BAM hantar skuad terbaik gegar Thailand 2025

BAM hantar skuad terbaik gegar Thailand 2025

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan senarai pemain yang akan menggalas cabaran negara bagi acara individu saingan Sukan SEA Thailand 2025 yang dijadualkan berlangsung dari 11 hingga 14 Disember.Skuad kali ini menghantar gabungan pemain berpengalaman dan bakat baharu dengan harapan dapat membawa pulang kilauan pingat bagi kategori individu.Fokus utama bagi acara perseorangan lelaki akan diletakkan di bahu Leong Jun Hao dan Justin Hoh.Jun Hao, yang pernah menjadi pemain nombor satu negara selepas Lee Zii Jia mengalami kecederaan, masih berusaha keras untuk memecahkan kelompok 16 terbaik dunia.Bagi perseorangan wanita, negara meletakkan harapan kepada K Letshanaa dan Wong Ling Ching.Acara beregu turut menampilkan pasangan beregu terbaik dengan beregu lelaki pasangan nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, akan memimpin cabaran bersama gandingan Man Wei Chong-Tee Kai Wun.Beregu wanita pula mempertaruhkan juara Terbuka Artik Super 500, Pearly Tan-M Thinaah, yang akan bergandingan dengan pasangan Go Pei Kee-Teoh Mei Xing.Beregu campuran akan diwakili oleh dua pasangan iaitu Chen Tang Jie-Toh Eee Wei dan Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin.Barisan terbaik negara dijangka mampu mencabar Indonesia dan Thailand dengan misi memburu pingat emas dan memperkukuh prestasi.  SKUAD BADMINTON NEGARA KE THAILAND 2025SKUAD LELAKI* LEONG JUN HAO  * JUSTIN HOH  * EOGENE EWE  * AIDIL SHOLEH ALI SADIKIN  * AARON CHIA  * SOH WOOI YIK  * MAN WEI CHONG  * TEE KAI WUN  * CHEN TANG JIE  * HOO PANG RONSKUAD WANITA* K LETSHANAA  * WONG LING CHING  * SITI ZULAIKHA MUHAMMAD AZMI  * ENG LER QI  * PEARLY TAN  * M THINAIAH  * GO PEI KEE  * TEOH MEI XING  * TOH EE WEI  * CHENG SU YIN

Casio Unveils Back To The Future 40th Anniversary Limited Edition Calculator Watch

Casio Unveils Back To The Future 40th Anniversary Limited Edition Calculator Watch

Casio is celebrating the 40th anniversary of Back to the Future with a special edition of its popular calculator watch. Known as the CA-500WEBF, this limited release was created in collaboration with Universal Products & Experiences (UP&E). It pays tribute to both the 1985 film and Casio’s iconic timepiece, which was also worn by Marty […] The post Casio Unveils Back To The Future 40th Anniversary Limited Edition Calculator Watch appeared first on Lowyat.NET .

