Kaedah-Kaedah Perikanan Sungai 2025 usaha kawal pembiakan ikan invasif

Kaedah-Kaedah Perikanan Sungai 2025 usaha kawal pembiakan ikan invasif

PADANG BESAR: Kaedah-Kaedah Perikanan Sungai 2025 yang diluluskan kerajaan negeri sebelum ini dapat memperkasakan usaha bagi mengawal pembiakan spesies asing invasif (IAS) yang mengancam ekosistem perikanan tempatan. Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Rahimi Ismail berkata, melalui kaedah baharu itu, terdapat peruntukan yang melarang nelayan daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang dapat menjejaskan ekosistem seperti bubu naga dan pukat ... Read more The post Kaedah-Kaedah Perikanan Sungai 2025 usaha kawal pembiakan ikan invasif appeared first on Utusan Malaysia .

Krisis Gaza serlah keruntuhan tatanan dunia, seru pertahankan multilateralisme

Krisis Gaza serlah keruntuhan tatanan dunia, seru pertahankan multilateralisme

KUALA LUMPUR - Krisis kemanusiaan dan genosid di Gaza mencerminkan keruntuhan tatanan antarabangsa serta keperluan mendesak untuk mempertahankan multilateralisme, kata Pengerusi Polity Malaysia, Nurul Izzah Anwar.Beliau berkata, tatanan antarabangsa perlu sekali lagi berfungsi untuk semua negara, bukan sahaja yang berkuasa, dan memastikan keadilan dalam peluang politik serta ekonomi global."Gaza hanyalah permulaan. Apabila anda menyaksikan keruntuhan tatanan antarabangsa, apa lagi yang tinggal? Jadi, kami hadir di sini untuk mempertahankan, memperjuangkan dan berjuang demi multilateralisme, selain menyediakan akses luas kepada pelbagai pilihan dasar untuk rakyat Malaysia."Pada 1955, terdapat Persidangan Bandung yang memperlihatkan banyak negara membangun yang mahu dilayan secara adil, diberikan peluang setara, serta peluang ekonomi untuk memajukan rakyat masing-masing. Kami mahu Kuala Lumpur menjadi saksi kepada suara bukan sahaja daripada Global Selatan, malah juga daripada Global Utara yang dibimbing kompas moral," katanya kepada pemberita pada Persidangan Kuala Lumpur mengenai Peraturan Baharu Antarabangsa yang Adil dan Berperikemanusiaan pada Selasa.Nurul Izzah berkata, penyertaan penceramah dari pelbagai negara termasuk Namibia menyerlahkan lagi kepentingan solidariti global serta misi asal institusi antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).Sementara itu, Ahli Parlimen Islington North Jeremy Corbyn bersetuju bahawa undang-undang antarabangsa mesti ditegakkan dalam menangani krisis kemanusiaan di Gaza, sambil menegaskan bahawa perlu ada pertanggungjawaban terhadap tindakan yang boleh disifatkan sebagai genosid.Corbyn turut menyuarakan kebimbangan terhadap ketidakjelasan mengenai usaha pembinaan semula Gaza walaupun gencatan senjata sedang berkuat kuasa ketika ini. - Bernama

Zara Qairina dituduh terlibat kes curi kerana didakwa pernah ditemui wang yang banyak dalam lokernya - Saksi

Zara Qairina dituduh terlibat kes curi kerana didakwa pernah ditemui wang yang banyak dalam lokernya - Saksi

