Gencatan senjata di Gaza tidak wajar menjadi sekadar jeda antara peperangan

Gencatan senjata di Gaza tidak wajar menjadi sekadar jeda antara peperangan

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan usaha gencatan senjata terkini di Gaza tidak seharusnya menjadi sekadar jeda antara peperangan. Beliau mengulangi sokongan terhadap inisiatif damai 20 perkara yang disarankan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. Anwar berkata setakat ini belum ada pelan damai yang komprehensif untuk konflik di Gaza. Beliau menegaskan tiada jaminan terhadap hak pelarian Palestin untuk kembali ke tanah air mereka. Perdana Menteri juga menyatakan tiada komitmen jelas untuk menubuhkan sebuah negara Palestin yang merdeka. “Malaysia telah bersuara menyokong keamanan di mana sahaja yang kami mampu,” katanya dalam ucaptama di Persidangan Kuala Lumpur mengenai Peraturan Baharu Antarabangsa yang Adil dan Berperikemanusiaan. Beliau menambah Malaysia memantau perkembangan gencatan senjata rapuh di Sharm El Sheikh dari semasa ke semasa. “Terdapat keraguan yang begitu menebal dengan pendirian kami,” ujarnya. Anwar menjelaskan Malaysia bersama-sama Afrika Selatan, Bolivia dan Brazil menyokong penuh gencatan senjata ini. Beliau menekankan gencatan senjata harus membawa kepada pembinaan semula Gaza. Perdana Menteri menegaskan ia harus memulihkan maruah serta mengiktiraf hak rakyat Palestin untuk hidup bebas di tanah air mereka sendiri. Beliau turut mengkritik kerajaan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu yang disifatkan sebagai tidak menunjukkan sebarang niat untuk menghormati komitmen terhadap kedamaian. Anwar berkata dunia tidak boleh membiarkan Gaza terus terjerumus dalam kitaran kemusnahan serta keputusasaan. Beliau menegaskan kepimpinan harus menterjemah kemarahan moral kepada tindakan yang berterusan. Perdana Menteri juga berkata tragedi yang sedang berlaku dan kekejaman rejim Zionis di Gaza mencerminkan krisis global yang begitu mendalam. Justeru itu beliau berkata berdiam diri bukan lagi satu pilihan untuk Malaysia. Anwar mengumumkan selain komitmen bantuan kemanusiaan sebanyak RM100 juta untuk Gaza, Malaysia kini menjalinkan kerjasama dengan Jepun serta beberapa negara dari Asia Timur. Beliau menambah kerjasama juga melibatkan rakan kongsi dari Timur Tengah untuk menggerakkan bantuan tambahan kepada rakyat Palestin. – Bernama

Pelajar maut ditikam: Pejabat Ahli Parlimen Damansara sedia bantu keluarga mangsa

Pelajar maut ditikam: Pejabat Ahli Parlimen Damansara sedia bantu keluarga mangsa

KUALA LUMPUR - Pejabat Ahli Parlimen Damansara bersedia membantu keluarga pelajar perempuan yang maut ditikam dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya, dekat sini pagi tadi.Ahli Parlimen, Gobind Singh Deo yang juga Menteri Digital dalam kenyataan hari ini memaklumkan Pejabat Ahli Parlimen telah diarahkan untuk segera menghubungi dan memberikan sokongan kepada keluarga mangsa dalam saat sukar ini."Ruang harus diberikan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan. Pada masa sama, pejabat saya di Damansara bersedia untuk membantu ahli keluarga mangsa. Pasukan saya telah diarahkan untuk menghubungi dan memberi sokongan kepada mereka dalam saat sukar ini," katanya.Gobind turut menyifatkan insiden itu sebagai amat mengejutkan dan menyayat hati, serta menegaskan bahawa tiada tempat untuk keganasan di sekolah."Insiden tragik ini telah meruntun hati dan mengejutkan seluruh negara. Sekolah sepatutnya menjadi tempat yang selamat untuk pembelajaran, perkembangan diri, dan persahabatan."Bagi pihak Kementerian Digital dan pasukan saya di Damansara, saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga remaja perempuan yang telah kehilangan nyawa dalam kejadian yang begitu menyayat hati ini," katanya.Dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi tadi, seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga maut disyaki ditikam seorang pelajar lelaki dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di sini.Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Ismail berkata, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian yang berlaku di dalam kawasan sekolah manakala suspek berumur 14 tahun yang merupakan pelajar sekolah sama telah berjaya ditahan.- Bernama

Guru tak pernah beri kuasa pelajar senior bertindak kasar terhadap junior - Saksi

