Pemasangan CCTV di asrama beri keutamaan sekolah tinggi kes buli

Pemasangan CCTV di asrama beri keutamaan sekolah tinggi kes buli

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan beberapa kriteria bagi pemasangan televisyen litar tertutup (CCTV) di asrama sekolah tahun ini. Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pemilihan sekolah dilaksanakan berasaskan penilaian risiko dan keperluan setempat, dengan kriteria seperti mempunyai rekod kes buli bagi tempoh dua tahun terkini. “Kriteia lain termasuk kepadatan penghuni atau enrolmen murid, perlindungan sedia ... Read more The post Pemasangan CCTV di asrama beri keutamaan sekolah tinggi kes buli appeared first on Kosmo Digital .

Penduduk trauma harimau ceroboh kampung

Penduduk trauma harimau ceroboh kampung

IPOH - Bunyi sedikit pun disangka harimau. Begitulah ketakutan yang menghantui penduduk Kampung Ulu Kuang, Chemor sejak dua tahun lalu susulan gangguan berulang daripada kehadiran haiwan buas itu yang masih bebas berkeliaran berhampiran kawasan penempatan mereka.Difahamkan, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah memasang beberapa perangkap menggunakan umpan kambing, malah ada ternakan dilaporkan mati akibat stres, namun ancaman itu masih belum berakhir.Bagi penduduk di sini, kisah harimau bukan lagi cerita dongeng. Ia kini menjadi igauan ngeri yang mengubah rutin hidup mereka sehingga ada yang trauma untuk keluar rumah selepas senja.Seorang pemilik kebun durian, Abdul Hadi Azruddin, 26, berkata,pengalaman berdepan situasi mencemaskan itu masih segar dalam ingatannya."Dalam jam 6.50 petang, saya nak balik dari kebun, tiba-tiba dengar bunyi badan besar bergesel dengan pagar zink kebun. Lepas itu ada bunyi garau macam harimau. Bila tengok tanah, memang jelas ada kesan tapak baru, satu besar dan satu kecil."Masa itu bulu roma terus naik. Saya kunci pintu kebun dan terus balik. Sejak kejadian itu, saya tak berani lagi berada di kebun lepas jam 6 petang," katanya.Menurut Abdul Hadi, ketakutan itu mengubah cara dia bekerja. Walaupun masih turun ke kebun setiap hari, dia kini hanya berani datang pada waktu siang."Untuk berjaga-jaga, saya bawa anjing dan parang. Kadang-kadang sediakan mercun bola untuk buat bising. Kalau tak, kita sendiri rasa tak selamat," katanya.Bagi pekerja ladang, Mohd Haikal Affendy Mohd Ruslan, 28, pula, pengalaman dua kali berdepan dengan harimau tahun ini membuatkan dia tidak pernah lagi bekerja dengan hati yang tenang."Kali pertama awal Januari lalu, saya nampak anak harimau melintas. Saya pun lari ketakutan. Minggu lepas pula, saya terhidu hamis kuat macam bau haiwan liar. Masa itu saya terus tinggalkan kebun."Memang sekarang ni kalau masuk kebun, hati tak pernah senang. Kami ikut nasihat Perhilitan pulang sebelum jam 6 petang, tetapi kerja kebun bukan boleh tengok jam selalu. Kadang-kadang terlajak juga," katanya.Tambahnya, boleh dikatakan hampir setiap minggu pekerja ladang menemui tapak kaki harimau, menandakan haiwan itu sering berkeliaran di kawasan mereka."Kerja tetap kena teruskan walaupun takut. Jadi kami bakar sampah untuk berasap atau bawa mercun. Kalau tidak, lagi gelisah dibuatnya," ujarnya.Bagi penduduk kampung, Muhamad Nazreen Syah Musthafa, 36, ancaman itu tidak hanya berlaku di kebun, malah turut menghantui mereka di kawasan rumah."Kalau saya kena balik kerja lewat malam, memang