Arrest warrant sought for South Korea’s ex-first lady Kim Keon Hee

Arrest warrant sought for South Korea’s ex-first lady Kim Keon Hee

SEOUL : South Korean prosecutors have requested an arrest warrant for former first lady Kim Keon Hee, following her questioning over allegations including bribery and stock manipulation. Former president Yoon Suk Yeol remains detained after his controversial declaration of martial law. Special prosecutor Oh Jung-hee confirmed the warrant request at a press briefing. Kim faces charges under capital market and financial investment laws. This marks a historic moment, as both a former president and first lady could face arrest. Prosecutors were unable to question Yoon due to his resistance and safety concerns. Last week, he reportedly lay on his cell floor in his underwear to avoid questioning. Kim publicly apologised ahead of her questioning but denied all allegations. Controversy has long surrounded her, including accusations of stock manipulation. A 2022 video showing her accepting a luxury handbag sparked public backlash. She is also accused of interfering in parliamentary nominations. While in office, Yoon vetoed multiple investigations into her alleged misconduct. His declaration of martial law led to his impeachment and removal from office in April. A snap election was held in June following his ouster. Legal proceedings are ongoing as the case continues to unfold. – AFP

SPRM cadang insentif khas untuk pegawai AKPS bertugas di sempadan

SPRM cadang insentif khas untuk pegawai AKPS bertugas di sempadan

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencadangkan agar insentif khas diperkenalkan kepada pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) yang bertugas di sempadan negara.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, insentif tersebut boleh menjadi dorongan serta motivasi kepada pegawai barisan hadapan untuk melaksanakan tugas dengan lebih bersemangat dan berintegriti tinggi."SPRM menyokong penuh cadangan ini kerana insentif mampu menjadi pemangkin semangat."Pada masa yang sama, ia dapat mengekang sikap sambil lewa dalam kalangan petugas barisan hadapan di sempadan negara," katanya.Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain di Ibu Pejabat SPRM di sini pada Khamis.Katanya, AKPS merupakan agensi baharu yang memainkan peranan penting dalam aspek keselamatan negara."SPRM bersedia memberi bantuan sepenuhnya untuk memastikan matlamat bersama dapat dicapai."Beberapa isu melibatkan AKPS sememangnya telah berada dalam radar SPRM, namun penyelesaiannya agak mencabar. Dengan kerjasama yang bakal dijalinkan ini, kita yakin urusan tertangguh dapat diselesaikan dengan lebih lancar," katanya.Dalam pertemuan itu, kedua-dua agensi turut bersetuju untuk menjalinkan kerjasama strategik, khususnya dalam aspek operasi dan latihan bagi memperkukuh kawalan sempadan serta memantapkan integriti pegawai.Mohd Shuhaily berkata, pertemuan tersebut menjadi platform penting bagi kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai langkah-langkah pencegahan rasuah."Pertemuan turut melibatkan perbincangan dalam usaha meningkatkan integriti dalam kalangan pegawai yang bertugas di kawasan sempadan."Kerjasama ini diharap dapat memperkukuh sistem kawalan sempadan dan membentuk barisan pegawai yang lebih berintegriti dalam melaksanakan tugas," katanya.Turut hadir, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Zainul Darus; Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezral Arifin; Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) AKPS, Datuk Sazali Mohamad; dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AKPS, Ismail Mokhtar.

Pelaksanaan bayaran tol tanpa palang bermula Oktober

Pelaksanaan bayaran tol tanpa palang bermula Oktober

PETALING JAYA: Sistem pembayaran terbuka tol berasaskan teknologi identifikasi nombor plat automatik (ANPR) akan dilakukan secara rintis dan berperingkat bermula September-Oktober ini. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia sedia untuk dilaksanakan di laluan Hutan Kampung ke Sungai Dua sebelum diperluaskan ke keseluruhan jajaran lebuh raya PLUS Malaysia Berhad (PLUS). Katanya, pelaksanaan ... Read more The post Pelaksanaan bayaran tol tanpa palang bermula Oktober appeared first on Utusan Malaysia .