Guru tak pernah beri kuasa pelajar senior bertindak kasar terhadap junior - Saksi

KOTA KINABALU - Seorang saksi kanak-kanak memberitahu Mahkamah Koroner di sini hari ini bahawa guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar tidak pernah memberi kuasa kepada pelajar senior untuk bersikap kasar terhadap pelajar junior di sekolah itu.Peguam Joan Goh, yang mewakili seorang daripada remaja terlibat dalam kes buli pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir berkata, saksi yang merupakan pelajar senior dan ahli kumpulan Circle-19 mendedahkan perkara itu di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan pada hari ke-22 prosiding inkues kematian Zara Qairina, hari ini.Berkongsi keterangan saksi, Goh berkata saksi kanak-kanak ke-13 itu memaklumkan guru-guru sekolah terbabit juga tidak tahu mereka bersikap kasar kepada pelajar lain, dan menurut saksi mereka hanya mengikuti amalan pelajar senior terdahulu kerana sewaktu menjadi pelajar junior, mereka turut diperlakukan sedemikian."Kata saksi, dia dan rakan-rakan senior lain tidak pernah diberikan kebenaran oleh guru untuk menegur, memarahi dan menghakimi pelajar yang berbuat salah," kata Goh ketika ditemui pemberita selepas prosiding itu.Goh berkata menurut saksi, mereka tidak pernah memberitahu kepada guru-guru di sekolah itu mengenai kes kecurian yang berlaku di asrama dan mereka juga tidak pernah memberitahu guru-guru mengenai Zara Qairina disyaki melakukan perkara tersebut.Menceritakan kejadian pada malam 15 Julai lepas, Goh berkata, saksi memberitahu dia ada bertanya kepada Zara Qairina mengenai kes kecurian di asrama selepas diminta oleh rakan saksi untuk mereka menyelesaikan isu tersebut, namun lebih kurang 15 hingga 20 minit selepas itu, Zara Qairina hanya mendiamkan diri dan saksi kemudian kembali ke biliknya sendiri kerana tidak boleh berbuat apa-apa.Peguam itu berkata menurut saksi, dia turut melihat Zara Qairina masuk ke bilik dan saksi tidak lagi bertemu dengan pelajar berkenaan selepas itu dan hanya lebih kurang 3 pagi pada 16 Julai, dia dikejutkan rakannya yang memberitahu ada orang terjatuh di bawah asrama."Kata saksi, dia melihat dari tingkat tiga dan nampak Zara Qairina berada di bawah dalam keadaan menelentang serta tidak sedarkan diri," katanya sambil menjelaskan, saksi turut memaklumkan dia tidak mengetahui apa yang berlaku ketika itu dan hanya pada waktu pagi saksi diberitahu Zara Qairina dipercayai jatuh dari tingkat atas.Sementara itu, peguam Mohd Syahrulnizam Mohd Salleh yang mewakili ibu Zara Qairina ketika berkongsi keterangan saksi kanak-kanak ke-12 berkata saksi turut mendedahkan bahawa dia pernah dikasari oleh pelajar senior lebih daripada sekali ketika menjadi pelajar junior dan pelajar senior sebelum ini juga memang ada menggunakan perkataan kesat."Saksi menceritakan bahawa dia akan sedih selepas dipanggil oleh pelajar senior semasa menjadi pelajar junior dulu. Saksi pernah melaporkan kepada guru dan warden tentang kejadian dikasari pelajar senior tetapi saksi tidak ingat sama ada pihak sekolah ada membuat tindakan selepas saksi membuat laporan," katanya.Mohd Syahrulnizam berkata saksi memaklumkan guru-guru di sekolah itu tahu mengenai maksud istilah MA iaitu Mesyuarat Asrama dan MB - Mesyuarat Bilik, selain saksi turut menjelaskan MA merujuk kepada perjumpaan beramai-ramai antara pelajar senior dan pelajar junior, manakala MB pula melibatkan penghuni asrama yang tinggal sebilik."Saksi berkata semasa dia menjadi pelajar junior juga pernah mengalami MA," katanya sambil menjelaskan saksi tidak pasti sama ada pelajar senior ada melakukan MA terhadap pelajar senior lain, tetapi menurut saksi biasanya pelajar senior akan melakukan MA kepada pelajar junior.Berkongsi keterangan saksi sama, peguam Azhier Farhan Arisin yang mewakili empat kanak-kanak dalam kes buli Zara Qairina berkata saksi tersebut mendedahkan pelajar senior yang berjumpa dengan Zara Qairina untuk bertanya mengenai kes kecurian di asrama pada malam 15 Julai lepas tidak menengking, bersikap kasar atau mengeluarkan kata-kata kesat terhadap remaja itu.Azhier Farhan berkata saksi yang merupakan pelajar senior dan juga ahli kumpulan Circle-19 itu memberitahu bahawa dia dan beberapa rakan lain bertanya dengan nada suara biasa sahaja, tetapi saksi diberitahu ada seorang pelajar senior yang telah menengking Zara Qairina.Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, di sini pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada 4 pagi 16 Julai.Prosiding inkues bersambung esok. - Bernama

