Polis rampas syabu dan ketamin bernilai RM17 juta di serbuan rumah teres

Polis rampas syabu dan ketamin bernilai RM17 juta di serbuan rumah teres

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki dan merampas syabu serta ketamin seberat 439.7 kilogram (kg) bernilai lebih RM17 juta dalam serbuan di sebuah rumah teres di Sri Hartamas di sini, Selasa lepas. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata serbuan pada 2.10 petang itu dilakukan selepas risikan dijalankan selama sebulan dan dianggap antara rampasan terbesar tahun ini. Beliau berkata pemeriksaan terhadap rumah teres disewa lelaki tempatan berusia 30 tahun itu menemukan 224 bungkus syabu dianggar seberat 234 kg dan 200 bungkusan plastik mengandungi ketamin dianggar seberat 205.7 kg, dengan nilai keseluruhan dadah dianggarkan RM17.78 juta. “Suspek berperanan sebagai koordinator dan ‘transporter’ (ejen pengangkut) kepada sindiket dadah berkenaan yang menerima gaji sekitar RM6,500 hingga RM7,000 sebulan,“ katanya pada sidang media di sini hari ini. Hussein berkata siasatan awal mendapati sindiket itu menjadikan rumah teres berkenaan sebagai stor penyimpanan dadah sebelum dipasarkan ke pasaran tempatan. “Semua dadah itu dipercayai dibawa masuk melalui jalan darat dari negara jiran oleh sindiket berkenaan. Kita percaya lelaki itu menerima arahan daripada seseorang untuk menghantar dadah sekiranya terdapat permintaan. “Polis turut merampas dua kereta, tiga jam tangan dan pelbagai jenis barangan kemas bernilai RM93,350, menjadikan keseluruhan rampasan dianggar bernilai RM17.9 juta,” katanya. Beliau berkata lelaki itu yang memiliki satu rekod jenayah lampau berkaitan senjata, namun negatif terhadap dadah kini direman bagi siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Dalam kes lain, Hussein berkata polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis ganja dengan penahanan empat individu termasuk tiga warga Vietnam di sebuah pangsapuri di Taman Kuchai Entreprenuers, Selasa lepas. Beliau berkata serbuan pada 12 tengah hari itu menemukan lapan kotak berisi 91 bungkusan plastik lut sinar berisi dadah disyaki bunga ganja seberat 42.3 kg. “Modus operandi sindiket ini ialah menggunakan pangsapuri berkenaan sebagai stor simpanan sebelum dadah diedarkan ke pasaran tempatan dan luar negara. “Suspek berusia 26 hingga 30 tahun terdiri daripada seorang lelaki tempatan, seorang lelaki dan dua wanita Vietnam kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,“ katanya- BERNAMA

Puteri UMNO Jadi Tunjang Pelapis, Dr Masliha Seru Terus Progresif

Puteri UMNO Jadi Tunjang Pelapis, Dr Masliha Seru Terus Progresif

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Exco Wanita UMNO, Dr Masliha Harun menyeru agar Pergerakan Puteri UMNO terus kekal menjadi benteng serta pendukung parti yang berprinsip, profesional dan progresif seiring dengan cabaran semasa politik tanah air. Menerusi kenyataan di Facebooknya, Dr Masliha yang juga bekas Exco Puteri UMNO berkata, penglibatannya dalam pergerakan tersebut bermula sejak usia 18 tahun dan berterusan selama [...]

Pempengaruh hina gelandangan: ADUN Semambu buat laporan SKMM, gesa siasatan segera

Pempengaruh hina gelandangan: ADUN Semambu buat laporan SKMM, gesa siasatan segera

