Lelaki jadikan jalan berlubang tempat makan

Lelaki jadikan jalan berlubang tempat makan

LONDON  – Seorang lelaki dari Wiltshire, England memutuskan untuk mengambil tindakan sendiri bagi menguar-uarkan masalah jalan berlubang di bandar tempat tinggalnya, lapor portal berita Metro.co.uk semalam. Ben Thornbury, 20, meletakkan dua keping roti di atas kacang panggang yang diisi ke dalam lopak di Jalan Michael Pyms, bandar kelahirannya di Malmesbury, Wiltshire, baru-baru ini. Dia menggunakan ... Read more The post Lelaki jadikan jalan berlubang tempat makan appeared first on Kosmo Digital .

Kucing cacat rentung, warga emas melecur semasa cuba menyelamat

Kucing cacat rentung, warga emas melecur semasa cuba menyelamat

TUMPAT - Seorang warga emas melecur di bahagian bahu dan muka selepas disambar api ketika cuba menyelamatkan kucing kesayangannya yang cacat kaki kanan belakang dalam kejadian di Kampung Periok Hilir di sini pada petang Isnin.Dalam kejadian kira-kira jam 4.40 petang itu, kucing yang digelar ‘Dong’ milik Siti Khadijah Mamat, 70, bagaimanapun ditemukan rentung.Anaknya, Sonita Mat Ariffin, 40, berkata, selain kehilangan kucing yang dibela sejak 10 tahun lalu, mereka sekeluarga turut tinggal sehelai sepinggang apabila rumah berusia hampir 50 tahun itu musnah dalam kebakaran berkenaan.Menurutnya, bukan itu sahaja, segala dokumen penting, rekod kesihatan serta kelengkapan anak sulungnya, Mohamad Izzat Izuddin, 18, yang dijadual melaporkan diri sebagai anggota tentera di sebuah kem di Port Dickson, Negeri Sembilan turut musnah dalam kejadian itu."Semasa kejadian, hanya ibu dan anak bongsu saya, Mohamad Izzul Irfan, 14, berada di rumah."Saya, suami (Mohd Noor Azli, 40) dan anak sulung berada di Kota Bharu. Sebaik sahaja tiba di Mydin Tunjong, saya menerima panggilan telefon daripada jiran yang memaklumkan kejadian ini. Tanpa berlengah kami terus bertolak pulang," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.Menurut suri rumah itu, ibunya sempat ditarik oleh orang ramai ketika cuba meredah api untuk menyelamatkan kucing kesayangannya.Ujarnya, selain ibunya, anaknya Mohamad Izzul Irfan turut melecur di kedua-dua tapak tangan dan kaki.Sonita memberitahu, kedua-duanya telah dibawa ke Hospital Tumpat untuk mendapatkan rawatan."Saya dimaklumkan sebelum kejadian, ibu terhidu bau hangit dan cuba memeriksa kawasan halaman rumah."Anak pula ternampak asap keluar dari bumbung rumah. Belum sempat berbuat apa-apa, api merebak terlalu cepat. Kebetulan Dong (kucing) berada di dapur," katanya.Tambahnya, api yang marak dengan pantas turut menyambar rumah milik bapa saudaranya, Mohd Isa Mamat, 61, yang terletak berhampiran.Sementara itu, Mohd Isa yang merupakan peniaga santan berkata, semasa kejadian, beliau bersama isteri, dua anak dan dua cucu berada di rumah."Ketika itu saya berada di kedai santan di hadapan rumah. Tiba-tiba saya nampak api sedang marak dari rumah kakak (Siti Khadijah)."Saya lihat api mulai merebak ke rumah kerana jaraknya terlalu dekat. Saya terus memanggil isteri serta anak dan cucu supaya keluar."Kami tidak sempat menyelamatkan apa-apa barang. Rumah yang berusia hampir 40 tahun itu musnah sekelip mata termasuk kedai santan," katanya.Keluarga Sonita kini menumpang di rumah jiran, manakala Mohd Isa dan keluarganya tinggal bersama saudara mara buat sementara waktu.Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkan ke akaun Bank Islam 03102020013286 (Sonita Mat Ariffin) atau melalui anak Mohd Isa, Nurul Syafika Mohd Isa (Maybank 153039271314).

Malaysia sasar jadi hab pendidikan tinggi ASEAN

Malaysia sasar jadi hab pendidikan tinggi ASEAN

KUALA LUMPUR: Malaysia mahu menjadi hab pendidikan tinggi utama ASEAN dengan memperkukuh pengantarabangsaan sistem pendidikan serta pembangunan bakat. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, negara kini menempatkan lebih 130,000 pelajar antarabangsa dari lebih 160 negara, sekali gus membuktikan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelajar serantau dan global. “Kita berhasrat menjadi hab ... Read more The post Malaysia sasar jadi hab pendidikan tinggi ASEAN appeared first on Utusan Malaysia .

