220 veteran ATM sertai AKPS, kukuhkan kawalan sempadan negara

220 veteran ATM sertai AKPS, kukuhkan kawalan sempadan negara

PUTRAJAYA – Seramai 220 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang akan diserapkan ke dalam Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dapat mempertingkatkan lagi keupayaan agensi berkenaan mengawasi pintu masuk sempadan negara.Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, langkah itu bukan sahaja akan menambah kekuatan tenaga kerja agensi, tetapi juga membawa masuk pengalaman serta disiplin tinggi dalam kalangan bekas anggota tentera.Beliau berkata, pengambilan veteran itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2026 sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan memperkukuh keselamatan di pintu masuk negara."Selepas pengumuman itu dibuat, saya sendiri menerima banyak pertanyaan daripada bekas anggota tentera. Ada yang datang terus ke pejabat hantar 'resume'."Mereka ini bukan calang-calang orang, ada yang berpangkat kolonel, leftenan kolonel dan mejar," katanya.Mohd Shuhaily berkata demikian dalam sidang media pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Pertama AKPS di ibu pejabat agensi itu di sini pada Jumaat.Menurut beliau, penyertaan veteran ATM dilihat sebagai langkah strategik kerana mereka mempunyai pengalaman luas dalam aspek disiplin, pertahanan dan keselamatan negara."Apabila kita bawa masuk veteran, kita bukan saja tambah tenaga kerja, tapi kita bawa budaya kerja berdisiplin dan tegas. Ini membantu kami meningkatkan kecekapan serta mengurangkan kos operasi," katanya.Beliau menjelaskan, pengambilan tersebut akan dibuat berdasarkan model Perhilitan, di mana ia berbentuk kontrak perkhidmatan, bukannya lantikan tetap sebagai penjawat awam."Sambutan yang diterima menunjukkan minat tinggi dalam kalangan veteran untuk terus menyumbang kepada keselamatan negara walaupun selepas bersara daripada perkhidmatan tentera."Saya anggap ini satu peluang dua hala, veteran masih dapat berbakti, dan negara mendapat tenaga berpengalaman untuk menjaga sempadan," katanya.Mohd Shuhaily berkata, inisiatif itu turut membuktikan komitmen kerajaan dan AKPS dalam memperkukuh barisan hadapan negara melalui gabungan kepakaran antara agensi."Kami percaya kehadiran mereka akan memberi nilai tambah kepada kekuatan AKPS.'Ini bukan sekadar soal jumlah anggota, tetapi soal semangat serta disiplin dalam menjaga sempadan negara," katanya.

“Tidak kisah berapa jaringan, yang penting menang.”

“Tidak kisah berapa jaringan, yang penting menang.”

KUALA NERUS: “Tidak kisah berapa jaringan, yang penting menang.” Itu misi Terengganu FC (TFC) yang mahu memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri menentang Kuching City FC dalam aksi suku akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, malam ini. Pengendalinya, Badrul Afzan Razali berkata, anak buahnya hanya turun dengan satu misi ... Read more The post “Tidak kisah berapa jaringan, yang penting menang.” appeared first on Utusan Malaysia .