Lelaki, wanita Indonesia dipenjara dua tahun miliki wang palsu RM138,920

Lelaki, wanita Indonesia dipenjara dua tahun miliki wang palsu RM138,920

KUCHING - Dua warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan memiliki wang kertas palsu berjumlah RM138,920 minggu lepas.Wawan Riduanto, 31, yang bekerja sebagai petani, dan tukang masak, Emi Diansari, 37, didakwa melakukan kesalahan itu di bahu jalan di Jalan Serian-Tebedu, Serian kira-kira 4.45 petang pada 8 Oktober lepas.Mereka didakwa bersama dua lagi iaitu Abang Firdaus Abang Abdul Malek, 29, yang merupakan penduduk tempatan, dan Hendra, 32, dari Indonesia, yang mengaku tidak bersalah.Keempat-empat tertuduh didakwa memiliki 1,200 keping wang kertas RM100, 240 keping RM50, 296 keping RM20 dan 100 keping RM10.Hakim Musli Abdul Hamid memerintahkan Emi dan Wawan, yang tidak diwakili peguam, menjalani hukuman itu bermula hari ini.Mereka didakwa mengikut Seksyen 489C dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 10 tahun, jika sabit kesalahan.Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, P Ruvinasini serta Asmawi Nur Haqim Mokhtar manakala peguam Patrick Voon mewakili Hendra dan Abang Firdaus.Mahkamah kemudian menetapkan 13 November depan untuk sebutan semula kes dan membenarkan Abang Firdaus diikat jamin RM20,000 dengan dua penjamin tempatan manakala Hendra diarah menjalani tahanan reman di penjara.Mengikut fakta kes, sepasukan anggota daripada Pasukan Gerakan Am Batalion 23 menahan dua lelaki warga asing yang menaiki motosikal dalam keadaan mencurigakan di bahu jalan dan dipercayai baru sahaja memasuki Sarawak melalui sempadan Tebedu-Entikong.Setelah disoal siasat, mereka memandu arah pasukan keselamatan kepada seorang lagi individu tidak jauh dari lokasi pertama yang membawa kepada penemuan wang kertas palsu berkenaan.Susulan itu, seorang lagi wanita ditahan berhubung kes tersebut. - Bernama

Anggota bomba pengsan ketika padam kebakaran gerai makan

Anggota bomba pengsan ketika padam kebakaran gerai makan

SUNGAI PETANI - Seorang anggota bomba pengsan ketika operasi memadam kebakaran di gerai makan dan buah-buahan di tapak pasar malam Taman Kempas di sini pada Rabu.Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Mohd Nordin Mohd Arshad berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4.40 petang itu, anggota terbabit, Muhammad Fafzrin Zulkepli dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu dilaporkan pengsan semasa menjalankan tugas memadam kebakaran.Menurutnya, mangsa bagaimanapun telah dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) menggunakan jentera EMRS bagi mendapatkan rawatan lanjut."Setakat ini, mangsa telah sedar namun masih dirawat di wad kecemasan...masih dalam pemantauan," katanya.Dalam pada itu, jelasnya, pasukan bomba menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 memaklumkan berlaku kebakaran membabitkan gerai makan dan gerai buah di tapak pasar malam berkenaan."Setibanya pasukan bomba di lokasi, kebakaran melibatkan dua buah gerai dengan kemusnahan dianggarkan 70 peratus bagi keseluruhan struktur," katanya.Beliau berkata, operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran dengan empat pancutan air melibatkan enam anggota dari BBP Tikam Batu serta bantuan pasukan bomba sukarela (PBS) Sungai Petani dan PBS Bakar Arang."Api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 4.55 petang dan kerja-kerja overhaul sedang dijalankan. Tiada mangsa lain dilaporkan terlibat dalam kejadian itu," katanya.Operasi turut dibantu pihak polis (PDRM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi tujuan keselamatan di lokasi kejadian.

Saksi mengaku jerit 'bodoh, sial' selepas Zara Qairina tak mengaku curi pin bendera

Saksi mengaku jerit 'bodoh, sial' selepas Zara Qairina tak mengaku curi pin bendera

