‘Selagi Siti Nurhaliza tak mengeluh penat, kita tak patut merungut’

‘Selagi Siti Nurhaliza tak mengeluh penat, kita tak patut merungut’

AMPANG – Meskipun waktu rehat terbatas, penyanyi dan komposer Hael Husaini tidak pernah menjadikan rasa penat sebagai alasan untuk berehat seketika daripada dunia seni. Ujar Hael atau nama sebenarnya Hal Husaini Razmi, 37, semangat dan disiplin tinggi Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi penanda aras utama untuknya terus kekal memberikan yang terbaik dalam setiap ... Read more The post ‘Selagi Siti Nurhaliza tak mengeluh penat, kita tak patut merungut’ appeared first on Kosmo Digital .

Guru bujang didakwa ‘sentuh’ murid lelaki dalam kereta, tandas

Guru bujang didakwa ‘sentuh’ murid lelaki dalam kereta, tandas

KOTA BHARU – Seorang guru yang masih bujang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan melakukan amang seksual terhadap murid lelaki berusia 11 tahun di dalam kereta dan tandas di dua lokasi berasingan dekat sini pada tahun lalu. Tertuduh, Syahril Faiza Zakaria, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di ... Read more The post Guru bujang didakwa ‘sentuh’ murid lelaki dalam kereta, tandas appeared first on Kosmo Digital .

Krisis kebuluran Gaza: Rafizi ajak warga maya jadi 'tentera bawang' lawan kekejaman Israel

Krisis kebuluran Gaza: Rafizi ajak warga maya jadi 'tentera bawang' lawan kekejaman Israel

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli menyeru rakyat Malaysia agar menggembleng semula kekuatan siber sebagai 'tentera bawang' bagi mendesak Israel menghentikan kekejaman yang menyebabkan krisis kebuluran besar-besaran di Gaza.Menurut beliau, rakyat Malaysia pernah menjadi perhatian antarabangsa apabila secara beramai-ramai menyerang akaun rasmi milik Israel di media sosial sehingga digelar sebagai 'tentera bawang'."Sudah sampai masanya kita menjadi tentera bawang beramai-ramai untuk mendesak Israel menghentikan kekejaman yang menyebabkan kebuluran besar-besaran di Gaza," katanya menerusi satu hantaran di media sosial pada Selasa.Beliau berkata demikian ketika mengulas situasi terkini di Gaza yang kini berdepan krisis kemanusiaan akibat sekatan bekalan makanan oleh rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.Namun, Rafizi turut menzahirkan kekecewaan apabila pada saat dunia memberi perhatian kepada penderitaan rakyat Gaza, netizen di Malaysia pula lebih cenderung memperdebatkan isu politik tempatan seperti ‘Turun Anwar’ dan ‘Kekal Anwar’.Pada masa sama, beliau turut menyentuh mengenai budaya buli siber yang semakin membimbangkan dalam kalangan masyarakat, khususnya remaja yang berpunca daripada perbalahan politik."Dalam kalangan netizen, perbalahan yang sering membawa kepada maki hamun dan buli siber ini lazimnya berkait dengan politik," ujarnya.Rafizi turut memetik laporan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) yang menyatakan bahawa Malaysia berada di kedudukan kedua di Asia selepas China dan kelima di dunia dalam insiden buli siber dalam kalangan remaja.Menurut bekas Menteri Ekonomi itu, kajian UNICEF juga mendapati 47 peratus ibu bapa menyedari sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak atau remaja di komuniti mereka menjadi mangsa buli siber manakala satu daripada empat ibu bapa percaya anak mereka sendiri turut menjadi mangsa.Rafizi menjelaskan bahawa budaya negatif ini berpunca daripada sikap segelintir orang dewasa yang sering meninggalkan komen kasar dan tidak beradab di media sosial."Sebagai ibu bapa, kita semua bertanggungjawab kerana anak-anak mengambil teladan daripada kita."Apabila kita buat komen di media sosial yang buat kita rasa hebat tetapi sebenarnya merupakan satu bentuk buli siber, kita sedang membiasakan budaya itu dalam masyarakat," tegasnya.Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar sikap agresif di media sosial disalurkan ke arah yang lebih bermanfaat, khususnya memperjuangkan isu kemanusiaan global seperti konflik di Gaza."Untuk bulan Ogos ini, jom kita cuba salurkan ego dan nafsu buli siber kita itu kepada perkara lain."Kalau dah tak tahan sangat nak buat posting panas, biarlah ia membawa kebaikan – contohnya untuk mendesak Israel menghentikan kekejaman ini," katanya.

i-Sejahtera Fasa 2: Lebih RM1.7 juta diagih mulai esok

i-Sejahtera Fasa 2: Lebih RM1.7 juta diagih mulai esok

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri meneruskan komitmennya terhadap kebajikan rakyat menerusi pembayaran fasa kedua Program i-Sejahtera tahun ini yang dikreditkan secara pemindahan dana elektronik (EFT) bermula esok. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam Pulau Pinang, Lim Siew Khim berkata, seramai 9,405 penerima akan menerima manfaat berjumlah RM1,721,300 menerusi fasa kedua program itu. ... Read more The post i-Sejahtera Fasa 2: Lebih RM1.7 juta diagih mulai esok appeared first on Utusan Malaysia .

Tangguh semua aktiviti luar sekolah di Selama – Sivanesan

Tangguh semua aktiviti luar sekolah di Selama – Sivanesan

TAPAH – Pengetua dan guru besar sekolah-sekolah di Selama, Taiping dekat sini diminta supaya menangguhkan buat sementara, semua aktiviti bersifat fizikal di luar sekolah ekoran gelombang haba luar biasa dengan suhu mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celcius setakat ini. Pengerusi Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak, A.Sivanesan berkata, penangguhan ... Read more The post Tangguh semua aktiviti luar sekolah di Selama – Sivanesan appeared first on Kosmo Digital .