'Keputusan Lembaga Disiplin Bersatu sudah dijangka' - Mohd Fadhli

'Keputusan Lembaga Disiplin Bersatu sudah dijangka' - Mohd Fadhli

IPOH - Keputusan Lembaga Disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengambil tindakan memecat keahlian beberapa pemimpin akar umbi susulan kritikan terhadap pimpinan tertentu parti itu sudah dijangka.Ketua Bersatu Bahagian Ipoh Timur, Mohd Fadhli Ismail berkata, perkara itu dapat dirasai ketika dipanggil memberikan penjelasan kepada Jawatankuasa Lembaga Disiplin Bersatu pada 8 Oktober lalu.Menurutnya, beberapa persoalan juga telah dibangkitkan semasa sesi bersama jawatankuasa berkenaan termasuklah kedudukan Pengerusi Lembaga Disiplin parti, Datuk Mohammed Radzi Abdul Manan."Waktu pergi ke lembaga disiplin kita tahu keputusan pemecatan itu sudah ada. Sesi itu cuma berlangsung dalam lima minit sahaja dan saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuat pengadu ke lembaga disiplin parti."Semalam (Isnin), saya terima surat mengatakan saya dipecat daripada Bersatu. Tapi saya tak jangka dalam tempoh lima hari keputusan terus diumumkan tanpa dibawa ke Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.Mohd Fadhli berkata, rayuan akan dikemukakan dalam tempoh 14 hari seperti diminta di dalam surat serta kenyataan media terhadap keputusan berkenaan.Menurutnya, sementara menunggu proses selanjutnya, tugas sebagai ketua bahagian diserahkan sementara kepada Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Ipoh Timur."Saya sudah pun memberikan taklimat kepada jawatankuasa Bersatu Bahagian Ipoh segala risiko yang berlaku dan mereka pun dah tahu."Gerak kerja parti di peringkat bahagian tidak akan terjejas dan boleh berjalan seperti biasa di sebalik tindakan pemecatan ini," katanya.Terdahulu media melaporkan Mohd Fadhli antara enam pemimpin Bersatu yang dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin parti tersebut susulan pelanggaran perlembagaan dan kod etika parti.Bersatu turut memecat keahlian Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Datuk Wan Saiful Wan Jan bersama tiga lagi pemimpin mereka iaitu Mohd Azrudin Md Idris, Mohd Faizal Asmar dan Mohd Isa Mohd Saidi.Dalam tindakan berasingan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal digantung hak keahlian bagi tempoh satu penggal di bawah Fasal 22.5 Perlembagaan Bersatu.Menurut kenyataan rasmi Lembaga Disiplin Bersatu pada Selasa, keputusan itu dibuat selepas menerima aduan bertulis daripada ahli parti terhadap beberapa individu yang didakwa melanggar peruntukan perlembagaan dan tatakelakuan ahli.

Buruh binaan mengaku guna dokumen palsu mohon MyKad anak angkat

Buruh binaan mengaku guna dokumen palsu mohon MyKad anak angkat

BUTTERWORTH - Seorang buruh binaan didenda RM4,000 selepas mengaku bersalah mengemukakan dokumen palsu anak angkatnya berusia 12 tahun ketika membuat permohonan kad pengenalan pada tahun lalu.Tertuduh, Hoo Kean Chee, 53, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Hokkien di Mahkamah Majistret 2 di sini pada Selasa.Mengikut pertuduhan, Kean Chee didakwa dengan sengaja memberikan maklumat palsu dengan mengemukakan butir material JPN.LM05 yang mengandungi maklumat palsu untuk mendapatkan kad pengenalan bagi Choo Li Quan Daftar Lahir CQ56002) dan menjadi penganjur permohonan tersebut.Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Kaunter Bahagian Kad Pengenalan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Seberang Perai Utara antara jam 8 pagi hingga 5 petang pada 21 Februari lalu.Oleh demikian, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 25(1)(b) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) dan boleh dihukum di bawah peraturan yang sama.Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.Berdasarkan fakta kes, tertuduh telah membuat permohonan kad pengenalan kanak-kanak itu di JPN cawangan Bertam.Bagaimanapun, petugas JPN mengesan keraguan apabila wajah kanak-kanak itu tidak seiras dengan individu yang mengaku sebagai ibu bapanya.Susulan daripada itu, kes berkenaan dirujuk ke Bahagian Siasatan JPN untuk siasatan lanjut.Hasil siasatan, kanak-kanak lelaki itu diperoleh daripada sindiket ketika masih bayi yang mana, kesemua dokumen sokongan adalah palsu.Akibatnya, kanak-kanak berkenaan telah menikmati keistimewaan sebagai warganegara Malaysia secara tidak sah selama 12 tahun.Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Pendaftaran Negara, Mohammad Faisal Abdullah manakala tertuduh diwakili Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Anas Hakimi.Dalam pendakwaannya, Mohammad Faisal memohon denda yang setimpal terhadap tertuduh kerana perbuatannya itu mendatangkan kegusaran awam."Saya mohon denda yang setimpal sebagai pengajaran. Ini kerana perbuatan tertuduh telah mendatangkan kegusaran awam tentang penglibatan sindiket yang cuba menjejaskan keselamatan awam."Tambahan pula, penyalahgunaan dokumen jabatan yang didalangi sindiket semakin berleluasa dilaporkan ketika ini," katanya.Anas kemudiannya memohon mahkamah menetapkan denda yang minimum memandang tertuduh mempunyai tanggungan keluarga dengan gaji RM2,000 sebulan."Tertuduh berusia 53 tahun dan menghidap penyakit jantung. Dia bekerja sebagai buruh binaan dan perlu menanggung ibunya yang sudah tua dan uzur."Ini adalah kesalahan pertama tertuduh dan oleh itu, saya mohon denda yang minimum terhadapnya," katanya.Aini Adilah menetapkan denda RM4,000 terhadap tertuduh, namun jika gagal bayar tertuduh akan dipenjara enam bulan.

