Kerajaan laksana rancangan mitigasi kurangkan impak tarif AS

Kerajaan laksana rancangan mitigasi kurangkan impak tarif AS

KUALA LUMPUR - Kerajaan yakin langkah-langkah awal yang telah dilaksanakan serta perancangan mitigasi yang rapi akan dapat mengurangkan impak negatif pengenaan tarif timbal balas oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas Malaysia secara khusus.Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Liew Chin Tong berkata, pada 1 Ogos lalu, Rumah Putih telah mengumumkan Arahan Eksekutif perubahan kadar tarif timbal balas ke atas negara-negara rakan dagangnya termasuk Malaysia pada kadar 19 peratus.Menurutnya, ini merupakan kejayaan buat kerajaan dalam merundingkan kadar tarif timbal balas tersebut kerana ia merupakan satu perundingan yang kompleks dari segi kandungan dan perlu dimuktamadkan dalam masa yang sangat singkat."Eksport Malaysia ke Amerika Syarikat ialah 13.2 peratus dari keseluruhan eksport Malaysia pada tahun 2024 yang berjumlah RM1.508 trilion."MITI bersama agensinya iaitu Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) turut mengambil langkah-langkah mitigasi bagi menangani impak tarif timbal balas dengan mempelbagaikan pasaran eksport negara."Ini dilaksanakan dengan meneroka destinasi baharu di pasaran bukan tradisional serta memperkukuh rangkaian eksport produk Malaysia, terutamanya ke negara-negara pasaran baharu yang sedang pesat membangun di Asia Tengah, Asia Selatan, Timur Tengah, Benua Afrika dan ASEAN," katanya di Dewan Rakyat pada Rabu.Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (BN-Tanjung Piai) yang bertanyakan status dan keberkesanan rundingan antara Kerajaan Malaysia dan Amerika Syarikat berkenaan pelaksanaan tarif timbal balik dan jaminan kerajaan susulan daripada tempoh ketidakpastian ini supaya tidak akan menjejaskan perdagangan, rantaian bekalan dan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia.Tambah Chin Tong, bagi meletakkan kedudukan Malaysia sebagai negara di titik pertengahan penting dalam rantaian bekalan, kerajaan komited untuk meningkatkan daya tahan negara bagi melahirkan syarikat-syarikat teknologi tempatan yang maju dalam sektor-sektor strategik seperti semikonduktor."Perlu ada perubahan pemikiran kerana selama ini syarikat-syarikat kecil dan PMKS dianggap hanya mampu menyokong syarikat gergasi korporat multinasional (MNC) asing."Pemikiran baharu menekankan keupayaan syarikat Malaysia dan potensi mereka untuk menjadi MNC yang berasaskan teknologi yang mampu memainkan peranan besar di persada dunia," jelasnya.Kerajaan juga katanya, komited untuk menerajui usaha transformasi syarikat-syarikat tempatan daripada hanya menjadi pengeluar tahap outsourcing ‘Dibuat di Malaysia’ atau Made in Malaysia kepada tahap ‘Dibuat dengan Teknologi Malaysia’ iaitu Made by Malaysia.Justeru, Program Pengaktifan dan Reformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GEAR-uP) di bawah Kementerian Kewangan yang bernilai RM25 bilion bertujuan untuk memacu sektor pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV) seperti semikonduktor dan peralihan tenaga serta memperkasakan komuniti terpinggir dan membangunkan bakat tempatan.Selain itu, MITI bersama Kementerian Kewangan juga akan memperkenalkan Kerangka Insentif Pelaburan Baharu (NIIF) pada suku ketiga tahun ini untuk pelaburan dan aktiviti bernilai tinggi.Ia untuk memastikan semua pelaburan menghasilkan manfaat seperti pekerjaan berkualiti untuk rakyat Malaysia, dan membangunkan ekosistem serta teknologi syarikat-syarikat Malaysia."Bagi memastikan PMKS mendapat manfaat melalui pelaburan domestik dan asing yang baharu dan melalui usaha membina syarikat Malaysia menjadi MNC, kerajaan akan mengkaji kemungkinan memperkasakan syarat-syarat lokalisasi yang dikenakan kepada pelabur asing."Ia bagi mewujudkan ekosistem berdaya tahan di Malaysia yang membolehkan syarikat-syarikat tempatan mendapat hasil limpahan.

Harga ayam stabil selepas tamat subsidi - KPDN

Harga ayam stabil selepas tamat subsidi - KPDN

KUALA LUMPUR: Harga pasaran ayam dilaporkan stabil sejak penamatan subsidi yang berkuat kuasa pada 1 Nov 2023, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Dr Fuziah Salleh berkata sebelum penamatan subsidi, pasaran ayam berdepan masalah kawalan harga meskipun kerajaan telah menetapkan harga kawalan dan bersubsidi. “Antara strategi yang kita lakukan adalah pembanterasan terhadap kartel makanan ayam kerana 70 peratus kos pengeluaran ayam adalah makanan ayam. Jadi, kita kawal kos pengeluar ayam. “Pada 1 Nov 2023, KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) mula ambil data harga ayam setiap hari untuk pastikan benar-benar berkesan. Tiada subsidi, tapi kita kawal sepanjang rantaian dan periksa harga ayam... sehingga hari ini, harga ayam stabil dan ada yang lebih rendah,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat. Beliau menjawab soalan Dr Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) berhubung mekanisme pelaporan dan pemantauan oleh Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) bagi memastikan langkah intervensi kos sara hidup memberi impak kepada pengguna serta indikator pencapaian keberkesanannya. - Bernama

