
Koperal maut dirempuh SUV dipandu suspek pecah rumah
Anggota polis terbabit cedera parah di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian
Anggota polis terbabit cedera parah di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian
Kinoshi optimis pemain import baharu mampu memainkan peranan penting dalam pertembungan Piala Sumbangsih menentang juara bertahan JDT di Stadium Sultan Ibrahim di sini, malam esok.
JAKARTA – Seorang wanita menerima kecaman orang ramai kerana melontarkan kata-kata kesat ketika menantunya sedang bersalin di sebuah hospital di wilayah Sulawesi Tenggara, lapor portal berita Tribunnews semalam. Rakaman video kejadian di platform Instagram oleh akaun @makassar_iinfo menunjukkan seorang wanita menjerit kesakitan semasa hendak melahirkan anak. Selepas mengadu tentang kesakitan yang dialami, dia bagaimanapun ditengking ... Read more The post Mertua mulut ‘puaka’, minta menantu mati semasa bersalin appeared first on Kosmo Digital .
ALOR SETAR : Seorang anggota polis berpangkat Koperal maut selepas dirempuh kenderaan penjenayah yang sedang melakukan jenayah pecah rumah di Taman Golf. Ketua Polis Kedah CP Adzli Abu Shah berkata mangsa berusia 35 tahun itu maut di tempat kejadian. Kenderaan utiliti sukan jenis Lexus yang dinaiki empat suspek merempuh mangsa yang baru turun dari kereta. “Pada 3.30 petang, polis menerima maklumat awam berhubung aktiviti jenayah pecah rumah,” kata Adzli. Sepasukan lima pegawai Jabatan Siasatan Jenayah IPK Kedah tiba di lokasi dengan dua kenderaan. Mangsa yang keluar dari kereta terus dirempuh suspek yang cuba melarikan diri. Mangsa cedera parah di bahagian kepala dan badan sebelum meninggal dunia di tempat kejadian. Seorang suspek berjaya ditahan manakala tiga lagi melarikan diri dengan kenderaan tersebut. Tiga suspek itu kemudian diberkas di Kepala Batas selepas terlibat dalam kemalangan. “Mereka turut melarikan sebuah kereta yang dinaiki sepasang suami isteri warga emas,” jelas Adzli. Suspek menarik keluar pemandu lelaki dan membawa isteri mangsa yang berada di bahagian penumpang. Kereta yang dilarikan suspek terlibat dalam kemalangan sebelum polis berjaya menahan mereka. Kesemua suspek berusia 24 hingga 26 tahun akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 457. Suspek utama berusia 26 tahun mempunyai 77 rekod jenayah lampau termasuk pecah rumah dan curi kereta. Tiga lagi suspek dipercayai dari selatan tanah air dan turut mempunyai rekod jenayah. Polis akan memohon reman esok dan bekerjasama dengan Kontinjen Johor untuk siasatan lanjut. “Kita perlu faham sebab mereka berada di kawasan ini,” kata Adzli. Jenazah arwah Koperal Mohd Hafizul Izham Mazlan masih di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah. Arwah berkhidmat selama 15 tahun dan berasal dari Setiu, Terengganu. Beliau meninggalkan seorang isteri dan tiga anak lelaki berusia empat, sembilan dan 11 tahun. Lokasi pengebumian arwah masih belum dipastikan dan perkembangan akan dimaklumkan kemudian. – Bernama
The home minister says 21 of them are still being actively investigated and have been referred to the Attorney-General’s Chambers.
