
Eda Ezrin, suami dan 4 rakan dijangka tiba di Kelantan esok
SUNGAI GOLOK, NARATHIWAT - Penyanyi wanita sohor Kelantan, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, bersama suami dan empat rakan dijangka pulang ke pangkuan keluarga di Kelantan pada pagi Khamis.Mereka dijangka akan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Pekan Golok, di sini terlebih dahulu untuk proses dokumentasi sebelum dibebaskan.Sehingga jam 7 malam tempatan Eda Ezrin bersama suami dan rakan-rakan kini dikatakan berada di Balai Polis Narathiwat selepas dibebaskan sekitar jam 5 petang dari Penjara Pusat Wilayah Narathiwat.Difahamkan juga ahli keluarganya turut berada di Narathiwat untuk menyambut pembebasannya.Sinar Harian Online melaporkan Eda Ezrin bersama suami dan empat rakan dibebaskan sepenuhnya dari tahanan Penjara Pusat Wilayah Narathiwat di sini pada Rabu.Pembebasan mereka dibuat selepas mahkamah menolak permohonan pendakwa raya untuk menyambung tempoh mengemukakan rayuan buat kali keenam pada Rabu.