'Ini tentang negara, bukan tentang saya' - Cklamovski

'Ini tentang negara, bukan tentang saya' - Cklamovski

PENGENDALI Harimau Malaya, Peter Cklamovski menegaskan tumpuan utamanya kekal untuk membangunkan bola sepak Malaysia biarpun pelbagai isu luar cuba mengganggu rentak skuad kebangsaan.Menurut jurulatih kelahiran Australia itu, tahun 2025 menjadi antara musim yang positif buat Harimau Malaya, namun beliau enggan terlalu selesa kerana sasaran utamanya masih jauh."Tahun 2025 ini merupakan musim yang baik untuk kami. Tapi kami tidak akan leka. Fokus utama kami hanya pada bola sepak dan bukan pada kekecohan atau isu luar yang cuba menjejaskan pasukan," katanya.Cklamovski turut menegaskan, beliau focus terhadap tugasnya dan mengakui mungkin ada yang tidak suka dengan caranya mengendalikan pasukan kebangsaan."Pesanan saya kepada orang ramai dan para penyokong, ini adalah pasukan kebangsaan pasukan bola sepak Malaysia yang kami banggakan. Saya bukan berada di sini untuk diri saya sendiri, tetapi untuk negara."Kalau ada yang tidak menyukai saya, itu tidak mengapa. Saya tetap akan terus menjalankan tugas seperti biasa. Sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan, apa sahaja halangan yang mengganggu kemajuan pasukan, saya akan singkirkan demi memastikan kemajuan bola sepak negara."Saya sudah buktikan perkara itu sebelum ini, dan semua tindakan saya berpaksikan kepada apa yang terbaik untuk pasukan kebangsaan serta pembangunan bola sepak Malaysia. Sesetengah orang mungkin tidak menyukai cara saya, tetapi saya menghormati pandangan mereka."Saya bukan di sini untuk mencari kawan, saya di sini untuk melakukan tugas saya iaitu untuk membina bola sepak Malaysia. Hakikatnya, ini bukan tentang saya. Saya tidak mahu ia berkisar tentang diri saya. Niat saya hanyalah satu iaitu membangunkan bola sepak Malaysia, langkah demi langkah," katanya.Beliau juga mahu masyarakat menumpukan sokongan kepada pemain-pemain skuad kebangsaan yang sentiasa bekerja keras di padang dan ketika sesi latihan."Kami sedang membina sesuatu sebagai sebuah pasukan kebangsaan, dan perjalanan kami masih jauh. Jadi, mesej saya kepada rakyat Malaysia sokonglah para pemain. Hargai kerja keras mereka di padang dan semasa latihan."Sokong disiplin, fokus, dan pendekatan profesional mereka. Percayalah kepada pemain-pemain ini, kerana mereka sedang berusaha melakukan sesuatu yang istimewa untuk negara. Itulah perkara yang berada dalam kawalan kami," ujarnya.

Sekolah seharusnya jadi tempat selamat

Sekolah seharusnya jadi tempat selamat

PETALING JAYA: Sekolah sepatutnya menjadi tempat untuk pembelajaran, perkembangan diri dan persahabatan. Ahli Parlimen Damansara, Gobind Singh Deo berkata, kejadian tragik itu amat mengejutkan dan tidak sepatutnya berlaku di mana-mana institusi pendidikan yang seharusnya menjadi tempat selamat bagi proses pembelajaran dan pembentukan sahsiah pelajar. Bagaimanapun katanya, ruang harus diberikan sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan ... Read more The post Sekolah seharusnya jadi tempat selamat appeared first on Utusan Malaysia .

Woltemade selamatkan maruah Jerman

Woltemade selamatkan maruah Jerman

BELFAST: Nick Woltemade menyelamatkan maruah Jerman apabila meledak gol tunggal ketika menang 1-0 ke atas Ireland Utara untuk terus kekal mendahului Kumpulan A kelayakan Piala Dunia 2026. Penyerang Newcastle di Liga Perdana Inggeris (EPL) itu meledak gol pertama bersama skuad kebangsaan selepas menanduk masuk hantaran David Raum pada minit ke-31 untuk memberikan kelebihan kepada pelawat. ... Read more The post Woltemade selamatkan maruah Jerman appeared first on Utusan Malaysia .

Perdagangan dua hala Malaysia, Kemboja meningkat 45 peratus

Perdagangan dua hala Malaysia, Kemboja meningkat 45 peratus

PETALING JAYA:  Hubungan perdagangan antara Malaysia dan Kemboja terus mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan dengan nilai dagangan dua hala mencecah hampir AS$750 juta (RM3.5 bilion). Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jumlah tersebut dicatatkan bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, meningkat  45 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Katanya, potensi ekonomi antara ... Read more The post Perdagangan dua hala Malaysia, Kemboja meningkat 45 peratus appeared first on Utusan Malaysia .

Pelajar trauma, ibu bapa minta  tingkat keselamatan sekolah

Pelajar trauma, ibu bapa minta tingkat keselamatan sekolah

PETALING JAYA: Ibu bapa pelajar sekolah menengah di Bandar Utama di sini yang terlibat kes gadis maut ditikam semalam menggesa pihak berkuasa meningkatkan langkah keselamatan. Rata-rata mereka ketika ditemui berkata, mereka amat bimbang dengan keselamatan anak masing-masing dan terkejut dengan kejadian yang berlaku. Ahli perniagaan yang hanya mahu dikenali sebagai Nasir, 50-an berkata, dia tidak ... Read more The post Pelajar trauma, ibu bapa minta tingkat keselamatan sekolah appeared first on Utusan Malaysia .

Kes tikam pelajar tiada unsur perkauman

Kes tikam pelajar tiada unsur perkauman

SHAH ALAM: Kes seorang pelajar perempuan yang maut ditikam di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya, tidak melibatkan sebarang unsur perkauman.  Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau telah menghubungi Ketua Polis negeri, Datuk Shazeli Kahar mengesahkan perkara itu. Katanya, institusi sekolah seharusnya menjadi tempat paling selamat.  “Kerajaan negeri akan bekerjasama dengan polis, ... Read more The post Kes tikam pelajar tiada unsur perkauman appeared first on Utusan Malaysia .

Pelajar maut ditikam di sekolah

Pelajar maut ditikam di sekolah

PETALING JAYA: Suspek tikam pelajar perempuan berusia 16 tahun sebuah sekolah menengah di Bandar Utama dilihat masuk ke dalam sebuah kelas memegang senjata tajam dengan berlumuran darah. Pelajar Tingkatan Satu yang enggan dikenali itu mendakwa suspek berusia 14 tahun masuk ke kelasnya, namun tidak mencederakan pelajar lain dalam kelas berkenaan.  “Dia hanya masuk kelas kami ... Read more The post Pelajar maut ditikam di sekolah appeared first on Utusan Malaysia .

Sekolah masih selamat

Sekolah masih selamat

KUALA LUMPUR: Belum reda kes pelajar perempuan disyaki dirogol dua rakan sekolah secara bergilir-gilir di Melaka, minggu lalu, dunia pendidikan negara dikejutkan pula dengan satu lagi berita tragis. Kali ini membabitkan pelajar perempuan tingka tan empat yang maut ditikam oleh rakan sekolah lelaki di sebuah sekolah di Petaling Jaya, semalam. Mangsa berusia 16 tahun, ditikam ... Read more The post Sekolah masih selamat appeared first on Utusan Malaysia .