KUALA LUMPUR : Investment, Trade and Industry Minister Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz has urged Malaysian businesses, including SMEs, to strengthen their global competitiveness to overcome trade barriers like tariffs. He emphasised the need for firms to become indispensable by expanding overseas and making their products essential in global supply chains. Speaking at the ASEAN Business Community Development Forum, Tengku Zafrul highlighted the importance of adopting advanced technology and improving efficiency. He noted that reliance solely on the domestic market would hinder Malaysia’s ability to produce globally competitive firms. “If your product is a necessity and competitive enough, tariffs won’t stop buyers,” he said, referencing recent U.S. tariffs on Malaysian goods. Tengku Zafrul stressed that companies must invest in R&D, talent, and innovation to remain relevant in an increasingly protectionist global market. He pointed out that Malaysia’s SME productivity lags behind regional peers like Vietnam and Thailand, urging immediate improvements. The minister also called for better utilisation of free trade agreements to access new markets and reduce dependency on a single economy. “We must push SMEs to expand beyond Malaysia and seize new opportunities,” he added. - Bernama
ALOR SETAR: Seorang anggota polis berpangkat koperal maut dilanggar kenderaan mewah jenis Lexus dinaiki empat penjenayah yang dipercayai melakukan kegiatan pecah rumah di Taman Golf, di sini. Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang, mangsa, Mohd. Hafizul Izham Mazlan, 35, yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah bersama rakan setugas tiba di tempat kejadian setelah menerima ... Read more The post Anggota polis maut dilanggar, empat penjenayah diberkas appeared first on Utusan Malaysia .
KUALA LUMPUR: Meneruskan komitmen terhadap kelestarian alam sekitar, LUSH Malaysia dengan kerjasama PULIHARA Malaysia, menjalin Kerjasama menerusi dana inisiatif Charity Pot, dalam usaha melindungi penyu laut yang semakin terancam di Pantai Chakar Hutan, Kerteh, Terengganu baru-baru ini. Kerjasama ini memberi fokus kepada pemuliharaan penyu agar, spesies ikonik di Pantai Timur yang kini berdepan ancaman akibat ... Read more The post Usaha berterusan lindungi penyu appeared first on Utusan Malaysia .
KUALA LUMPUR : Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan tindakan tegas termasuk melucut hak kenderaan milik syarikat dan pengendali berlesen yang menggajikan warga asing untuk memandu kenderaan perdagangan, berkuat kuasa hari ini. Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ Malaysia Muhammad Kifli Ma Hassan berkata tindakan itu melibatkan lori, kenderaan perkhidmatan awam (KPA) dan bas persiaran yang menggunakan khidmat pemandu warga asing bagi tujuan perkhidmatan. Beliau berkata berdasarkan peraturan semasa, warga asing tidak dibenarkan memiliki Lesen Vokasional seperti Lesen Kenderaan Barangan (GDL) atau Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV), dan sebarang pelanggaran adalah kesalahan serius. “Dalam hal ini, tindakan penguatkuasaan boleh diambil mengikut Seksyen 22, 41, dan 57 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 kerana melanggar syarat permit dan Seksyen 80 APAD 2010, iaitu pegawai boleh menyita dan dibawa ke mahkamah untuk melucuthakkan kenderaan syarikat perdagangan jika sabit kesalahan,” katanya dalam sidang media di Stesen Penguatkuasaan JPJ di Gombak di sini hari ini. Beliau berkata tindakan itu susulan peningkatan trend syarikat dan pengendali berlesen menggajikan warga asing dengan bayaran sekitar RM2,500 sebulan serta terlibat dalam kesalahan berulang. Muhammad Kifli berkata setakat Julai lepas, JPJ telah mengeluarkan 2,733 saman terhadap warga asing yang memandu kenderaan dagangan melibatkan 2,551 kes tiada GDL, 93 tiada PSV dan 89 kes lebih muatan. “Syarikat dan pengendali berlesen dalam industri pengangkutan diseru sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan dan memastikan setiap pekerja yang diambil