Ejekan lisan dianggap lawak punca buli di sekolah

Ejekan lisan dianggap lawak punca buli di sekolah

KUALA LUMPUR: Pentadbir sekolah khususnya guru besar dan pengetua perlu memberi perhatian terhadap sekecil-kecil aduan seperti ejekan lisan untuk menghentikan salah laku buli menjadi lebih serius. Penolong Pengarah Unit Pembangunan Sahsiah Murid Bahagian Pengurusan Sekolah Kementerian Pendidikan (KPM), Mohd. Harith Mohd. Rahim@Mohd Noor, berkata, ejekan lisan yang dianggap kelakar sebenarnya menjadi punca utama kepada perbuatan ... Read more The post Ejekan lisan dianggap lawak punca buli di sekolah appeared first on Utusan Malaysia .

Wanita maut, rakan parah motosikal dirempuh kereta dari belakang

Wanita maut, rakan parah motosikal dirempuh kereta dari belakang

SIBURAN – Seorang wanita maut dan seorang lagi cedera parah selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta di Kampung Keromboi, di sini pagi tadi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kejadian dilaporkan kira-kira pukul 6.40 pagi, dengan mangsa berusia 49 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Katanya setiba di lokasi kejadian, pasukan unit ... Read more The post Wanita maut, rakan parah motosikal dirempuh kereta dari belakang appeared first on Kosmo Digital .

Bandar Utama victim had multiple stab wounds to neck, chest: Selangor police chief

Bandar Utama victim had multiple stab wounds to neck, chest: Selangor police chief

SHAH ALAM : The 16-year-old student who was killed at a secondary school in Bandar Utama sustained multiple stab wounds to the neck and chest, according to police. Selangor police chief Datuk Shazeli Kahar said a post-mortem confirmed that the victim died at the scene due to the injuries, and investigations are being conducted thoroughly, including the review of CCTV footage and witness interviews. He said the 14-year-old suspect was arrested shortly after the incident and has been remanded to assist investigations under Section 302 of the Penal Code for murder. “So far, 57 witness statements have been recorded, including from students, teachers, family members, and school counsellors,” he told a press conference here today. Shazeli said initial findings showed no signs of bullying, adding that the suspect and victim had no prior relationship or interaction before the incident. “Based on our early investigation, the motive appears to be linked to emotional instability and possible influence from media or social media content,” he said. Shazeli said the suspect, who has no record of disciplinary problems, was apprehended by teachers before being handed over to the police. A urine test showed the boy was not under the influence of drugs, and there is no evidence so far of any mental health issues, he added.

Kes tikam pelajar: Dipengaruhi emosi, media sosial punca remaja tikam pelajar perempuan

Kes tikam pelajar: Dipengaruhi emosi, media sosial punca remaja tikam pelajar perempuan

SHAH ALAM - Remaja lelaki berusia 14 tahun yang menikam pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya pada Selasa dipercayai bertindak demikian akibat dorongan emosi dan pengaruh media sosial.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua faktor itu dipercayai mendorong suspek melakukan perbuatan tersebut."Siasatan lanjut berkaitan punca kejadian ini masih dijalankan, namun dipercayai suspek bertindak demikian akibat dorongan emosi dan pengaruh media sosial."Siasatan turut mendapati suspek tidak menunjukkan sebarang perubahan tingkah laku sebelum kejadian berlaku," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini pada Rabu.Katanya, hasil siasatan juga mendapati suspek tidak mempunyai sebarang masalah mental."Bagaimanapun, suspek akan dirujuk untuk penilaian psikiatri selepas siasatan selesai dan kertas siasatan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya."Semakan turut mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod salah laku disiplin di sekolah," katanya.Menurutnya, seramai 57 individu telah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes ini."Antara individu yang diambil keterangan termasuk pelajar, guru serta ahli keluarga suspek dan mangsa."Selain itu, pihak polis turut memperoleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi membantu siasatan, dan siasatan secara menyeluruh sedang dijalankan," katanya.

Kembalikan Hukuman Merotan Kepada Guru, Demi Bentuk Disiplin Pelajar

Kembalikan Hukuman Merotan Kepada Guru, Demi Bentuk Disiplin Pelajar

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Buloh, Zuree Affendie Dzuraimi mencadangkan agar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempertimbangkan semula kuasa merotan kepada guru, khususnya guru disiplin dan pentadbir sekolah. Katanya langkah ini bukan bertujuan untuk menghukum secara semberono tetapi sebagai pendidikan berbentuk pengajaran dan pembentukan akhlak agar pelajar lebih berdisiplin dan menghormati peraturan sekolah. “Mutakhir ini, [...]

Dan akhirnya, kami bertiga – Putera Mateen

Dan akhirnya, kami bertiga – Putera Mateen

PETALING JAYA – “Dan akhirnya, kami bertiga,” itu ungkapan ringkas Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah, yang bakal menimang cahaya mata sulung bersama isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam. Berita gembira tersebut dikongsikan menerusi sekeping gambar yang dimuat naik di Instagram Putera Mateen, memaparkan pasangan Diraja Brunei itu mesra berpegangan tangan. Terdahulu Kosmo! ... Read more The post Dan akhirnya, kami bertiga – Putera Mateen appeared first on Kosmo Digital .