KUANTAN – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa mengambil tindakan segera terhadap video tular memaparkan sekumpulan pempengaruh memberikan nasi bersama tulang ayam yang telah dimakan kepada seorang gelandangan.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Chan Chun Kuang berkata, kandungan seperti itu bukan sahaja tidak sensitif, malah memperlekehkan maruah insan lain.Tegasnya, adalah tidak wajar sama sekali menjadikan penderitaan golongan terpinggir sebagai bahan hiburan atas nama ‘kebajikan’."Saya amat kesal dengan tindakan tidak beretika ini dan telah mengemukakan aduan rasmi kepada SKMM."Saya turut menggesa pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan segera bagi menurunkan kandungan tersebut."Ini bagi mengelakkan penyebaran lebih lanjut yang bakal terus mencemarkan nilai murni masyarakat," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Terdahulu, tular sebuah video pendek yang memaparkan tindakan sekumpulan pempengaruh memberikan nasi bersama tulang ayam yang telah dimakan kepada seorang gelandangan, sebelum kemudiannya menyerahkan set makanan lengkap.Kandungan tersebut menerima kecaman hebat daripada pelbagai pihak yang menganggap ia tidak beretika dan memperlekehkan maruah individu terbabit.Mengulas lanjut, Chun Kuang berkata, penguatkuasaan sahaja tidak mencukupi, sebaliknya semua pihak perlu bermuhasabah.Menurutnya, fenomena seperti ini tidak berlaku dalam ruang kosong, tetapi lahir kerana kewujudan pencipta kandungan tidak beretika serta permintaan daripada penonton yang ghairah terhadap kandungan sensasi dan kontroversi."Selagi kandungan sebegini terus mendapat sambutan, selagi itu ia akan terus dihasilkan," ujarnya.Justeru, beliau menyeru agar kerajaan memperkukuhkan pendidikan literasi digital, menyemai budaya penciptaan kandungan beretika serta membina kesedaran masyarakat agar lebih peka terhadap nilai-nilai."Menghormati setiap insan dan maruah mereka adalah tanggungjawab bersama serta jangan normalisasikan penghinaan," katanya.

Usaha pembenihan awan berhasil, hujan lebat di Empangan Bukit Merah

Usaha pembenihan awan berhasil, hujan lebat di Empangan Bukit Merah

PETALING JAYA - Operasi pembenihan awan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) di kawasan Empangan Bukit Merah, Perak yang mengalami paras air kritikal telah berhasil apabila hujan lebat dilaporkan berlaku selepas 45 minit operasi dilaksanakan.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang turut menyertai operasi udara itu berkata, operasi pembenihan awan itu dilakukan susulan krisis bekalan air yang serius menjejaskan komuniti setempat dan kawasan pertanian.Beliau berkata, paras air di empangan berkenaan hanya mencatat 12.21 peratus atau 19.8 kaki bagi kedalaman, susulan cuaca kering berpanjangan yang dibawa oleh Monsun Barat Daya."Mengikut laporan diberikan di kawasan persekitaran terutamanya sawah padi dan juga keperluan air domestik dilihat sangat memerlukan bantuan daripada Nadma bagi pembenihan awan dilakukan. Laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) juga memperlihatkan kesahihan permintaan itu," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyertai operasi pembenihan awan bersama Ketua Pengarah Nadma, Datuk Abdul Halim Hamzah dan Timbalan Ketua Pengarah (Strategi dan Teknikal) MetMalaysia, Mohd Zunaidi Mat di Pangkalan Udara Subang di sini pada Isnin.Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, sebuah pesawat C-130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) digunakan dalam operasi berkenaan dengan 6,000 liter bahan kimia disimpan dalam empat tangki dan dilepaskan ke awan."Ini usaha saintifik yang dilakukan dengan tentunya pertolongan daripada ALLAH SWT dan kita harap pengairan sawah, perikanan, pelancongan serta fungsi mitigasi air di kawasan itu dapat diatasi," katanya.Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, terdapat kebimbangan terhadap peningkatan suhu panas di seluruh negara dengan beberapa kawasan mencatat cuaca panas melampau selama tiga hari berturut-turut termasuk Bandar Baharu (Kedah), Selama (Perak), Temerloh (Pahang), Limbang (Sarawak) serta Tenom dan Pitas (Sabah).Beliau berkata, MetMalaysia bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) kini memantau rapat kawasan berisiko tinggi serta zon empangan lain yang berkemungkinan memerlukan intervensi sama."Tumpuan kita adalah kepada kawasan kritikal yang membekalkan air untuk kegunaan domestik, pertanian dan industri."Operasi ini bukan hanya kepada permohonan tetapi berdasarkan kepada keperluan setelah pemantauan dilakukan di lapanga sebagai langkah proaktif untuk melakukan operasi apabila paras air telah menurun di bawah 30 peratus," katanya. - Bernama

