
Jang bersiap sambut Selangor di Paroi
KEYAKINAN tinggi menyelubungi kem Negeri Sembilan FC menjelang pertembungan sengit menentang Selangor FC dalam aksi suku akhir pertama Piala FA 2025/26 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Sabtu ini.Pertahanan tengah Negeri Sembilan, Zainal Abidin Jamil berkata, skuad Jang kini berada dalam keadaan terbaik selepas menjalani persiapan rapi sepanjang minggu dengan semangat sepasukan yang kian membara menjelang aksi penting itu."Meskipun kami sudah bersedia sepenuhnya, kami tetap menghormati kekuatan Selangor terutama di bahagian sayap."Kami tahu mereka memiliki pemain pantas dan lincah, jadi fokus kami adalah menutup ruang serta menyekat setiap gerakan berbahaya."Dua tonggak lawan, Alvin Fortes dan Faisal Halim akan menjadi tumpuan utama benteng pertahanan khususnya selepas Faisal menunjukkan prestasi luar biasa sejak kebelakangan ini," katanya.Sebagai rekod, saingan Liga Super menyaksikan Selangor menghuni tangga kelima manakala Negeri Sembilan dikedudukan keenam masing-masing memburu kelebihan awal sebelum aksi timbal balik.Menurut Zainal, kemenangan pada perlawanan pertama amat penting bagi menambah keyakinan dan momentum pasukan menjelang aksi kedua nanti."Kami mahu memastikan kemenangan di laman sendiri kerana ia mampu memberi lonjakan moral untuk menghadapi perlawanan timbal balik."Semua pemain sedar tanggungjawab masing-masing dan kami akan berikan segalanya," tegasnya. Piala FA 2025/26Suku Akhir PertamaSabtu (18 Oktober)Negeri Sembilan lwn Selangor (Stdm Tuanku Abdul Rahman, 8.30 malam)Terengganu lwn Kuching City (Stdm Sultan Mizan Zainal Abidin, 9 malam)Suku Akhir KeduaSelasa (28 Oktober)Kuching City lwn Terengganu (Stdm Negeri, 7.45 malam)Johor Darul Ta’zim lwn Penang (Stdm Sultan Ibrahim, 8.15 malam)Rabu (29 Oktober) Sabah lwn Kelantan TRW (Stdm Likas, 8.15 malam)Selangor lwn Negeri Sembilan (Stdm Majlis Bandaraya Petaling Jaya, 9 malam)* Tarikh, venue, masa tertakluk pindaan Liga Bola Sepak Malaysia