ASEAN, Malaysia perlukan dana besar jaga perubahan iklim

ASEAN, Malaysia perlukan dana besar jaga perubahan iklim

KUALA LUMPUR: Sebanyak AS$422 bilion (RM1.78 trilion) diperlukan ASEAN dalam pembiayaan iklim manakala Malaysia memerlukan sekitar AS$570 bilion (RM2.41 trilion) pelaburan kumulatif dalam tempoh dua dekad bagi memastikan matlamat pembangunan dan iklim jangka panjang tercapai. Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, ketahanan iklim bukan sekadar pelaburan alam sekitar malah ia memerlukan ... Read more The post ASEAN, Malaysia perlukan dana besar jaga perubahan iklim appeared first on Utusan Malaysia .

Wan Ahmad Fayhsal boleh kemukakan rayuan-Bersatu Kelantan

Wan Ahmad Fayhsal boleh kemukakan rayuan-Bersatu Kelantan

KOTA BHARU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan menghormati Lembaga Disiplin yang menggantung keahlian Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal. Pengerusinya Datuk Kamarudin Md Nor bagaimanapun berkata, Ahli Parlimen Machang itu masih boleh mengemukakan rayuan kepada parti berhubung penggantungan tersebut. Katanya, semua itu terserah kepada Wan Ahmad Fayhsal sama ada mahu berbuat demikian atau sebaliknya. ... Read more The post Wan Ahmad Fayhsal boleh kemukakan rayuan-Bersatu Kelantan appeared first on Utusan Malaysia .

Pelajar perempuan Tingkatan Empat maut ditikam pelajar lelaki

Pelajar perempuan Tingkatan Empat maut ditikam pelajar lelaki

PETALING JAYA - Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat di sebuah sekolah menengah di sini meninggal dunia selepas ditikam seorang pelajar lelaki, pada Selasa.Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 9.30 pagi, di mana suspek, seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua, dilaporkan membawa senjata tajam berupa pisau.Berdasarkan maklumat awal, pelajar lelaki terbabit telah menikam pelajar lain.Pada masa ini pihak polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian.Butiran penuh dijangka akan diperoleh dalam sidang media awal di lokasi kejadian.Setakat ini Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, dan pasukan pegawai penyiasat sedang berada di lokasi.

Pelajar perempuan Tingkatan Tiga maut ditikam pelajar lelaki

Pelajar perempuan Tingkatan Tiga maut ditikam pelajar lelaki

PETALING JAYA - Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga (Kelas Peralihan) di sebuah sekolah menengah di sini meninggal dunia selepas ditikam seorang pelajar lelaki pada Selasa.Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 9.30 pagi, di mana suspek, seorang pelajar lelaki Tingkatan Satu (Kelas Peralihan) dilaporkan membawa senjata tajam berupa pisau.Berdasarkan maklumat awal, pelajar lelaki terbabit telah menikam pelajar lain.Pada masa ini pihak polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian.Butiran penuh dijangka akan diperoleh dalam sidang media awal di lokasi kejadian.Setakat ini Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, dan pasukan pegawai penyiasat sedang berada di lokasi.

Hujan lebat sejam punca banjir kilat di Lipis

Hujan lebat sejam punca banjir kilat di Lipis

LIPIS – Hujan lebat berterusan selama hampir sejam sejak pukul 2 pagi hingga 3 pagi tadi mengakibatkan beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat, memaksa puluhan penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS). Menurut aplikasi Info Bencana JKM, seramai 59 mangsa daripada 17 keluarga kini ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Kechor Tui setakat pukul ... Read more The post Hujan lebat sejam punca banjir kilat di Lipis appeared first on Kosmo Digital .