fobia. Saya akan duduk dalam kereta dulu, tengok keliling sebelum keluar. Kalau gelap, saya suruh isteri buka lampu luar rumah dulu, baru berani turun."Kadang-kadang rasa macam hidup dalam ketakutan. Saya selalu pesan pada keluarga, jangan duduk lama di luar rumah waktu malam, pastikan pintu dan pagar sentiasa tertutup," katanya.Baginya, rasa bimbang itu sudah menjadi sebahagian daripada hidup. Malam yang dahulu tenang kini dipenuhi rasa waspada kerana bimbang harimau tiba-tiba muncul."Bila fobia dah sampai tahap bunyi lembu pun orang ingat harimau, itu tandanya penduduk memang hidup dalam tekanan," katanya.Penduduk berharap pihak berkuasa memperhebat usaha memburu dan memindahkan haiwan berkenaan agar keselamatan mereka kembali terjamin seperti dahulu.Perangkap tidak berjaya, penduduk minta cari kaedah lainMasalah gangguan harimau di Kampung Ulu Kuang, Chemor bukan perkara baharu kerana penduduk di kawasan itu sudah bertahun-tahun hidup dalam kebimbangan, terutama dalam kalangan penternak dan pekebun yang bergantung kepada hasil sawit, getah, durian serta pisang sebagai sumber rezeki.Ketua Kampung Ulu Kuang, Hamdan Ishak, 58, berkata, tahun lalu seekor harimau seberat kira-kira 150 kilogram pernah ditangkap selepas membaham ternakan, namun insiden itu bukanlah pengakhiran kerana ancaman berulang dan semakin berani menghampiri kawasan penempatan."Baru-baru ini kira-kira jam 4.15 petang, seekor harimau dikesan melintas betul-betul di hadapan rumah saya."Ada pekerja asing ternampak dan selepas diperiksa, kami sahkan terdapat kesan tapak kaki. Pihak Perhilitan juga mengesahkan penemuan jejak itu," katanya ketika ditemui Sinar Harian.Hamdan berkata, jarak yang terlalu hampir dengan kawasan rumah menambahkan rasa gusar penduduk kerana haiwan berkenaan bukan sahaja muncul di pinggir hutan atau ladang, sebaliknya kini berani menjejakkan kaki ke jalan kampung.Susulan situasi itu, beliau menasihatkan penduduk agar tidak ke kebun seorang diri, sebaliknya bergerak secara berkumpulan sekurang-kurangnya dua atau tiga orang bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini."Masalahnya, ada penduduk yang terlalu takut dan trauma sampai langsung tidak berani lagi ke kebun."Ada kebun yang ditinggalkan hampir dua tahun kerana kawasan itu pernah menjadi lokasi harimau ditangkap," jelasnya.Menurutnya, Perhilitan telah memasang beberapa perangkap menggunakan umpan lembu dan kambing, namun haiwan liar itu masih tidak masuk jerat kerana lebih memilih bangkai segar hasil buruannya sendiri."Harimau biasanya akan kembali semula ke bangkai untuk beberapa hari."Kalau kita sempat letak bangkai baru, mungkin mudah dijerat, tetapi kalau sudah busuk, ia takkan datang. Itu cabarannya," katanya.Hamdan berkata, bilangan harimau dipercayai bukan seekor dua, sebaliknya lebih banyak dan sering berpindah kawasan, menjadikan usaha mengekang ancaman itu lebih sukar.Katanya, langkah berjaga-jaga telah diumumkan secara terbuka termasuk melalui masjid setiap Jumaat dan pesanan dalam kumpulan WhatsApp kampung supaya penduduk sentiasa berwaspada apabila ke kebun, terutama di kawasan pinggir hutan.Beliau turut menjelaskan bahawa punca utama gangguan itu dipercayai berpunca daripada kawasan habitat yang semakin diteroka selain tarikan sumber makanan kerana di sekitar kampung terdapat banyak ternakan serta populasi babi hutan yang tinggi.