Ireland Utara tumbang di Belfast, O’Neill persoal mutu pengadilan

Ireland Utara tumbang di Belfast, O’Neill persoal mutu pengadilan

PENGENDALI Ireland Utara, Michael O’Neill meluahkan rasa kecewa terhadap mutu pengadilan selepas pasukannya tewas tipis 0-1 kepada Jerman dalam aksi Kumpulan A Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Eropah di Stadium Windsor Park, Belfast.Gol tunggal perlawanan dijaringkan penyerang Newcastle United, Nick Woltemade, pada separuh masa pertama yang juga gol sulungnya bersama skuad kebangsaan Jerman.Bagaimanapun, O’Neill jelas tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan pengadil perlawanan dari Sepanyol, Jesus Gil Manzano, termasuk tindakan menambah hanya dua minit masa kecederaan biarpun berlaku lapan pertukaran pemain serta beberapa henti permainan."Saya rasa beliau terlalu cerewet dalam membuat keputusan. Memberi hanya dua minit masa tambahan agak luar biasa, memandangkan banyak pertukaran dan masa terhenti."Jerman juga banyak melengahkan permainan dan terlalu dramatik setiap kali terjatuh. Kami kecewa dengan prestasi keseluruhan pengadil," kata O’Neill.Pertemuan itu merupakan perlawanan ke-100 O’Neill sebagai pengendali Green and White Army, namun sambutan istimewa itu berakhir dengan kekecewaan selepas jaringan daripada sepakan sudut yang mengakibatkan bola terkena bahu Woltemade terus menerjah gawang.Ireland Utara turut mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol apabila Dan Ballard melihat jaringannya dibatalkan kerana ofsaid.Sementara Jamie Reid, Ethan Galbraith dan Callum Marshall hampir menyamakan kedudukan pada penghujung permainan."Separuh masa pertama, kami agak gugup dengan bola tetapi masih dalam permainan dan tidak banyak beri ruang kepada mereka."Gol yang kami bolos agak pelik terkena bahu pemain dan masuk. Kami patut bertahan lebih baik."Separuh masa kedua kami bermain dengan lebih berani, malah sepatutnya mendahului. Kami ada gol dibatalkan, dan peluang terakhir juga gagal disempurnakan. Namun saya tetap bangga dengan semangat pemain," ujar O’Neill.Kekalahan itu menyaksikan Ireland Utara kekal di tangga ketiga Kumpulan A, tiga mata di belakang Jerman dan Slovakia, dengan hanya dua perlawanan berbaki menentang Slovakia di tempat lawan dan Luxembourg di Belfast bulan depan.O’Neill menegaskan pertemuan di Kosice menentang Slovakia bakal menjadi perlawanan penentu untuk mengekalkan peluang mara ke pusingan play-off."Kami perlu pastikan tidak tewas di Slovakia supaya masih ada sesuatu untuk diperjuangkan dalam perlawanan terakhir."Saya belum lihat semua kiraan mata, tapi empat mata bulan depan mungkin sudah cukup," katanya.

