PRN Sabah: Calon PN diumum dua minggu lagi

PRN Sabah: Calon PN diumum dua minggu lagi

KOTA BHARU – Perikatan Nasional (PN) dijangka mengumumkan senarai calon bagi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah dalam tempoh dua minggu lagi.Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, ketika ini proses rundingan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih berjalan."Kita perlu selesaikan agihan kerusi terlebih dahulu, barulah boleh umumkan senarai calon."Hal ini kerana berlaku pertindihan bagi beberapa kerusi," katanya semasa sidang akhbar ketika ditemui selepas Ceramah Umum Sempena Sambutan 70 Tahun Pas Kelantan dan 35 Tahun Membangun Bersama Islam di Pengkalan Chepa, di sini pada malam Sabtu.Menurut beliau, langkah itu bagi mengelakkan Pas daripada tersalah meletakkan calon sekiranya agihan kerusi belum diselesaikan sepenuhnya.Sinar Harian pada 12 Oktober lalu melaporkan, PN menyasarkan untuk bertanding di 36 daripada 73 kerusi pada PRN17 Sabah nanti.Menurut Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, jumlah tersebut menunjukkan hasrat gabungan itu untuk mentadbir negeri berkenaan.

Tapai pulut daun getah masih digemari

Tapai pulut daun getah masih digemari

KUALA PILAH: Tapai pulut daun getah yang dahulunya sering menjadi pencuci mulut di majlis kenduri kini semakin sukar ditemui. Antara sebabnya, tidak ramai lagi yang meneruskan kaedah pembungkusan tradisional menggunakan daun getah. Bagi Rosnah Ishak, 63, dari Kampung Tulang Rimau, Dangi, Johol di sini, keaslian tapai pulut hanya dapat dikekalkan apabila ia dibungkus dengan daun ... Read more The post Tapai pulut daun getah masih digemari appeared first on Utusan Malaysia .

Polis siasat lelaki tunjuk isyarat lucah, tumbuk cermin bas di terminal BSI

Polis siasat lelaki tunjuk isyarat lucah, tumbuk cermin bas di terminal BSI

JOHOR BAHRU – Polis sedang menyiasat insiden melibatkan seorang lelaki warga tempatan yang bertindak agresif dan menunjukkan isyarat lucah di terminal bas Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Jumaat lalu.Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut daripada seorang wanita warga tempatan berusia 37 tahun pada Sabtu."Kejadian tersebut turut tular di aplikasi X dan suspek yang dipercayai berada dalam keadaan mabuk telah menumbuk cermin serta menendang pintu bas."Suspek turut mengeluarkan kata-kata ugutan kerana tidak dapat menaiki bas di terminal berkenaan," katanya dalam satu kenyataan.Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum dengan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika ugutan itu bukan melibatkan ancaman menyebabkan kematian, kecederaan parah atau kerosakan harta benda.Bagaimanapun Raub berkata, jika ugutan tersebut melibatkan ancaman kematian, kecederaan parah atau kerosakan harta benda dengan api atau merendahkan maruah wanita, hukuman boleh dikenakan sehingga tujuh tahun penjara atau denda atau kedua-duanya."Kes turut disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100."Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323 bagi membantu siasatan."Pihak polis Johor Bahru Selatan akan terus memastikan keselamatan awam sentiasa terpelihara dan akan memberikan maklumat lanjut apabila siasatan selesai," katanya.

Cermin mata hitam penuh pilihan Hun Haqeem

Cermin mata hitam penuh pilihan Hun Haqeem

TIDAK kira musim atau acara, satu aksesori fesyen yang sentiasa menjadi penyelamat gaya adalah cermin mata hitam. Ia bukan sekadar pelindung daripada silau matahari, tetapi juga simbol identiti dan keyakinan diri. Dari jalanan hingga ke pentas fesyen antarabangsa, sepasang cermin mata hitam yang tepat mampu mengubah aura keseluruhan seseorang, menjadikan gaya kasual tampak eksklusif dan ... Read more The post Cermin mata hitam penuh pilihan Hun Haqeem appeared first on Kosmo Digital .

