Stench of death hangs over Thai-Cambodian peace deal

Stench of death hangs over Thai-Cambodian peace deal

BANGKOK – Thailand and Cambodia signed an extended 13-point peace agreement on Thursday (August 7) to end their five-day border war, while the stench from uncollected corpses and fear of their shadowy ghosts are haunting troops and residents along their disputed frontier. “Both sides agree to a ceasefire involving all types of weapons, including attacks […] The post Stench of death hangs over Thai-Cambodian peace deal appeared first on Asia Times .

Warga emas maut dirempuh kereta ketika mahu ke masjid

Warga emas maut dirempuh kereta ketika mahu ke masjid

BALING – Seorang lelaki warga emas maut dirempuh sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke Masjid Kampung Guar Cempedak, Kuala Ketil, di sini kira-kira pukul 6 pagi tadi. Anak tiri mangsa, Abdul Rashid Mohd Nayan, 36, berkata, bapa tirinya itu, Jahaya Khamis, 63, terlibat kemalangan ketika sedang menunggang motosikal Modenas Kriss seorang diri menuju ke masjid ... Read more The post Warga emas maut dirempuh kereta ketika mahu ke masjid appeared first on Kosmo Digital .

Sesko kian hampiri Old Trafford

Sesko kian hampiri Old Trafford

GERGASI Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United mengesahkan persetujuan perpindahan penyerang muda Slovenia, Benjamin Sesko dari kelab Jerman, RB Leipzig dengan nilai keseluruhan £73.7 juta (RM418 juta).Perjanjian tersebut melibatkan bayaran asas £66.3 juta (RM376 juta), manakala selebihnya dalam bentuk tambahan prestasi.Pemain berusia 22 tahun itu dijangka melengkapkan ujian perubatan serta urusan dokumentasi sebelum rasmi menyertai skuad kendalian Ruben Amorim di Old Trafford.Penyerang berbakat itu, yang turut diburu Newcastle United, telah menjaringkan 39 gol dalam 87 penampilan bersama Leipzig di Bundesliga.Kemasukan Sesko menjadikan beliau penyerang ketiga dibawa masuk United pada jendela perpindahan musim panas ini selepas Matheus Cunha dan Bryan Mbeumo, dengan nilai gabungan sekitar £130 juta (RM737 juta).Sumber kelab mendedahkan bahawa struktur pembayaran kesemua pembelian tersebut dirancang secara strategik agar United kekal aktif dalam pasaran pemain.Kelab itu juga memperoleh suntikan tunai £5 juta (RM28 juta) daripada Chelsea selepas kelab London itu menarik diri daripada usaha mendapatkan Jadon Sancho.Tambahan pula, United dijangka boleh mengumpul sehingga £50 juta (RM283 juta) sekiranya bersetuju melepaskan Alejandro Garnacho, pemain sayap yang kini mendapat minat tinggi termasuk dari Chelsea dan telah dimaklumkan bahawa beliau dibenarkan meninggalkan kelab musim ini.Dalam perkembangan berkaitan, Rasmus Hojlund, yang hanya menjaringkan 14 gol Liga Perdana dalam dua musim, turut disenaraikan untuk dijual pada harga sekitar £30 juta (RM170 juta).Langkah Sesko memilih United turut menjadi tamparan buat Newcastle yang sebelum ini gagal mendapatkan Hugo Ekitike (Liverpool) dan kini berdepan risiko kehilangan penyerang utama mereka, Alexander Isak, yang turut dikaitkan dengan perpindahan ke Anfield.

Kanak-kanak 12 tahun lemas dalam kuari pasir

Kanak-kanak 12 tahun lemas dalam kuari pasir

BALING: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang dipercayai tergelincir dalam kuari pasir berhampiran Taman Mesra Ria, di sini ditemui lemas, petang tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang, mangsa, Muhammad Farish Syazwi Mohd. Shukri bersama seorang rakannya dipercayai pergi ke lokasi itu untuk memancing pada pukul 4.30 petang. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) ... Read more The post Kanak-kanak 12 tahun lemas dalam kuari pasir appeared first on Utusan Malaysia .

'Saya di LA bukan sekadar main bola, tetapi untuk julang trofi ‘

'Saya di LA bukan sekadar main bola, tetapi untuk julang trofi ‘

BEKAS kapten Tottenham Hotspur, Son Heung-min mengakui perpindahan ke kelab Liga Bolasepak Utama (MLS) Amerika Syarikat, Los Angeles FC (LAFC) bukan pilihan utama beliau, namun perbualan bersama Presiden Bersama LAFC, John Thorrington mengubah segala-galanya.Pemain kebangsaan Korea Selatan itu sah menyertai LAFC dengan yuran perpindahan melebihi £20 juta (RM113 juta), sekali gus menjadi rekod tertinggi dalam sejarah MLS.Nilai itu mengatasi rekod terdahulu £16.5 juta (RM93 juta) yang dibayar Atlanta United kepada Middlesbrough bagi mendapatkan Emmanuel Latte Lath pada Februari lalu.Kontrak Heung-min bersama LAFC adalah selama dua tahun dengan pilihan lanjutan dua tahun tambahan.Pemain berusia 33 tahun itu membuat pengumuman rasmi meninggalkan Spurs selepas sedekad berkhidmat bersama kelab London tersebut."Sejujurnya, LA bukan pilihan pertama saya. Tapi selepas musim tamat, saya menerima panggilan daripada John (Thorrington). Perbualan itu benar-benar mengubah hati dan fikiran saya."Dia menunjukkan kepada saya destinasi yang patut saya tuju. Kini saya berada di sini, saya sangat gembira dan teruja. LA sebuah kota impian," kata Heung-min.Heung-min turut hadir menyaksikan kemenangan 2-1 LAFC ke atas kelab Mexico, Tigres UANL dalam aksi Piala Liga.Dalam kenyataan media kelab, Heung-min berkata: "Los Angeles memiliki sejarah kejuaraan yang cukup hebat. Saya mahu menulis bab seterusnya."Saya hadir ke LA bukan sekadar bermain bola sepak, tetapi untuk julang trofi dan berikan segalanya untuk kelab, kota ini dan para penyokong."Heung-min menyertai LAFC yang kini menghuni tangga keenam Konfrens Barat, dan bakal bergandingan semula dengan bekas rakan sepasukannya di Spurs, Hugo Lloris.Perlawanan terakhir Heung-min bersama Tottenham adalah ketika menentang Newcastle United dalam aksi pramusim di Seoul, Korea Selatan yang berakhir seri 1-1 pada Ahad lalu.Sejak menyertai Spurs dari Bayer Leverkusen pada 2015, beliau menjaringkan 173 gol dalam 454 penampilan dan mencipta pelbagai rekod peribadi cemerlang.Paling manis, Heung-min menjadi kapten ketika Tottenham muncul juara Liga Europa selepas menewaskan Manchester United pada Mei lalu kejuaraan pertama kelab itu dalam tempoh 17 tahun.Sementara itu, Pengerusi Tottenham, Daniel Levy berkata: "Sonny adalah antara pemain terhebat yang pernah menyarung jersi putih ikonik Tottenham. Bukan sahaja pemain berbakat luar biasa, tetapi juga insan luar biasa yang menyentuh hati ramai."Beliau banyak menyumbang kepada kelab ini di dalam dan luar padang dan kami akan sentiasa menghargai jasa beliau. Sonny sentiasa dialu-alukan pulang ke Spurs sebagai ahli keluarga kami yang dikasihi."