Razer Announces Gigantus V2 – Faker Edition Mouse Mat

Razer Announces Gigantus V2 – Faker Edition Mouse Mat

Razer has given two of its gaming mice the Faker Edition treatment previously. Now, its the turn of the Gigantus V2 mouse mat to complete the picture. Unlike the gaming mice though, this one is a limited edition, with the company saying only 2,000 are made. It’s also only available in one size, according to […] The post Razer Announces Gigantus V2 – Faker Edition Mouse Mat appeared first on Lowyat.NET .

Possible Pokemon Leak Indicates Generation 10 Releasing In 2026

Possible Pokemon Leak Indicates Generation 10 Releasing In 2026

While leaks in the tech and gaming industry is not a novel idea, doing so for the Pokemon franchise seems especially risky. But that hasn’t stopped daredevils from trying. The most recent one claims that Generation 10 proper, succeeding Scarlet and Violet, will be releasing next year, with DLC following the year after. This comes […] The post Possible Pokemon Leak Indicates Generation 10 Releasing In 2026 appeared first on Lowyat.NET .

Kerajaan terima kira-kira RM20.71 bilion penyelesaian tunai 1MDB sehingga kini - MOF

Kerajaan terima kira-kira RM20.71 bilion penyelesaian tunai 1MDB sehingga kini - MOF

KUALA LUMPUR -  Kerajaan dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sehingga kini telah mencapai penyelesaian dengan tiga institusi kewangan iaitu Goldman Sachs berjumlah AS$3.9 bilion (RM16.48 billion), AmBank Group (RM2.83 bilion) dan JP Morgan (Switzerland) Ltd sebanyak RM1.4 bilion.Kementerian Kewangan (MOF) menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini memaklumkan, kesemua hasil penyelesaian tunai daripada ketiga-tiga institusi kewangan berkenaan telah diterima sepenuhnya dan dimasukkan ke dalam Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset di bawah kendalian MOF."Pada 11 Oktober 2023, Goldman Sachs Group Inc. telah memfailkan suatu Permohonan Timbang Tara di London Court of International Arbitration (LCIA) terhadap Kerajaan Malaysia yang berbangkit daripada pertikaian berkaitan obligasi pihak-pihak di bawah Perjanjian Penyelesaian yang telah dimeterai pada 18 Ogos 2020 oleh Kerajaan Malaysia, 1MDB dan Goldman Sachs Group Inc. (Prosiding Timbang Tara)."Pada masa ini, Pasukan Perundangan Kerajaan Malaysia yang terdiri antara lain, daripada Jabatan Peguam Negara dan peguam-peguam Inggeris yang dilantik sedang mengendalikan Prosiding Timbang Tara tersebut."Memandangkan pihak-pihak dalam Prosiding Timbang Tara ini adalah terikat dengan obligasi kerahsiaan yang ketat, maka sebarang maklumat terperinci berhubung Prosiding Timbang Tara ini tidak dapat didedahkan pada masa ini," menurut kementerian.Kementerian menjawab soalan Yeo Bee Yin (PH-Puchong) mengenai status pemulihan aset dalam skandal 1MDB. - Bernama

Sivamalar dilantik setiausaha politik kepada Menteri Wilayah Persekutuan

Sivamalar dilantik setiausaha politik kepada Menteri Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR – Timbalan Setiausaha Agung PKR, Sivamalar Genapathy dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkuat kuasa hari ini.Upacara angkat sumpah pelantikan beliau berlangsung di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar di Bangunan Parlimen Malaysia pada Selasa.Sivamalar dalam kenyataan berkata, pelantikan itu merupakan satu amanah besar untuk membantu Zaliha melaksanakan agenda reformasi dan dasar Kerajaan MADANI, khususnya bagi memperkukuh kesejahteraan rakyat di Wilayah Persekutuan."Sebagai seorang aktivis dan peguam sebelum menyertai pentadbiran kerajaan, saya melihat pelantikan ini sebagai satu tanggungjawab besar untuk terus menyumbang kepada usaha memperkukuh dasar MADANI demi manfaat rakyat," katanya.Beliau turut menyifatkan pelantikan tersebut sebagai satu fasa penting dalam perjalanan kariernya yang bermula di Kementerian Pembangunan Luar Bandar, kemudian di Kementerian Kesihatan, sebelum berkhidmat di Jabatan Wilayah Persekutuan."Ia bukan perjalanan yang mudah, namun setiap fasa memberi peluang untuk belajar, berkembang dan menyumbang kepada pentadbiran negara," ujarnya.Dalam pada itu, Sivamalar menzahirkan penghargaan kepada Zaliha atas kepercayaan yang diberikan untuk menggalas peranan penting itu dan beriltizam melaksanakannya dengan penuh integriti serta dedikasi."Dengan rendah hati saya memohon doa dan sokongan semua rakan seperjuangan agar perjalanan ini sentiasa dipermudahkan dan dirahmati Tuhan," katanya.

Tang Jie–Ee Wei ‘barakan’ Terbuka Denmark

Tang Jie–Ee Wei ‘barakan’ Terbuka Denmark

JUARA dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei memulakan kempen beregu campuran peringkat pusingan pertama Terbuka Denmark Super 750 dengan langkah kanan di Jyske Arena, Odense pada Selasa.Tang Jie-Ee Wei pilihan keempat kejohanan tidak berdepan masalah menjinakkan wakil dari Taiwan, Yang Po Hsuan-Hu Ling Fang 21-15 21-9 dalam masa 32 minit.Pusingan kedua, Tang Jie-Ee Wei akan berdepan wakil China, Gao Jia Xuan-Wu Meng Ying dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan lawan dari Thailand, Phuwanat Horbanluekit-Benyapa Aimsard 21-12, 13-21, 21-17.Sebelum itu, beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai mara lebih awal selepas menyingkirkan satu lagi wakil Taiwan, Lu Ming Che-Hung En Tzu, 21-14, 21-17 dalam masa 28 minit