Sokongan terhadap GRS tidak terjejas tanpa STAR, SAPP

Sokongan terhadap GRS tidak terjejas tanpa STAR, SAPP

SHAH ALAM – Landskap politik Sabah kembali hangat menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) ) ke-17 akan datang apabila dua parti komponen iaitu Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP)  tidak lagi bersama dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).Bagaimanapun, langkah itu tidak memberi kesan besar terhadap kekuatan GRS yang kekal utuh dengan sokongan pengundi dijangka tidak terjejas.GRS yang kini diterajui Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, masih didokong oleh beberapa parti komponen utama iaitu Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Parti Bersatu Sabah (PBS), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) dan Parti Cinta Sabah (PCS).Kewujudan gabungan pelbagai parti itu menggambarkan kekuatan GRS yang terus mendapat sokongan akar umbi, selain berjaya mengekalkan kestabilan politik di Sabah sejak mengambil alih pentadbiran negeri.Secara keseluruhan, perpecahan kecil akibat ketiadaan STAR dan SAPP dalam GRS tidak menjejaskan kekuatan gabungan itu, sebaliknya, GRS yang membawa pembangunan, membuka peluang pekerjaan dan memastikan kesejahteraan rakyat Sabah terus kukuh dengan sokongan akar umbi.Pandangan itu turut dikongsi penganalisis politik, Mujibu Abd Muis yang berpendapat ketiadaan STAR dan SAPP dalam GRS dijangka tidak terlalu menjejaskan kekuatan gabungan itu menjelang PRN tidak lama nanti.Walaupun kehilangan dua parti berkenaan mengurangkan kepelbagaian wakil tempatan dalam bendera GRS, bagaimanapun Mujibu berpandangan, gabungan itu masih memiliki beberapa kelebihan penting termasuk kedudukan sebagai parti pemerintah dan kekuatan akar umbi daripada komponen lain."GRS masih mempunyai kelebihan incumbency (sebagai parti pemerintah) serta komponen lain yang memberi tapak akar umbi."Secara umumnya, sokongan keseluruhan bergantung kemampuan gabungan itu menyerap undi penyokong tegar STAR dan SAPP, keberkesanan mesej pembangunan serta pencapaian yang dibuktikan, selain strategi pembahagian kerusi antara komponen termasuk dengan Pakatan Harapan (PH)," katanya.Tambah beliau,  politik Sabah sejak sekian lama memang dibina atas kekuatan gabungan besar atau 'big tent coalition' yang menghimpunkan parti-parti berasaskan daerah dan kaum.Mujibu berkata,  model berkenaan berfungsi baik dalam konteks Sabah kerana komposisi pengundi di negeri itu majmuk serta memerlukan perkongsian kuasa politik.Menurutnya lagi, model itu mempunyai kelemahan dari aspek ketegangan dalaman dan perebutan kerusi.Bagaimanapun, Mujibu memaklumkan, kelebihan model itu adalah ia boleh menghasilkan majoriti tipis di kawasan marginal, selain memberi imej kestabilan dan perkongsian sumber antara parti.Beliau melihat bahawa STAR dibawah Presidennya, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan mempunyai pengaruh signifikan dalam kalangan pengundi Kadazan-Dusun-Murut (KDM) khususnya berkait isu hak negeri dan tanah adat, manakala SAPP membawa sentimen lokalisme dan kedaulatan negeri yang boleh mengena dalam kalangan pengundi Cina bandar."Cumanya, dengan kes video yang terpalit  dengan Jeffrey, ia mungkin menjadi cabaran buat STAR untuk memancing undi orang muda dan atas pagar KDM," katanya.Tanpa dua parti itu, Mujibu mengakui GRS berpeluang menjenamakan diri sebagai gabungan lebih mantap dengan syarat ia mampu menetapkan naratif tunggal berasaskan rekod pembangunan, memastikan pembahagian kerusi lebih tersusun serta mengukuhkan mobilisasi akar umbi."Rebranding GRS hanya akan berjaya jika ia tampil sebagai 'coalition of delivery' iaitu gabungan yang bukan sekadar politik, tetapi benar-benar menepati janji pembangunan," ujarnya.Justeru, beliau menasihatkan GRS untuk segera menyusun semula naratif kempen, menetapkan pembahagian kerusi dengan rapi serta memobilasi akar umbi.Mengulas lanjut, beliau memaklumkan, GRS kekal dilihat utuh dan masih berupaya mempertahankan sokongan rakyat pada PRN akan datang dengan strategi yang lebih tersusun serta imej sebagai gabungan stabil."Melihat situasi semasa dengan perkembangan sedia ada, terdapat beberapa senario berpotensi berlaku termasuklah jika GRS berjaya dijenamakan semula dan mencapai pakatan taktikal dengan parti lain, ia berada dalam kedudukan terbaik untuk menang PRN," katanya.Sementara itu, Ketua Penerangan GRS, Datuk Joniston Bangkuai berkata,  Kerajaan Sabah tetap stabil dan semua agenda pembangunan berjalan tanpa gangguan meskipun dengan ketiadaan STAR dan SAPP."Bagi saya jelas, rakyat Sabah mahu kestabilan. GRS ditubuhkan atas semangat itu untuk satukan kekuatan parti-parti tempatan yang sehaluan dan pastikan kerajaan berfungsi dengan baik, berpaksikan kepentingan rakyat," ujarnya.Joniston menambah, akhirnya, rakyat mahu melihat kerajaan yang konsisten memperjuangkan kepentingan mereka."Itulah yang boleh mereka harapkan daripada GRS, sebuah gabungan yang kekal fokus membawa pembangunan asas, membuka peluang pekerjaan, dan memastikan rakyat Sabah sentiasa jadi keutamaan," katanya lagi.Menurut Joniston, GRS sudah membuktikannya melalui peningkatan hasil negeri, rizab yang kukuh, pelaburan besar dan peruntukan hampir RM1 bilion untuk pendidikan serta kemahiran rakyat.

