Fahmi lancar NOW peringkat Sabah di NADI Sindumin

Fahmi lancar NOW peringkat Sabah di NADI Sindumin

SINDUMIN : Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil melancarkan NADI on Wheels peringkat Negeri Sabah sempena Hari Bersama Komuniti di Pusat Sebaran Maklumat Nasional Pekan Sindumin. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyatakan inisiatif ini merupakan komitmen kerajaan memperluas keterhubungan dan memperkasakan komuniti luar bandar. NOW merupakan pusat bergerak yang membawa kemudahan teknologi dan perkhidmatan berasaskan komuniti kepada rakyat di kawasan pedalaman sukar dicapai. Kenderaan NOW dilengkapi satelit Starlink berkelajuan hingga 250 MBps, komputer riba, tablet, projektor, tenaga solar mudah alih serta sistem Wi-Fi percuma. NOW turut menyediakan ruang interaktif bagi aktiviti latihan, pembelajaran komuniti dan program Perkhidmatan Pintar NADI. Inisiatif ini mampu menyantuni rumah anak yatim, golongan orang kurang upaya, masyarakat Orang Asli dan komuniti terpencil untuk menikmati kemajuan teknologi. MCMC memaklumkan usaha meningkatkan capaian Internet terbukti melalui kejayaan NADI Pulau Banggi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. NADI Pulau Banggi memenangi Kategori Pembinaan Kapasiti di Sidang Kemuncak Dunia Mengenai Masyarakat Bermaklumat 2025 di Geneva. Pengiktirafan ini memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai negara proaktif memperkasakan komuniti melalui teknologi digital. Pengerusi Panel Penasihat NADI akan dilantik bagi Parlimen Sipitang dan Beaufort untuk memantau operasi dan menyalurkan pandangan strategik. Panel penasihat akan memastikan pelaksanaan NADI terus memberikan manfaat kepada komuniti setempat. Hari Bersama Komuniti di NADI Sindumin turut dimeriahkan dengan pameran keusahawanan komuniti, program kesedaran digital dan pemeriksaan kesihatan percuma. Program ini mendapat kerjasama strategik daripada PERKESO, MyFutureJobs dan Akademi Kenegaraan Malaysia yang menjayakan segmen bimbingan kerjaya. Inisiatif ini diharap menjadi pemangkin kepada peningkatan kemahiran, ilmu dan sosioekonomi komuniti luar bandar. Matlamat kerajaan adalah memastikan semua lapisan masyarakat menikmati peluang sama dalam memperkukuh taraf hidup melalui akses teknologi. Turut hadir dalam majlis tersebut Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa. Kehadiran lain termasuk Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah dan Timbalan Pengarah Urusan MCMC Datuk Zurkarnain Mohd Yasin. Juga hadir Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj dan Pegawai Daerah Sipitang Karim A.M Zahari. – Bernama

Tikaman di dada, leher punca kematian pelajar 16 tahun

Tikaman di dada, leher punca kematian pelajar 16 tahun

SHAH ALAM – Tikaman pada dada dan leher dikenalpasti sebagai punca kematian seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang menjadi mangsa bunuh rakan sekolahnya di Bandar Utama, Petaling Jaya semalam. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, keputusan itu diperoleh hasil bedah siasat dijalankan Pusat Perubatan Universiti Malaya yang selesai pukul 10.30 malam tadi. “Suspek ... Read more The post Tikaman di dada, leher punca kematian pelajar 16 tahun appeared first on Kosmo Digital .

Wanita maut, rakan parah motosikal dirempuh kereta dari belakang

Wanita maut, rakan parah motosikal dirempuh kereta dari belakang

SIBURAN: Seorang wanita maut dan seorang lagi cedera parah selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta di Kampung Keromboi, di sini pagi tadi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata kejadian dilaporkan kira-kira pukul 6.40 pagi, dengan mangsa berusia 49 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Katanya setiba di lokasi kejadian, pasukan unit EMRS ... Read more The post Wanita maut, rakan parah motosikal dirempuh kereta dari belakang appeared first on Utusan Malaysia .

