Citaglobal ambil alih Mutiara Perlis bernilai RM40 juta

Citaglobal ambil alih Mutiara Perlis bernilai RM40 juta

PETALING JAYA – Citaglobal Bhd (Citaglobal) mengumumkan cadangan pengambilalihan  bernilai RM40 juta bagi 12.8 peratus kepentingan tidak langsung dalam Mutiara Perlis Sdn Bhd (Mutiara Perlis), pemaju induk Koridor Maritim Perlis (PMC) dengan kos pembangunan kasar sebanyak AS$6.5 bilion (RM27.8 bilion). Urus niaga ini meletakkan Citaglobal sebagai salah satu pemain utama dalam industri infrastruktur pelabuhan dan ... Read more The post Citaglobal ambil alih Mutiara Perlis bernilai RM40 juta appeared first on Kosmo Digital .

Kandungan beri gelandangan sisa makanan adalah jelik melampau – MCMC

Kandungan beri gelandangan sisa makanan adalah jelik melampau – MCMC

PETALING JAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menjalankan siasatan serta merakam keterangan tiga individu dipercayai pempengaruh berhubung penyebaran video memaparkan mereka memberi sisa makanan kepada seorang gelandangan. Menurut kenyataan MCMC, kandungan tersebut disifatkan jelik melampau dan telah mencetuskan kemarahan serta kecaman meluas dalam kalangan warganet, selain menyentuh sensitiviti masyarakat majmuk di negara ... Read more The post Kandungan beri gelandangan sisa makanan adalah jelik melampau – MCMC appeared first on Kosmo Digital .

JPJ perluas saluran pendaftaran JPJeID

JPJ perluas saluran pendaftaran JPJeID

PETALING JAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperluaskan saluran pendaftaran JPJeID di Institut Memandu (IM) seluruh negara, berkuatkuasa hari ini. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, JPJeID adalah akaun yang mengandungi ID Pengguna dan Kata Laluan yang perlu dimiliki secara sah oleh orang awam (pemilik My Kad dan MyPR) untuk mendaftar masuk ke akaun ... Read more The post JPJ perluas saluran pendaftaran JPJeID appeared first on Utusan Malaysia .

Kaitkan isu rusuhan kaum dengan RMK13, Nasib MP Pendang akan ditentukan Speaker

Kaitkan isu rusuhan kaum dengan RMK13, Nasib MP Pendang akan ditentukan Speaker

KUALA LUMPUR – Persoalan sama ada Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) dikenakan tindakan atau sebaliknya kerana menyentuh isu rusuhan kaum 13 Mei 1969 dalam sidang Dewan Rakyat akan ditentukan oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.Johari berkata, beliau telah menerima usul daripada RSN Rayer (PH-Jelutong) supaya merujuk Awang ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen."Ya saya dah dapat surat itu, bagi masa sikit," katanya kepada Rayer sewaktu perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat pada Selasa.Rayer ketika mencelah selepas perbahasan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) menggesa Johari membuat keputusan terhadap Awang."Semalam saya juga telah masukkan satu usul di bawah 36 (9C) rujuk (ahli Parlimen) Pendang ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. Mohon tindakan tegas," ujarnya.Pada Isnin, Dewan Rakyat kecoh selepas Awang memberi peringatan kepada kerajaan mengenai rusuhan kaum 13 Mei 1969 dengan mendakwa tiada pelan spesifik buat bumiputera dalam RMK13.Awang bertanya kenapa tiada sebarang pelan spesifik untuk kaum bumiputera semasa membangkitkan mengenai adanya rancangan khusus kepada Kampung Baru Cina dalam RMK13.Susulan itu, Rayer yang tidak puas hati meminta Timbalan Speaker, Alice Lau mengarahkan Awang menarik semula kenyataannya.

Farhan Akhtar kembali menjadi wira perang dalam ‘120 Bahadur’

Farhan Akhtar kembali menjadi wira perang dalam ‘120 Bahadur’

MUMBAI: Teaser drama perang lakonan Farhan Akhtar dan Raashii Khanna, 120 Bahadur telah diumumkan oleh produksinya pada Selasa. Diarahkan oleh Razneesh ‘Razy’ Ghai, filem ini berdasarkan pertempuran Rezang La semasa perang Indo-China pada tahun 1962, di mana 120 tentera India bertempur melawan beberapa ribu tentera China. Ia dimulakan dengan seorang Tentera Darat bertanyakan kepada seorang askar ... Read more The post Farhan Akhtar kembali menjadi wira perang dalam ‘120 Bahadur’ appeared first on Utusan Malaysia .

2 warga Filipina cuba memasuki Sabah secara tidak sah

2 warga Filipina cuba memasuki Sabah secara tidak sah

PETALING JAYA: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK), Sabah menahan dua warga Filipina selepas dikesan cuba memasuki Sabah secara tidak sah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK), hari ini. AKPS dalam kenyataan berkata, kedua-dua invidu masing-masing seorang lelaki dan wanita berusia 27 tahun itu dikesan memasuki Sabah secara ... Read more The post 2 warga Filipina cuba memasuki Sabah secara tidak sah appeared first on Utusan Malaysia .