Kes tikam pelajar: Sesi PdP sekolah terbabit diteruskan seperti biasa - KP Pendidikan

Kes tikam pelajar: Sesi PdP sekolah terbabit diteruskan seperti biasa - KP Pendidikan

PUTRAJAYA – Sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) diteruskan seperti biasa walaupun pelajar berusia 16 tahun maut ditikam di sekolah terbabit.Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad berkata, proses persekolahan tidak akan diganggu memandangkan siasatan sedang dijalankan secara teliti oleh pihak berkuasa."Sekarang ini proses PdP akan berjalan seperti biasa dan siasatan polis tidak mengganggu pengajaran serta pembelajaran murid," katanya pada sidang akhbar khas, di sini pada Selasa.Katanya, pentadbir sekolah akan dipindahkan sementara ke pejabat pendidikan daerah bagi membantu siasatan."Kita mahu siasatan berjalan lancar dan bebas daripada sebarang konflik kepentingan," jelasnya.Dalam masa sama, pasukan kaunselor dan guru bimbingan kaunseling telah digerakkan bagi melaksanakan program intervensi sokongan psikososial kepada pelajar, guru serta seluruh warga sekolah yang terkesan."Kementerian tidak memandang kes ini sebagai kes terpencil. Ia tamparan tegas kepada kami untuk memperkukuh keselamatan dan kesejahteraan mental pelajar," katanya.Ujarnya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini bekerjasama rapat dengan polis bagi memperkukuh pemantauan di semua sekolah, termasuk meneliti semula prosedur keselamatan sedia ada."Langkah-langkah keselamatan tambahan akan dimaklumkan oleh polis bagi memastikan kawasan sekolah benar-benar selamat," ujarnya.Beliau turut mengingatkan bahawa keselamatan pelajar bukan hanya tanggungjawab KPM, sebaliknya memerlukan kerjasama ibu bapa, komuniti dan pihak berkuasa."Setiap sekolah perlu menjadi kawasan selamat untuk anak-anak kita belajar dan membesar," katanya.Mengulas mengenai ujian akhir sesi akademik (UASA) yang sedang berjalan di sekolah terbabit, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada sekolah untuk menyesuaikan semula supaya ia berjalan lancar."Alhamdulillah, semua sekolah di Malaysia masih berada dalam keadaan baik. Apa pun, KPM tetap memandang serius sebarang ancaman terhadap keselamatan pelajar," katanya.

Pulau Pinang kenal pasti 53 kawasan hotspot banjir di seluruh negeri

Pulau Pinang kenal pasti 53 kawasan hotspot banjir di seluruh negeri

GEORGE TOWN : Kerajaan Pulau Pinang telah mengenal pasti sebanyak 53 kawasan hotspot banjir di seluruh negeri ini. Ketua Menteri Chow Kon Yeow menyatakan kawasan terlibat telah mengalami banjir sebanyak tiga kali atau lebih dalam tempoh tiga tahun kebelakangan. Kawasan Seberang Perai Tengah mencatatkan bilangan tertinggi dengan 18 lokasi hotspot banjir. Daerah Barat Daya mempunyai 13 kawasan hotspot manakala Daerah Timur Laut merekodkan 10 kawasan. Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan masing-masing mempunyai enam kawasan hotspot banjir. Kerajaan negeri sedang melaksanakan 14 projek tebatan banjir dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran. Kos projek tebatan banjir tersebut dianggarkan kira-kira 1 billion ringgit dengan sebahagian besar diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan. Pulau Pinang tidak menerima laporan kejadian banjir besar sepanjang tahun ini. Hanya 270,000 ringgit daripada 2 juta ringgit bantuan wang ihsan banjir telah dibelanjakan setakat ini. Kerajaan negeri telah menyediakan 389 pusat pemindahan sementara di seluruh Pulau Pinang. Pusat Kawalan Bencana Negeri telah dinaik taraf sepenuhnya dengan kos 750,000 ringgit. Pusat ini akan berfungsi sebagai lokasi rujukan utama untuk penyelarasan maklumat dan operasi bencana. SDCC akan mengaktifkan tahap kesiapsiagaan tertinggi apabila amaran cuaca dikeluarkan oleh MetMalaysia. Penggunaan teknologi digital dan sistem pemantauan CCTV akan membantu memantau pergerakan tanah. Sistem pintar ini membolehkan pemantauan data masa nyata dan integrasi maklumat pelbagai agensi. Pusat kawalan yang dinaik taraf akan mempercepatkan tindak balas bencana dan mengurangkan impak terhadap nyawa serta harta benda. – Bernama