Tak kira gemuk atau kurus, wanita asing jual tubuh RM20

Tak kira gemuk atau kurus, wanita asing jual tubuh RM20

PONTIAN – Kegiatan sekumpulan wanita warga asing yang menjadikan premis perniagaan dua tingkat di Pekan Nenas terbongkar selepas diserbu penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), malam semalam. Dalam serbuan bermula pukul 7.30 malam itu, dua lelaki berumur 30an diberkas selepas disyaki melanggan dua wanita (40an) masing-masing warga asing untuk melempiskan nafsu. Menurut sumber JAINJ, ... Read more The post Tak kira gemuk atau kurus, wanita asing jual tubuh RM20 appeared first on Kosmo Digital .

Dua pegawai, seorang bekas pegawai SPRM bebas tuduhan rompak ahli perniagaan China

Dua pegawai, seorang bekas pegawai SPRM bebas tuduhan rompak ahli perniagaan China

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin melepas dan membebaskan dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan seorang bekas pegawai agensi penguatkuasaan itu, daripada pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan terhadap seorang ahli perniagaan warga China pada 2021.Hakim Izralizam Sanusi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen prima facie terhadap dua pegawai SPRM, Muhamad Haffiz Mohd Radzi, 35, dan Mohd Fahmee Mohamad Nor, 43, serta bekas pegawai agensi itu, Azwan Asli, 40, di akhir kes pendakwaan."Pihak pendakwaan gagal membuktikan dan memenuhi elemen rompakan dalam transaksi tersebut, maka dengan ini saya melepas dan membebaskan kesemua tertuduh daripada pertuduhan tanpa perlu dipanggil membela diri," kata hakim itu.Izralizam dalam penghakiman ringkasnya berkata, terdapat laporan polis oleh mangsa yang merupakan saksi pendakwaan pertama (SP1), bahawa kehadiran tiga lelaki ke rumahnya adalah bagi memulakan siasatan berhubung kesalahan pengubahan wang haram."SP1 berkata beliau berasa terancam kerana ketiga-tiga tertuduh memaklumkan beliau mungkin akan ditahan sekiranya gagal memberikan kerjasama semasa siasatan, namun mahkamah mendapati ia bukanlah penahanan secara salah sekiranya ia dibuat atas kapasiti pegawai SPRM," katanya.Izralizam berkata, berdasarkan keterangan oleh mangsa sendiri menunjukkan beliau tidak mempunyai perasaan takut terhadap ketiga-tiga tertuduh semasa kejadian, kerana mendakwa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan."Tiada sebarang bukti bahawa mangsa diugut dengan senjata api oleh ketiga-tiga lelaki itu, walaupun beliau mendakwa seorang daripada mereka membawa senjata api di dalam beg galasnya," kata Izralizam sambil menambah bahawa kewujudan senjata api yang didakwa itu tidak dibuktikan semasa perbicaraan.Pada 13 Disember 2023, ketiga-tiga tertuduh didakwa bersama-sama melakukan rompakan berkumpulan ke atas Kun Gao dengan merompak wang tunai RM952,690 dan 1,225 Yuan, satu bagasi berwarna perak serta satu beg jenama Louis Vuitton berwarna hitam milik lelaki itu.Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah kondominium di Jalan Ampang, pada 12 tengah hari, 10 Disember 2021, mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Aisyah Mohamed Zanyuin manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam, Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan Azizzul Shariman Mat Yusoff.Seramai 17 saksi pendakwaan telah dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula pada November 2024. - Bernama

