‘Ini perayaan pesta cahaya bukan pesta naik harga’

‘Ini perayaan pesta cahaya bukan pesta naik harga’

BATU CAVES – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana peniaga yang melanggar Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2025. Pengarahnya, Mohd Zuhairi Mat Radey berkata, mereka yang menjual barangan terkawal melebihi harga maksimum boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 bagi syarikat atau RM100,000 ... Read more The post ‘Ini perayaan pesta cahaya bukan pesta naik harga’ appeared first on Kosmo Digital .

PAU 2025 ditangguh lagi ke Januari, UMNO tumpu PRN Sabah

PAU 2025 ditangguh lagi ke Januari, UMNO tumpu PRN Sabah

PETALING JAYA – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 yang dijadual berlangsung pada hujung November ini ditangguhkan sekali lagi ke Januari tahun hadapan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil maklum pengisytiharan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menetapkan tarikh ... Read more The post PAU 2025 ditangguh lagi ke Januari, UMNO tumpu PRN Sabah appeared first on Kosmo Digital .

Hackers breach Canada and US airport PA systems to praise Hamas

Hackers breach Canada and US airport PA systems to praise Hamas

SEATTLE : Hackers seized control of public address systems at four North American airports on Tuesday. Unauthorised broadcasts praised Hamas and criticised former President Donald Trump according to officials and news reports. Three Canadian airports and one American facility experienced these security breaches. Kelowna International Airport in British Columbia confirmed its advertisement streaming service was briefly compromised. The Kelowna Royal Canadian Mounted Police stated unauthorised content was shared during the incident. RCMP investigators are working with other agencies and declined to provide additional details. Victoria International Airport’s spokesperson confirmed foreign language messages and music played over its PA system. Hackers accessed that system through compromised third-party software according to airport officials. The airport regained control by switching to an internal system after the breach. Canada’s Centre for Cyber Security is assisting both the airport and RCMP with their investigation. US Transportation Secretary Sean Duffy confirmed a similar incident at Harrisburg International Airport in Pennsylvania. Duffy announced the Federal Aviation Administration and airport officials are investigating that breach. The FAA did not immediately respond to requests for comment about the security incident. Windsor International Airport in Ontario experienced breaches to both flight displays and its PA system. Airport officials confirmed unauthorised images and announcements appeared Tuesday evening. That breach affected a cloud-based software provider used by the Ontario airport. Systems returned to normal operation shortly after the security incident according to an airport statement. All four affected locations are smaller feeder airports rather than major international hubs. Kelowna served just over 2 million passengers in 2024 as the busiest among the breached facilities. Vancouver International Airport handled more than 25 million travelers during the same period. – Reuters