Kibar bendera Israel: Kertas siasatan hampir siap, pendakwaan masa terdekat

Kibar bendera Israel: Kertas siasatan hampir siap, pendakwaan masa terdekat

KOTA BHARU - Polis Kelantan memaklumkan kertas siasatan berhubung tindakan Pertubuhan Anak Muda Bangkit Malaysia mengibarkan bendera Israel semasa Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza pada Jumaat lalu hampir siap.Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, proses tersebut sudah hampir 80 peratus selepas keterangan pihak penganjur telah direkodkan pada Isnin hampir tiga jam."Seramai lima lagi saksi yang merupakan pelakon dan berada di atas bot belum direkodkan. Proses itu akan berjalan hari ini (Selasa)," katanya semasa dihubungi.Menurut beliau, sebaik sahaja selesai polis akan menyerahkan kertas siasatan kepada pendakwa raya untuk tindakan mahkamah.Ujarnya, proses itu akan dijalankan dalam masa terdekat.Sinar Harian sebelum ini melaporkan Pertubuhan Anak Muda Bangkit Malaysia yang menganjurkan Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza pada Jumaat lalu memohon maaf di atas tindakan mengibarkan bendera Israel semasa melakonkan semula apa yang berlaku kepada sukarelawan GSF.Menurut Pengarah Program, Mohd Khairul Hafiz Hassan, beliau turut bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk siasatan.Sebelum itu tindakan Pertubuhan Anak Muda Bangkit Malaysia mengibarkan bendera Israel semasa Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza mendapat kecaman serta pelbagai pandangan orang ramai di media sosial apabila menampilkan sebuah bot yang mengibarkan panji rejim Zionis.Menurut Mohd Khairul Hafiz itu hanyalah simulasi dan tidak mempunyai niat lain serta menyinggung mana-mana pihak.

[VIDEO] Buruh binaan mengaku guna dokumen palsu mohon MyKad anak angkat

[VIDEO] Buruh binaan mengaku guna dokumen palsu mohon MyKad anak angkat

BUTTERWORTH - Seorang buruh binaan didenda RM4,000 selepas mengaku bersalah mengemukakan dokumen palsu anak angkatnya berusia 12 tahun ketika membuat permohonan kad pengenalan pada tahun lalu.Tertuduh, Hoo Kean Chee, 53, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Hokkien di Mahkamah Majistret 2 di sini pada Selasa.Mengikut pertuduhan, Kean Chee didakwa dengan sengaja memberikan maklumat palsu dengan mengemukakan butir material JPN.LM05 yang mengandungi maklumat palsu untuk mendapatkan kad pengenalan bagi Choo Li Quan Daftar Lahir CQ56002) dan menjadi penganjur permohonan tersebut.Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Kaunter Bahagian Kad Pengenalan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Seberang Perai Utara antara jam 8 pagi hingga 5 petang pada 21 Februari lalu.Oleh demikian, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 25(1)(b) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) dan boleh dihukum di bawah peraturan yang sama.Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.Berdasarkan fakta kes, tertuduh telah membuat permohonan kad pengenalan kanak-kanak itu di JPN cawangan Bertam.Bagaimanapun, petugas JPN mengesan keraguan apabila wajah kanak-kanak itu tidak seiras dengan individu yang mengaku sebagai ibu bapanya.Susulan daripada itu, kes berkenaan dirujuk ke Bahagian Siasatan JPN untuk siasatan lanjut.Hasil siasatan, kanak-kanak lelaki itu diperoleh daripada sindiket ketika masih bayi yang mana, kesemua dokumen sokongan adalah palsu.Akibatnya, kanak-kanak berkenaan telah menikmati keistimewaan sebagai warganegara Malaysia secara tidak sah selama 12 tahun.Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Pendaftaran Negara, Mohammad Faisal Abdullah manakala tertuduh diwakili Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Anas Hakimi.Dalam pendakwaannya, Mohammad Faisal memohon denda yang setimpal terhadap tertuduh kerana perbuatannya itu mendatangkan kegusaran awam."Saya mohon denda yang setimpal sebagai pengajaran. Ini kerana perbuatan tertuduh telah mendatangkan kegusaran awam tentang penglibatan sindiket yang cuba menjejaskan keselamatan awam."Tambahan pula, penyalahgunaan dokumen jabatan yang didalangi sindiket semakin berleluasa dilaporkan ketika ini," katanya.Anas kemudiannya memohon mahkamah menetapkan denda yang minimum memandang tertuduh mempunyai tanggungan keluarga dengan gaji RM2,000 sebulan."Tertuduh berusia 53 tahun dan menghidap penyakit jantung. Dia bekerja sebagai buruh binaan dan perlu menanggung ibunya yang sudah tua dan uzur."Ini adalah kesalahan pertama tertuduh dan oleh itu, saya mohon denda yang minimum terhadapnya," katanya.Aini Adilah menetapkan denda RM4,000 terhadap tertuduh, namun jika gagal bayar tertuduh akan dipenjara enam bulan.

