Pelajar perempuan maut ditikam di sekolah

Pelajar perempuan maut ditikam di sekolah

KUALA LUMPUR: Seorang perempuan yang juga pelajar sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya, maut selepas ditikam seorang pelajar lelaki pagi tadi. Utusan Malaysia difahamkan, kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 9.30 pagi selepas suspek dipercayai seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua membawa senjata tajam berupa pisau. Berdasarkan maklumat awal, pelajar lelaki terbabit telah menikam pelajar lain. ... Read more The post Pelajar perempuan maut ditikam di sekolah appeared first on Utusan Malaysia .

Suami isteri mengaku aniaya anak hingga mati

Suami isteri mengaku aniaya anak hingga mati

IPOH: Pasangan suami isteri warga Indonesia mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan me­nganiaya anak lelaki mereka yang berusia tiga tahun sehingga maut, bulan lalu. Tertuduh, Siswadi, 35, dan Nurhayati, 34, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad. Berdasarkan kertas pertuduhan, pasangan suami isteri itu ... Read more The post Suami isteri mengaku aniaya anak hingga mati appeared first on Utusan Malaysia .

Perkasa wanita luar bandar, anak-anak OKU

Perkasa wanita luar bandar, anak-anak OKU

PENGUMUMAN Belanjawan 2026 membuka lembaran baharu buat wanita luar bandar untuk melangkah lebih jauh dalam dunia keusahawanan. Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Kartini Aboo Talib @ Khalid, pendekatan itu sekali gus mencerminkan kesungguhan kerajaan dalam memastikan kaum hawa tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara. Katanya, bantuan kewangan dan ... Read more The post Perkasa wanita luar bandar, anak-anak OKU appeared first on Utusan Malaysia .

31 buah rumah terjejas banjir kilat di Lipis

31 buah rumah terjejas banjir kilat di Lipis

LIPIS: Tanda awal Monsun Timur Laut (MTL) mula melanda di Lipis apabila sebanyak 31 buah rumah terjejas dengan kejadian banjir kilat di dua buah penempatan di sini, hari ini. Dalam kejadian pada pukul 4 pagi ini, limpahan air Sungai Kechau mengakibatkan banjir kilat berlaku di Kampung Kechau Tui dan Felda Kechau Satu yang terletak di ... Read more The post 31 buah rumah terjejas banjir kilat di Lipis appeared first on Utusan Malaysia .

Pelajar maut ditikam rakan di sekolah

Pelajar maut ditikam rakan di sekolah

PETALING JAYA – Seorang pelajar maut akibat ditikam dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya , Asisten Komisioner Shamsudin Mamat mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi sebentar tadi. Berita lanjut menyusul – KOSMO! ONLINE The post Pelajar maut ditikam rakan di sekolah appeared first on Kosmo Digital .

PARLIMEN: Dewan Rakyat belum terima pemakluman Wan Saiful dipecat

PARLIMEN: Dewan Rakyat belum terima pemakluman Wan Saiful dipecat

KUALA LUMPUR: Tiada sebarang pemakluman daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengenai pemecatan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan sebagai ahli parti tersebut. Perkara itu disahkan pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat, sebentar tadi. “Kita belum menerima sebarang pemakluman,” kata Setiausaha Akhbar kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Shaira Amira Jamal kepada Utusan Malaysia. ... Read more The post PARLIMEN: Dewan Rakyat belum terima pemakluman Wan Saiful dipecat appeared first on Utusan Malaysia .

‘Setiap kali gugur satu jiwa pejuang di Gaza, akan lahir berpuluh lagi’

‘Setiap kali gugur satu jiwa pejuang di Gaza, akan lahir berpuluh lagi’

PETALING JAYA – Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Zizi Kirana menzahirkan kesedihan mendalam susulan pemergian wartawan Palestin terkenal, Saleh Aljafarawi, yang syahid ketika membuat liputan di Gaza, Ahad lalu. Ujar Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 40, kehilangan insan seperti Saleh sangat menyedihkan namun percaya berpuluh lagi individu seumpama itu akan bangkit. “Setiap kali ... Read more The post ‘Setiap kali gugur satu jiwa pejuang di Gaza, akan lahir berpuluh lagi’ appeared first on Kosmo Digital .

Keluarga Iman Zhafran mahu kebenaran didedah

Keluarga Iman Zhafran mahu kebenaran didedah

SEREMBAN: Keluarga seorang murid tahun empat yang meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam tandas sebuah sekolah rendah di Senawang, di sini mahu kebenaran mengeanai kejadian itu didedahkan. Bapa mangsa, Muhammad Hafizuddin Abdullah, 40, berkata, keluarganya pada masa sama akan membuat sidang akhbar dalam masa terdekat bersama peguam bagi menjelaskan pelbagai khabar angin ... Read more The post Keluarga Iman Zhafran mahu kebenaran didedah appeared first on Utusan Malaysia .

[VIDEO] Ibu adalah manisan yang saya perlukan – Tahanan Palestin

[VIDEO] Ibu adalah manisan yang saya perlukan – Tahanan Palestin

PETALING JAYA – “Ibu adalah manisan yang saya perlukan” Itu kata-kata menyentuh hati seorang tahanan Palestin, Ahmad, selepas hampir dua tahun dipenjara oleh rejim Israel sebelum akhirnya kembali ke pangkuan ibunya. Menerusi hantaran video di Instagram @translating_falasteen, Ahmad menolak manisan yang dibawa ibunya sambil melutut untuk memeluk dan mencium ibunya. Difahamkan, ibunya yang membawa manisan ... Read more The post [VIDEO] Ibu adalah manisan yang saya perlukan – Tahanan Palestin appeared first on Kosmo Digital .

Suami isteri warga Indonesia mengaku abai kanak-kanak hingga mati

Suami isteri warga Indonesia mengaku abai kanak-kanak hingga mati

IPOH – Seorang buruh warganegara Indonesia dan isterinya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh pada Selasa atas dakwaan menganiaya seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sehingga meninggal dunia pada September lalu.Tertuduh, Siswadi, 35, dan Nurhayati, 34, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Sadang Blanja Kiri, Parit dalam daerah Perak Tengah sekitar jam 10 pagi pada 22 September 2025.Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama yang mempunyai pemeliharaan ke atas seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun telah menganiaya kanak-kanak tersebut sehingga menyebabkan kematiannya.Perbuatan itu merupakan kesalahan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya sekali.Kedua-dua tertuduh yang berasal dari Medan, Indonesia bagaimanapun mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, S. Vitthiyeswary, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam.Pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan terhadap kedua-dua tertuduh memandangkan mereka ketika ini juga sedang ditahan atas kesalahan berkaitan Akta Imigresen 1959/63.Mahkamah menetapkan 17 November depan bagi bacaan fakta kes dan hukuman, selain meminta pihak pendakwaan untuk menulis surat pemakluman kepada Kedutaan Besar Indonesia di Malaysia.