JKM keluarkan kad OKU anak Zarina setelah dokumen diserah

JKM keluarkan kad OKU anak Zarina setelah dokumen diserah

SHAH ALAM - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengesahkan kad Orang Kelainan Upaya (OKU) anak klien, Nur Zarina Mohd Zainuddin telah diproses dan dikeluarkan jabatan itu pada Khamis.JKM dalam satu kenyataan berkata, ia hasil daripada tindakan susulan dan khidmat nasihat yang diberikan pihaknya dan klien telah menyerahkan semua dokumen berkaitan kepada JKM pada Rabu.Menurutnya, jabatan tersebut mendapati tiada maklumat pengesahan pegawai perubatan direkodkan dalam Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU) bagi anak-anak pelakon wanita itu."Hasil semakan mendapati tiada maklumat pengesahan pegawai perubatan direkodkan dalam Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU) bagi anak klien tersebut."Petugas telah memberikan penerangan lanjut, menyerahkan Borang BPPOKU (Pindaan 2019) untuk diisi dan menandakan bahagian berkaitan bagi memudahkan rujukan klien."Klien turut disarankan untuk membuat laporan polis sebagai langkah pencegahan terhadap sebarang kemungkinan penyalahgunaan kad," katanya pada Khamis.Sebelum ini, Nur Zarina meluahkan kekecewaannya di Instagram dengan mendakwa 'ditendang' ke sana sini seperti bola sewaktu menggantikan kad anaknya, Azal Azrai yang hilang.Katanya, beliau telah membuat laporan di JKM mengenai hal itu, namun diminta untuk membuat laporan polis atas alasan tiada rekod dalam sistem jabatan tersebut.Menurut kenyataan tersebut, klien juga menyerahkan satu lagi kad OKU milik anak kembarnya bagi tujuan penggantian kad rosak."Hasil semakan menunjukkan situasi yang sama iaitu tiada pengesahan perubatan dalam sistem dan maklumat tersebut belum pernah dikemas kini."Klien telah dimaklumkan bahawa penggantian kad baharu (kad QR) hanya boleh dilaksanakan setelah laporan perubatan atau makluman pengesahan terkini dikemukakan."Ini adalah kerana, sistem SMOKU yang diperkenalkan pada tahun 2011 telah melalui beberapa fasa menaik taraf dengan penambahan subkategori OKU serta pengenalan kad OKU baharu berteknologi QR," katanya.Jelasnya, oleh itu, klien telah disarankan untuk melakukan pengesahan semula oleh pegawai perubatan bagi membolehkan pengemaskinian data dibuat dalam sistem serta membuat laporan polis sebagai langkah keselamatan dan perlindungan data peribadi.Sementara itu, JKM sentiasa komited untuk memastikan setiap urusan berkaitan pendaftaran, pengemaskinian dan penggantian kad OKU dilaksanakan secara tertib, telus dan berpandukan prosedur operasi standard (SOP)."JKM menyarankan agar klien sentiasa mengemas kini maklumat peribadi dan laporan perubatan bagi memastikan data dalam sistem SMOKU kekal tepat dan terkini," katanya.

Hab EV pertama di Malaysia siap menjelang 2027

Hab EV pertama di Malaysia siap menjelang 2027

SEREMBAN – Hab pengecasan kenderaan elektrik (EV) Bersepadu Pertama di Malaysia (Hab EV) yang terletak di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban (arah Selatan) Lebuh Raya Utara Selatan dijangka siap menjelang awal tahun 2027. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pembangunan dengan kos kira-kira RM12 juta itu bakal merevolusikan konsep R&R lebuh ... Read more The post Hab EV pertama di Malaysia siap menjelang 2027 appeared first on Kosmo Digital .