Reformasi kewangan dan ketahanan iklim penting capai AIR2040

Reformasi kewangan dan ketahanan iklim penting capai AIR2040

KUALA LUMPUR : Pelaksanaan reformasi kewangan segera dan pengukuhan daya tahan terhadap perubahan iklim dalam sektor air negara amat penting bagi mencapai matlamat agenda Transformasi Sektor Air 2040 (AIR2040). Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menyatakan cabaran semasa perlu menjadi pemangkin kepada inovasi, reformasi dan kerjasama yang lebih kukuh merentasi sektor air. Beliau menegaskan reformasi kewangan perlu menjadi keutamaan negara dengan mewujudkan rangka kerja pembiayaan yang adil dan mampan. “Tarif perlu mencerminkan kos sebenar bekalan, di samping memastikan golongan rentan dilindungi melalui mekanisme sokongan yang telus dan bersasar.” “Hanya menerusi kestabilan kewangan, syarikat utiliti boleh melabur semula, berinovasi dan membangunkan sektor air yang mampu memenuhi permintaan masa depan.” Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata kemajuan Malaysia sebagai kuasa digital dan industri telah mendorong peningkatan permintaan air. Beliau menggesa pendekatan bersepadu dan berasaskan data diguna pakai bagi menghubungkan perancangan air dengan pembangunan industri serta perlindungan alam sekitar. “Strategi utama meliputi ramalan permintaan yang kukuh, penggunaan air secara cekap dan kepelbagaian sumber bekalan menerusi kitar semula air, penuaian air hujan, penyahmasinan dan pengurusan air bawah tanah.” Bagi menangani tekanan iklim, Fadillah berkata Malaysia mengalami corak hujan tidak menentu, kemarau panjang serta banjir kerap yang mengganggu sistem bekalan. Beliau menggesa pelaburan dalam ketahanan iklim dipertingkatkan termasuk melindungi kawasan tadahan air dan pemodenan infrastruktur. “Usaha-usaha ini perlu disokong dengan mengintegrasikan pemeliharaan alam sekitar serta sistem amaran awal di setiap peringkat perancangan.” Fadillah menekankan kejayaan AIR2040 memerlukan ekosistem kerjasama luas melibatkan pihak pengawal selia, utiliti, akademia dan pemain industri. “Kerajaan menerusi PETRA kekal komited untuk menyediakan hala tuju dasar yang jelas serta menyokong kolaborasi dengan kerajaan negeri dan agensi di seluruh negara.” – Bernama

