PDRM tingkat rondaan, kehadiran polis di kawasan sekolah

PDRM tingkat rondaan, kehadiran polis di kawasan sekolah

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meningkatkan rondaan serta kehadiran polis di kawasan sekolah dalam usaha tindakan bersepadu menangani isu keselamatan di institusi pendidikan. Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah itu sebahagian usaha dalam menekankan aspek pendidikan, pencegahan dan penguatkuasaan. Katanya, ini termasuk memperkukuh peranan Pegawai Perhubungan Sekolah ... Read more The post PDRM tingkat rondaan, kehadiran polis di kawasan sekolah appeared first on Utusan Malaysia .

PDRM tingkat rondaan, kehadiran polis di kawasan sekolah

PDRM tingkat rondaan, kehadiran polis di kawasan sekolah

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meningkatkan rondaan serta kehadiran polis di kawasan sekolah dalam usaha tindakan bersepadu menangani isu keselamatan di institusi pendidikan. Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah itu sebahagian usaha dalam menekankan aspek pendidikan, pencegahan dan penguatkuasaan. Katanya, ini termasuk memperkukuh peranan Pegawai Perhubungan Sekolah ... Read more The post PDRM tingkat rondaan, kehadiran polis di kawasan sekolah appeared first on Utusan Malaysia .

Bapa arah anak pukul pembuli sampai menangis

Bapa arah anak pukul pembuli sampai menangis

FERGUSON, MISSOURI – Seorang lelaki di negeri Missouri mengundang perhatian orang ramai apabila mengarahkan anak perempuannya berumur 6 tahun memukul seorang pembuli sehingga menangis, lapor akhbar New York Post.  Kejadian berlaku di bandar Ferguson, daerah St. Louis pada 9 Oktober lalu.  Rakaman video kejadian dimuat naik di media sosial menunjukkan lelaki dikenali sebagai Fox itu ... Read more The post Bapa arah anak pukul pembuli sampai menangis appeared first on Kosmo Digital .

AKPS akan operasi di 125 pintu masuk antarabangsa menjelang 2026

AKPS akan operasi di 125 pintu masuk antarabangsa menjelang 2026

PUTRAJAYA: Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKPS) akan memperluas tanggungjawab pengoperasiannya di 125 pintu masuk antarabangsa di seluruh negara menjelang Januari tahun depan. Ketua Pengarah AKPS Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata tindakan itu bagi memastikan sistem kawalan dan fasilitasi sempadan yang lebih seragam, bersepadu dan efisien. Beliau menyatakan AKPS sedang melangkah ke fasa kedua pelaksanaan iaitu pengambilalihan baki pintu masuk antarabangsa yang masih aktif di seluruh negara. Fasa ini dirancang untuk dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka selesai menjelang Januari 2026. Sejak beroperasi di bawah Kementerian Dalam Negeri awal tahun ini, agensi itu menumpukan usaha memperkukuh integriti dan kecekapan operasi serta pembentukan arah tuju strategik. Mereka juga memberi tumpuan kepada pelan pembangunan jangka panjang termasuk pengukuhan kapasiti sumber manusia. Selepas mula beroperasi penuh pada 1 Januari lepas, AKPS telah mengambil alih fungsi dan jawatan daripada enam agensi teras di pintu sempadan dan pusat pemeriksaan negara. Agensi teras tersebut ialah Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia, Kementerian Kesihatan, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara dan Jabatan Pengangkutan Jalan. Dalam tempoh setahun, antara pencapaian utama agensi itu adalah merangka dan mewartakan Akta AKPS 2024 (Akta 860) serta memulakan operasi rasmi di 22 pintu masuk darat, laut dan udara di bawah fasa pertama pelaksanaan akta tersebut. Selain itu, penyeragaman tatacara operasi dan pembangunan kompetensi pegawai bagi memperkukuh profesionalisme dan integriti agensi turut dilaksanakan. Pada awal Oktober ini, seramai 1,053 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia diserapkan ke dalam AKPS menjadikan secara keseluruhan kekuatan anggota AKPS kepada 6,215 pegawai dan kakitangan. Ini membawa cabaran baharu kerana tugasan pemeriksaan barangan di 22 pintu masuk secara operasi diserahkan kepada AKPS, satu tanggungjawab baharu bukan sahaja kepada AKPS tetapi kepada Kementerian Dalam Negeri secara amnya. Bagi hala tuju jangka panjang, agensi itu kini menyiapkan Pelan Strategik AKPS yang akan menjadi panduan utama dalam memperkukuh struktur organisasi, memperluas operasi dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan. Pelan strategik ini akan menggariskan lima agenda utama sebagaimana amanat Perdana Menteri iaitu fasilitasi perdagangan dan pelancongan, peningkatan hasil negara, penutupan ketirisan hasil kerajaan serta pengukuhan integriti dan profesionalisme pegawai. AKPS turut memberikan keutamaan kepada pembangunan teknologi sempadan pintar melibatkan penggunaan sistem biometrik bersepadu, pengimbasan automatik kargo dan integrasi data masa nyata berasaskan kecerdasan buatan. – Bernama