Ketokohan Hajiji jadi trump card GRS, PRN Sabah

Ketokohan Hajiji jadi trump card GRS, PRN Sabah

SHAH ALAM - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah secara rasminya dibubarkan Isnin lalu bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, sekali gus menandakan bermulanya kempen paling penting dalam sejarah politik negeri itu untuk memilih kerajaan yang akan mentadbir nanti.Persaingan kali ini bukan sahaja mengenai parti atau gabungan mana yang akan menang tetapi lebih penting lagi ialah tentang hala tuju sebenar negeri di bawah bayu itu dalam tempoh lima tahun akan datang.Selari itu juga, beberapa gabungan utama parti politik di negeri berkenaan turut mula memberi bayangan nama calon Ketua Menteri masing-masing iaitu Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Bung Moktar Radin; Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ronald Kiandee atau Datuk Aliakbar Gulasan.Namun, di sebalik nama-nama yang disebut, tumpuan sebenar kedudukan Ketua Menteri masih kekal kepada Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Presiden Gabungan Rakyat Sabah (GRS), figura yang membawa kestabilan negeri itu dengan pelbagai kejayaan terutama ekonomi dalam tempoh lima tahun mentadbir.Transfromasi dalam corak pentadbiranKepimpinan beliau bukan sahaja dilihat sebagai inklusif dan tidak berpihak kepada satu kelompok, malah turut berjaya melakar pencapaian penting termasuk pelaksanaan Cukai Jualan Premium (CJP) dan menarik pelabur domestik dan antarabangsa ke negeri berkenaan.Antara pencapaian yang diraih ialah kutipan hasil negeri selama tiga tahun berturut-turut iaitu 2022, 2023 dan 2024 hampir mencecah RM7 bilion, berbanding hanya RM3.59 bilion pada 2020 serta rizab kerajaan Sabah kini telah mencecah RM8.6 bilion.Rekod kestabilan politik di bawah kepimpinan Hajiji iaitu sejak 2020 juga sangat baik dan jauh berbeza dengan pentadbiran sebelum ini yang menyaksikan kerajaan silih berganti ketika itu, sekali gus menunjukkan Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN (ADUN) Sulaman itu mempunyai rekod pentadbiran yang konsisten dan kukuh.UMNO Sabah dan liabiliti Bung MokhtarMenyentuh mengenai bayangan diberikan BN Sabah bahawa Bung Moktar sebagai calon Ketua Menteri, gabungan itu dilihat lebih bersifat 'kacau daun' tetapi mempunyai liabiliti untuk kembali memimpin negeri berkenaan mengambil kira kes rasuah membabitkan ADUN Lamag kini masih berjalan.Selain itu, rekod lama UMNO Sabah yang turut dikaitkan dengan politik feudal dan tidak adil juga dilihat masih sukar yakinkan pengundi bahawa mereka benar-benar bersih untuk kembali memimpin negeri.Warisan popular tapi dibayangi kegagalan masa laluWarisan yang dipimpin Mohd Shafie antara parti terawal mengumumkan akan bergerak solo pada PRN Sabah Ke-17 dan akan bertanding di kesemua 73 kerusi, tidak dinafikan antara parti yang popular tetapi turut berdepan dengan kemelut dibayangi kegagalan lalu.Usaha parti itu untuk menjadi alternatif kepada GRS begitu kuat, namun masih bergelut dengan rekod pentadbiran pada 2018-2020 yang dianggap gagal membawa perubahan besar termausk aspek ekonomi, luar bandar dan hasil negeri.Individu yang akan memimpin PN juga masih kabur, meskipun ada pihak melihat Ronald antara tokoh paling berpotensi memandangkan beliau mempunyai rekod lama dalam politik nasional dan pernah menganggotai Kabinet kerajaan Persekutuan, namun kredibilitinya di peringkat akar umbi terutama di kawasan pantai barat dan pedalaman Sabah masih samar.Hajiji jadi trump card