Dua pelajar tingkatan satu maut motosikal langgar kereta di Jertih

Dua pelajar tingkatan satu maut motosikal langgar kereta di Jertih

JERTIH : Dua pelajar lelaki tingkatan satu maut apabila motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Bukit Keluang pagi tadi. Ketua Polis Daerah Besut Supt Azamuddin Ahmad @ Abu berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian melibatkan Wan Mohamad Shahronny Wan Rosli dan Nik Aqil Faizin Nik Abdul Aziz pada 7.30 pagi. Beliau berkata insiden dipercayai berlaku apabila sebuah kereta Nissan Serena dipandu seorang pensyarah wanita dilanggar oleh motosikal Yamaha Y16ZR yang dinaiki dua pelajar SMK Permaisuri Nur Zahirah itu. “Kejadian dipercayai berlaku semasa kereta Nissan Serena keluar dari simpang untuk membelok ke kanan dan datang motosikal yang ditunggang Wan Mohamad Shahronny dari arah Bukit Keluang menghala ke sekolah,“ katanya. “Kejadian itu menyebabkan kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan,“ katanya dalam kenyataan hari ini. Azamuddin berkata mayat dua remaja itu telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sementara itu, ibu Allahyarham Wan Mohamad Shahronny, Nor Aziera Hashima Mohd Saleh berkata dia mengetahui kejadian itu setelah dihubungi guru sekolah anaknya pagi tadi. “Pagi sebelum pergi sekolah saya sempat sediakan sarapan dan dia makan pagi tadi sedangkan sebelum ini dia memang jarang sarapan,“ katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Besut. Guru di sebuah tadika swasta yang tinggal di Kampung Air Tawar itu berkata menjadi kebiasaan setiap pagi anak sulung dari dua beradik itu mengambil Nik Aqil Faizin sebelum ke sekolah. Nor Aziera berkata meskipun kedua-dua mereka tidak belajar di kelas yang sama namun mereka agak rapat. – Bernama

Over 2,000 media personnel expected at 47th ASEAN Summit in Kuala Lumpur

Over 2,000 media personnel expected at 47th ASEAN Summit in Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR : The upcoming 47th ASEAN Summit and Related Summits are expected to draw over 2,000 media personnel, reflecting strong regional and international interest. Head of the ASEAN 2025 Main Logistics Secretariat Raja Saifful Ridzuwan Raja Kamaruddin said applications have been received from more than 2,100 media personnel representing 150 organisations from over 20 countries. “We expect the number to increase as ASEAN member states, along with dialogue, sectoral and development partners, request additional media personnel to cover the upcoming summit,“ he told Bernama. The total number of media practitioners attending could reach nearly 3,000 as registrations continue. Raja Saifful said Malaysia’s Chairmanship of ASEAN in 2025, anchored in principles of inclusivity and sustainability, has further drawn global attention and engagement. As of Monday, 1,386 media applications had been approved, comprising 260 official media, 942 foreign media and more than 200 local media representatives. Over 700 applicants with discrepancies in their submissions are completing their registration process. Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim had earlier stated the summit is expected to be among the largest in the history of the regional bloc. The inclusion of Timor-Leste as an ASEAN member state marks another historic milestone for the regional bloc after many years without new membership. “Another major attraction would be the presence of high-profile leaders – heads of state and government from dialogue partners and guests of the Chair,“ Raja Saifful said. The International Media Centre has been fully set up to cater for the large number of media representatives covering the ASEAN Summit. The centre is equipped with high-speed internet, workstations and live broadcast feeds, supported by a dedicated team to assist with accreditation, logistics and information services. Security remains a top priority for media movement during the summit at KLCC, though the secretariat aims not to restrict media from carrying out their duties. Further discussions will be held with the Royal Malaysia Police to coordinate media movement and ensure smooth operations throughout the summit. The 47th ASEAN Summit and Related Summits will be held from October 26 to 28, marking the culmination of Malaysia’s ASEAN Chairmanship 2025. United States President Donald Trump, Chinese Prime Minister Li Qiang, Brazilian President Luiz Inácio Lula da Silva and South African President Cyril Ramaphosa are among the world leaders expected to attend. Foreign Minister Datuk Seri Mohamad Hasan said a total of 84 outcome documents are expected to be issued at the upcoming summit. – Bernama

Kerajaan semak kriteria pengecualian bayaran balik PTPTN graduan kelas pertama

Kerajaan semak kriteria pengecualian bayaran balik PTPTN graduan kelas pertama

PUTRAJAYA : Kerajaan sedang menyemak semula kriteria pengecualian bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional bagi graduan ijazah pertama yang memperoleh keputusan cemerlang. Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyatakan semakan itu penting untuk menilai semula definisi dan piawaian sebenar kategori kelas pertama. Beliau menegaskan pelaksanaan pengecualian itu kini diberhentikan sementara bagi memberi ruang kepada kementerian untuk meneliti semula terma dan syarat pelaksanaannya. “Semakan ini bukan untuk menafikan hak mana-mana pihak tetapi untuk memastikan hanya mereka yang benar-benar menepati kategori kelas pertama layak menerima pengecualian bayaran balik,“ katanya selepas menghadiri Majlis Anugerah Akademik Bahasa Melayu 2025. Zambry menjelaskan penilaian semula itu turut melibatkan aspek kualiti, keutuhan akademik serta keseragaman terma rujukan antara institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Beliau menekankan keperluan untuk mempunyai asas yang kukuh dalam menentukan kelayakan pengecualian bayaran balik. “Ini penting kerana terdapat lebih 390 institusi pengajian tinggi swasta di seluruh negara maka definisi kelas pertama perlu diseragamkan,“ katanya. Menteri itu menyatakan pemantauan lebih mudah dilaksanakan bagi institusi pengajian tinggi awam kerana ia berada di bawah seliaan langsung kerajaan. Zambry mengesahkan dasar pemberian pengecualian kepada graduan ijazah kelas pertama akan diteruskan selepas proses semakan dan penilaian selesai sepenuhnya tahun depan. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan kerajaan bersetuju mengecualikan bayaran balik PTPTN kepada semua mahasiswa yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama di institusi pengajian tinggi awam daripada keluarga pendapatan rendah dan menengah. Inisiatif tersebut dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 6,000 peminjam dengan peruntukan 90 juta ringgit setahun. – Bernama

