Sindiket sembunyi bunga ganja dalam bagasi, peti sejuk tumpas

Sindiket sembunyi bunga ganja dalam bagasi, peti sejuk tumpas

SUNGAI PETANI – Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis bunga ganja seberat 68 kilogram (kg) bernilai kira-kira RM2.4 juta selepas menahan lima suspek termasuk pasangan suami isteri di daerah ini, baru-baru ini. Ketua Polis Kedah, Komisioner Adzli Abu Shah berkata, dalam serbuan pertama, tiga suspek lelaki berusia antara 24 dan 26 tahun ditahan di ... Read more The post Sindiket sembunyi bunga ganja dalam bagasi, peti sejuk tumpas appeared first on Kosmo Digital .

PAC panggil tiga saksi berhubung kawalan harga, subsidi minyak masak

PAC panggil tiga saksi berhubung kawalan harga, subsidi minyak masak

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) telah memulakan prosiding berhubung pengurusan kawalan harga dan subsidi minyak masak di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada hari ini dan semalam. Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, prosiding itu bagi meneliti keberkesanan pengurusan subsidi serta mekanisme kawalan harga minyak yang memberi ... Read more The post PAC panggil tiga saksi berhubung kawalan harga, subsidi minyak masak appeared first on Utusan Malaysia .

Unemployed man pleads not guilty to attempted murder of policeman in KL

Unemployed man pleads not guilty to attempted murder of policeman in KL

KUALA LUMPUR : An unemployed man pleaded not guilty in the Sessions Court today to charges of attempted murder and unlawful possession of a knife. Yap Thye Sun, 56, is accused of attempting to murder Corporal Mohd Nazri Sudiman, 35, by stabbing him in the abdomen. The incident occurred on July 31 at Jalan Pusingan U, Jalan Yew, around 12.30 pm. The charge under Section 307 of the Penal Code carries a maximum sentence of 10 years’ imprisonment and a fine. If injury is caused, the penalty can extend to 20 years in prison. Yap also faces a second charge for possessing a 21.5-centimetre knife without lawful purpose. This charge falls under Section 6 (1) of the Corrosive and Explosive Substances and Dangerous Weapons Act 1958. Conviction could result in five to 10 years’ imprisonment and whipping. Deputy Public Prosecutor Nidzuwan Abd Latif opposed bail due to the severity of the offence. “The accused fled the scene with the weapon, posing a flight risk,“ said Nidzuwan. The victim suffered severe injuries, including protruding intestines. Yap was unrepresented in court. Judge Siti Shakirah Mohtarudin denied bail and set September 2 for mention. – Bernama

Kecil-kecil sudah pandai bagi bunga

Kecil-kecil sudah pandai bagi bunga

JAKARTA – Sekumpulan kanak-kanak lelaki di Indonesia mengundang perhatian ramai apabila dirakam membawa sejambak bunga untuk diberikan kepada teman wanita mereka, lapor portal berita Lambe Turah.  Pemberian itu dibuat sempena meraikan Hari Teman Wanita Sedunia.  Rakaman video di platform TikTok oleh akaun @naylamhrni_ menunjukkan empat kanak-kanak itu sedang menunggu ketibaan pasangan mereka sambil memegang sejambak ... Read more The post Kecil-kecil sudah pandai bagi bunga appeared first on Kosmo Digital .

Polis kesan lelaki terlibat kes pecah amanah cip kasino RM3 juta

Polis kesan lelaki terlibat kes pecah amanah cip kasino RM3 juta

KUANTAN : Polis sedang mengesan seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun yang disyaki terlibat dalam kes pecah amanah membabitkan cip kasino bernilai RM3 juta di Genting Highlands, Bentong. Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar Ayob berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang pengurus syarikat junket berusia 32 tahun. Laporan tersebut memaklumkan bahawa cip kasino berkenaan telah dibawa lari ketika berada di sebuah bilik kasino tertutup di pusat peranginan itu. “Siasatan awal polis telah mengenal pasti seorang suspek merupakan warganegara tempatan berusia 44 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum satu tahun dan maksimum 14 tahun. Hukuman tersebut turut termasuk sebatan dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Bentong di talian 09-2222222. Mereka juga boleh mengunjungi mana-mana balai polis berhampiran untuk memberikan maklumat. - Bernama

Iran hargai pendirian tegas Malaysia mengenai isu Gaza

Iran hargai pendirian tegas Malaysia mengenai isu Gaza

PETALING JAYA – Iran menzahirkan penghargaan terhadap pendirian tegas Malaysia dalam isu berkaitan Gaza, Palestin. Perkara tersebut diucapkan oleh Presiden Iran, Masoud Pezeshkian dalam satu perbualan telefon bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini. Anwar berkata, dalam panggilan tersebut, Pezeshkian turut menggesa agar Malaysia terus mendepani usaha diplomatik dalam menentang kekejaman dan genosid ... Read more The post Iran hargai pendirian tegas Malaysia mengenai isu Gaza appeared first on Kosmo Digital .