‘Saya rotan ramai pelajar, tetapi cara berhikmah’

‘Saya rotan ramai pelajar, tetapi cara berhikmah’

KUALA LUMPUR – “Saya sudah merotan ramai pelajar. Tidak pernah ada pelajar atau ibu bapa mengambil tindakan terhadap saya” Demikian pengakuan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) ketika mencadangkan supaya hukuman rotan di sekolah dikembalikan. Menurutnya, beliau merotan pelajar semasa berkhidmat kira-kira 30 tahun sebagai guru termasuk guru disiplin. Jelasnya, hukuman rotan bukan bertujuan mendera, tetapi membina ... Read more The post ‘Saya rotan ramai pelajar, tetapi cara berhikmah’ appeared first on Kosmo Digital .

Pesara rugi RM535,000 diperdaya tawaran hadiah berlian palsu

Pesara rugi RM535,000 diperdaya tawaran hadiah berlian palsu

KUANTAN : Seorang pesara syarikat swasta mengalami kerugian melebihi RM535,000 selepas diperdaya tawaran hadiah berlian palsu. Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman mengesahkan mangsa merupakan wanita tempatan berusia 65 tahun. Mangsa menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali yang mengaku sebagai wakil syarikat pada 1 September lepas. Suspek memberitahu mangsa telah memenangi tempat kedua dalam Jamuan Penghargaan Pelanggan syarikat tersebut. Mangsa ditawarkan hadiah berlian dengan pilihan menukarkannya kepada wang tunai RM205,000. Wanita itu bersetuju memilih wang tunai dan diminta membayar deposit RM6,150 untuk penebusan hadiah. Mangsa kemudian terus diperdaya suspek yang meminta bayaran tambahan dengan pelbagai alasan. Pesara tersebut melakukan 30 transaksi ke 13 akaun berbeza dari 3 September hingga 9 Oktober. Dia menggunakan wang simpanan sendiri dan pinjaman daripada ahli keluarga untuk transaksi tersebut. Mangsa hanya menyedari ditipu setelah tidak menerima wang tunai seperti dijanjikan. Wanita itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin semalam. Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan untuk kesalahan menipu. – Bernama

Dalang sindiket pasport palsu Bangladesh tumpas

Dalang sindiket pasport palsu Bangladesh tumpas

KUALA LUMPUR – Taktik licik sindiket pemalsuan dokumen yang berselindung di sebalik kediaman mewah akhirnya terbongkar apabila Jabatan Imigresen (JIM) menahan tiga lelaki warga Bangladesh dalam Operasi Khas di sekitar Jalan Jelawat di sini, hari ini. Operasi bermula pukul 8.30 pagi itu disertai sepasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat daripada Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, ... Read more The post Dalang sindiket pasport palsu Bangladesh tumpas appeared first on Kosmo Digital .

PDRM seru guru laporkan isu keselamatan pelajar kepada polis

PDRM seru guru laporkan isu keselamatan pelajar kepada polis

KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius tindakan pentadbir sekolah dan guru yang cuba menyelesaikan masalah keselamatan pelajar tanpa melibatkan pihak berkuasa. Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail menegaskan keadaan itu sepatutnya tidak berlaku. “Apa-apa kejadian yang membabitkan keselamatan pelajar perlu dilaporkan segera dan jangan cuba menyembunyikan fakta atau kejadian sebaliknya berkongsi maklumat agar masalah ini dapat diselesaikan di peringkat awal lagi.” “Ini adalah untuk memastikan ibu bapa juga mengetahui perkara sebenar yang berlaku di sekolah anak mereka,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Kempen Anti Buli. Mohd Khalid memberi jaminan bahawa sekolah di seluruh negara masih berada dalam keadaan selamat walaupun berlaku beberapa kes jenayah yang mendapat perhatian masyarakat. Beliau berkata walaupun terdapat laporan kes buli serta keganasan fizikal dan seksual, ia masih kecil berbanding jumlah institusi pendidikan termasuk bilangan pelajar serta guru. “PDRM sendiri sentiasa berusaha untuk memastikan keadaan di sekolah selamat dan terjamin untuk semua pihak.” “PDRM juga sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah untuk memastikan keselamatan anak-anak di sekolah terjamin tapi kita tidak boleh menolak kemungkinan pendedahan di media sosial boleh mempengaruhi tindakan individu atau pelajar tertentu,” katanya. Mohd Khalid menasihati ibu bapa agar memantau penggunaan telefon pintar dan media sosial anak masing-masing supaya mereka tidak terpengaruh dengan unsur negatif. Beliau bersetuju dengan cadangan Ketua Pengarah Pendidikan Dr Mohd Azam Ahmad yang meminta kereta peronda polis menjalankan sesi rondaan berkala pada waktu malam di sekolah berasrama. “Perkara ini akan diperluas dan saya sudah mengarahkan Ketua Polis Negeri serta Daerah untuk meneruskan tindakan supaya memastikan keselamatan anak-anak yang berada di asrama terjamin.” “Tindakan ini juga akan menimbulkan rasa selamat dalam kalangan pelajar di situ,” katanya. – Bernama