Krisdayanti kini atlet wushu, wakili Indonesia ke China

Krisdayanti kini atlet wushu, wakili Indonesia ke China

BERMULA sebagai hobi, penyanyi Krisdayanti yang mencecah usia 50 tahun dipilih mewakili Indonesia dalam kejohanan sukan wushu di China bermula hari ini sehingga 20 Oktober. Berita terbabit dikongsikan penyanyi itu sendiri yang mengakui rancak membuat persiapan akhir sebelum ‘terbang’ menyertai pertandingan peringkat antarabangsa itu bersama pasukannya. “Berlatih layaknya bertanding, hari ini kami melakukan simulasi latihan ... Read more The post Krisdayanti kini atlet wushu, wakili Indonesia ke China appeared first on Kosmo Digital .

Nasihat bijaksana bapa Amira Othman buat Abby Abadi tersentuh

Nasihat bijaksana bapa Amira Othman buat Abby Abadi tersentuh

PETALING JAYA: Pelakon, Abby Abadi, tersentuh dengan ucapan bapa kepada penyanyi, Amira Othman semasa majlis persandingan selebriti itu di Johor, baru-baru ini. Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 47, menyifatkan nasihat yang dititipkan bapa Amira, Othman Abd Kadir begitu bermakna iaitu tidak meninggalkan pasangan merajuk dalam tempoh lama. “Peringatan hebat untuk Amira dan Fattah serta sangat ... Read more The post Nasihat bijaksana bapa Amira Othman buat Abby Abadi tersentuh appeared first on Utusan Malaysia .

NTIS cetus kejayaan 180 projek dron, kesihatan digital dan pertanian pintar

NTIS cetus kejayaan 180 projek dron, kesihatan digital dan pertanian pintar

BACHOK: Lebih 180 projek teknologi tempatan melibatkan bidang dron, kesihatan digital dan pertanian pintar dihasilkan menerusi Program Sandbox Teknologi dan Inovasi Negara (NTIS)  Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, NTIS  membolehkan inovasi tempatan diuji dan dikomersialkan dengan sokongan kewangan, fasilitasi regulatori dan bimbingan teknikal. Katanya, pelbagai inisiatif dijalankan  yang menjadi penghubung antara ... Read more The post NTIS cetus kejayaan 180 projek dron, kesihatan digital dan pertanian pintar appeared first on Utusan Malaysia .

Trump ulangi hasrat capai perjanjian damai Israel-Iran

Trump ulangi hasrat capai perjanjian damai Israel-Iran

BAITULMUQADDIS: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sekali lagi menyuarakan harapan untuk mencapai perjanjian damai antara Israel dan Iran ketika berucap di Knesset, Parlimen Israel, pada Selasa. Dalam ucapannya, Trump menyatakan Iran telah menerima ‘tamparan’ besar. “Bukankah mereka baru saja menerima tamparan hebat? Memang hebat sekali,” katanya sambil Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengangguk bersetuju. ... Read more The post Trump ulangi hasrat capai perjanjian damai Israel-Iran appeared first on Utusan Malaysia .

Soon Huat–Shevon lepasi halangan Ming Che–Hung En di Fyn Arena

Soon Huat–Shevon lepasi halangan Ming Che–Hung En di Fyn Arena

BEREGU campuran negara, Goh Soon Huat–Shevon Lai Jemie memulakan kempen Terbuka Denmark Super 750 dengan langkah meyakinkan apabila menumpaskan gandingan Taiwan, Lu Ming Che–Tzu Hung En pada Selasa.Pasangan pilihan kelapan kejohanan itu tidak berdepan banyak tentangan sebelum mencatat kemenangan 21–14, 21–17 dalam tempoh 28 minit di Fyn Arena, Odense.Kejayaan tersebut turut mengekalkan rekod bersih mereka ke atas pasangan Taiwan itu kepada 2–0 dalam pertemuan keseluruhan.Rentak konsisten dan koordinasi mantap antara Soon Huat dan Shevon jelas membezakan tahap permainan kedua-dua pasangan, terutama dalam pertukaran pantas di depan jaring serta kawalan gelanggang tengah yang cemerlang.Soon Huat–Shevon mara ke pusingan kedua akal berdepan pemenang antara Jesper Toft–Amalie Magelund (Denmark) dengan wakil Jepun, Yuichi Shimogami–Sayaka Hobara.

Perdagangan Malaysia-Kemboja dijangka lebih AS$1b menjelang 2026

Perdagangan Malaysia-Kemboja dijangka lebih AS$1b menjelang 2026

PETALING JAYA – Malaysia optimis nilai perdagangan dua hala dengan kemboja bakal melepasi angka AS$1 bilion (RM4.7 bilion) menjelang 2026 susulan peningkatan mendadak aktiviti ekonomi antara kedua-dua negara. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perdagangan antara kedua-dua negara mencatatkan pertumbuhan kukuh apabila mencecah hampir AS$750 juta (RM3.5 bilion) setakat Ogos lalu ... Read more The post Perdagangan Malaysia-Kemboja dijangka lebih AS$1b menjelang 2026 appeared first on Kosmo Digital .