Pemasangan CCTV di 200 sekolah berisiko dijangka siap November

Pemasangan CCTV di 200 sekolah berisiko dijangka siap November

KUALA NERUS – Pemasangan Kamera Litar Tertutup (CCTV) melibatkan 200 sekolah berisiko di seluruh negara dijangka siap sepenuhnya menjelang November ini.Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Datuk Wan Hashim Wan Rahim berkata, projek berkenaan merupakan pelaksanaan fasa pertama di bawah inisiatif Kerajaan Madani dengan peruntukan sebanyak RM3 juta.Menurutnya, kerja pemasangan telah dimulakan sejak Ogos lalu selepas pihaknya mengenal pasti sekolah yang berisiko tinggi melibatkan kes buli dan salah laku pelajar."Kita telah kenal pasti sekurang-kurangnya 200 sekolah yang mempunyai risiko tinggi melibatkan kejadian seperti buli dan salah laku pelajar."Kerja pemasangan kini sedang dijalankan dan dijangka siap sepenuhnya sebelum penutupan akaun kerajaan pada awal Disember ini," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Persaraan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu 2025 di sini pada Rabu.Menurut beliau, pelaksanaan inisiatif itu bukan sahaja membantu meningkatkan tahap pemantauan keselamatan di sekolah, malah memudahkan siasatan sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini."Penentuan lokasi dan jumlah kamera di setiap sekolah akan dibuat berdasarkan keperluan serta nasihat daripada Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan tiada pelanggaran terhadap aspek privasi pelajar dan guru."Kita tidak boleh memasang secara sembarangan kerana ada isu privasi yang perlu dijaga."Sebab itu, lokasi dipilih dengan teliti agar CCTV benar-benar memberi impak positif terhadap keselamatan. Ada sekolah mungkin lapan unit kamera, ada pula yang sehingga 10 unit," katanya.Beliau turut memaklumkan, KPM bercadang memperluaskan pemasangan CCTV ke lebih banyak sekolah pada masa akan datang jika fasa pertama penggunaan alatan itu menunjukkan hasil positif.Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, sekolah yang mempunyai rekod kes buli dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini antara kriteria utama pemilihan bagi pemasangan CCTV berkenaan.Selain itu, kepadatan penghuni atau enrolmen murid, perlindungan sedia ada (sama ada ketiadaan CCTV atau liputan kamera yang tidak mencukupi) serta kesiapsiagaan infrastruktur elektrik antara kriteria lain ditetapkan bagi pemasangan alatan tersebut.

Mohamad Halikhwan didakwa ragut rantai, gelang emas tujuh wanita

Mohamad Halikhwan didakwa ragut rantai, gelang emas tujuh wanita

SEREMBAN – Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tujuh pertuduhan meragut barang kemas milik beberapa mangsa wanita di sekitar Seremban sejak Mei 2024 hingga Ogos lalu. Tertuduh, Mohamad Halikhwan Halbahri, 35, yang dilihat hadir ke mahkamah dengan tangan kirinya diikat kain anduh, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua tujuh pertuduhan ... Read more The post Mohamad Halikhwan didakwa ragut rantai, gelang emas tujuh wanita appeared first on Kosmo Digital .

Seluruh rakyat Malaysia doakan kejayaan Arif Aiman

Seluruh rakyat Malaysia doakan kejayaan Arif Aiman

PENGENDALI Harimau Malaya, Peter Cklamovski berbangga dengan pencalonan bintang sensasi bola sepak negara, Arif Aiman Hanapi yang tersenarai sebagai Pemain Terbaik Tahunan AFC 2025.Menurut Cklamovski, beliau dan juga seluruh rakyat Malaysia mendoakan kejayaan pemain sayap Johor Darul Ta'zim (JDT) itu dalam majlis Anugerah Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2025 yang akan berlangsung di Pusat Kebudayaan King Fahd, Riyadh pada Khamis."Kami semua sangat bangga dengan Arif, seperti mana seluruh rakyat Malaysia juga. Dia telah berlepas lebih awal untuk menaiki penerbangan ke sana (selepas tamat perlawanan Kelayakan Piala Asia menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa)."Kami berdoa agar segalanya berjalan lancar kerana dia memang layak untuk pengiktirafan itu. Saya pasti seluruh 34 juta rakyat Malaysia turut berbangga dengan persembahannya malam ini dan berharap dia akan memenangi anugerah yang sepatutnya milik dia," katanya.Pemain berusia 23 tahun itu menjadi wakil tunggal Malaysia yang tercalon dalam kategori berprestij Pemain Terbaik Tahunan AFC 2025, bersama dua lagi calon iaitu Akram Afif dari Qatar dan Salem Al Dawsari dari Arab Saudi.Arif Aiman merupakan antara pemain tempatan terbaik dimiliki Malaysia ketika ini dengan aksi penuh keyakinan, kawalan bola yang kemas dan kelajuannya menjadikan dia nadi penting pasukan.Sepanjang musim lalu, Arif Aiman menikmati kempen menakjubkan membantu JDT mara ke pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Asia (ACLE), mempertahankan Piala Malaysia, Piala FA dan Liga Super selain membantu Harimau Malaya mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027.Malah, pemain lincah itu juga menjadi tunjang utama dalam sistem permainan jurulatih Cklamovski yang memberi kebebasan kepadanya untuk mencipta gerakan di bahagian sayap kiri pasukan.