Kereta tenggelam: Mangsa dikenal pasti, mayat ditemui ditempat duduk pemandu

Kereta tenggelam: Mangsa dikenal pasti, mayat ditemui ditempat duduk pemandu

MUAR – Identiti pemandu kereta Proton Saga yang terjunam sebelum tenggelam ke dalam Sungai Panchor, Pekan Panchor, Pagoh petang semalam sudah dikenal pasti. Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata, mangsa yang mati lemas itu dikenal pasti sebagai Muhammad Husni Mahmud, 47. Katanya, mangsa merupakan seorang sebagai pegawai sumber manusia di ... Read more The post Kereta tenggelam: Mangsa dikenal pasti, mayat ditemui ditempat duduk pemandu appeared first on Kosmo Digital .

Belanjawan 2026: Inisiatif Positif Untuk Golongan Muda – Mohd Syauqi

Belanjawan 2026: Inisiatif Positif Untuk Golongan Muda – Mohd Syauqi

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Exco Pemuda UMNO Malaysia, Mohd Syauqi Ibnihajar menyifatkan Belanjawan 2026 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Oktober lalu sebagai menunjukkan peningkatan prestasi kewangan negara serta memberi tumpuan terhadap pembangunan golongan muda. Beliau berkata, selepas hampir tiga tahun Kerajaan Perpaduan mentadbir yang turut disertai UMNO dan empat belanjawan dibentangkan, kali ini [...]

Warga emas melecur, tiga rumah pekerja hangus terbakar

Warga emas melecur, tiga rumah pekerja hangus terbakar

SANDAKAN: Seorang lelaki warga emas melecur di bahagian tangan dan belakang badan ketika cuba menyelamatkan diri dalam kebakaran membabitkan tiga rumah pekerja termasuk sebuah rumah jenis empat pintu di KLK Minat Teguh, Batu 23, dekat sini, semalam. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, seramai 14 anggota bersama jentera digerakkan ke lokasi ... Read more The post Warga emas melecur, tiga rumah pekerja hangus terbakar appeared first on Utusan Malaysia .

Guru tidak mengaku sentuh pelajar 12 tahun

Guru tidak mengaku sentuh pelajar 12 tahun

IPOH – Seorang bekas guru agama sebuah sekolah rendah di Chemor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajar lelaki berusia 12 tahun pada Ogos tahun lalu. Tertuduh, Muhamad Najmuddin Jamal, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Jean Sharmila ... Read more The post Guru tidak mengaku sentuh pelajar 12 tahun appeared first on Kosmo Digital .

Kos tinggi jejas tarikan ke Langkawi berbanding Phuket

Kos tinggi jejas tarikan ke Langkawi berbanding Phuket

KUALA LUMPUR: Walaupun Langkawi diakui sebagai destinasi pelancongan terkenal seperti Phuket, namun kos yang tinggi menjadi faktor utama menjejaskan daya tarikannya kepada pelancong, terutama dari luar negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hasil kajian perbandingan mendapati Langkawi lebih bersih dan semula jadi, tetapi harga yang terlalu tinggi memberi kesan langsung terhadap keputusan pelancong ... Read more The post Kos tinggi jejas tarikan ke Langkawi berbanding Phuket appeared first on Utusan Malaysia .

Penduduk Jalan Kebun kepung lelaki panjat bumbung

Penduduk Jalan Kebun kepung lelaki panjat bumbung

SHAH ALAM – Cubaan seorang lelaki warga Indonesia memecah masuk ke sebuah rumah di Jalan Kebun, Seksyen 30 di sini awal pagi semalam gagal selepas penduduk bertindak pantas mengepung kawasan itu sebelum menangkapnya. Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.32 pagi itu apabila tuan rumah terdengar bunyi mencurigakan di atas bumbung sebelum menyedari ada individu cuba menceroboh ... Read more The post Penduduk Jalan Kebun kepung lelaki panjat bumbung appeared first on Kosmo Digital .

Lelaki dicekup ketika cuba ceroboh rumah ikut bumbung

Lelaki dicekup ketika cuba ceroboh rumah ikut bumbung

SHAH ALAM - Cubaan seorang lelaki warga Indonesia memecah masuk sebuah rumah di Jalan Kebun, Seksyen 30 di sini dengan taktik memanjat bumbung gagal selepas disedari penghuninya pada Isnin.Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam telah menerima panggilan pada jam 6.32 pagi daripada orang awam yang memaklumkan kejadian tersebut.Menurutnya, anggota polis dari unit kereta peronda (MPV) kemudian bergegas ke lokasi kejadian."Seorang suspek lelaki warga Indonesia berusia 38 tahun telah diserahkan kepada polis kerana dipercayai cuba memecah masuk ke dalam sebuah rumah penduduk di kawasan tersebut."Suspek yang tidak bekerja itu cuba memecah masuk ke dalam rumah dengan cara memanjat ke atas bumbung, namun perbuatannya disedari tuan rumah setelah mendengar bunyi pergerakan di atas bumbung kediamannya," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah untuk masuk ke Malaysia.Jelasnya, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah, Sarjan Aznor Zainal di talian 017-3989155.Terdahulu, tular satu paparan video di grup Facebook penduduk yang memaparkan seorang lelaki berada di atas bumbung sebuah kediaman.Video berkenaan turut menunjukkan suspek enggan turun dan tidak memberi kerjasama kepada penduduk.