Cabaran naikkan had umur media sosial perlu pendekatan holistik

Cabaran naikkan had umur media sosial perlu pendekatan holistik

CADANGAN kerajaan untuk menaikkan had umur penggunaan media sosial daripada 13 kepada 16 tahun membuka perdebatan antara kebebasan digital dan tanggungjawab melindungi kanak-kanak.Walaupun ia dilihat sebagai usaha melindungi golongan muda daripada cabaran dunia siber, pelaksanaannya memerlukan penelitian mendalam dari aspek undang-undang, realiti sosial serta teknikal.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, cadangan itu masih di peringkat perbincangan bersama penyedia platform media sosial.Menurutnya, pelaksanaan kelak akan berpandukan kepada akta sedia ada yang berkaitan keselamatan dalam talian.Langkah ini sebenarnya selari dengan trend antarabangsa apabila beberapa negara Eropah seperti Perancis dan Ireland telah memperkenalkan garis panduan ketat terhadap akses media sosial oleh pengguna bawah umur 16 tahun.Alasannya adalah untuk melindungi kesejahteraan mental remaja dan mengurangkan pendedahan terhadap kandungan berbahaya seperti buli siber, penipuan serta eksploitasi seksual.Malaysia dilihat bergerak ke arah yang sama, iaitu menilai semula tanggungjawab sosial penyedia platform terhadap pengguna muda.Namun, cabarannya adalah pada aspek penguatkuasaan sebenar apabila platform seperti Instagram, TikTok dan X masih menggunakan sistem pengesahan umur yang bergantung kepada pengakuan pengguna sendiri.Tanpa mekanisme pengesahan identiti digital yang kukuh, had umur mungkin hanya menjadi simbolik.Dalam konteks ini, keperluan untuk menambah baik sistem verifikasi umur yang sah mungkin menjadi kunci utama, termasuk usaha menggunakan semakan dokumen rasmi kerajaan.Dari sudut sosiologi, kenaikan had umur juga mencetuskan persoalan sama ada ia boleh mengurangkan risiko terhadap remaja atau membuka ruang maya yang lebih tersembunyi dan sukar dikawal.Golongan remaja kini membesar dalam ekosistem digital, dan sekatan tanpa pendidikan literasi media boleh menjurus ke arah penggunaan akaun palsu atau pendedahan tidak terkawal di platform alternatif.Pendekatan holistik bukan sekadar menaikkan angka usia, tetapi turut merangkumi pendidikan keselamatan siber di sekolah, sokongan psikologi kepada remaja yang aktif dalam talian, serta tanggungjawab ibu bapa dalam memantau aktiviti digital anak-anak.Sekiranya kerajaan benar-benar mahu menjadikan had umur itu efektif, pelaksanaannya perlu melibatkan tiga lapisan tanggungjawab, iaitu dasar kerajaan yang jelas, komitmen syarikat teknologi, dan kesedaran keluarga.Sinergi itu dapat melindungi remaja daripada bahaya dunia maya dan membentuk kesejahteraan mental.

Kenapa MCA,  MIC tidak  bersikap budiman?

Kenapa MCA, MIC tidak bersikap budiman?

BUAT pertama kali dalam sejarah penubuhan Barisan Nasional (BN), MIC tidak menjemput pemimpin UMNO ke perhimpunan agungnya yang akan berlangsung pada 16 November ini. Perkara itu ditegaskan oleh Presiden MIC, Tan Sri S. A. Vigneswaran memaklumkan bahawa mesyuarat itu akan berlangsung sehari dan memfokuskan hal dalaman parti dengan hanya dihadiri perwakilan serta delegasi MIC. Kelihatan ... Read more The post Kenapa MCA, MIC tidak bersikap budiman? appeared first on Utusan Malaysia .

Redmagic 11 Pro Lineup Debuts In China With Liquid Cooling

Redmagic 11 Pro Lineup Debuts In China With Liquid Cooling

A week ago, Redmagic teased its latest gaming smartphones, highlighting a distinctive design with a water-cooling ring. On Friday, the nubia sub-brand officially released the Redmagic 11 Pro series in China. The lineup includes a Pro model and a fancier Pro+ variant. Both of the phones largely share the same specifications, with differences in terms […] The post Redmagic 11 Pro Lineup Debuts In China With Liquid Cooling appeared first on Lowyat.NET .