SK Darulaman Heights raih kejayaan dalam pertandingan Matematik Korea Selatan

SK Darulaman Heights raih kejayaan dalam pertandingan Matematik Korea Selatan

JITRA : Sekolah Kebangsaan Darulaman Heights (SKDH) mencatat sejarah dengan membawa pulang dua pingat emas, dua perak, dan lapan gangsa dalam pertandingan Matematik di Korea Selatan. Kejayaan ini dicapai oleh 15 murid yang menyertai program International Youth Exchange Korea 2025 di Daejin University, Yangju City. Guru Besar Mafezzul Mohamad menyatakan kebanggaan atas pencapaian ini yang turut mengharumkan nama Kedah dan Malaysia. Pencapaian ini membuktikan keberkesanan program Dual Language Program (DLP) bagi subjek Sains dan Matematik di sekolah tersebut. SKDH sebelum ini pernah dinobatkan sebagai pasukan terbaik dalam kategori Sains sekolah rendah di Pertandingan Matematik dan Sains Dunia (WMSC) 2024. Kejayaan ini juga didorong oleh pelaksanaan program STEM dan pembangunan pasukan robotik sekolah. Guru pengiring Nor Shazwani Ahmad berkata murid-murid menjalani latihan intensif selama beberapa minggu sebelum pertandingan. Pihak sekolah turut menggunakan kecerdasan buatan (AI) melalui ChatGPT untuk membantu pemahaman murid dalam menyelesaikan soalan. Soalan-soalan dalam pertandingan ini sering kali belum dipelajari oleh pelajar sekolah rendah kerana ia termasuk dalam sukatan pelajaran sekolah menengah. - Bernama

RON97 and RON95 prices unchanged, diesel up by 3 sen in Malaysia

RON97 and RON95 prices unchanged, diesel up by 3 sen in Malaysia

KUALA LUMPUR : The retail price of RON97 petrol will stay at RM3.17 per litre from August 7 to August 13. The Ministry of Finance confirmed that RON95 petrol will also remain unchanged at RM2.05 per litre for the same period. Diesel prices in Peninsular Malaysia will rise by three sen, from RM2.91 to RM2.94 per litre. In Sabah, Sarawak, and Labuan, diesel prices will stay at RM2.15 per litre. The weekly fuel pricing follows the government’s Automatic Pricing Mechanism formula. “The government will continue monitoring global crude oil price changes to protect public welfare,“ the ministry stated. – Bernama

Anak pukul bapa hingga maut positif dadah, bekas banduan - Polis

Anak pukul bapa hingga maut positif dadah, bekas banduan - Polis

KUALA KRAI - Lelaki yang disyaki memukul bapa dengan kerusi hingga maut dalam kejadian di Kampung Kuala Gris, Dabong pada Rabu didapati positif dadah jenis methamphetamine.Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat berkata, suspek yang berusia 39 tahun itu juga merupakan bekas banduan Penjara Satelit Batu Jong, Kuala Krai.Menurut beliau, ketika penahanan lelaki itu di rumah mangsa, polis merampas serpihan kerusi yang dipercayai digunakan untuk menyerang bapanya."Apabila sampai di tempat kejadian didapati mangsa yang juga warga emas berusia 74 tahun terbaring di ruang dapur dengan berlumuran darah."Siasatan awal didapati mangsa dipukul di kepala dengan objek tumpul sehingga cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Jelas beliau, suspek dibebaskan pada awal Julai lalu atas kesalahan di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952 dan tinggal bersama ibu bapanya.Mazlan memberitahu, semakan awal juga mendapati suspek memiliki tujuh rekod lampau membabitkan lima kesalahan kes dadah dan dua ugutan jenayah."Mayat mangsa dibawa ke unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra untuk tujuan bedah siasat."Permohonan reman suspek akan dilakukan Mahkamah Majistret Kuala Krai pada Khamis dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Ribut petir, hujan lebat landa hampir seluruh negara

Ribut petir, hujan lebat landa hampir seluruh negara

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda beberapa kawasan di seluruh negara sehingga pukul 9 malam ini. MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, amaran itu melibatkan negeri-negeri di Semenanjung, Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Antara kawasan terlibat ialah Kedah (Kubang Pasu, Pokok Sena, ... Read more The post Ribut petir, hujan lebat landa hampir seluruh negara appeared first on Kosmo Digital .