KTMB offers 30% discount on KL Sentral-Kluang ETS route for Deepavali

KTMB offers 30% discount on KL Sentral-Kluang ETS route for Deepavali

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) is offering a special 30% discount on its Electric Train Service (ETS) route between KL Sentral and Kluang for Deepavali. The promotion is valid for ticket purchases from October 20 to November 30, for travel between October 24 and November 30. KTMB chief technical officer and acting group chief executive officer Ahmad Nizam Mohamed Amin said passengers can access the discount with the promo code GO2KLUANG30 when booking their tickets. He stated that a total of 5,000 promo codes are available, subject to the stipulated terms and conditions. In preparation for the expected surge in travel demand during the festive season, Ahmad Nizam added that KTMB has made 278,792 tickets available from October 16 to 26. This includes 121,128 tickets for the ETS, 46,684 tickets for KTM Intercity, and 107,200 tickets for the Shuttle Tebrau service to Singapore. He added that KTMB has introduced two additional trains on the KL Sentral–Padang Besar–KL Sentral route from October 17 to 22, with 3,780 extra tickets on sale since October 7. Ahmad Nizam explained that this initiative is not only to meet the high travel demand for Deepavali but also part of KTMB’s ongoing effort to promote public transport as a safer, more comfortable, and sustainable travel option. To ensure a smooth journey for all passengers, KTMB has deployed additional Auxiliary Police officers and staff at key stations to provide assistance and enhance platform safety. He advised passengers to arrive at least 30 minutes before their scheduled departure time, as the boarding gates will close five minutes before the train departs. Further information may be obtained at www.ktmb.com.my or the KTMB Call Centre at 03-9779 1200. In a related gesture for the festive season, KTMB distributed 1,000 Deepavali gift packs to passengers of the ETS and Komuter services at KL Sentral and Butterworth stations in Penang. The packs, containing murukku, mixed nuts, and a drink, were presented by Ministry of Transport secretary-general Datuk Seri Jana Santhiran Muniayan, as well as KTMB chairman Datuk Ahmad Redza Abdullah and Ahmad Nizam. – Bernama

Kerajaan terus bantu Harimau Malaya meskipun isu penggantungan pemain

Kerajaan terus bantu Harimau Malaya meskipun isu penggantungan pemain

PUTRAJAYA : Bantuan dan peruntukan kerajaan kepada pasukan bola sepak kebangsaan tidak akan dihentikan kerana masih banyak pemain tempatan yang mewakili skuad Harimau Malaya di pentas antarabangsa. Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menegaskan pihaknya akan terus menyokong skuad kebangsaan meskipun Persatuan Bolasepak Malaysia sedang berdepan isu penggantungan tujuh pemain warisan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa. Beliau menjelaskan keputusan penggantungan sekarang adalah terhadap tujuh pemain berkenaan tetapi ramai terlupa pasukan Harimau Malaya masih mempunyai pemain-pemain tempatan. “Seperti semasa lawan dengan Laos, masih ada Faisal Halim, Arif Aiman dan lain-lain,“ katanya selepas Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kepada Kontinjen Malaysia ke Sukan Remaja Asia 2025 di Bahrain dan Sukan Perpaduan Islam 2025 di Arab Saudi. “Takkan kita tak nak bantu pemain bola sepak tempatan yang masih bermain untuk pasukan Malaysia,“ tambahnya. Yeoh menegaskan selagi masih ada pasukan dan pemain tempatan yang memerlukan sokongan, selagi itu kerajaan akan berusaha membantu mereka. Temasya Sukan Remaja Asia 2025 akan berlangsung dari 22 hingga 31 Oktober dengan penyertaan 120 atlet negara dalam 17 acara sukan. Sukan Perpaduan Islam 2025 dijadualkan berlangsung dari 7 hingga 21 November dengan 17 atlet kebangsaan bakal bersaing dalam lima acara sukan. Dalam perkembangan sama, Yeoh menjelaskan pihaknya kekal dengan pendirian untuk menunggu keputusan penuh FIFA sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai isu berkenaan. Bulan lepas, FAM dan tujuh pemain warisan negara dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA selepas didapati melanggar Perkara 22 Kod Tatatertib FIFA berkaitan pemalsuan dokumen. FIFA memaklumkan FAM telah menyerahkan dokumen palsu bagi mengesahkan kelayakan pemain berkenaan yang membolehkan mereka beraksi dalam perlawanan pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam pada 10 Jun. Sehubungan itu, FAM dikenakan denda 350,000 franc Switzerland atau kira-kira RM1.8 juta. Setiap pemain didenda 2,000 franc Switzerland atau kira-kira RM10,560 serta digantung 12 bulan daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak. Pemangku Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi dilaporkan berkata FAM telah memfailkan rayuan rasmi kepada FIFA berhubung keputusan tatatertib isu dokumentasi kelayakan tujuh pemain kebangsaan. Beliau berkata pihaknya bertindak pantas setelah menerima penghakiman penuh FIFA pada 7 Oktober lepas dengan pasukan perundangan FAM menyiapkan segala dokumen untuk diserahkan sebelum tarikh akhir. – Bernama