Audio mirip MB Perlis tular, Pemuda UMNO buat laporan polis

Audio mirip MB Perlis tular, Pemuda UMNO buat laporan polis

ARAU: Pergerakan Pemuda UMNO negeri membuat laporan polis berhubung penularan satu klip audio mirip suara Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli yang didakwa menyentuh perihal perbincangan peribadi antara beliau dengan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail. Laporan tersebut dibuat bagi membolehkan siasatan berhubung perkara itu dijalankan memandangkan perbincangan tersebut sepatutnya sulit. Laporan dibuat oleh Setiausaha Pergerakan ... Read more The post Audio mirip MB Perlis tular, Pemuda UMNO buat laporan polis appeared first on Utusan Malaysia .

Kuasa nuklear pilihan berpotensi perkukuh keterjaminan tenaga ASEAN

Kuasa nuklear pilihan berpotensi perkukuh keterjaminan tenaga ASEAN

KUALA LUMPUR: Kuasa nuklear sedang dipertimbangkan sebagai pilihan berpotensi untuk mengukuhkan jaminan tenaga dan menyokong peralihan tenaga rendah karbon ASEAN. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menyatakan teknologi baharu seperti reaktor modular kecil sedang dinilai untuk tujuan tersebut. Beliau berkata bagi Malaysia, kerajaan sedang menilai peranan tenaga nuklear dalam strategi tenaga jangka panjangnya untuk memastikan keterjaminan, kemampuan dan kemampanan tenaga. “Kami mengambil langkah dengan berhati-hati dan telus untuk membina asas institusi, teknikal dan sumber manusia yang diperlukan bagi membuat keputusan berdasarkan maklumat mengenai pembangunan tenaga nuklear,” katanya. Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata demikian dalam ucaptama pada Forum Kerjasama Tenaga Nuklear Lestari ASEAN-Korea. Beliau menekankan kemajuan pesat Korea Selatan dalam teknologi dan keselamatan nuklear menyediakan asas kukuh untuk pembelajaran bersama dan perkongsian teknologi. Duta Korea Selatan ke Malaysia Yeo Seungbae berkata ASEAN muncul sebagai hab kecerdasan buatan dan pusat digital dengan pertumbuhan pesat permintaan elektrik. Beliau berkata Pusat Tenaga ASEAN menganggarkan rantau ini memasang kira-kira 5.2 gigawatt kapasiti penjanaan tenaga nuklear menjelang 2050. “Kebanyakan anggota ASEAN kini mengambil langkah konkrit ke arah pengeluaran nuklear dengan kerjasama rapat bersama Korea Selatan.” Yeo menambah Malaysia kini melaksanakan kajian kebolehlaksanaan bersih menyeluruh yang mengkaji kuasa nuklear sebagai sumber elektrik stabil dan bersih. Beliau berkata Korea Selatan kini mengendalikan 26 reaktor nuklear yang membekalkan dengan selamat kira-kira 30 peratus daripada tenaga elektrik negara itu. – Bernama