Peguam mohon tukang masak didakwa bunuh duda dirujuk ke psikiatri

Peguam mohon tukang masak didakwa bunuh duda dirujuk ke psikiatri

SEREMBAN - Peguam yang mewakili tukang masak yang dituduh menikam seorang duda hingga menyebabkan kematian dalam kejadian Ogos lalu, memohon anak guamnya dirujuk ke psikiatri.Dalam prosiding sebutan semula kes di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, Ahmad Lokman berkata, permohonan itu dibuat bagi membolehkan kesihatan mental Zulazren Zakariah, 31, dinilai di bawah Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.Beliau berkata, ia berasaskan beberapa alasan antaranya tertuduh mengetahui isterinya berlaku curang pada hari kejadian, malah ketika ditahan dia bukannya berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah."Tertuduh mengetahui isterinya yang sudah bersama hampir 10 tahun serta mempunyai dua anak telah curang pada hari kejadian."Ketika ditahan, tertuduh tidak di bawah pengaruh alkohol atau dadah serta tiada rekod lampau," katanya.Jelasnya, tertuduh juga melakukan dua pekerjaan bagi menanggung keluarga dan mengalami gangguan emosi akibat bebanan kerja sebelum kejadian.Justeru katanya, terdapat keperluan menghantar tertuduh ke psikiatri untuk menilai keadaan mentalnya.Bagaimanapun Majistret Nurul Saqinah Rosli mempersoalkan relevan tertuduh untuk dihantar ke psikiatri.Ahmad berkata, beliau percaya keadaan mental anak guamnya perlu dinilai untuk melihat sama ada dia bersedia untuk dibicarakan.Nurul Saqihah kemudian memaklumkan yang perbicaraan Seksyen 302 Kanun Keseksaan adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi."Jadi mahkamah percaya permohonan perlu dibuat di mahkamah tersebut."Bagi permohonan Seksyen 342 Kanun Keseksaan yang terpakai kepada tertuduh, permohonan juga perlu difailkan di Mahkamah Tinggi," katanya.Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nik Nor Aqilah Syarfa Nik Zaidi memaklumkan kepada mahkamah yang laporan perubatan, bedah siasat, kimia dan asid deoksiribonukleik (DNA) belum diterima.Mengikut pertuduhan, tertuduh telah mencapai niat dalam menikam dada dan menyebabkan kematian Muhammad Amirul Rashid Mohd Niza yang berusia 28 tahun.Kesalahan itu dilakukan pada 11 Ogos 2025, jam lebih kurang 6.50 petang di sebuah rumah di Taman Seri Pagi, Senawang di Seremban.Mahkamah kemudian menetapkan tarikh sebutan semula kes untuk penyediaan laporan pada 21 November ini.

Masalah disiplin, kurang fokus belajar: NGO gesa kembalikan UPSR dan PT3

Masalah disiplin, kurang fokus belajar: NGO gesa kembalikan UPSR dan PT3

ALOR SETAR – Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) pendidikan menggesa Kerajaan mengkaji semula pemansuhan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) berikutan kebimbangan terhadap penurunan tahap disiplin dan motivasi pelajar di sekolah hari ini.Yang Dipertua Penglibatan Ibu Bapa Komuniti dan Sekolah (PIBKS) Kedah, Zainol Abidin Mohamad berkata, sejak kedua-dua peperiksaan itu dimansuhkan, beliau melihat perubahan ketara dalam sikap pelajar yang kini dilihat kurang serius terhadap pelajaran dan sukar dikawal dari segi disiplin."Sebelum ini, UPSR dan PT3 bukan sekadar peperiksaan bertulis, tetapi menjadi alat pendidikan yang membentuk nilai seperti ketekunan, tanggungjawab dan semangat juang dalam kalangan pelajar," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Menurutnya, penilaian berasaskan sekolah (PBD) yang diperkenalkan sebagai alternatif dilihat masih belum matang dari segi pelaksanaan dan terlalu subjektif tanpa kawalan standard di peringkat nasional."Ramai pelajar belajar sekadar cukup untuk lulus, tanpa sasaran atau cita-cita yang jelas."Ini amat membimbangkan kerana ia memberi kesan jangka panjang terhadap kualiti generasi akan datang," ujarnya.Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar UPSR dan PT3 dikembalikan dalam bentuk yang ditambah baik, dengan gabungan penilaian akademik, sahsiah, projek dan kemahiran insaniah.Tambah Zainol, peperiksaan bukan untuk menekan pelajar, tetapi untuk melatih mereka mengurus masa, berusaha gigih dan menghargai ilmu.Beliau yang telah berkhidmat lebih 45 tahun dalam dunia pendidikan turut menekankan pentingnya keseimbangan antara ilmu, akhlak dan semangat juang dalam membentuk pelajar yang berdaya saing dan berintegriti."Peperiksaan bukan untuk menekan pelajar, tetapi untuk melatih mereka mengurus masa, berusaha gigih dan menghargai ilmu."Jika dilaksanakan dengan perancangan rapi dan latihan guru yang mantap, saya yakin sistem ini mampu mengembalikan semula kegemilangan pendidikan negara."Saya hanya ingin melihat anak-anak kita kembali mencintai ilmu dan menghargai perjuangan menuntutnya. Pendidikan bukan sekadar lulus peperiksaan, tetapi membina insan yang lengkap," katanya lagi.