GRS, PRNPenganalisis politik dari Universiti Malaysia Sabah, Profesor Madya Dr Bilcher Bala berkata, imej Hajiji sebagai pemimpin yang stabil dan progresif sememangnya boleh memberi kelebihan kepada GRS, terutamanya dalam kalangan pengundi yang mengutamakan kestabilan politik dan kesinambungan pentadbiran.Menurutnya, sepanjang tempoh pentadbirannya, Hajiji memperkenalkan Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang menekankan pembangunan holistik merangkumi pertanian, pelancongan, modal insan dan kelestarian."Beliau juga dilihat berjaya mengekalkan pentadbiran negeri walaupun berdepan krisis politik dalaman seperti penarikan sokongan oleh BN Sabah pada 2023. Namun, kelebihan ini hanya akan berkesan jika pengundi melihat bahawa kepimpinan beliau benar-benar membawa impak nyata kepada kehidupan mereka, bukan sekadar retorik politik."Kepimpinan Hajiji boleh dinilai sebagai pragmatik dan berorientasikan pembangunan. Beliau menunjukkan keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan landskap politik, termasuk keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan menubuhkan PGRS demi memastikan kelangsungan pentadbiran negeri," katanya.Ujarnya, kepimpinan Hajiji juga dilihat berjaya mengekalkan pentadbiran negeri walaupun berdepan krisis politik dalaman seperti penarikan sokongan oleh BN Sabah pada 2023.Pengundi lihat calon, pilih kestabilanDitanya mengenai tingkah laku pengundi di Sabah dalam menghadapi PRN kali ini, Bilcher berkata, penerimaan rakyat dilihat bercampur antara harapan serta kekecewaan dan GRS perlu berusaha untuk menarik kembali sokongan rakyat."Secara keseluruhan, mood pengundi menunjukkan bahawa mereka bersedia untuk menilai semula prestasi kerajaan dan membuat pilihan berdasarkan isu tempatan dan kredibiliti calon," katanya.Sementara itu, Penyelidik di Geopolitik dan Kajian Pilihan Raya (GEOPES), Universiti Malaysia Sabah, Profesor Madya Dr Syahruddin Awang Ahmad pula berpandangan, figura yang dimiliki Hajiji sebagai tokoh yang memiliki kombinasi pengalaman, penerimaan rentas kaum serta rekod pentadbiran boleh membantu GRS untuk mengekalkan kemenangan.Namun katanya, gabungan itu perlu memastikan usaha berterusan dilakukan untuk memenangni hati pengundi dengan tawaran manifesto yang dekat di hati rakyat, selain janji yang dibuat itu boleh ditunaikan."Atas kapasiti peribadi hajiji sememangnya mempunyai kelebihan untuk menarik sokongan pengundi memandangkan beliau duah 10 penggal bergelar wakil rakyat dan untuk bertahan dalam tempoh panjang itu pasti ada perkara yang dibuat beliau disukai rakyat."Tidak dinafikan Hajiji mempunyai kelebihan dari segi berkhidmat kepada rakyat dan atas sebab itulah beliau masih bertahan sehingga kini. Beliau juga dikenali sebagai pemimpin yang sederhana dan meletakkan rakyat sebagai keutamaan,katanya.Melihat kepada situasi semasa politik di sabah ketika ini, GRS berada di kedudukan boleh dianggap mempunyai peluang untuk kekal menjadi kerajaan negeri selepas PRN akan datang dengan mengambil kira gabungan atau parti lain turut berdepan masalah tersendiri.Ini kerana UMNO atau BN masih terbeban dengan isu Bung Moktar, manakala pula masih dibayangi rekod pentadbiran yang lemah ketika dipimpin Mohd Shafie, sekali gus peluang Hajiji untuk kekal sebagai Ketua Menteri masih terbuka.Justeru, peluang yang ada ini perlu dimanfaatkan sebaiknya oleh GRS untuk memastikan undi rakyat khususnya golongan muda diberi kepada gabungan itu untuk terus memimpin Sabah untuk penggal selanjutnya.

