‘Saya nampak angin pusar dua kali’

‘Saya nampak angin pusar dua kali’

KUALA LANGAT- “Saya nampak angin pusar dua kali. Angin memang kuat, saya tak pernah tengok dan rasai angin sekuat itu dalam hidup.” Itu cerita pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan (SK) Sijangkang Jaya yang mahu dikenali sebagai Ali, 50, mengenai kejadian ribut dan angin pusar di Kampung Medan, di sini petang semalam. “Pada pukul 4.05 petang, kawasan ... Read more The post ‘Saya nampak angin pusar dua kali’ appeared first on Kosmo Digital .

Pearly-Thinaah tersingkir awal di Terbuka Denmark

PETALING JAYA – Aksi hambar terus menghantui kem badminton negara apabila beregu wanita utama, Pearly Tan-M. Thinaah tersingkir di pusingan 16 Terbuka Denmark selepas tewas mengejut kepada gandingan baharu Jepun, Arisa Igarashi-Chiharu Shida, sebentar tadi. Pasangan No. 2 dunia itu yang berdepan Igarashi-Shida buat kali pertama, gagal menemui rentak sebelum akur dengan kekalahan 8-21, 9-21 ... Read more The post Pearly-Thinaah tersingkir awal di Terbuka Denmark appeared first on Kosmo Digital .

'Jangan sebar gambar, video kes tikam pelajar' - Nie Ching

KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihatkan agar tidak menularkan gambar dan video kes tikam di sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya yang mengorbankan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun pada Selasa lalu.Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, tindakan menularkan gambar mangsa, suspek atau barangan kes boleh memberi kesan buruk kepada keluarga terlibat selain melanggar peruntukan undang-undang."Saya menasihatikan netizen seperti kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) di mana semua pihak jangan tularkan gambar-gambar mangsa dan suspek kerana ia merupakan kesalahan mengikut Akta Kanak-kanak 2001."Akta tersebut menyatakan dengan jelas bahawa tidak boleh sesiapa mendedahkan gambar yang melibatkan kanak-kanak iaitu mereka berumur 18 tahun ke bawah," katanya.Beliau ditemui selepas hadir memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang pelajar berkenaan di Nirvana Center Kuala Lumpur di sini pada Khamis.Nie Ching berkata, penyebaran gambar sedemikian bukan sahaja menjejaskan emosi masyarakat, malah boleh menambah penderitaan kepada keluarga mangsa."Saya rasa gambar di mana mangsa berada di tempat insiden, apabila kawan-kawan mereka nampak akan menimbulkan rasa sangat sedih."Tindakan kita mungkin menyakiti ibu bapa dan ahli keluarga mangsa lebih banyak. Informasi yang kita tak pasti, tolong jangan kongsi," katanya.Mengulas lanjut mengenai penggunaan media sosial yang dilihat menjadi faktor pengaruh kepada kes buli dan jenayah dalam kalangan remaja, Nie Ching berkata, kerajaan sedang berbincang dengan penyedia platform media sosial bagi memperketat kawalan penggunaan."Seperti yang disebut oleh Menteri Komunikasi kami sekarang tengah berbincang dengan platform provider kerana memang mereka ada garis panduan masing-masing. Banyak yang cakap bahawa kalau umur bawah 13 tahun tidak boleh menggunakan media sosial."Tetapi jika tiada sistem untuk memeriksa dan hanya bergantung kepada pengisytiharan diri, saya minta maaf untuk mengatakan bahawa ia tidak akan berkesan," katanya.Beliau berkata, tanggungjawab membendung penyebaran maklumat palsu serta kandungan tidak sesuai bukan hanya terletak kepada ibu bapa, tetapi juga penyedia platform media sosial."Saya terima aduan daripada pakcik mangsa yang memaklumkan ada individu mendakwa dirinya ayah kepada suspek, tetapi bukan."Saya tak boleh turunkan hantaran tersebut, perlu minta MCMC maklumkan kepada syarikat media sosial untuk menurunkan hantaran itu," katanya.

[KEMAS KINI] Dibunuh 200 tikaman, ibu dakwa anak tak kenal suspek

KUALA LUMPUR – Kira-kira 200 tikaman ditemui pada badan mangsa berusia 16 tahun yang ditemui mati dalam tandas di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selasa lalu. Ibu mangsa, Wong Lee Ping, berkata, berdasarkan penjelasan ahli patologi, kecederaan yang dialami anak bongsunya itu meliputi bahagian leher, termasuk bahagian rusuk, namun tiada kesan tikaman pada ... Read more The post [KEMAS KINI] Dibunuh 200 tikaman, ibu dakwa anak tak kenal suspek appeared first on Kosmo Digital .

Bantuan kemanusiaan Malaysia ke Palestin perlu koordinasi rapi - PM

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pelan bantuan kemanusiaan dari Malaysia ke Palestin mesti dikoordinasi dengan teliti dan berkesan agar setiap bantuan benar-benar sampai kepada mereka yang memerlukan.Beliau memaklumkan perkara itu semasa pertemuan dengan rangkaian masyarakat sivil Malaysia yang menggerakkan Ops Ihsan dan Sumud Flotilla di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada Khamis."Susulan perkembangan terkini di Palestin, saya bersama rangkaian masyarakat sivil Malaysia yang menggerakkan Ops Ihsan dan Sumud Flotilla telah bertemu hari ini bagi menyelaras tindakan segera menghantar bantuan kemanusiaan ke Palestin," katanya dalam hantaran di Facebook pada Khamis.Anwar berkata dengan kebijaksanaan, kecekapan dan semangat solidariti yang ditunjukkan, usaha itu akan membantu meringankan penderitaan rakyat Gaza sekali gus menjadi lambang keprihatinan serta kemanusiaan rakyat Malaysia terhadap perjuangan Palestin.