempatan, daripada penjaja kecil hingga industri besar,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. Amirudin berkata dengan infrastruktur moden, persiapan rapi serta sokongan rakyat, beliau percaya kontinjen Selangor mampu mengulangi kegemilangan sebagai juara keseluruhan. Beliau berkata semua usaha itu bukan hanya demi kejayaan satu temasya, malah tekad melahirkan generasi atlet masa depan, membina ekonomi negeri dan mengangkat martabat sukan negara. “Bersama kita jadikan SUKMA 2026 sebagai temasya kebanggaan Selangor dan seluruh rakyat Malaysia!” katanya. SUKMA Selangor 2026 diadakan pada 15 hingga 24 Ogos, manakala Para SUKMA dari 5 hingga 14 Sept, dengan upacara pembukaan temasya dwitahunan itu akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). – Bernama

Malaysia perkukuh kedudukan sebagai pusat latihan pengaman serantau, antarabangsa

Malaysia perkukuh kedudukan sebagai pusat latihan pengaman serantau, antarabangsa

KUALA LUMPUR : Malaysia bukan sahaja bersedia menggerakkan pasukan pengaman ke Palestin malah turut memperkukuhkan kedudukan sebagai pemain utama dalam latihan dan pengekalan keamanan peringkat serantau serta antarabangsa. Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata keupayaan Malaysia itu merangkumi bukan sahaja penglibatan ketenteraan tetapi juga bidang kemanusiaan, rundingan diplomatik dan latihan pengaman yang mendapat pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Beliau berkata kebolehan negara dalam mengekalkan keamanan selepas konflik merupakan satu kekuatan yang dilihat oleh komuniti antarabangsa, dengan merujuk peranan Malaysia dalam meredakan ketegangan antara Thailand dan Kemboja sebelum ini. “Malaysia dianggap sebagai pusat latihan serantau PBB bagi rantau ini. Ia bukan sahaja membuktikan kebolehan kita dalam menyediakan anggota berkemahiran tinggi malah menjadikan kita sebagai rujukan dalam konteks latihan pengaman. “Yang paling penting bukan hanya menyelesaikan konflik, tetapi bagaimana kita mengekalkan keamanan selepasnya. Di sinilah strategi Malaysia perlu digarap dan diperkukuh,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini. Beliau menjawab pertanyaan Senator Hussin Ismail yang ingin tahu usaha dan cabaran yang dihadapi kerajaan bagi menggesa penghantaran pasukan pengaman PBB ke wilayah Palestin agar genosid yang berlaku dapat dihentikan. Adly berkata Pusat Pengaman Malaysia (PPM) tidak hanya melatih anggota tempatan tetapi juga menjadi pusat latihan bagi peserta dari negara ASEAN dan lain-lain, selaras dengan peranan Malaysia dalam mempromosi keamanan serantau. Mengulas lanjut, beliau berkata Malaysia mampu menjadi ‘kancil diplomasi’ di tengah-tengah kuasa besar dunia, menerusi kekuatan rundingan dan diplomasi pertahanan seiring dengan cadangan mewujudkan platform seperti Forum Kemanusiaan Sedunia. “Kita mungkin kecil dari sudut ketenteraan tetapi kekuatan kita terletak pada kuasa rundingan yang boleh menjadi model seperti Geneva,” katanya sambil mencadangkan Malaysia mempelopori inisiatif global dalam aspek bantuan kemanusiaan dan perlindungan pasukan bantuan. Adly turut memaklumkan penyertaan Malaysia dalam misi pengaman bukan hanya bersandarkan kepada konsensus ASEAN, sebaliknya memerlukan dukungan lebih luas termasuk lebih 70 negara yang terlibat dalam sistem Sistem Keupayaan dan Kesiagaan Operasi Pengaman (PCRS). “ASEAN adalah satu ruang diplomatik penting namun kita juga perlu bergerak dalam kerangka antarabangsa untuk memastikan pasukan pengaman kita dapat dihantar ke lokasi yang memerlukan,” katanya yang turut menyentuh sumbangan Malaysia dalam misi bantuan kesihatan dan pembangunan semula Palestin, termasuk kerjasama dua hala dengan Jepun. Adly menegaskan bahawa Malaysia bersedia memikul tanggungjawab lebih besar dalam menjayakan misi keamanan global, termasuk di Palestin dan Gaza sekiranya diberi mandat oleh Majlis Keselamatan PBB. “Dengan kesiapsiagaan aset dan sumber manusia serta pengiktirafan terhadap pusat latihan kita, Malaysia berada dalam posisi strategik untuk memainkan peranan lebih signifikan dalam menjaga keamanan dunia,” katanya. – Bernama