KOTA KINABALU - Saksi ke-22 yang juga kanak-kanak ke-13 memberitahu kepada Mahkamah Koroner di sini bahawa Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir dituduh terlibat dalam kes curi kerana didakwa pernah ditemui wang yang banyak di dalam loker pelajar tersebut.Saksi memberi keterangannya itu di Mahkamah Koroner, di sini secara 'in camera' di hadapan Hakim Koroner Amir Shah Amir Hassan pada Selasa.Peguam Joan Goh berkata, saksi memaklumkan sebelum kejadian itu, Zara Qairina pernah dipanggil oleh pelajar senior sebanyak sekali berkaitan kes curi di asrama mereka."Tetapi saksi tidak tahu berkenaan kes itu, dan Zara tidak mengaku terbabit dengan kes itu. Zara dituduh terlibat dengan kes curi kerana mereka pernah jumpa wang yang banyak dalam loker Zara, diberitahu oleh rakan sebilik Zara."Saksi berkata, mereka tidak pernah memberitahu kepada guru mengenai kes kecurian yang berlaku dan mereka tidak pernah memberitahu guru bahawa mereka mengesyaki Zara yang melakukan perkara itu," katanya kepada pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, di sini pada Selasa.Joan berkata, saksi memaklumkan di asrama mereka tiada peraturan yang menyatakan pelajar daripada dorm lain tidak boleh memasuki dorm orang lain."Saksi juga memberitahu pada jam 10.30 hingga 11 malam, pelajar sepatutnya berada di dalam dorm untuk tidur. Saksi dan rakan-rakan senior yang lain tidak pernah diberikan kebenaran oleh guru untuk menegur, memarahi dan menghakimi pelajar yang berbuat salah."Saksi turut berkata, guru juga tidak pernah memberikan kuasa kepada mereka untuk bersikap kasar, guru tidak tahu mereka bersikap kasar kepada pelajar lain, mereka cuma ikut amalan yang lalu, kerana dulu mereka pun diperlaku sedemikian," katanya.Jelas Joan lagi, saksi memaklumkan semasa dia di Tingkatan Satu, ramai pelajar batch membuat 'barcode' dengan menoreh di lengan menggunakan alat 'cutter' tetapi dia tidak pasti apa tujuannya."Jadi pada masa itu, saksi pun ada buat 'barcode' dengan menoreh tangan kerana pada masa itu, saksi 'stress' dengan masalah keluarga dan terikut-ikut dengan trend 'batch' saksi."Saksi buat begini sebanyak tiga kali iaitu sekali masa Tingkatan Satu waktu pertengahan tahun, kedua kali pada hujung tahun dan awal tahun masa Tingkatan Dua. Saksi tidak pernah buat 'barcode' selepas itu," katanya.Joan bersama rakan sepasukannya iaitu Datuk Ram Singh dan Prem Elmer Ganasan mewakili salah seorang daripada lima pelajar yang dituduh dalam kes berkaitan Zara Qairina dan mereka menjadi pihak berkepentingan dalam inkues tersebut.Allahyarham Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) keesokan harinya.    Lagi artikel berkaitan:Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara QairinaKes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun KeseksaanIbu Zara Qairina dua kali tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak - SaifuddinKes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - SaifuddinTiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - SaifuddinInkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini[KRONOLOGI] Kes kematian Zara QairinaKes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polisGelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara QairinaKes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIPKes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit AmanIbu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJPegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJPeguam Negara arah inkues kes kematian Zara QairinaPasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara QairinaPeguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara QairinaShahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara QairinaJasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjidJenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harumPeguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semulaCerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - PeguamTelefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buliKes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polisKes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolahGelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara''Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli

Filem pendek ‘Salangai’ sarat dengan semangat perpaduan Malaysia

Filem pendek ‘Salangai’ sarat dengan semangat perpaduan Malaysia

KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Deepavali, Kementerian Perpaduan Negara menyajikan sebuah filem pendek bertajuk ‘Salangai’ iaitu sebuah karya sarat dengan makna, budaya dan semangat perpaduan sejati rakyat Malaysia. Filem pendek itu ditayangkan secara rasmi di platform media sosial Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang selain turut disiarkan melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi TV 1 ... Read more The post Filem pendek ‘Salangai’ sarat dengan semangat perpaduan Malaysia appeared first on Utusan Malaysia .

UPTM komited berdaya saing di peringkat ASEAN, Asia

UPTM komited berdaya saing di peringkat ASEAN, Asia

PETALING JAYA – Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) komited untuk muncul sebagai antara institusi pendidikan tinggi berdaya saing di peringkat ASEAN dan Asia melalui penganjuran bersama ASEAN+3 Forum on Women and Digitalisation 2025. Forum anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) serta Institut Kemajuan Desa (Infra) itu berlangsung pada 7 hingga 9 Oktober lalu. Naib Canselor ... Read more The post UPTM komited berdaya saing di peringkat ASEAN, Asia appeared first on Kosmo Digital .