Keputusan rayuan saman Hannah Yeoh terhadap Musa Hassan belum diputuskan

Keputusan rayuan saman Hannah Yeoh terhadap Musa Hassan belum diputuskan

PUTRAJAYA – Keputusan rayuan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berhubung dakwaan kenyataan fitnah pada satu forum di sebuah univerisiti, akan diketahui pada satu tarikh yang akan ditentukan oleh Mahkamah Rayuan di sini. Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Azimah Omar memutuskan demikian selepas selesai mendengar hujahan ... Read more The post Keputusan rayuan saman Hannah Yeoh terhadap Musa Hassan belum diputuskan appeared first on Kosmo Digital .

FAM gantung Setiausaha Agung

FAM gantung Setiausaha Agung

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menggantung Setiausaha Agungnya, Datuk Noor Azman Rahman serta-merta susulan hukuman Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berkaitan isu pemalsuan dokumen. Timbalan Presiden FAM, Datuk S. Sivasundram mengesahkan tindakan tegas itu dibuat hasil keputusan jawatankuasa bebas badan induk berkenaan semalam. “Berhubung kes FIFA, Setiausaha Agung FAM (Noor ... Read more The post FAM gantung Setiausaha Agung appeared first on Kosmo Digital .

Jenazah Allahyarham Mustaqqeem berjaya dibawa turun Gunung Liang

Jenazah Allahyarham Mustaqqeem berjaya dibawa turun Gunung Liang

TANJUNG MALIM – Jenazah Allahyarham Mustaqqeem Mansoor, 34, yang ditemukan meninggal dunia di puncak Gunung Liang di sini berjaya dibawa turun bomba pada pukul 3.15 petang tadi. Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah, jenazah mangsa telah dibawa ke Hospital Slim River untuk proses bedah siasat. Katanya, proses ... Read more The post Jenazah Allahyarham Mustaqqeem berjaya dibawa turun Gunung Liang appeared first on Kosmo Digital .

PM Anwar gesa jangan lindungi atau tutup kes buli di sekolah

PM Anwar gesa jangan lindungi atau tutup kes buli di sekolah

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pihak sekolah dan ibu bapa supaya memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menangani kes buli di institusi pendidikan serta tidak melindungi pelaku atas alasan ingin menjaga imej sekolah. Beliau berkata sikap sesetengah pentadbir sekolah yang cuba menutup kes buli kerana menganggapnya kecil atau tidak serius hanya akan menyebabkan masalah itu menjadi lebih besar pada masa hadapan. Anwar menegaskan bahawa kes buli walaupun kecil tetap merupakan satu jenayah yang tidak boleh dianggap sebagai kesalahan ringan. Beliau turut mengingatkan guru-guru yang mungkin masih berpegang kepada pendekatan pendidikan lama supaya tidak memukul atau menghentak kepala pelajar sehingga menyebabkan luka. Namun bagi guru untuk menegur, memberi nasihat atau mengambil tindakan ringan sedikit, itu boleh diterima menurut Perdana Menteri. Anwar juga berkata golongan hak asasi atau liberal berpandangan keterlaluan apabila tidak membenarkan sebarang tindakan diambil oleh para guru. Beliau menekankan bahawa apabila timbul masalah disiplin, kelonggaran itu diperlukan tetapi mestilah dengan syarat-syarat yang ketat. Perdana Menteri menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 500 jemaah selepas mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri. Ketibaan beliau yang lengkap berbaju Melayu dan bersamping warna biru muda serta bersongkok disambut mesra oleh pengurusan masjid, para jemaah serta pelajar sekolah. Solat Jumaat itu dipimpin oleh imam Ustaz Ahmad Jalaluddin Al-Islami Mohshin dan Anwar turut mendengar khutbah bertajuk “Masjid Nadi Penyatuan Ummah”. – Bernama