Lima warga Vietnam ditahan di KLIA cuba guna cap pasport palsu

Lima warga Vietnam ditahan di KLIA cuba guna cap pasport palsu

PUTRAJAYA : Lima wanita warga Vietnam telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 kerana cubaan menggunakan cap pasport yang meragukan. Cubaan mereka untuk meloloskan diri itu gagal susulan tindakan pantas pasukan pemantau Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia semalam. Kejadian berlaku kira-kira jam 10.20 pagi apabila lima individu tersebut yang terdiri daripada tiga dewasa dan dua remaja diperiksa selepas didapati berkelakuan mencurigakan. Semakan terhadap dokumen perjalanan mendapati cap keluar dan masuk pada pasport kesemua individu berkenaan diragui ketulenannya. Cap tersebut dipercayai diperoleh secara tidak teratur menurut kenyataan rasmi AKPS. Siasatan lanjut melalui Sistem MyIMMS mendapati tiada sebarang rekod pergerakan keluar atau masuk yang sepadan dengan cap pada pasport berkenaan. Siasatan awal turut mendedahkan bahawa kesemua wanita itu tidak pernah meninggalkan Malaysia dan telah tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan. Kesemua individu berkenaan telah ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63. AKPS memaklumkan pemeriksaan serta pemantauan akan terus dipertingkatkan bagi membanteras sebarang cubaan menggunakan dokumen perjalanan palsu. Langkah ini bertujuan memastikan keselamatan dan integriti sempadan negara terus terpelihara di semua pintu masuk utama. – Bernama

Propel Global terima kontrak RM70 Juta kerja sivil, struktur untuk pusat data

Propel Global terima kontrak RM70 Juta kerja sivil, struktur untuk pusat data

PETALING JAYA: Propel Global Berhad (Propel Global), mengumumkan bahawa anak syarikat milik penuhnya, Propel CMT Sdn. Bhd. (“PCMT”), dalam usaha sama dengan China State Construction Engineering (M) Sdn. Bhd. (“CSCEM”) (secara kolektif, “JV”), telah menerima dan melaksanakan Surat Setuju Terima daripada sebuah syarikat multinasional yang berpangkalan di Singapura untuk pakej kerja sivil dan struktur permulaan untuk pembangunan pusat data di Johor Bahru. ... Read more The post Propel Global terima kontrak RM70 Juta kerja sivil, struktur untuk pusat data appeared first on Utusan Malaysia .

Dhuha lega boleh fokus sepenuhnya ke Sukan SEA

Dhuha lega boleh fokus sepenuhnya ke Sukan SEA

KUALA LUMPUR – Perenang muda negara, Muhammad Dhuha Zulfikry kini boleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada persiapan Sukan SEA Thailand 2025 susulan keputusan kerajaan membenarkan atlet menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selepas tamat temasya berkenaan. Atlet berusia 18 tahun itu berkata, pengumuman dibuat oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh banyak membantunya mengurangkan tekanan untuk ... Read more The post Dhuha lega boleh fokus sepenuhnya ke Sukan SEA appeared first on Kosmo Digital .