Malaysia and China launch joint military exercise Aman Youyi 2025

Malaysia and China launch joint military exercise Aman Youyi 2025

KUALA LUMPUR : The Malaysian Armed Forces and China’s People’s Liberation Army have officially launched their bilateral exercise Aman Youyi 2025. The nine-day joint training programme will run until October 23 across multiple strategic locations in Malaysia. Joint Forces Headquarters chief of staff Major General Datuk Mohamed Fauzi Kamis and Southern Theatre Command assistant chief of staff Major General Dai Bin jointly presided over the opening ceremony. Their presence reflects growing trust and cooperation between the two militaries, according to a Joint Forces Headquarters statement. The exercise focuses on humanitarian assistance, disaster relief and maritime security operations. Training locations include the SMART Training Centre in Puchong and waters of the Strait of Malacca. The Strait of Malacca was selected as a primary location due to its status as one of the world’s most crucial maritime channels. Conducting drills in this area reflects both nations’ commitment to ensuring security and stability of this strategic sea lane. More than 1,000 military personnel from both nations are participating in land, naval and air exercises. The National Disaster Management Agency and Malaysia’s Special Search and Rescue Team are also taking part in humanitarian and disaster relief drills. The exercise includes Subject Matter Expert Exchanges designed to enhance sharing of amphibious and air operations expertise. Aman Youzi 2025 aims to strengthen interoperability between the Malaysian and Chinese forces. It also seeks to reinforce the concept of integrated security and deepen strategic cooperation in maintaining regional peace and stability. – Bernama

Bekas pekerja bank didakwa dedah maklumat lebih 1,000 pelanggan kepada scammer

Bekas pekerja bank didakwa dedah maklumat lebih 1,000 pelanggan kepada scammer

SINGAPURA: Seorang bekas pekerja United Overseas Bank (UOB) didapati bersalah oleh mahkamah pada Selasa kerana mendedahkan maklumat lebih 1,000 pelanggan bank kepada seorang penipu. Lapor CNA, tertuduh, Cao Wenqing, 30, merupakan penduduk tetap Singapura dan warganegara China. Dia disabitkan atas 14 pertuduhan di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer dan 13 pertuduhan di bawah Akta Perbankan. Cao ... Read more The post Bekas pekerja bank didakwa dedah maklumat lebih 1,000 pelanggan kepada scammer appeared first on Utusan Malaysia .

Ibu dakwa anak meninggal dunia akibat influenza

Ibu dakwa anak meninggal dunia akibat influenza

KUALA TERENGGANU - Seorang murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Mas, Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) di Dungun meninggal dunia awal pagi Rabu dipercayai akibat jangkitan influenza.Mangsa, Muhammad Amsyar Farhan Mohd Noor, 11, yang juga anak bongsu daripada dua beradik disahkan meninggal dunia jam 1.40 pagi di Klinik Kesihatan Al-Muktafi Billah Shah (AMBS).Ibunya, Normala Mohd Nor, 42, berkata, anaknya mula menunjukkan tanda tidak sihat pada pagi Selasa sebelum dibawa ke sebuah klinik swasta di Paka untuk mendapatkan rawatan."Pagi Selasa lalu anak saya demam tapi suhu badannya tidak terlalu tinggi. Saya bawa ke klinik swasta di Paka kira-kira jam 12.30 tengah hari."Doktor buat ujian swab dan beritahu dia dijangkiti influenza sebelum beri ubat antiviral," katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, pada Rabu.Menurut Normala, keadaan anaknya mula merosot pada malam hari selepas mengambil ubat seperti diarahkan doktor."Malam tu dia muntah banyak kali tapi masih boleh makan. Lepas muntah kali ketiga, badannya tiba-tiba kejang dan saya terus bawa ke Klinik Kesihatan AMBS sekitar jam 11 malam."Masa tu suhu badannya tidak begitu panas dan dia masih boleh bercakap seperti biasa dengan ayahnya. Tapi, sekitar jam 1.40 pagi, doktor maklumkan anak saya sudah meninggal dunia," katanya sebak.Normala berkata, jenazah pada awalnya dijangka dikebumikan jam 10 pagi pada Rabu namun ditangguhkan kerana kes berkenaan perlu dirujuk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk siasatan lanjut."Saya terpaksa bawa anak dari Dungun ke HSNZ untuk proses bedah siasat. Jenazah dijangka akan dikebumikan selepas solat Maghrib di Tanah Perkuburan Islam AMBS," katanya.Jelas Normala, anaknya sebelum ini berada dalam keadaan sihat dan tidak pernah menghidap sebarang penyakit kronik.Sementara itu, abang mangsa, Muhammad Aniq Farhan Mohd Noor, 15, yang bersekolah di asrama, dilaporkan tidak mengalami sebarang gejala demam atau influenza.Sinar Harian masih mendapatkan pengesahan lanjut daripada Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) berhubung kes berkenaan.

Media sosial ancam perpaduan negara

Media sosial ancam perpaduan negara

KUALA LUMPUR: Media sosial menjadi ancaman utama memperkukuh integrasi sosial rakyat negara ini apabila disalahgunakan atau tidak dikawal secara efektif. Timbalan Menteri Perpaduan, Senator Saraswathy Kandasami berkata, pihak kementerian telah mengenal pasti 10 defisit sosial utama yang menjadi penghalang kepada perpaduan, termasuk pengaruh negatif media sosial yang menjadi cabaran dalam memupuk perpaduan masyarakat berbilang kaum ... Read more The post Media sosial ancam perpaduan negara appeared first on Utusan Malaysia .

Influenza punca murid tahun lima meninggal dunia?

Influenza punca murid tahun lima meninggal dunia?

KUALA TERENGGANU: Seorang murid tahun lima di sebuah sekolah di Dungun, dekat sini meninggal dunia hari ini dipercayai akibat jangkitan influenza. Muhammad Amsyar Farhan Mohd. Noor, 11, yang juga anak bongsu daripada dua beradik menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.40 pagi di Klinik Kesihatan Al-Muktafi Billah Shah (AMBS). Ibunya, Normala Mohd Nor, 42, berkata, anaknya ... Read more The post Influenza punca murid tahun lima meninggal dunia? appeared first on Utusan Malaysia .