memiliki dokumen serta kelayakan yang sah. “Operasi pemeriksaan dan pemantauan secara berterusan dengan kerjasama agensi penguat kuasa lain dan tindakan tegas tanpa kompromi akan dikenakan terhadap pihak yang didapati melanggar mana-mana Akta Pengangkutan Jalan 1987, APAD 2010 dan akta lain yang berkaitan,“ katanya. Sementara itu, dalam operasi di Selayang semalam, Muhammad Kifli berkata JPJ berjaya mengenal pasti seorang pemandu lori warga asing yang menggunakan MyKad dan lesen memandu palsu. “Semakan lanjut mendapati kad pengenalan dan Lesen Memandu Kompeten (CDL) serta GDL adalah palsu...isu dokumen palsu ini merupakan kesalahan serius,” katanya menambah JPJ akan menyiasat sindiket yang terlibat mengeluarkan lesen palsu terbabit. Dalam kes berasingan, seorang pemandu lori warga Indonesia turut ditahan di Sungai Pusu, Gombak kerana memandu tanpa sebarang dokumen dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut. – Bernama
GEORGE TOWN : Polis sedang melengkapkan kertas siasatan melibatkan lima warga Iran yang ditahan pada Sabtu lepas bagi membantu siasatan kes curi wang pelancong asing di sekitar pusat bandar George Town. Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata kesemua suspek berusia 19 hingga 35 tahun itu telah tamat tempoh reman pihak polis. Beliau menambah mereka kini sedang ditahan reman oleh Jabatan Imigresen sehingga 15 Ogos ini. “Pihak polis sedang menjalankan siasatan dari pelbagai sudut termasuk kemungkinan terdapat penglibatan mereka dalam kes-kes yang sama di negeri lain,” katanya. Mohd Alwi berkata setakat ini belum ada penemuan baharu dalam siasatan tersebut. “Hasil siasatan menunjukkan mereka dipercayai terlibat dalam tiga kes yang dilaporkan di kawasan George Town,” jelasnya. Beliau berkata polis sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya. Polis juga masih menunggu maklum balas daripada Jabatan Imigresen bagi pengesahan ketulenan pasport suspek. Suspek termasuk sepasang suami isteri dan rekod keluar masuk mereka ke negara ini turut disiasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 379 dan 380 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6 dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Pada Sabtu lepas, polis menahan tiga lelaki dan dua wanita di Plaza Gurney dalam operasi Op Tourist. Mereka dipercayai terlibat dalam kes curi wang pelancong asing yang dipukau di sekitar pusat bandar. Polis menerima tiga laporan kejadian curi wang tunai di kawasan Pulau Tikus dan Jalan Penang. Mangsa terdiri daripada pelancong warga Taiwan, Belanda dan Syria berusia 29 hingga 52 tahun. Kejadian dilaporkan berlaku antara 30 Julai hingga 1 Ogos lepas. – Bernama
DUBAI : The United Arab Emirates has dismissed Sudan’s claim that its forces destroyed an Emirati plane allegedly transporting Colombian mercenaries. Sudan has been embroiled in conflict since April 2023, with its military accusing the UAE of backing the paramilitary Rapid Support Forces (RSF). Sudan’s state TV reported on Wednesday that the air force struck an Emirati aircraft at Nyala airport in Darfur, killing at least 40 people. “The allegations are entirely false, lack any evidentiary basis, and represent a continuation of Sudan’s disinformation campaign,“ a UAE official told AFP. A Sudanese military source claimed the plane was “bombed and completely destroyed” while landing at the RSF-controlled airport. State TV alleged the aircraft had departed from a Gulf airbase, carrying foreign fighters and military supplies for the RSF. Nyala airport has faced repeated Sudanese army airstrikes in recent weeks. Army leader Abdel Fattah al-Burhan has accused the UAE of supplying drones and weapons to the RSF through the airport. The UAE denies these allegations despite reports from UN experts and US officials. “It is significant that a warring party is making these claims, given its direct involvement and incentive to distort facts,“ the UAE official stated. – AFP