China informed US about rare earth export controls before announcement

China informed US about rare earth export controls before announcement

BEIJING : China’s commerce ministry confirmed it had informed the United States about rare earth export controls before their official announcement last week. The ministry stated that working-level discussions between both countries occurred on Monday regarding these export restrictions. A commerce ministry spokesperson reiterated that China’s export controls are implemented to protect national security interests. The statement emphasised that the United States cannot simultaneously seek negotiations with China while making threats against the country. This comment followed President Donald Trump’s announcement of additional tariffs on Chinese goods effective from November 1. – Reuters

3 remaja ditahan curi RM200 duit tabung surau

3 remaja ditahan curi RM200 duit tabung surau

SEGAMAT – Tiga remaja termasuk dua pelajar masih bersekolah berusia 13 hingga 15 tahun diberkas pihak polis selepas mencuri duit tabung di Surau Kampung Tanjung Sekawang, di sini, 3 Oktober lalu. Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah, kejadian itu disedari pengerusi surau berkenaan sebelum membuat aduan laporan polis pada 3 Oktober lalu. ... Read more The post 3 remaja ditahan curi RM200 duit tabung surau appeared first on Kosmo Digital .

Ahli Bersatu Johor perlu bertenang, fokus PRN - Sahruddin

Ahli Bersatu Johor perlu bertenang, fokus PRN - Sahruddin

JOHOR BAHRU – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal mengingatkan ahli parti supaya kekal tenang susulan pemecatan beberapa pemimpin dan ahli termasuk seorang dari Pengerang.Bekas Menteri Besar Johor itu berkata, setiap ahli perlu menunjukkan kesetiaan kepada kepimpinan serta perlembagaan parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal diadakan tidak lama lagi.Tegas beliau, ahli parti perlu mengutamakan perpaduan dan disiplin organisasi bagi memastikan kesiapsiagaan jentera menghadapi PRN tidak terjejas akibat pergolakan dalaman."Ahli parti kena taat dan setia kepada pemimpin serta taat kepada perlembagaan parti."Bertenang kerana kita kena kerja keras untuk menghadapi PRN Johor yang tak lama lagi," katanya ketika dihubungi pada Selasa.Pada Selasa, Bersatu dilaporkan telah memecat keahlian Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Datuk Wan Saiful Wan Jan susulan pelanggaran perlembagaan dan kod etika parti.Dalam tindakan berasingan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal digantung hak keahlian bagi tempoh satu penggal di bawah Fasal 22.5 Perlembagaan Bersatu.Menurut kenyataan rasmi Lembaga Disiplin Bersatu pada Selasa, keputusan itu dibuat selepas menerima aduan bertulis daripada ahli parti terhadap beberapa individu yang didakwa melanggar peruntukan perlembagaan dan tatakelakuan ahli.Sesi pendengaran telah diadakan pada 8 Oktober 2025 dan tindakan disiplin diambil berdasarkan siasatan menyeluruh serta selaras dengan Fasal 9.1.4 dan Kod Etika serta Tatakelakuan Ahli.Selain Wan Saiful, empat lagi ahli turut dipecat iaitu Mohd Azrudin Md Idris, Mohd Faizal Asmar, Mohd Fahdli Ismail dan Mohd Isa Mohd Saidi.Lembaga Disiplin menegaskan bahawa semua keputusan dibuat secara bebas, telus dan adil tanpa campur tangan pihak luar.Ahli yang dikenakan tindakan berhak mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan dalam tempoh 14 hari.

173 trak bantuan memasuki Gaza, jauh daripada mencukupi

173 trak bantuan memasuki Gaza, jauh daripada mencukupi

BANDAR GAZA – Sebanyak 173 trak bantuan memasuki Semenanjung Gaza  kelmarin di bawah perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan Israel, kata Pejabat Media Kerajaan Hamas semalam seperti laporan agensi berita Anadolu. “Kami mengesahkan 173 trak bantuan kemanusiaan memasuki Gaza pada 12 Oktober, menandakan hari pertama selepas perjanjian gencatan senjata,” kata kenyataan akhbar pejabat media  berkenaan. ... Read more The post 173 trak bantuan memasuki Gaza, jauh daripada mencukupi appeared first on Kosmo Digital .