Imam masjid hilang sejak Sabtu, ditemui di Sabak Bernam

Imam masjid hilang sejak Sabtu, ditemui di Sabak Bernam

KUANTAN - Seorang imam Masjid Sultan Abu Bakar, Janda Baik, yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lepas ditemukan dalam keadaan selamat di sebuah resort di Sabak Bernam, Selangor pada Isnin.Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Ahmad Zalmi Abdul Ghafar, 57, pada jam 1.14 pagi tadi.Beliau berkata, keluarga mangsa berjaya mengesan keberadaannya di resort berkenaan sekitar jam 12 tengah hari, namun mendapati lelaki itu sudah mendaftar keluar."Pada jam 9.40 malam tadi, anak mangsa menghubungi Balai Polis Bukit Tinggi dan memaklumkan bahawa ayahnya sudah pulang ke rumah di Janda Baik dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Sementara itu, anaknya, Muhammad Syafique Aimie Ahmad Zalmi, 37, ketika dihubungi Bernama berkata, tujuan ayahnya pergi ke Sabak Bernam adalah untuk mencari pekerjaan."Ayah tidak memaklumkan kepada keluarga mengenai hasratnya untuk mencari kerja. Dia ke resort itu tanpa wang dan hanya membawa barang keperluan kerana mendakwa ada tawaran kerja kosong di kawasan berkenaan," katanya.Syafiq berkata, mereka sekeluarga gagal menghubungi ayahnya kerana telefon bimbit lelaki itu rosak. - Bernama

Imam masjid Janda Baik hilang sejak Sabtu, ditemui di Sabak Bernam

Youth urged to stand firm against corruption

Youth urged to stand firm against corruption

KUALA LUMPUR: Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has urged young Malaysians to take a firm stand against corruption, warning that the nation’s future hinges on their integrity and moral courage. Speaking at the International Young Future Leaders Summit at the Kuala Lumpur World Trade Centre (WTC), he urged youth to lead a new culture of accountability and clean governance. “I need the support of the young. You must take the lead and say, ‘no more corruption in this country. No smuggling’ . “Corruption destroys our country. Governance and leadership must be clean. Stop this nonsense.” He revealed that over the past two years, the government has recovered RM15.5 billion in funds linked to corrupt syndicates, smugglers, cartels and middlemen. “That is the corruption, that is the smuggling, that is the cutouts,” he said. “Why do we deal with these people, big tycoons, big players, powerful people? It is not about hundreds of millions. It is billions. “The government takes that money back and spends it on the people, on education and on the youth.” He said Budget 2026 would continue to focus on fair growth, inclusivity and justice, rather than mere economic expansion. “The country must grow, attracting both foreign and domestic investment. But growth alone is not enough. “We must ask, ‘Growth for whom?’ How can we call ourselves a developed nation if people still cannot afford food or school uniforms? That is unacceptable.” Anwar said Malaysia has saved billions by reforming subsidies that previously benefitted the wealthy and influential. He cited the rationalisation of chicken and electricity subsidies as examples of targeted policies ensuring assistance reaches those who genuinely needed it. “We started this two years ago and we have saved RM1 billion per year while chicken prices remain low. “We do not tax. We withdraw subsidies from the rich, from the cutouts.” He said under the revised electricity tariff, 85% of Malaysians do not pay more while high-consuming industries and wealthy households bear a fairer share. “If you have a house on six acres of land, why must the government subsidise you? You pay. Why is that so difficult?” he said, criticising opposition lawmakers for “defending the rich under the guise of populism”. Anwar said reforms to the RON95 fuel subsidy has saved another RM2.5 billion, keeping prices low for Malaysians while requiring foreigners to pay slightly more. He said the government’s cleanup efforts and recovered funds would also support a free education initiative, starting with full tuition coverage for the poorest families next year. “Because of these recoveries, I am able to start something close to my heart: education should be free. “From next year, the very poor in this country would get free university education. If God wills it, as the economy strengthens, we would gradually expand it.” At the same event, Anwar said he would contact Egyptian President Abdel Fattah el-Sisi in the coming days to discuss facilitating Malaysia’s humanitarian aid delivery to Gaza via land through the Rafah crossing. He said the proposal is part of efforts to ensure safe passage for the Malaysian contingent under the Sumud Nusantara mission, which is working with regional partners to deliver relief to Palestinians affected by the devastation in Gaza. “We appreciate el-Sisi, Qatar, Egypt and all countries that supported the peace initiative. “Now that there is calm, we hope access would be granted for our contingent. “I hope to communicate with el-Sisi in the next few days to suggest allowing our contingent to go via Egypt to Rafah and continue to assist.”