SOJC: Malaysia raih kemenangan pertama, belasah New Zealand 4-2

SOJC: Malaysia raih kemenangan pertama, belasah New Zealand 4-2

JOHOR BAHRU – Skuad hoki remaja negara meraih kemenangan pertama dalam kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun Piala Sultan Johor (SOJC) selepas menewaskan New Zealand 4-2 di Stadium Hoki Johor, Taman Daya di sini, malam tadi. Kemenangan tersebut membolehkan skuad kendalian Nor Saiful Zaini Nasiruddin mengutip empat mata daripada tiga perlawanan manakala The Black Sticks ... Read more The post SOJC: Malaysia raih kemenangan pertama, belasah New Zealand 4-2 appeared first on Kosmo Digital .

PRN Sabah: Tidak logik KDM dikaitkan dengan Warisan - Willie

PRN Sabah: Tidak logik KDM dikaitkan dengan Warisan - Willie

KOTA KINABALU - Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dijangka bertembung dengan Parti Warisan (Warisan) di banyak kawasan pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) selepas mengulangi pendirian untuk tidak bekerjasama dengan mana-mana parti atau gabungan politik.Pendirian itu sekali gus menepis dakwaan kononnya KDM akan menjalinkan kerjasama dengan Warisan, seperti yang tular dalam kalangan penyokong kedua-dua parti sejak kebelakangan ini.Setiausaha Agung KDM, Willie Jude Junaidi menegaskan bahawa tidak logik untuk parti itu dikaitkan dengan Warisan kerana kedua-duanya akan saling berdepan dalam beberapa kerusi yang sama.Katanya, khabar angin yang mengaitkan KDM dengan Warisan sebenarnya sudah lama wujud dan semakin ‘kencang’ selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, apabila suasana politik negeri semakin panas menjelang pilihan raya."Tapi tidak hairanlah, mereka kemungkinan juga sudah rasa tercabar dengan kekuatan yang ada pada KDM ketika ini, sudah semestinya mereka akan mencari segala isu yang boleh untuk melemahkan kami," katanya ketika dihubungi pada Selasa.Willie berkata demikian sebagai mengulas dakwaan kononnya KDM dan Warisan menjalin kerjasama secara senyap-senyap walaupun kedua-dua parti telah mengumumkan akan bertanding secara bersendirian pada PRN17.Beliau dalam pada itu mengakui isu yang dimainkan pihak lawan sedikit sebanyak memberi kesan kepada persepsi akar umbi, namun menegaskan KDM kekal fokus untuk bertanding secara solo."Saya tidak nafikan, isu yang dimainkan memberi sedikit kesan kepada kami, ramai pemimpin-pemimpin di bahagian yang turut bertanyakan kepada saya berkenaan dengan isu ini, sebab itu, hari ini saya ingin nafikan sekeras-kerasnya, kami fokus untuk hadapi PRN17 dan kami akan bertarung secara solo," katanya.Sementara itu, Willie turut memaklumkan bahawa senarai calon KDM yang akan bertanding pada pilihan raya kini berada di peringkat akhir sebelum diumumkan secara rasmi."Akan diumumkan nanti (senarai calon) dan dijangka sekali dengan pelancaran manifesto parti, tunggu saja," katanya.KDM yang diterajui Datuk Peter Anthony sebelum ini menegaskan akan meletakkan calon di sejumlah besar kerusi, termasuk kawasan yang turut menjadi tumpuan Warisan, menjadikan persaingan di PRN17 kali ini dijangka lebih sengit.tamat