KOTA KINABALU - Saksi ke-23 inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir mengaku marah dan mengeluarkan kata-kata kesat selepas arwah tidak mengaku walaupun pin bendera miliknya ditemui dalam beg pelajar Tingkatan Satu itu.Peguam Joan Goh berkata, saksi yang merupakan kanak-kanak ke-14 memaklumkan bahawa ketika dia berjumpa dengan Zara Qairina, rakan sebilik remaja itu telah datang kepadanya dan memaklumkan mereka menemui pin bendera berkenaan."Rakan sebilik Zara ini menyerahkan kepada saksi pin bendera tersebut dan saksi cam pin bendera tersebut kerana saksi telah menulis namanya di belakang pin tersebut. Selepas itu, saksi mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Zara untuk bertanya tentang pin tersebut."Saksi telah pergi ke dorm sebelah dan pada masa itu, Zara ada bersama dengan pelajar lain di sana. Saksi mendekati Zara dan bertanya kepada Zara ‘Zara, macam mana benda ini ada dalam beg kau? Kawan-kawan kau jumpa'. Pelajar senior yang satu lagi menyambung berkata 'Kau mengaku saja kalau kau yang ambil, mereka tidak marah juga’. Tetapi Zara tidak mengaku."Oleh kerana Zara tidak mengaku, saksi merasa marah dan menjerit 'bodoh, sial' lalu pergi ke bilik A3-7 untuk memanggil kawan rapat saksi bernama untuk sama-sama bertanya Zara tentang pin bendera," katanya menceritakan semula keterangan saksi selepas selesai prosiding di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan, di sini, pada Rabu.Tambah Joan lagi, saksi berkata rakannya datang bersama dengan seorang lagi ke bilik tersebut untuk bertanya lagi kepada Zara tentang pin tersebut."Zara masih tidak mengaku. Saksi pun marah dan menjerit kepada Zara dengan berkata 'bodoh, sial'."Saksi tidak ada memukul Zara dan tidak ada melihat sesiapa memukul Zara. Saksi merasa marah kerana Zara tidak mahu mengaku kesilapannya walaupun pin saksi telah dijumpai dalam begnya. Sebelum ini, Zara pun pernah ambil botol air orang lain dan menyimpan botol tersebut dalam almarinya," katanya.Tambah Joan lagi, saksi memberitahu selepas memarahi Zara dan remaja tersebut masih tidak mengaku, dia tidak lagi meneruskan pertanyaan saksi kepada Zara."Saksi telah masuk ke dalam bilik dormnya kira-kira jam 11 malam dan melihat Zara berbaring di atas lantai berdekatan dengan lokernya."Pada jam kira-kira jam 12.30 tengah malam, saksi nampak Zara berjalan keluar dari bilik dorm. Saksi tidak tahu Zara pergi ke mana. Tidak lama selepas itu, semasa saksi mahu keluar dari bilik dorm saksi untuk ke dorm lain, seorang pelajar bersama dua orang kawannya datang kepada saksi dan memberitahu saksi mereka melihat Zara berada di dalam tandas Aras 3 sedang menangis."Pelajar ini dan kawan-kawannya juga memberitahu saksi mereka melihat Zara mengeluarkan kepalanya dari atas dinding bilik tandas dan melihat mereka. Saksi hanya mendiamkan diri dan meneruskan perjalanan ke dorm lain untuk tidur."Saksi telah tidur di bilik dorm tersebut pada malam itu bersama Kawan-kawannya. Saksi tidak tahu apa yang terjadi pada Zara pada malam tersebut dan hanya dikejutkan pada jam lebih kurang 4 pagi kerana dipanggil oleh Ustaz Azhari," katanya.

Bawah 13 tahun bakal disekat miliki akaun media sosial

Bawah 13 tahun bakal disekat miliki akaun media sosial

PETALING JAYA: Malaysia bakal mewajibkan semua pengendali media sosial melaksanakan pengesahan identiti eKYC (electronic – Know Your Customer) bagi memastikan pengguna bawah umur 13 tahun tidak memiliki akaun di platform berkenaan. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, langkah itu bertujuan untuk melindungi kanak-kanak di alam maya dengan memastikan garis panduan komuniti yang ditetapkan oleh platform ... Read more The post Bawah 13 tahun bakal disekat miliki akaun media sosial appeared first on Utusan Malaysia .

PN Ulang Gaya Lama: Janji Dulu, Berdalih Kemudian – Puad

PN Ulang Gaya Lama: Janji Dulu, Berdalih Kemudian – Puad

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan Perikatan Nasional (PN) sedang mengulangi taktik lama menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16, iaitu membuat pelbagai janji berbentuk “ringgit dan sen” tanpa asas kewangan yang kukuh. Menurut beliau, kaedah ini sama seperti pendekatan yang digunakan oleh Pakatan Harapan (PH) ketika era pentadbiran PH [...]