Malaysia and China strengthen defence ties in Anwar-Xu meeting

Malaysia and China strengthen defence ties in Anwar-Xu meeting

PUTRAJAYA : Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim welcomed General Xu Xueqiang, China’s Minister of Equipment Development, for a courtesy call today. The meeting focused on enhancing Malaysia-China bilateral relations, particularly in defence and security collaboration. Anwar emphasised Malaysia’s commitment to deepening ties with China in strategic technology and joint military exercises. He acknowledged China’s role in regional stability, including mediation efforts between Cambodia and Thailand. The Prime Minister also praised China’s support in addressing the Myanmar crisis. Anwar expressed his intention to meet Chinese President Xi Jinping and Premier Li Qiang in early September. - Bernama

Did the 12-day war forever change Iran’s Khamenei?

Did the 12-day war forever change Iran’s Khamenei?

In the weeks since Israel’s expansive 12-day war, Iran’s Supreme Leader Ayatollah Ali Khamenei has rarely been seen in public. That absence has inevitably led to speculation over the 86-year-old’s health. But it also left many Middle East observers wondering about the future direction of the republic, and how its leadership will respond to possibly […] The post Did the 12-day war forever change Iran’s Khamenei? appeared first on Asia Times .

Komitmen pembelian dan pelaburan tidak libat dana awam, tidak tambah beban fiskal

Komitmen pembelian dan pelaburan tidak libat dana awam, tidak tambah beban fiskal

KUALA LUMPUR - Semua komitmen pembelian dan pelaburan yang ditawarkan oleh Malaysia dalam rundingan tarif dengan Amerika Syarikat (AS) adalah urusan komersial oleh syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tanpa melibatkan sebarang dana awam mahupun menambah beban fiskal atau hutang negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.Beliau yang sekali lagi menegaskan perkara itu memberitahu pendekatan tersebut membolehkan kerajaan memastikan kebajikan rakyat dan kedaulatan fiskal negara tidak terjejas sama sekali."Walaupun jumlah keseluruhan kelihatan besar, hakikatnya komitmen ini dilaksanakan secara berfasa dalam tempoh lima hingga 10 tahun. Ia juga bersifat transaksi komersial serta pelaburan oleh syarikat dan GLC negara, bukan satu aliran keluar sekali gus," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Khamis.Beliau menjawab soalan Lim Guan Eng (Bagan-PH) yang ingin mengetahui langkah-langkah yang telah diambil kerajaan untuk mencapai hasil rundingan tarif, iaitu sebanyak 19 peratus yang kini diketahui umum dan konsesi yang ditawarkan oleh Malaysia kepada AS.Katanya rundingan yang diketuai Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dengan sokongan padu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kementerian dan agensi berkaitan, badan pemikir serta sektor swasta, telah berjaya menurunkan kadar tarif balas kepada 19 peratus daripada 25 peratus, berkuat kuasa 7 Ogos 2025."Kejayaan ini telah meletakkan Malaysia setara dengan negara-negara ASEAN utama dan sekali lagi membuktikan keupayaan negara untuk berdiplomasi secara berkesan di peringkat global," katanya.Katanya, pendekatan kerajaan dalam rundingan itu berteraskan kepentingan strategik dan maruah negara, tanpa menjejaskan dasar-dasar utama termasuk syarat ekuiti bumiputera dalam sektor strategik, piawaian halal mengikut ketetapan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), kawalan ke atas vendor tempatan serta pengekalan kawalan dalam sektor automotif dan mineral kritikal.Tengku Zafrul berkata, tujuan utama rundingan adalah untuk mengimbangi defisit perdagangan antara Malaysia dan AS, justeru, yang diambil kira ialah perolehan secara senegara."Komitmen melibatkan pembelian dan pelaburan oleh syarikat swasta dan GLC utama negara berjumlah AS$150 bilion dalam sektor semikonduktor, aeroangkasa dan pusat data bagi tempoh lima tahun manakala AS$19 bilion untuk pembelian pesawat Boeing oleh Malaysia Aviation Group (MAG) secara berperingkat sehingga 2035."Secara amnya, perolehan ini dilaksanakan secara berfasa dalam tempoh lima hingga 10 tahun dan jika dibahagikan dengan 10 tahun, secara purata, jumlah komitmen tahunan ialah sekitar lapan peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia atau 13.5 peratus daripada perbelanjaan swasta negara bagi tahun 2024," katanya.Tengku Zafrul berkata, dari sudut ekonomi, jumlah ini adalah setara dengan perbelanjaan operasi syarikat korporat dan GLC utama negara setiap tahun sama ada untuk pembelian bahan mentah, pelaburan teknologi atau pembaharuan aset.Beliau berkata, Malaysia turut menawarkan konsesi tarif dengan menghapuskan atau mengurangkan tarif ke atas 98.4 peratus baris tarif produk AS yang dieksport ke Malaysia termasuk produk industri dan pertanian."Daripada jumlah itu, 60.4 peratus akan dikenakan kadar duti sifar manakala selebihnya melibatkan pengurangan kadar duti sehingga maksimum 15 peratus."Kadar duti sifar yang dilaksanakan pada 60.4 peratus tarif ini juga jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan beberapa negara lain yang dikenakan tarif timbal balas pada kadar yang hampir sama," katanya.Beliau berkata, Malaysia turut memudahkan pelaksanaan beberapa langkah bukan tarif (NTB) termasuk pensijilan halal mengikut ketetapan JAKIM, fasilitasi eksport daging dan produk tenusu AS serta penambahbaikan aspek pemantauan dan pematuhan piawaian buruh, alam sekitar dan hak harta intelek. - Bernama