Malaysia’s AOSHRI office boosts regional OSH development in Bangi

Malaysia’s AOSHRI office boosts regional OSH development in Bangi

BANGI: The Asian Occupational Safety and Health Research Institute (AOSHRI) has established its permanent secretariat office at the National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH) headquarters in Bandar Baru Bangi, marking Malaysia’s commitment to advancing occupational safety and health (OSH) across ASEAN. Deputy Human Resource Minister Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad highlighted the office’s dual role as an administrative hub and a regional research center. “This aligns with the Kuala Lumpur Declaration on ASEAN 2045, fostering inclusive OSH research and policy coordination,“ he said during the ASEAN OSH Summit 2025 launch. AOSHRI unites OSH research bodies from ASEAN nations and key partners like China, Japan, and South Korea. “Worker wellbeing is a shared regional priority,“ Abdul Rahman added, noting NIOSH Malaysia’s 13 specialized labs—equipped for industrial hygiene, ergonomics, and PPE testing—as critical for high-impact studies. The summit also introduced Malaysia’s MaRINA 3.0 framework, a blueprint for regional OSH research. Developed through workshops with ILO and global experts, it prioritizes emerging risks and industrial transformation. - Bernama

Hentikan 'raksasa' di Palestin - Tun M

Hentikan 'raksasa' di Palestin - Tun M

SHAH ALAM - Dunia perlu bersatu menghentikan sikap ‘raksasa’ Amerika Syarikat (AS) dan Israel yang berterusan melakukan kekejaman terhadap rakyat Palestin.Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kepungan yang dilakukan oleh kedua-dua negara bersekutu itu perlu ditentang, meskipun memerlukan kekerasan.Menurutnya, Israel ketika ini menggunakan kebuluran sebagai ‘senjata’ untuk membunuh rakyat Palestin, dengan kebanyakan mangsa terdiri daripada wanita dan kanak-kanak."Dunia hanya memerhati. Dunia tidak boleh berbuat apa-apa kerana takut dengan reaksi AS yang dilihat bersedia untuk menghukum mana-mana negara yang cuba membantu rakyat Palestin yang tenat. AS menyokong strategi kebuluran oleh Israel untuk membunuh."Satu-satunya negara yang boleh campur tangan juga AS, tetapi jelas mereka tidak akan berbuat demikian, sebaliknya campur tangan dilakukan ialah dengan menyebelahi Israel."Kita perlu pasukan penjaga keamanan untuk melindungi rakyat Palestin di Gaza daripada tindakan tidak berperikemanusiaan oleh Israel dan AS. Raksasa ini mesti dihentikan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.Menurut laporan media antarabangsa, angka terkini menunjukkan seramai 134 rakyat Palestin, termasuk 88 kanak-kanak, meninggal dunia akibat kebuluran dan kekurangan zat makanan sejak 7 Oktober 2023.Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) memberi amaran bahawa kadar kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak di bawah usia lima tahun meningkat dua kali ganda antara Mac dan Jun, akibat sekatan berterusan.

Johor KPDN investigating Singapore-registered car recently seen fuelling up on RON95 at Iskandar Puteri

Johor KPDN investigating Singapore-registered car recently seen fuelling up on RON95 at Iskandar Puteri

The Johor branch of the ministry of domestic trade and cost of living (KPDN) has said it is investigating a Singapore-registered car seen fuelling up on RON 95 at Iskandar Puteri recently. Photos of the […] The post Johor KPDN investigating Singapore-registered car recently seen fuelling up on RON95 at Iskandar Puteri appeared first on Paul Tan's Automotive News .

Tragedi Putra Heights: Proses serahan bantuan disemak, dipercepat

Tragedi Putra Heights: Proses serahan bantuan disemak, dipercepat

SHAH ALAM: Serahan sumbangan kepada penduduk yang menjadi mangsa tragedi letupan paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada April lalu akan diteliti termasuk mempercepatkan proses penyerahannya. Malah, penduduk yang masih memerlukan bantuan sewa akan menerima duit untuk tiga bulan lagi berdasarkan senarai sedia ada. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau akan meneliti ... Read more The post Tragedi Putra Heights: Proses serahan bantuan disemak, dipercepat appeared first on Utusan Malaysia .