PARLIMEN: Enam Ahli Parlimen Bersatu masih blok pembangkang

PARLIMEN: Enam Ahli Parlimen Bersatu masih blok pembangkang

KUALA LUMPUR: Enam Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang diarah mengosongkan kerusi oleh parti mereka selepas menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, masih kekal sebagai anggota blok pembangkang di Dewan Rakyat. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, tiada sebarang dokumen rasmi atau kenyataan bertulis dikemukakan kepada pihaknya ... Read more The post PARLIMEN: Enam Ahli Parlimen Bersatu masih blok pembangkang appeared first on Utusan Malaysia .

Pukul rakan sekelas: Dua pelajar lelaki mengaku salah

Pukul rakan sekelas: Dua pelajar lelaki mengaku salah

KAJANG – Dua pelajar lelaki Tingkatan Satu mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan berkelakuan tidak sopan dengan menampar rakan sekelas dalam kejadian tular di sebuah pusat beli-belah di sini. Kedua-dua pesalah juvana berusia 13 tahun membuat pengakuan bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Fatin Dayana Jalil. Berikutan ... Read more The post Pukul rakan sekelas: Dua pelajar lelaki mengaku salah appeared first on Kosmo Digital .

PARLIMEN: Bersedia dedah siasatan penuh NAFAS kepada PAC

PARLIMEN: Bersedia dedah siasatan penuh NAFAS kepada PAC

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersedia mendedahkan laporan siasatan penuh Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu bagaimanapun berkata, pendedahan tersebut bergantung kepada perbincangan dari masa ke semasa kerana perlu dirujuk kepada pihak yang mengendalikan urusan perundangan. “Saya ingat mendedahkan laporan penuh kepada PAC tidak ... Read more The post PARLIMEN: Bersedia dedah siasatan penuh NAFAS kepada PAC appeared first on Utusan Malaysia .

Chery pengeluar China pertama capai jumlah eksport lima juta kenderaan – 550,000 unit pada 1H 2025

Chery pengeluar China pertama capai jumlah eksport lima juta kenderaan – 550,000 unit pada 1H 2025

Chery terus menunjukkan prestasi luar biasa apabila mengumumkan telah mencapai angka eksport sebanyak lima juta unit kenderaan setakat bulan lalu. Ini menjadikan Chery sebagai pengeluar kereta pertama dari China yang berjaya mencapai tahap tersebut. Dalam masa yang sama, Chery turut mencatat peningkatan paling pantas dalam kedudukan senarai Fortune Global 500 […] The post Chery pengeluar China pertama capai jumlah eksport lima juta kenderaan – 550,000 unit pada 1H 2025 appeared first on Paul Tan's Automotive News .

Pelaksanaan sistem tol MLFF tidak melibatkan implikasi kewangan kerajaan – Ahmad Maslan

Pelaksanaan sistem tol MLFF tidak melibatkan implikasi kewangan kerajaan – Ahmad Maslan

Pelaksanaan sistem kutipan tol Aliran Pantas Pelbagai Lorong (MLFF) tidak akan melibatkan implikasi kewangan kepada kerajaan, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan. Katanya, perkara itu merupakan hala tuju baharu yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) dan dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada 25 Julai lalu, laporan […] The post Pelaksanaan sistem tol MLFF tidak melibatkan implikasi kewangan kerajaan – Ahmad Maslan appeared first on Paul Tan's Automotive News .

Hentikan spekulasi, ibu Zara Qairina tertekan, sedih – Peguam

Hentikan spekulasi, ibu Zara Qairina tertekan, sedih – Peguam

PETALING JAYA – Hantaran video mendakwa pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir dimasukkan ke dalam mesin basuh adalah spekulasi semata-mata. Perkara itu dimaklumkan dalam kenyataan bersama oleh peguam Hamid Ismail dan Shahlan Jufri yang mewakili Noraidah Lamat iaitu ibu kepada Zara Qairina. Menurutnya, Noraidah tidak pernah memberi maklumat sedemikian kepada sesiapa dan memohon individu berkenaan ... Read more The post Hentikan spekulasi, ibu Zara Qairina tertekan, sedih – Peguam appeared first on Kosmo Digital .

No delay to Segamat-Johor Bahru electrified double track, VIP may drive first KTM ETS to Kluang – Loke

No delay to Segamat-Johor Bahru electrified double track, VIP may drive first KTM ETS to Kluang – Loke

There is no delay to Keretapi Tanah Melayu‘s (KTM) Segamat-Johor Bahru electrification and double-tracking project (ETDP), transport minister Anthony Loke has said, according to a report by The Star. “It is inaccurate to say that […] The post No delay to Segamat-Johor Bahru electrified double track, VIP may drive first KTM ETS to Kluang – Loke appeared first on Paul Tan's Automotive News .