Delegasi Kemboja, Thailand hadir Mesyuarat GBC di Wisma Perwira

Delegasi Kemboja, Thailand hadir Mesyuarat GBC di Wisma Perwira

KUALA LUMPUR: Delegasi dari Kemboja dan Thailand tiba di Wisma Perwira di sini, hari ini bagi menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Am (GBC). Mereka tiba sekitar pukul 2 petang, susulan sesi kumpulan kerja bersama yang berlangsung sejak Isnin lalu sebagai persediaan kepada mesyuarat rasmi berkenaan. Turut hadir ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; ... Read more The post Delegasi Kemboja, Thailand hadir Mesyuarat GBC di Wisma Perwira appeared first on Utusan Malaysia .

Itali lulus projek jambatan gantung terpanjang dunia hubungkan Sicily ke tanah besar

Itali lulus projek jambatan gantung terpanjang dunia hubungkan Sicily ke tanah besar

ROM: Kerajaan Itali dijangka memberikan kelulusan akhir hari ini bagi projek pembinaan jambatan gantung terpanjang di dunia bernilai 13.5 bilion euro (RM77.5 bilion), yang akan menghubungkan pulau Sicily dengan tanah besar Itali merentasi Selat Messina. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Infrastruktur, Matteo Salvini berkata, satu jawatankuasa menteri akan menyokong projek mega yang dibiayai kerajaan itu, ... Read more The post Itali lulus projek jambatan gantung terpanjang dunia hubungkan Sicily ke tanah besar appeared first on Utusan Malaysia .

Program HEBAT Melaka bantu selesaikan masalah rakyat

Program HEBAT Melaka bantu selesaikan masalah rakyat

MELAKA : Kerajaan Melaka akan melaksanakan Program Hari Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bersama Rakyat (HEBAT) bagi menyantuni masalah rakyat. Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata program ini membolehkan rakyat bertemu terus dengan Exco untuk menyuarakan aduan. “Di samping kita mendengar rintihan dan keluhan rakyat, kita juga menyediakan pelbagai kemudahan daripada agensi kerajaan seperti kaunter bayaran cukai tanah,“ katanya. Program HEBAT akan diadakan bermula pukul 9 pagi hingga 4 petang setiap dua bulan sekali. Ab Rauf menjelaskan program ini berbeza dengan Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang dilaksanakan di semua 28 Dewan Undangan Negeri (DUN). “WRUR lebih tertumpu kepada penyelesaian masalah di sesebuah lokaliti membabitkan penambahbaikan infrastruktur dan permohonan bantuan kebajikan,“ jelasnya. “Menerusi WRUR, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu sendiri berfungsi sebagai wakil kepada rakyat dan disokong oleh kerajaan negeri dan portfolio-portfolio Exco.” “HEBAT pula menerima aduan rakyat daripada seluruh negeri dan Exco berkaitan akan cuba menyelesaikan sebaik mungkin permasalahan mereka,“ tambahnya. Program HEBAT pertama kali diadakan di Seri Negeri, Ayer Keroh. – Bernama