South Africa beat Rwanda to qualify for 2026 World Cup

South Africa beat Rwanda to qualify for 2026 World Cup

SOUTH AFRICA defeated Rwanda 3-0 in Mbombela on Tuesday to win Group C and qualify for the 2026 World Cup. Thalente Mbatha and Oswin Appollis scored in the first half with Evidence Makgopa sealing victory with a goal midway through the second period. South Africa topped the table with 18 points, one more than Nigeria, who hammered third-placed Benin 4-0 in Uyo with Victor Osimhen claiming a hat-trick. However, Nigeria could still make it to the World Cup as they will be among the four best-ranked African runners-up who compete in a mini-tournament in Morocco during November. The winners of the play-offs, which involve single-match semi-finals and a final, advance to an inter-continental tournament in March with two World Cup places up for grabs. It will be the fourth appearance by South Africa at the global showpiece. They qualified for the 1998 and 2002 tournaments and were automatic participants in 2010 as the host nation. Belgium-born coach Hugo Broos was thrilled as he represented his country as a player at the 1986 World Cup in Mexico and wanted to coach a team at the tournament before retiring. “We all knew that we could do it, we believed in ourselves. We are going to the World Cup and it is fantastic,“ said the 73-year-old. “In the last three years we changed players and every time it was the right choice. What happened tonight is the work of three years and the future looks very bright for South African football. “We have the Africa Cup of Nations in Morocco during December and then the World Cup. There are no words to express how I feel.” Winger Appollis was voted player of the match after scoring and creating the other goals as South Africa regained their scoring touch after failing to find the net in a draw with Zimbabwe last Friday. - ‘Amazing feeling’ - “What an amazing feeling for the group going to the World Cup. I am so happy for the boys,“ he told reporters. “I know we had a draw in our last game, but I knew that we would come here to Mbombela tonight and win.” Qualification was a huge relief for South Africa, who saw a five-point lead with four rounds remaining turn into a two-point deficit behind Benin entering the final round. South Africa dropped points in home draws with Nigeria and Zimbabwe and forfeited three points for fielding the ineligible Teboho Mokoena in a victory over Lesotho. South Africa needed to beat Rwanda and hope Nigeria defeated Benin, and that is what transpired with the home teams making dream starts. Nigeria were ahead within three minutes through Osimhen while Mbatha scored the first South African goal with just five minutes gone. A snap shot from Appollis midway through the opening half put South Africa in control and Rwanda spent most of the match on the back foot. Makgopa, a late call-up in place of injured Iqraam Rayners, headed into the net off a corner on 72 minutes to complete the scoring. Osimhen netted a second time before half-time and completed his hat-trick six minutes into the second half. An added-time goal from Frank Onyeka completed the rout. South Africa become the seventh African country to qualify for the expanded 48-team World Cup next year in the United States, Canada and Mexico. They join Algeria, Cape Verde, Egypt, Ghana, Morocco and Tunisia, and the final two automatic qualifiers will be decided later Tuesday. Group leaders Ivory Coast and Senegal need victories at home to Kenya and Mauritania respectively to qualify. - AFP

Wanita pulangkan beg pelancong berisi RM26,600

Wanita pulangkan beg pelancong berisi RM26,600

BANGKOK – Seorang pekerja bar di Thailand menerima pujian ramai apabila mengembalikan sebuah beg berisi wang tunai berjumlah kira-kira AUD$9,700 (RM26,600) milik seorang rakyat Australia yang ditinggalkan secara tidak sengaja, lapor akhbar Metro UK.  Chomnad Singaod, 42, menemui beg itu di hadapan premis di Pattaya itu pada awal pagi semasa mahu pulang ke rumah.  Chomnad ... Read more The post Wanita pulangkan beg pelancong berisi RM26,600 appeared first on Kosmo Digital .