JOHOR BAHRU – Lelaki gelandangan yang menjadi bahan kandungan video tular memaparkan tiga remaja memberi sisa makanan nasi dan tulang sebagai ‘sedekah’ baru-baru ini, sudah memaafkan perbuatan remaja terbabit.Lelaki yang dikenali sebagai Ram, 49, berharap agar insiden seumpama tidak berulang terhadap mana-mana gelandangan lain."Saya maafkan perbuatan mereka dan berharap ia tidak berulang kepada gelandangan lain."Selepas kejadian itu, beberapa penduduk datang jumpa saya, bagi makanan dan bertanya khabar, malah ada yang mohon maaf atas perbuatan tiga remaja itu," katanya.Ram menyedari mengenai video tersebut selepas ia tersebar di media sosial dan dimaklumkan oleh pengunjung di sekitar kawasan dia berada."Terkejut apabila mendapati bungkusan itu ada sisa makanan, saya tak marah sebaliknya hanya ucapkan terima kasih kepada mereka. Ketika itu juga, mereka beri bungkusan berbeza mengandungi makanan."Saya tak pasti tujuan mereka berbuat demikian, saya hanya sedar video tular itu selepas dimaklumkan pengunjung kawasan ini yang turut kecewa dengan perbuatan mereka," tambahnya.Walaupun terkejut apabila mendapati bungkusan itu hanya berisi sisa makanan, Ram memilih untuk bersangka baik dan menganggap tindakan tersebut dilakukan tanpa pertimbangan matang.Ram yang berasal dari Perak kini hidup sebagai gelandangan selepas tidak lagi mempunyai pekerjaan.Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai tindakan pihak berkuasa terhadap ketiga-tiga remaja terbabit dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berwajib.Sejak insiden itu tular, beberapa pihak tampil menyantuni Ram termasuk memberikan sumbangan makanan sebagai tanda prihatin terhadap apa yang berlaku.Tindakan tiga remaja terbabit menerima kecaman hebat dalam kalangan netizen yang menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak berperikemanusiaan dan memalukan.Pada Selasa, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan tiga individu dipercayai pempengaruh media sosial berhubung penyebaran video yang memaparkan mereka memberi sisa makanan kepada seorang gelandangan.Kenyataan MCMC memaklumkan rakaman keterangan dan siasatan lanjut berhubung perkara itu telah dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri, Johor selain menyita tiga telefon bimbit dan tiga kad SIM bagi membantu siasatan.
WASHINGTON : President Donald Trump demanded the immediate resignation of Intel CEO Lip-Bu Tan over alleged conflicts of interest tied to Chinese firms. “The CEO of INTEL is highly CONFLICTED and must resign, immediately. There is no other solution to this problem,“ Trump posted on Truth Social. The call came after Senator Tom Cotton raised concerns about Tan’s connections to Chinese companies. Tan reportedly controls dozens of Chinese firms and holds stakes in hundreds of advanced-manufacturing and chip companies. At least eight of these firms allegedly have ties to the Chinese military, according to Cotton. Cotton also highlighted Tan’s previous role at Cadence Design Systems, which admitted to illegally selling products to a Chinese military university. Tan led Cadence during the time of the violations. The Malaysia-born executive took over Intel in March amid financial struggles and layoffs. He acknowledged the challenges ahead, stating it “won’t be easy” to turn the company around. Intel, once a Silicon Valley giant, has fallen behind Asian rivals TSMC and Samsung in semiconductor manufacturing. The company also faces stiff competition from Nvidia in the AI chip market. Intel’s focus on traditional computing chips has been overshadowed by the rapid growth of AI technology. – AFP
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menghubungi bekas Perdana Menteri, Tan Muhyiddin Yassin untuk merekodkan kenyataannya dalam siasatannya berhubung tuntutan subsidi RON95.
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menjalin kerjasama erat dengan majlis agama Islam di setiap negeri dalam usaha menggalakkan penubuhan koperasi kariah masjid di seluruh negara.
PETALING JAYA: The increasing commercialisation of public services under the guise of "financial sustainability" is becoming a concern, says civil society group G25. Read full story