Kompleks Sekolah Presint 15 mula beroperasi sesi persekolahan baharu Januari 2026

Kompleks Sekolah Presint 15 mula beroperasi sesi persekolahan baharu Januari 2026

PUTRAJAYA: Kompleks Sekolah Presint 15 yang menempatkan blok sekolah menengah, sekolah rendah dan prasekolah akan mula beroperasi mulai sesi persekolahan baharu Januari depan. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata, bermula bulan ini, barisan pentadbir dan guru sekolah akan ditempatkan di kompleks sekolah ini. Beliau berkata, Pejabat Pendidikan Wilayah Putrajaya akan menguruskan penempatan ... Read more The post Kompleks Sekolah Presint 15 mula beroperasi sesi persekolahan baharu Januari 2026 appeared first on Utusan Malaysia .

Kibar bendera Israel di Sungai Kelantan, polis serah kertas siasatan untuk pendakwaan

Kibar bendera Israel di Sungai Kelantan, polis serah kertas siasatan untuk pendakwaan

KOTA BHARU: Polis sudah menyerahkan kertas siasatan berhubung pengibaran bendera Israel semasa gimik lakonan semula kekejaman rejim Zionis terhadap misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) di Sungai Kelantan, Jumaat lalu kepada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) untuk tindakan lanjut. Ketua Polis negeri Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, kertas itu sudah dihantar hari ini dan pihaknya menunggu ... Read more The post Kibar bendera Israel di Sungai Kelantan, polis serah kertas siasatan untuk pendakwaan appeared first on Utusan Malaysia .

Suspek pendam cinta terhadap mangsa

Suspek pendam cinta terhadap mangsa

SHAH ALAM: Suspek lelaki yang dipercayai menikam pelajar perempuan berusia 16 tahun hingga maut di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama di sini, semalam memendam perasaan cinta terhadap mangsa. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, namun suspek tidak pernah meluahkan perasaannya kepada mangsa. “Setakat siasatan sehingga kini, itu adalah kaedah. Suspek mempunyai perasaan ke ... Read more The post Suspek pendam cinta terhadap mangsa appeared first on Utusan Malaysia .

Lelaki ditahan, tak sempat jual mercun sambut Deepavali

Lelaki ditahan, tak sempat jual mercun sambut Deepavali

POKOK SENA – Seorang lelaki berusia 48 tahun ditahan bersama pelbagai jenis mercun yang disyaki untuk dijual di pasaran tempatan menjelang perayaan Deepavali dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Bandar Baru, di sini semalam. Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Pulau Pinang, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, serbuan Op Taring Landai itu dilakukan ... Read more The post Lelaki ditahan, tak sempat jual mercun sambut Deepavali appeared first on Kosmo Digital .

Teen bought weapon online for Bandar Utama school stabbing

Teen bought weapon online for Bandar Utama school stabbing

SHAH ALAM : The weapon used by a 14-year-old boy to stab his schoolmate to death at a secondary school in Bandar Utama was purchased online, police revealed today. Selangor police chief Datuk Shazeli Kahar said the suspect, who is under a seven-day remand until Oct 21, had been in possession of a knife and a kerambit for some time. “The suspect acquired the weapons by purchasing them online. “The items involved were a knife and a kerambit, but we believe only one weapon — the knife — was used in the incident,” he told in a press conference here today. Shazeli said police are still identifying the online platform used for the purchase, while investigations found that the suspect’s parents were likely unaware he had obtained the weapon. The incident, which occurred between 9am and 9.30am on Monday, left a 16-year-old female student dead at the scene from multiple stab wounds to the neck and chest. Preliminary investigations found no elements of bullying or prior relationship between the suspect and the victim. Police believe emotional factors and social media influence may have contributed to the attack.