PSG mahu singkir Donnarumma, sanggup bayar RM272 juta dapatkan Chevalier

PSG mahu singkir Donnarumma, sanggup bayar RM272 juta dapatkan Chevalier

PENJAGA gol antarabangsa Itali, Gianluigi Donnarumma dilaporkan bakal disingkirkan daripada Paris Saint-Germain (PSG) selepas kelab itu sanggup membayar €55 juta (RM272 juta) bagi mendapatkan pengganti, Lucas Chevalier, berbanding memenuhi tuntutan gajinya.Situasi itu memuncak selepas rundingan kontrak antara Donnarumma dan PSG gagal mencapai kata sepakat, memaksa kelab gergasi Perancis itu mencari penjaga gol baharu.Apa yang mengejutkan ialah kos perpindahan yang begitu tinggi, sedangkan Donnarumma terpaksa meninggalkan kelab hanya kerana PSG tidak lagi sanggup membayar gaji yang diterimanya sejak menyertai pasukan itu secara percuma daripada AC Milan pada 2021.Menurut laporan RMC Sport, PSG mencapai persetujuan dengan LOSC Lille bernilai €40 juta (RM198 juta) ditambah €15 juta (RM74 juta) insentif, sekali gus menjadikan Chevalier antara penjaga gol termahal dalam sejarah bola sepak.Akhbar L’Equipe pula mendedahkan PSG mahu melengkapkan perpindahan itu secepat mungkin supaya Chevalier dapat beraksi dalam Piala Super UEFA menentang Tottenham Hotspur pada 13 Ogos ini di Stadio Friuli, Udine.Perlawanan itu pada mulanya dinantikan Donnarumma kerana ia berlangsung di negaranya, namun kini difahamkan dia sudah pun bermain perlawanan terakhir bersama PSG.Musim lalu, Donnarumma memainkan peranan penting membantu PSG merangkul trofi Liga Juara-Juara, Ligue 1, Coupe de France dan Piala Super Perancis.Pemain berusia 25 tahun itu turut tersenarai sebagai calon Anugerah Ballon d’Or serta Yachine Award.

Bawa kereta mewah tapi tiada cukai jalan

Bawa kereta mewah tapi tiada cukai jalan

SEREMBAN – Mampu memandu kereta mewah bernilai ratusan ribu hingga jutaan ringgit, namun culas memperbaharui cukai jalan dan insurans.Itu sikap segelintir pemilik kenderaan mewah yang dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan dalam operasi diadakan sepanjang Januari hingga Ogos tahun ini.Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusof berkata, dalam tempoh tersebut, sebanyak 10 kenderaan mewah yang disita antaranya Porsche Taycan, Toyota Alphard dan Mini Cooper dan Countryman."Kita dapati antara alasan diberikan oleh pemilik kenderaan ini adalah 'lupa' yang mana saya nak tegaskan alasan sebegini tidak boleh diterima kerana melibatkan isu keselamatan dan kepatuhan undang-undang."Pemeriksaan mendapati mereka tidak memperbaharui cukai jalan dalam tempoh setahun hingga dua tahun dan ia tidak sepatutnya berlaku," katanya ketika sidang akhbar di sini pada Jumaat.Menurutnya, dua daripada pemilik kenderaan mewah yang disita merupakan ahli perniagaan berusia lingkungan 30-an.Tegas beliau, pihaknya memandang serius perkara itu kerana boleh menimbulkan risiko besar kepada keselamatan awam, terutamanya jika kenderaan tersebut tidak mempunyai perlindungan insurans."Jika kenderaan tersebut terbabit kemalangan ia akan menyusahkan orang lain yang berdepan kesukaran untuk membuat pampasan dan tanggungan kos kemalangan," katanya.Selain itu katanya, berdasarkan rekod penguatkuasaan JPJ Negeri Sembilan bagi tempoh Januari sehingga Julai 2025, sebanyak 10,435 kesalahan dikesan melibatkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan 7,891 kes tiada perlindungan insurans yang telah dikenakan tindakan sitaan."Kesalahan-kesalahan utama yang membawa kepada tindakan sitaan ini adalah Seksyen 23(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu menggunakan kenderaan tanpa LKM yang sah, Seksyen 26(1) APJ 1987 memandu kenderaan tanpa lesen memandu kompeten dan lesen memandu percubaan yang sah serta Seksyen 91 APJ 1987 tiada perlindungan insurans yang sah bagi kenderaan bermotor," katanya.Justeru, beliau berkata, JPJ Negeri Sembilan menyeru semua pemilik dan juga pemandu untuk sentiasa bertanggungjawab memastikan dokumen kenderaan dan lesen memandu berada dalam keadaan yang sah dan dikemas kini.

Saingan LTdL 2025 lebih terbuka

Saingan LTdL 2025 lebih terbuka

KUALA LUMPUR: Saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025 dijangka lebih terbuka selepas juara keseluruhan musim lalu, Max Poole tidak disenaraikan oleh Team Picnic PostNL dalam perlumbaan kali ini. Bagaimanapun, pasukan World Team dari Belanda itu tetap membariskan pelumba terbaik pada edisi kali ini dengan mempertaruhkan pakar pecut handalan, Fabio Jakobsen untuk mencabar kejuaraan. Timbalan ... Read more The post Saingan LTdL 2025 lebih terbuka appeared first on Utusan Malaysia .

Agong visits NAMI in Russia, test drives Aurus Senat

Agong visits NAMI in Russia, test drives Aurus Senat

His Majesty Sultan Ibrahim, King of Malaysia, is in Russia for a state visit, and how could a true car fan like His Majesty not visit the Central Scientific Research Automobile and Automotive Engines Institute (NAMI) while there? His Majesty, accompanied by defence minister Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin and […] The post Agong visits NAMI in Russia, test drives Aurus Senat appeared first on Paul Tan's Automotive News .

King observes Russian drone technology at Tochka Kipeniya

King observes Russian drone technology at Tochka Kipeniya

MOSCOW : His Majesty Sultan Ibrahim, King of Malaysia, today visited Tochka Kipeniya, a technology and innovation centre in Moscow, as part of his state visit to Russia. Upon arrival, His Majesty was received by Dimitry Peskov, Adviser to the President of the Russian Federation, and Alexey Ponomarev, Senior Vice-President of the Skolkovo Institute of Science and Technology (Skoltech). Accompanying the King were Defence Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, who is also the Minister-in-Attendance, Foreign Ministry Secretary-General Datuk Seri Amran Mohamed Zin, and Malaysian Ambassador to Russia Datuk Cheong Loon Lai. During the hour-long visit, Sultan Ibrahim toured an exhibition showcasing Russian drone technology, where Peskov briefed His Majesty on various technological development initiatives. The exhibition also featured a wide array of drones designed for diverse applications, highlighting Russia’s growing capabilities in the unmanned aerial systems sector. - Bernama

Nini urus lebih 90 cawangan  dobi

Nini urus lebih 90 cawangan dobi

MELIHAT kaum wanita yang bekerjaya berhadapan dengan tugasan berganda membuatkan Nini Tan, 38, mencari satu penyelesaian untuk meringankan beban mereka. Oleh kerana itu, Nini yang juga merupakan pengasas bersama merangkap Pengarah Eksekutif dobiQueen mengambil inisiatif untuk mengusahakan perniagaan dobi layan diri sejak sedekad lalu. Menurutnya, sebagai seorang wanita dia mengerti akan beban yang harus dipikul ... Read more The post Nini urus lebih 90 cawangan dobi appeared first on Kosmo Digital .