PDRM gempur 395 premis judi, tahan 328 individu

PDRM gempur 395 premis judi, tahan 328 individu

KUALA LUMPUR - Kegiatan perjudian haram di seluruh negara digempur menerusi Op Dadu Mega yang dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 30 dan 31 Ogos lalu.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, sebanyak 395 premis diperiksa sepanjang operasi tersebut.Beliau berkata, hasilnya 272 premis dikesan menjalankan aktiviti perjudian tanpa lesen."Daripada jumlah itu, 245 premis terbabit dalam penjualan loteri awam tanpa lesen dan 20 premis didapati menawarkan perjudian dalam talian."Selain itu, serbuan turut melibatkan lima premis hiburan keluarga yang beroperasi tanpa lesen manakala dua premis lagi berfungsi sebagai pusat perjudian calling centre," katanya dalam kenyataan media pada Selasa.Katanya, seramai 328 individu berjaya ditahan membabitkan 286 lelaki dan 42 wanita yang dipercayai pemilik, penjaga premis, pekerja serta pemain perjudian."Individu yang ditahan terdiri daripada 258 warga tempatan manakala 70 lagi warga asing."Selain itu, pihak polis turut merampas wang tunai, komputer, telefon bimbit, mesin perjudian dan pelbagai peralatan lain yang digunakan dalam kegiatan itu," katanya.Menurutnya, semua individu yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berkaitan untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut."Kes disiasat mengikut peruntukan undang-undang antaranya Seksyen 4A(a), Seksyen 9(1), Seksyen 4B(a), Seksyen 4(1)(b), Seksyen 4(1)(c) dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953."Siasatan turut meliputi Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Enakmen Hiburan dan Ordinan Hiburan Negeri," katanya.M.Kumar menegaskan PDRM tidak akan berkompromi dalam isu perjudian haram yang memberi kesan buruk kepada masyarakat dan ekonomi negara."PDRM akan terus mempergiatkan operasi seumpama ini dari semasa ke semasa bagi memastikan kegiatan perjudian tanpa lesen dapat dibanteras sepenuhnya."Kami menyeru orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti perjudian haram bagi membantu pihak berkuasa mengambil tindakan segera," katanya.

41 ditahan main ‘War Game’ guna senjata tiruan

41 ditahan main ‘War Game’ guna senjata tiruan

KUANTAN – Seramai 41 lelaki ditahan selepas terlibat dalam permainan perang menggunakan senjata api tiruan jenis ‘Air Soft Gun’ di Padang Hangus, Gebeng, di sini Ahad lalu. Operasi khas Op Laras itu dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Pasukan D9 (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang dengan kerjasama unit khas ... Read more The post 41 ditahan main ‘War Game’ guna senjata tiruan appeared first on Kosmo Digital .

Over 139,000 international students from 160 countries choose Malaysia

Over 139,000 international students from 160 countries choose Malaysia

KUALA LUMPUR : Malaysia has attracted 139,341 international students from over 160 countries to its higher education institutions as of March 31, 2025. Higher Education Minister Datuk Seri Zambry Abdul Kadir attributed this success to the nation’s high-quality education ecosystem, affordable living costs, strong security, and globally recognised academic programmes. He stated that this influx enriches the learning environment with diverse cultural elements and fosters valuable exchanges of ideas and experiences. Zambry highlighted that strong diplomatic relations and mutual recognition of academic qualifications further support this growth. Malaysia’s strengths in high-impact fields like medicine, engineering, information technology, and business management also contribute significantly. The University of Malaya rose to 58th position in the QS World University Rankings 2026, up from 60th the previous year. Universiti Kebangsaan Malaysia improved to 126th from 138th, while Universiti Putra Malaysia and Universiti Sains Malaysia both reached 134th place. Universiti Teknologi Malaysia jumped to 153rd position from 181st, showing remarkable progress. Private institutions also excelled, with Universiti Teknologi PETRONAS at 251st and Taylor’s University at 253rd position. UCSI University secured 269th place, and Sunway University entered the top 500 at 410th after climbing over 120 spots. Zambry noted consistent improvements in academic reputation, research quality, international visibility, and graduate employability across Malaysian universities. Several public universities featured in the top 100 of the Times Higher Education Asia University Rankings 2024. Academic mobility programmes have strengthened collaborations with international partners through lecturer and researcher exchanges. Over 1,200 research projects involve prestigious universities in the UK, Australia, Japan, the Middle East, and ASEAN nations. Internationally co-authored articles now constitute more than 35% of all Scopus-indexed publications from Malaysia. – Bernama