Indonesia cadang ambil jururawat mereka berkhidmat di hospital Malaysia

Indonesia cadang ambil jururawat mereka berkhidmat di hospital Malaysia

JOHOR BAHRU - Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru mencadangkan satu kerjasama strategik dengan hospital di Malaysia bagi membolehkan jururawat dari Indonesia berkhidmat di negara ini sekali gus menangani isu kekurangan tenaga kerja dalam sektor perubatan.Konsul Jeneral Republik Indonesia di Johor Bahru, Sigit S. Widiyanto berkata, langkah itu merupakan situasi menang-menang memandangkan ketika ini kira-kira 70 peratus pesakit antarabangsa di negara ini berasal dari Indonesia.Beliau optimis langkah ini akan memberi manfaat dua hala kerana Malaysia berdepan kekurangan tenaga kesihatan termasuk jururawat manakala Indonesia mempunyai lebihan tenaga kerja dalam bidang itu."Mungkin di Johor, Melaka, kemudian di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, hampir semuanya mencatatkan purata 70 peratus pesakit adalah rakyat Indonesia. Beberapa hospital di Sabah juga, saya dimaklumkan perkara yang sama."Oleh itu, sudah tentu ia akan menjadi situasi menang-menang sekiranya lebih ramai jururawat kami dapat bekerja di sini. Dari segi komunikasi, tiada masalah kerana saling memahami. Dari segi peluang, begitu juga dari segi budaya," katanya dalam temu bual dengan Bernama baru-baru ini.Sebelum ini, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, hospital utama di Johor Bahru kini sedang berdepan krisis kekurangan tenaga kerja kesihatan yang serius dan kritikal, menyaksikan seorang jururawat terpaksa menguruskan lebih 10 hingga 14 pesakit dalam satu syif, berbanding nisbah ideal 1:6 atau maksimum 1:8.Sigit berkata, pihaknya ketika ini telah memulakan kerjasama peringkat negeri dengan sebuah hospital di Johor, termasuk melaksanakan proses pengambilan calon sebelum mengemukakannya kepada pihak berkuasa di Kuala Lumpur untuk kelulusan."Ini memerlukan kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Lembaga Jururawat Malaysia dan pihak berkepentingan lain. Namun, kami mencuba kerana selama ini belum pernah dilakukan," katanya.Beliau berkata, jururawat dari Indonesia kini sudah diiktiraf di banyak negara termasuk Singapura, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jepun, Australia dan Jerman, membuktikan mereka berkemampuan untuk berkhidmat di Malaysia."Kalau jururawat Indonesia boleh bekerja di negara tersebut tentu mereka juga boleh bekerja di Malaysia. Secara ASEAN, negara anggota juga telah bersetuju bahawa jururawat adalah antara profesion terbuka yang boleh berpindah negara. Tentu perlu ada penyesuaian kemahiran dan lain-lain mengikut peraturan sedia ada, namun itu bukan masalah besar," katanya.Beliau berkata, pihaknya turut merancang untuk memfokuskan pengambilan jururawat dari Kepulauan Riau dan Riau sebagai usaha permulaan untuk menempatkan tenaga kerja bidang kesihatan itu di hospital Malaysia.Langkah itu diambil kerana faktor kedekatan geografi dan persamaan budaya, selain ramai pesakit dari kawasan berkenaan mendapatkan rawatan di negeri seperti Johor dan Melaka."Kita tak perlu jauh-jauh, kita penuhi keperluan kita sendiri. Kalau nanti secara nasional boleh dilaksanakan tentu lebih bagus tapi untuk sekarang kita fokus Kepulauan Riau dahulu," katanya.Beliau berkata di Tanjung Pinang, Kepulauan Riau, terdapat institusi pengajian kesihatan iaitu Sekolah Tinggi Ilmu Kesehatan dan Politeknik Kesehatan milik Kementerian Kesihatan Indonesia yang boleh menjadi antara sumber utama calon jururawat."Kami sudah berbincang dengan sekolah kesihatan di sini untuk mewujudkan program ‘sandwic’ iaitu kurikulum akan digabungkan bagi membolehkan lulusan di Indonesia menyambung pengajian enam bulan di Malaysia sebelum berkhidmat di sini," katanya.Sigit optimis kaedah ini dapat melahirkan tenaga jururawat yang bukan sahaja memenuhi kelayakan profesional malah mampu menyesuaikan diri dari segi bahasa dan budaya setempat.KJRI Johor Bahru merekodkan kira-kira 130,210 warganegara Indonesia menetap di wilayah kerjanya yang meliputi Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. - Bernama  TAG: hospital, indonesia, KJRI, Sigit S Widiyanto

Liga Super: Kelantan TRW bebas sekatan FIFA

Liga Super: Kelantan TRW bebas sekatan FIFA

KOTA BHARU – Kelab Bola Sepak Kelantan The Real Warriors (Kelantan TRW) secara rasminya telah bebas daripada semua sekatan perpindahan yang dikenakan oleh Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bermula semalam. Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Presidennya, Tan Sri Anwar Musa yang melalui hantaran terkini di halaman Facebook peribadinya hari ini.. “Setelah sekian lama berusaha ... Read more The post Liga Super: Kelantan TRW bebas sekatan FIFA appeared first on Kosmo Digital .

Keyakinan Rakyat Mesti Dikembalikan Kepada UMNO – Ab Rauf

Keyakinan Rakyat Mesti Dikembalikan Kepada UMNO – Ab Rauf

KUALA PILAH, 5 Ogos – Keyakinan rakyat terhadap UMNO mesti dikembalikan atas dasar kebolehan, pengalaman dan kewibawaan parti ini untuk mengurus pentadbiran pusat dan negeri. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, UMNO mesti bangkit dan terus menjadi sebuah parti yang mengungguli serta mempertahankan bangsa. “Saya dipelawa untuk merasmikan banyak mesyuarat UMNO bahagian tetapi waktu [...]